#TipsJIMATCERMAT 💙💜💚❤
Mana pergi cerita #PERIUKDORAEMON juju?
Kalau korang nak tau, kisah periuk doraemon masih berjalan tapi versinya kita angkat geng sepejabat turut serta tau. Di blog masih lagi pembaca komen baca tips sedia bahan mentah guna periuk dorameon. See! 😉

Contoh:
Hari ini hari Selasa, giliran juju sedia makanan utk 5 ke 6 org geng. Sama ada #juliamasak atau beli terpulang ikut kesesuaian jadual kerja. Hari seterusnya geng lain sediakan. 

Sebelum tiba waktu lunch. Wajib sediakan...
🙋‍1x lauk
🙋‍1x sayur
🍚 Nasi seperiuk dimasak sendiri ikut brpa org
- Kalau ikhlas tambah lah ikan masin ke, buah-buahan ke, apa² je kalau takde ikut je syarat di atas.

Beras 10kg selalu bos besar sponsor, dia la org kuat dlm group ni. Tq bos join. Kdg² kami geng² topup beras nak balas jasa bos hihi. Dialah selalu bagi galakan, jimat, simpan tabung nak beli gadget dapur ke apa ke pun boleh! 🤩 bestkan bos besar kami. 👏

Kami mula awal #Januari2020 - stop sampai bulan Mac sekejap sebab PKP. Lepas tu sambung semula bulan Julai 2020 sampai sekarang. Juju atur jadual giliran, kalau sapa² mc atau cuti leh je tukar hari suka sama suka. Janji onz! 

Bajet lauk bawah RM20 kalau boleh. Kadang² juju boleh dpt murah belas² je lauk, sayur bersekali buah tau. 



***Satu bulan bekerja = 4 kali @ 5 kali je giliran juju sedia lunch. Hari lain² kawan² sediakan, kita goyang kaki. Hooreyyy!!! Jimat ganda², dapat tumpu kerja sepenuh hati, tak payah rushing, tak payah nak susah fikir lunch apa dan seronok berkongsi. 

Tu sebab juju boleh menabung beli brg² deco, gadget dapur kat rumah. Ni tgh aim gadget lain tp dok belek review mat salleh tak sudah² hahaha. Alhamdulilah, meriah kan lauk kami !!!

xoxo
#pejabat #genglunch #bajetfood #healthyfood

5 Comments

  1. alhamdulillah..bagus sama-sama kongsi rezeki kan. seronok tgk

    ReplyDelete
  2. seronoknya...sblom ni opis kak SA bleh je buat macam ni...sejak akhir2 ni je dah tak bleh...kalau tak sure seronok makan ramai-ramai macam ni

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah seronoknya dapat geng ofis dan boss yang sekepala. Rindu pulak dgn 'geng pantry' kat ofis dulu :)

    ReplyDelete
  4. Best kan ada colleagues yang boleh kongsi-kongsi ni. :)

    ReplyDelete
  5. Bestnya ramai ramai share camni, jimat & dpt rapatkan hubungan silaturrahim gak kan.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)