Sepuluh bulan proses. Dari proses terima kunci rumah pertama kali pada bulan 9/2019 sehingga 10 Jun 2020, juju tak sangka akhirnya terlaksana dapur idaman julia. Baru complete kitchen cabinet idaman yang juju idamkan selama ini. Alhamdulilah. 💋

Semua hasil kerja keras siang malam, hasil berblogging dan simpanan setiap bulan juju  tau. Juju tak suka hutang, tokok hutang. Kalau nak sesuatu juju simpan matlamat dan usaha, baru realisasikan. 

Di situ bukan usaha yang mudah petik je, semua bermula dari titik 1 sen ya. Bukan hari ini cakap esok boleh terus jadi, semua makan tahun tau. Macam nak beli rumah lah, kena ada modal sendiri baru boleh. Korang pun boleh!

Tak sabar nak cerita, entahlah bagi orang mungkin cerita dapur adalah cerita yang bukan popular pun. 

Tapi bagi juju, biar ia jadi sejarah di sini, selain kenangan ia juga mungkin beri semangat dan penyuntik buat kalian yang ingin melabur ke arah ini. 

Sebab juju dah melalui pelbagai pengalaman bila berbincang cerita kitchen cabinet (kc).
Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah lagi maha penyayang dan lagi menyayangi. Juju mulakan cerita ikhlas ya. 

Terima kasih sudi untuk terus membaca. 

Sebelum

Bulan September 2019, inilah tatapan pertama dapur juju dan suami bila menerima kunci rumah idaman. Macam biasa dimana-mana rumah kategori kondo, dapur akan berada di sebelah pintu masuk utama rumah. 

Ukuran ia tak lah besar mana, dengan tiada penghadang dinding dari pintu masuk menyebabkan kami berdua berfikir bagaimana nak atasi masalah ini agar tidak menampakkan susuk rupa dapur dari pelbagai sudut. 

Maksudnya kami nak jadikan ia seolah-olah ada sisi pelindung bila buka pintu utama. 

 Semasa / Pertengahan

Jadi inisiatif suami dia cari beberapa orang untuk buat top konkrit terlebih dahulu. Sebab juju request nak table top konkrit, lebih kukuh dan senang kalau apa pun boleh buat kerja lasak sikit di atas top. 

Bulan 9/2019 terus buat table top dapur, sebab dah setuju dengan seseorang tukang orang dari Indonesia yang bagi harga sangat munasabah. Malah lebih murah dan berbaloi. Semua dia cari dan uruskan termasuk follow up sebelum buat apa pun maklum pada suami juju terlebih dahulu.

Ini aku suka, tak memandai-mandai ubah apa yang tak diketahui oleh tuan rumah. 

Lihat dinding selepas di buang, haha juju nak dinding dapur jenis backsplash SUBWAY TILES. 

Dinding rumah baru di buang, tak sayang? Hahaha kalau tak buang sekarang nanti tak sampai kc idaman juju tau. Kalau korang nak tampal sticker atas dia dikhuatiri akan lekang dan tak nampak efek semulajadi tiles batu. Baik buat awal-awal. 
Ini betul-betul bersimen sana sini, memang berhabuk teruk masa ini. Abg Qi pun semangat! Seingat juju, baru pulang kerja waktu malam. Malam itu juga suami bawa juju pi tengok dapur rumah, sebab kami masih duduk rumah lama yang tak jauh dari rumah beli ni. Punyalah semangat hehe. 

Dah nampak backsplash subway tiles mula di tanam. Masa ini hati terusik sikit, rasa macam-macam tau. Yelah rumah sendiri, apa sahaja kita boleh olah ikut belanja sendiri, janji tak membazir.

Siap dah, tinggal nak pasang paip singki je tau. Keesokkan harinya orang yang sama buat top selesaikan kerjanya.

Sangat berpuas hati hasil tukang mat indon ni tau. Kemas dan teliti cara dia pasang subway tiles dan pemasangan barang-barang seperti hob dan hood dapur juju. Aku bagi 5 bintang. 

