Hari kedua selepas perasmian

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu. 
Hari perasmian pembukaan ELEWSMART cawangan Prima Sri Gombak, Selangor pada Sabtu 22 Ogos 2020.

Kalau kalian nak tahu, kawasan daerah juju ada 2 buah Elewsmart dirasmikan, selang sehari sahaja bertempat di KL Traders pada hari Ahad 23 Ogos 2020. Nanti cawangan ini kami pun nak datang akan datang. Sebab sangat dekat juga dengan rumah juga. 

Selain berdekatan dengan rumah sendiri, senang nak parking dan akses ke sini. 
Juju pasti, kawasan kalian pun ada Elewsmart kan? Dah sempat singgah?

Juju berkesempatan menyinggah pada hari kedua iaitu waktu malam hari. 
Kelihatan dari jauh, barisan tidak panjang langsung. Cepat-cepat suami parking, parking pula banyak sangat kosong, terus masuk parking dan masuk barisan yang pendek.
 Saudaraku, Murah 😊
Lihat perkataan ini pun sudah buat hati terusik.

Syukur, rezeki dipermudahkan.
Kalau lihat pada hari perasmian pertama di mana-mana cawangan pasti barisan panjang sangat-sangat. Teruja betul melihat semangat mereka semua tau, syabas!

Yang ada anak kecil macam juju ni pasti mencari waktu sedikit lenggang dan waktu dingin hari, sudah semestinya malam adalah paling tepat untuk membuat survey dan pendapat aku sendiri, sebab malam hari waktu tenang dan tidak rasa sesak sangat seperti di siang hari. 
Peminat cilik Ustaz Ebit Lew - Abg Qi pun datang support beli.

Hasil survey pertama kali
Macam biasalah, kena lalui SOP kedai. Catatan suhu diambil dan ketua keluarga perlu menulis rekod di buku catatan di depan kedai. Aku mulai dengan laluan di sebelah kiri sekali. 

Kawasan peti ais dan kawasan barang keperluan seperti dibawah. Minyak masak, beras, gula, garam, pampers baby, dan barang asas utama macam ini ada disediakan. 

Kedainya tak ada besar mana, cukup sedia barang yang benar-benar keperluan sahaja. Bagi aku sudah memadai untuk belian fast grab. Cuma di sini tak adalah disediakan barang basah seperti ikan dan ayam tu semua. 

Semua kategori disini terdiri dari barangan kering dan barangan sejuk/beku hanya seperti air minuman serta barangan gorengan seperti nugget dan lain-lain. Aiskrim pun ada banyak pilihan.

Cuma sedikit sempit laluan bagi yang bertubuh sedikit besar, sebab biasalah kena berselisih bakul dengan pelanggan yang lain hehe. Bagi aku itu tanda sapaan, hai sorry ye, terbelaga bakul sesama. 

Itu kan tanda ukhuwah, bertegur sapa walaupun tidak mengenali hehe. 

Suami tengah survey barangan seperti pencuci pinggan, sabun mandi dan peralatan berus gigi. Katanya, senang ni nak travel jauh sebab kat sini ada jual peralatan mandian yang kecil-kecil, fast grab. Tak perlu tukar dari botol besar ke botol kecil di rumah. 

Ya, kat sini barangan runcit lebih kepada barangan jenis kecil-kecil. Tak terlalu besar seperti di pasaraya borong yang kita lihat sabun cuci baju berbotol-botol giant tu kan. 

Di sini lebih kepada bentuk bajet dan kecil, mudah di capai dan di beli oleh orang-orang sederhana sehingga ke peringkat memerlukan. 

Foil pun ada, aku suka guna kertas foil sebab senang memasak guna air fryer. Selalu nak cari kertas foil di pasaraya besar selalunya tak jumpa hahaha, ni masalah aku sebab selalu cari tak jumpa. 

Bila kedai kecil, kelebihannya ini. Senang capaian dan mudah di lihat sekali imbas sahaja. 

Si cilik Abg Qi, dia sedang membelek berus gigi yang mana nak di masukkan dalam bakul. Cuma pilihan ubat gigi sahaja agak kurang disini. Macam Colgate tu semua kan aku nampak macam tak berada nak ada sangat, ke habis aku tak pasti. Tapi Darlie sangat banyak. 

Harga berus gigi dia cuma RM2.33 sen, orang dewasa kami pun beli RM2.40 satu. Murah!

Harga?
Suami cakap, tak banyak beza cuma mainan sen sen di hujung. 
Juju cakap, fast grab barang kering dan boleh top up cepat barang ringkas. 
Abg Qi cakap, susu Qaiser ada kat sini. Senang!

Raikan pandangan dan komen. 

