Pandai tak Abg Qi jadi model TV Sony? 😂

Bukan main gambar di atas ye haha jeritan Abg Qi terkejut juju beli TV Sony besar hari Ahad lepas 23 Ogos 2020 di Expo Bukit Jalil. Ini kali kedua aku beli brand Sony, sebelum ini pembelian pertama adalah kamera mirrorless A6300 klik SINI.

Tau sebab utama kenapa aku labur beli TV baru?
TV lama dah mula menunjukkan kemogokkan melampau!
Lip lap lip lap skrin tu weh, bukan itu saje siap bergelap dari bawah skrin. 
Yang nampak di atas je. Hmmm jadi masa tempoh PKP. 

Tu sebab aku dengan family jarang tengok TV, asyiklah memasak itulah inilah. 
Buka radio je manjang. Sudahnya kesian dekat anak aku si Abg Qi tu hari-hari bersabar tengok jugak kartun versi lip lap lip lap. 

Tak boleh jadi ni, kesian mata anak aku nanti. Jadi bulan Ogos ni kebetulan banyak betul HOME EXPO berjalan sana sini, sampaikan aku pening nak pergi survey yang mana satu ni wakk?

Tapi takkan aku nak kena tawaf semua, ishhh tidak lah kan. Tapi aku suka kalau seller atau marketer sendiri dah siap sedia snap gambar kongsi harga siap-siap di sponsored post. 

Itu aku puji sangat, sebab memudahkan aku bergerak dan menjimatkan masa aku. 
Tapi sebelum aku ke expo berkenaan aku jejak kedai-kedai sekitar rumah aku. Aku survey setiap kedai semua harga dua ribu ke atas.

Perghhhh! 
Bajet aku below 2k je...lebih-lebih tu tak lah untuk sekadar TV saje.
Baik beli gelang emas hahaha. 
Masa ni aku ada pilihan lagi satu, LG pun tengah kasi harga kencang gak RM1,899, tapi bila aku tengok skrin Sony punya siaran perghhh jatuh cinta terus, terus tak pandang LG dah. Aku pinang Sony hahaha

Kalau korang jenis setia survey harga Sony, apa sahaja barangan Sony lah kan memang susah nak tunggu harga durian runtuh. Memang susah!

Aku geram sebenarnya sebab barang-barang berjenama macam Sony dan LG tu dua branded barang berkenaan memang bersaing harga tersangat gemuk sihatnya....hawau sungguh lah hahahha

Sony X80G kalau buka website rasmi RM2,699. 
Dari tahun lepas aku usya harga dia tak jatuh-jatuh. 
Ni tambah buat aku bersabar, sabar...

Bukan apa weh, aku selagi boleh nak jimat ye dak. 
Tapi sungguh cakap, kalau dah langkah kanan Tuhan tetapkan mesti dapat punya rezeki ko tau. 

Macam aku lah, kebetulan gerak hati berat sebenarnya nak terjah expo-expo ni, malas nak berlaga bahu dan punggung bagai tapi pergi juga lah sebab kat sini je aku boleh dapat TV size besar harga bawah 2k. Yeyyyyyyyyyyyyyy! 

10 buah je hado, lihat nombor 10 tu. 
Rupa-rupanya masa juju sampai, aku nampak sorang famili India ni dok tengah beli model yang juju suka tau. Fuh berpeluh dah masa ni. 

Aku dapat rasa macam ada lagi ke stok ni haa...kalau tak memang menangis tak berlagu lah aku nanti.
 Murah weh, memang takkan dapat lah harga macam ini di kedai Sony rasmi dengan kedai-kedai jual TV lain. Masa home expo je lah boleh merasa itu pun jika Sony nak buat sale kaw-kaw macam harga di atas, kalau tak kirim salam jelah haha.

Sekali aku tanya ejen tu, dia jawab ada tinggal lagi satuuuuuuuuuuu je. 
Terus diorang pangkah di kertas kuning tu No.10, lega wak lega!!!

Huhhh!!!! Tarik nafas aku banyak-banyak. Lega weh, terus aku tak cakap banyak dah, tunjuk kad debit bayar terus. Lega! Hahahaha.

Tengoklah harga lain. Tapi size lain-lain lah.

Korang nak tau aku beli size apa?
Nah baca.

Ye, size 49 inci. Sony Bravia memang pelik sikit. Selalu kita dengar TV model lain size 50 inci kan tapi Sony dia 49 inci. Gituuu.

Bagi aku just nice, tak terlalu besar sangat dan tak terlalu over design dia. Simple yet elegant ouchhh! 

Asal RM2,699
Sale RM1,999
Penjimatan 👉RM700
Hoyeyyyyyyyyy!👍👍

Gambar bawah ni dah bayar lumpsump tau, terus ejen Sony buka dan test fungsi ke tak. Perasan tak yang pakai baju kod tu? Dia rajin terang dekat aku satu persatu pasal TV Android ni tau. 

Kelebihan SONY X80G - 4KHDR (Android TV)
Lebih dari 5,000 apps, more than any other smart TV. Woww, hebat lah TV sekarang, dah serupa macam beli handphone seketul haha.
⚡️ 123 cm (49'') ⚡️ 4K X-Reality™ PRO ⚡️ ClearAudio+ ⚡️ Android TV ⚡️ 4K High Dynamic Range ⚡️ TRILUMINOS™ Display: Extra colours, extra brilliance ⚡️ Google Play™: A world of content and apps ⚡️ Say what you want to see with voice search (Remote control)
⚡️ Netflix (Remote control)
⚡️ Google Play (Remote control)

Lebih lanjut klik website rasmi baca Model X80G Sony Malaysia


Paling seronok orang dibawah gambar inilah. 
Dia lah insan paling penyabar, tak mendesak langsung pun suruh beli TV baru, tak langsung. Anak yang tak suka mendesak umi dengan walid dia. Dia tonton je TV, asalkan boleh ditonton sudah. 

Allah, ni lah hadiah untuk Abg Qi, kira hadiah bonanza sempena hari jadi dia 31 Ogos 2020. Rezeki anak, bukan kita sahaja happy dapat brand dan fungsi yang di idami selama ini, tapi boleh kongsi rezeki buat satu famili juga yeyy. 


Besar sungguh, masa ni aku tak install lah, suami panggil kawan dia yang install kan TV. Almaklumlah aku takut weh, dah la nipis, pastu tak berapa reti nak pasang wayar bagai. Baik bagi yang pakar uruskan.

Kepuasan sudah 6 hari tonton?
5 bintang campur lagi 5 bintang 
Hahaha gila bintang, tak sia-sia melabur beli Sony!
Puas yang teramat weh. 

Nak tengok hasilnya?
Mari jemput subscribe channel Youtube Julia dan like okey.
Terus tonton video dibawah, adalah dalam 20 minit kami berdua review live pasal TV ni lebih lanjut. Bye!

4 Comments

  1. Wow banyak jimat tu, RM700. Budak-budak sure happy sebab boleh tengok wayang guna TV yang lebih canggih dan besar. :D Best!

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. tahniah ju! seronok abg Qi..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)