Selama hampir 6 bulan tau juju memasak di atas top konkrit tanpa ada wardrobe kc tau. Tempoh ini juju simpan duit menabung untuk langkah seterusnya buat wardrobe. 

Memang masa pindah ke rumah ini semua pinggan mangkuk dalam kotak plastik je. Agak susah nak urus sebab nak mencari sekian hal, lepas tu agak tidak tersusun dan nampak berserabut. 

Tempuh pula waktu PKP, jadi ada kelebihan juju boleh menabung lebih ke arah ini rupanya. Yes!

Selepas

KITCHEN CABINET INSTALLATION DAY 9 Jun - 10 Jun 2020 🥳
Tepat jam 9.30 pagi, lori crew kitchen cabinet sampai. Awalnya! Janji jam 11.30 pagi, 9.30 sampai dah, Allah. Nampak body kc juju tu, macam-macam perasaan ada ni tau. 
Seronok tengok dia orang sakan bekerja. Macam tengah feel mood baru bekerja. Dengan bermacam jenis peralatan memotong bagai. 😱

2 hari dia orang berkampung...
2 orang Chinese, 1 orang Melayu, setiap mereka ada kepakaran masing-masing. Suami juju pantau masa ini, juju sedang bekerja. Dia lah yang rajin update progress demi progress, selepas itu dia tinggalkan pas pada crew untuk dia pula sambung bekerja. 
 Loading ke lif khas.

 Setiap barang ada troli khas yang mereka bawa sendiri.

Juju balik dari kerja, dalam hati macam-macam rasa. Bagaimana rupa hari pertama dapur juju ek. Tengok, inilah barang-barang yang ditinggalkan. Juju belek ke semuanya. Wow, pengukur air tu pun cap Germany amboi haha. 

Korang dah bersedia nak tengok dapur juju secara keseluruhan?
Okey jom !!!

TADAAAAAAAAA!!!
Alhamdulilah, inilah dia warna idaman juju dan suami. 
  1. Warna dua ton. 
  2. Glitter white + Baby Turqoise. 
  3. Jenis : 4G glass door (aluminium skirting)
  4. Body : Grand Oak 
  5. Anti cockroach back panel
  6. Tall unit + Top unit
  7. Built in handle
  8. Drawer Soft Close [HÄFELE] - Nova Pro
  9. Multifunctional Drawer Basket
  10. Extended 4 Years Care Plus Plan [5 years Warranty on workmanship defect & accessories]
 Pandangan sisi hadapan. Segak tak? HAHA 😆
Bagi juju tuan owner kc ni, juju nampak macam sepercik kc mat salleh sikit hahaha, kemain dia punya rasa tu. Yelah sebab pemilihan warna ni seakan ngam dan beri efek gembira, ceria dan sangat motivasi rajin.

 Tall unit kc juju, saje konsultan design ruang peti ais nampak luas sebab mana tahu akan datang nak tukar yang jenis besar dan tinggi sikit. Senang tak payah nak pecah pula dinding ni hehe.

Nampak ada tall unit di sebelah peti ais? Kecik nipis je. Itu adalah ruang khas letak penyapu, mop, berus basuh tandas dan sabun pencuci segala dalam rumah ni. Nampak kecik, tapi dia lah paling penting. Nanti akan datang aku review ruang ini lebih detail tau. 

Kalau korang perasan, inilah ruang aku memasak di kawasan yard. Aku tak nak pecah dinding asal konon nak bagi tampak ruang dapur luas. Aku ada prinsip aku sendiri. Nanti aku cerita akan datang kenapa pro and cons okey.

Nampak brand kedua-dua hob dan hood juju? 
Hari ini hari yang sesuai untuk aku publish, TEKA. Kenapa TEKA? 
Nanti aku story next entry lagi okey hehe. 

Siapa konsultan di sebalik tabir yang design body kc juju sekarang?