Nak kata terlalu murah sangat tak masuk akal juga sebab kita faham barangan niaga macam ini ada harga tertentu yang dikawal.

Cuma senang aku katakan harga dia sedikit murah dan harga di pampang agak munasabah. Aku dapat rasakan, barangan yang dijual lebih kepada menyenangkan saudara-saudara yang memerlukan membeli barang keperluan dengan harga sedikit bajet. 

Kalau korang cakap banyak barang kesukaan tak ada, itu dan ini maka korang kena ubah pemikiran (ubah mind set) di mana korang sedang berada. 
Juju tak perasan tika ini, selesai membayar dan keluar dari Elewsmart, 
ada lensa kamera memerhati gerak geri rupanya hehe husband oh husband. 

Baru perasan hihi kenangan pertama kali jejak ke Elewsmart. 

Ketahui, Elewsmart di bina lebih kepada motif...
Untuk menyediakan barang keperluan dan membantu saudara yang sangat memerlukan. 

Orang yang sangat memerlukan tak mungkin dia dapat pergi pasaraya terkemuka tu sangat tau, mereka lebih pilih kedai yang berdekatan dengan jaminan harga sudah tentulah sedikit murah dari kebiasaan mereka beli terutama barangan dapur. 

Kira dapat beli beras, telur, roti, maggi dan sardin itu sudah cukup besar rahmat buat keluarga golongan sederhana ke bawah. Kita jangan sekali-kali bandingkan tau, setiap kedai ada keistimewaannya, lihat dari sudut objektif dan misi sesuatu kedai. 

Dari situ kita dapat merasai bagaimana orang yang sangat memerlukan rasa, besar rahmat di rasai tau. 

Dua perkara aku nak puji.
Plastik beg dia. Macam biasa, aku pinta pembelian plastik 20 sen, kualiti plastik yang di sediakan aku suka. 

Tebal dan tak mudah tembus. Selalu kita lihat di pasaraya lain atau kedai runcit biasa plastik yang diberi mudah lembik dan berlubang kalau beli barang berat bukan? Tapi yang ini selesa, biasalah terkadang lupa bawa beg recycle selalu terjadi bila main terjah-terjah ni hehe. 

Kedua, barangan yang kita beli kalau tiba-tibalah rosak atau tak elok, boleh tukar dan refund kembali dalam masa 3 hari pembelian. Tapi kena bawalah resit korang tu tau. 

Selain itu, aku perati di resit ada tulis SST 0.00. Tiada caj SST dikenakan. Aku rasa ini yang dikatakan Saudaraku, Murah 😊

Agenda panjangkan lagi sedekah, inilah caranya buka sistem peruncitan. Sambil membeli terasa semacam sambil bersedekah sama-sama dengan Ustaz Ebit Lew. MasyaAllah perasaan tu, seronoknya. 

Cadangan akan datang.
Tahniah Ustaz Ebit Lew dan pasukan Elewsmart. Lepas ni cadangan saya akan datang boleh adakan kedai runcit menjual barangan basah seperti ikan dan ayam sebab bagi kami itu pun sangat diperlukan. 

Lagi senang kami nak beli sebab tak was-was sumber mentah sudah dikenal pasti halal sebelum di jual dengan harga "Saudaraku, Murah 😊" 

All the best Elewsmart !
Kami datang lagi ! 

6 Comments

  1. kak ana pun dah sampai ke cawangan elew mart di sg buluh, sama pendapat dengan Juju harga tak banyak beza dengan pasaran cuma konsep perniagaan UEL ni yang harus kit sokong sebenarnya.

    ReplyDelete
  2. Good review kak. Setuju semua akak inform. paling suka cadangan akak yg minta barangan basah ada sekali. semoga elewsmart boleh jadi macma mydin hypermarket.

    ReplyDelete
  3. harap ustaz ebit akan luaskan cawangan ke negeri lain jugak.. best baca review gini.. akak pun nak buat jugak la.. tapi entah bila ada masa.. hahaha

    ReplyDelete
  4. Ada juga nak pergi tapi tidak dapat sebab ramai. Saya dari Melaka kebetulan turun KL.
    Rasanya tidak sesuai pergi hari Ahad petang sebab ramai.
    Insya Allah hendak datang lain kali mungkin hari biasa.

    ReplyDelete
  5. Untungnya org selangor dan seangkatan dgnnya... Hrp2 nnt usyaz ebit boleh luaskan lg ke tmpt lain

    ReplyDelete
  6. betul tu , laga bakul situ lah baru nak senyum balas senyum ha kan dapat pahala lebih tu hehe

    kalau my parents pun lagi prefer pergi kedai kecil tapi banyak pilihan barang . banyak kebaikan tak perlu bersesak lagi waktu macam ni

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)