Bagi yang sudah sedia tahu mereka sangat tahulah bagaimana aku harungi setiap hari dengan penjagaan kulit saban hari tanpa tertinggal hatta sehari pun. Pelembab bukan sebesar 50 sen aku perlukan, mungkin sebesar RM1 besarnya pelembab aku perlukan untuk menyapu ke beberapa bahagian yang sudah mulai mengelupas. 

Aku pengidap ekzema baru beberapa tahun lepas. 
Turun naik kisah kulit ni menjadi makanan seharian aku hadapi setiap saat. 

Ada kala baiknya seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. 
Tapi bila ia tiba-tiba nak melarat, aku terpaksa buat-buat melupakan ia dan hadapi ujian hidup saban hari dengan tenang. Walhal jauh dalam benak hati seorang wanita, ya aku ada masalah. Aku kena rawat dan melindungi kulit aku dengan segera. 

Mungkin nak ke isu menyembuhkan ia agak munasabah, tetapi untuk memberi perlindungan dan kelegaan buat aku menjalani rutin harian yang tidak menentu pasti memberi kesan positif. 
Tika bercuti ke Port Dickson dan Melaka, Koolit di bawa bersama. 

Aku diperkenalkan dengan KOOLIT.
Sepintas lalu aku melihat produk ini di media massa, oh produk kulit rupanya. 
Tidak menghiraukan sangat sebab masih patuh kepada perskripsi ubatan.

Hari demi hari, bulan demi bulan waktu PKP adalah tempoh ujian tekanan yang aku hadapi teramat sangat. Masa tu kulit mulai break out di jari dan kaki agak keterlaluan. 

Nak keluar pun terbatas, apatah lagi nak hadap ke klinik mahupun hospital waktu ujian Covid19 sedang hebat berlangsung. Apa yang ada hanyalah belian online, aku teringat aku pernah terbaca suatu kisah perkongsian rakan-rakan blogger lain yang turut menggunakan produk Koolit. 

Disebabkan kepayahan itu, aku cuba order online dari instagram Koolit.
Pos laju di terima beberapa hari kemudian...

Kemas kotak parcel Koolit di terima. Aku perhati satu persatu.
Ada 3 produk utama Koolit iaitu:
  1. Koolit Body Wash - tanpa buih, boleh bilas dengan tisu basah, wangian disahkan selamat dari perbadanan antarabangsa IFRA.
  2. Koolit Calming Cream - melembabkan kulit kering sehingga sensitif, diperkaya minyak zaitun, mempunyai vitamin E dan tanpa wangian.
  3. Koolit Soothing Lotion - boleh dipakai di muka dan badan, tidak melekit, boleh dijadikan sebagai deodorant & vitamin E semulajadi.   
      Ibu dan anak sama-sama amal Koolit. 

Kelebihan produk Koolit 
Kalau anda nak tahu ia mengandungi bahan utama iaitu:
  • Licorice Root Extract yang boleh mencerahkan kulit terutamanya di kawasan kulit tersembunyi.
  • Membantu melindungi kulit sensitif, kekeringan, ruam, elergik  dengan wnagian atau mempunyai masalah bau badan. 
  • Mempunyai ekstrak akar manis iaitu sejenis bahan anti radang serta ada 40 kali antioksidan.
  • Pensijilan GMP
  • Boleh digunakan pada wajah sehingga ke hujung kaki.
Dalam bilik air selepas mandi wajib picit sikit lotion sapu ke lengan dan kaki. 

Pengalaman sendiri 
Dekat sebulan lebih juju dan keluarga sendiri amal, pagi dan malam dua kali sehari guna nampak kulit kurang menimbulkan masalah iritasi berlarutan. 

Tambahan pula juju sekeluarga memang suka aktiviti outdoor, jadi bila selalu terdedah kepada cahaya matahari terik,Koolit boleh melindungi kulit dari terus rasa terbakar. 

Sebab kulit orang ekzema kan selalu sapu ubat steroid, kulit sudah menipis jadi nak elak dari terus menerus guna steroid juju gantikan dengan Koolit. 

Rasa kulit sejuk dan bila nak tidur malam tak terasa nak menggaru sangat sebab kulit tak mengering dah macam dulu-dulu. 
Abg Qi pun pandai picit sendiri

Abg Qi, dia tiada masalah kulit. Tapi dia memang suka pakai lotion sebab katanya lotion Koolit buat kulit dia rasa sejuk dan selesa. Itu sebab selepas mandi mesti minta nak sapu sendiri hehe. 

Bila nak keluar main playground selain terbiasa guna sanitizer, sebelum itu wajib sapu lotion Koolit dulu.  

Video 

Juju semakin menyukai produk Koolit, kalau korang rajin pi buka website Watson teliti bahagian testimonial pelanggan terdahulu guna komen. Dari situ lah juju rasa yakin nak order hehe. Info lanjut boleh klik link di bawah juju dah sediakan. Jom tambah beli lagi !

Facebook : Koolit MY
Instagram : @koolitmy
Shopee : naturaloptions.os
Lazada : mynaturaloptions
Watsons : https://www.watsons.com.my

8 Comments

  1. Husband dni pun guna juga kat kat tempat psoriasis dia 😊

    ReplyDelete
  2. boleh try kalau ada masalah kulit kan.. bagus sharing ni especially kat orang2 yang ada ezcema yang tengah cari produk sesuai

    ReplyDelete
  3. Tak pernah dengar brand ini. Ouh si kecil pun boleh pakai. :)

    ReplyDelete
  4. krim ngan lotion tu mcam best je...kulit kering dah kaki cik sue ni huhuuuu

    ReplyDelete
  5. Nama dia senang orang nak ingat.. Nanti boleh cuba

    ReplyDelete
  6. menarik. siapa yg ada mslh kulit sensitif ni ssuai la pakai ni. boleh rekemen kt adik ipar. die ada mslh ekzema jgk

    ReplyDelete
  7. Saya pun tengah ada masalah kulit sekarang ni. jadi mengelupas dan gatal2. Ekzema juga ke apa tak tahu la.. baru jadi . belum pi klinik lagi. Harap2 cuma alahan biasa.

    ReplyDelete
  8. menarik produknya. kena betul nama koolit =kulit tu.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)