👉Miss Y ! 
Iyer panjang cerita tau, juju pendekkan macam mana aku boleh jumpa Miss Y sebab...

Sebelum aku dipertemukan dengan Miss Y, juju dah deal bermacam jenis orang yang tawarkan servis buat dapur. Serius sampai satu tahap aku fed up tau. Suami aku tau la bermacam kerenah orang aku cerita dekat dia, itulah inilah. 
  • Deal pertama : Hari bekerja, aku mohon cuti setengah hari sebab nak ada di rumah untuk orang yang aku deal datang ukur body kc, sekali alasan dia cakap motorsikal rosak, petang boleh ke kak datang? Akuuuuu? aku cuti setengah hari bekerja, petang aku kena masuk balik kerja tau tak. 
  • Takkan kau tak boleh fikir naik Grab ke apa ke, ini aku plak kena fikir masalah kau. Habis aku punya masalah siapa nak fikirkan? Tau kenapa aku perlu ada masa orang nak dtg ukur kc? Sebab aku boleh bagi tau apa aku nak dekat dapur aku, bukan ukur saje-saje ye. Kalau dia dari awl dah bagi masalah, aku takut nanti nak pasang body kc jadi setengah jalan.... semua aku yang kena fikir...ewahhhhhh! (PANGKAH !)
  • Deal kedua : " Oh akak kena bank in RM100 kalau nak team kami datang rumah ukur keluasan kc akak ye, kalau setuju amik dengan kami duit 100 tu kami pulangkan semula." (Amboiii belum apa-apa dah nak ikat tangan aku dah, tak suka lah belum apa-apa jumpa face to face dah nak atur ini kehidupan duit aku. - PANGKAH! )
  • Deal ketiga : Aku mesej dia bagi date bila nak ukur, sampai ke sudah dia cakap nanti-nanti, nanti....ZzzzzzzzzzZzzzzzz sampai aku tertidur kat table top hahhaa (Bukan rezeki dengan ko kot, PANGKAH !) 
  • Deal keempat : Suami tengok dekat sponsor post di FB, terus contact. Hari itu juga dia datang ukur. Jauh tau dia datang, masa ini aku bekerja. Aku serah kat suami untuk orang ni ambil ukuran dapur, wanita tau, cayalah dialah Miss Y. 👍👍👍 
Aku bukanlah kategori cerewet sangat tau, tapi kenapa rezeki bila deal dengan orang je ada je masalah lain muncul. Mungkin bukan rezeki dengan diaorang kot. Sekali kena PKP, 3 bulan tertangguh. Masa PKPB ada peluang untuk jenguk show room yang terletak di Kota Damansara. 

Cerita kesinambungan klik 👉 SINI 
Setelah melalui pelbagai ujian dan perangai orang, akhirnya rezeki buat dengan Miss Y. Pandangan sisi tepi, seronok Abg Qi posing dapur sudah berbaju lengkap hehe.

Kenapa warna TURQOISE + WHITE pilihan warna dapur juju dan suami?
Warna penyuntik keceriaan, ketenangan dan warna motivasi. Ini definisi lagi mendalam di Google. 
  • Meaning of The Color Turquoise
The color turquoise is associated with meanings of refreshing, feminine, calming, sophisticated, energy, wisdom, serenity, wholeness, creativity, emotional balance, good luck, spiritual grounding, friendship, love, joy, tranquility, patience, intuition, and loyalty.
  • What is the Healing Power of Turquoise?
Turquoise promotes self-realisation and assists creative problem solving. It is a symbol of friendship, and stimulates romantic love. Turquoise aids in the absorption of nutrients, enhances the immune system, stimulates the regeneration of tissue, and heals the whole body.


💧Warna yang buat kami tak lena tidur tau tak!
Patutlah 3 hari 3 malam tidur tak lena sebelum nak buat keputusan warna apa yang sesuai untuk KC juju yang kecil ni untuk nampak luas dan paling penting efek ketenangan adalah gabungan warna baby TURQOISE & Glitter WHITE. Asyik-asyik teringat dua warna ni je, suami juju pun cakap suka warna ni. 

Jadi sepakat kami pilih warna berasaskan aqua. Warna air, warna penyejuk hati. 

Sekali dah siap, hari-hari tersenyum. Tak pernah rasa tenang setenangnya berada di dapur tau. 

Akan datang juju akan kongsikan kisah dapur lagi tau, ada banyak cerita nak kongsikan. Kali ini kisah organize my tiny kitchen to be pinterest kitchen. 

Haaaaaaa, siapa suka layan pinterest pasti tahu bagaimana efek keseronokkan bila terjebak ke alam susun atur dalam dapur. Tunggu tau !

Thank you, you make my day so beautiful everyday. Yeyyyy!


Don't wanna miss a thing?
Baca tips beli rumah dan deko rumah selanjutnya: 

26 Comments

  1. Akhirnya dapat tengok dapur Juju yang dah siap.
    Wah kali ke-4 baru bertuah jumpa orang buat kc.

    ReplyDelete
  2. Akhirnyaa...ini kali siap baru komen hahahahaha...cantik sungguh, walau comel ta;pi janji kepuasan tu ada...jangan besar tappi tak puashati...lepas ni masak sampai lebam le ko Juju ekk...

    Patt Sis ko dapo ko masak belakang tu, bagus tak payah pecah dinding tu, supaya tak banyak nak mengemas..

    ReplyDelete
  3. tersenyum ammi baca posting ni. dapat bayangkan perasaan juju. ammi yang duduk rumah sewa kat kl ni kalau pasang wallpaper pun hati dah berbunga2 sebab kita yang nak pandang rumah ni hari2.

    ReplyDelete
  4. Cantik sangat! Bestnya ada rumah sendiri

    ReplyDelete
  5. Bila cntik paus hati nak mask kan.. Hehe

    ReplyDelete
  6. Senyum senyum baca tau! Cantik, simple, kemas!
    Suka dapur masak kat yard tu. Tahniah Juju.. Happy for u, faham rasa seronok puashati tu.. Happy cooking!

    ReplyDelete
  7. Wow this looks neat and compact. Beautiful to say the least.

    ReplyDelete
  8. Cantiknya!!! Best2....rumah sewa iQ skrg pn IQ masak kat yard. Hahaha...tpi tak nampak proper la...biase2 jer...

    ReplyDelete
  9. cantiknya.. siap ada dapur luar.. memang idea nie..

    ReplyDelete
  10. cantik.. smangat nak masak kalu cantik gini

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. Selamat berkereasi di dapur baru.. Seronok tengok Juju bahagia n enjoy dengan KC baru Juju..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah, puasnya hati dpt apa yg diidamkan tu bestnya

    ReplyDelete
  13. Tumpang happy. Warna rumah huda pun turqouise gini. KC jer tak moden cam rumah juju

    ReplyDelete
  14. Seriously cantik juju...
    Sedap Mata memandang..
    Lepas ni makin rajin semangat memasak Tu 😍💪

    ReplyDelete
  15. cantik. saya pun tengah mencari kontraktor untuk buat my kc, belum berjumpa lagi yang berkenan di hati dengan bajet yang ada

    ReplyDelete
  16. cantik... makin sedapplah masakan..

    ReplyDelete
  17. Cantik la ju.. macam tersuka pulak dengan warna nya tu.

    Memang kalau awal2 deal dah banyak karenah baik jangan teruskan.

    Tapi kalau orang tu kita berurusan dengan dia jadi mudah,lancar , insyaAllah memang mudah la tu.

    ReplyDelete
  18. Hehe yeayyy siap dahh! Alhamdulillah best n comel sgtt. Lpsni lg rajin lah kak juju masuk dapur hihi

    ReplyDelete
  19. tetiba tumpang rasa berbunga2 hati hahahah terbaik la juju detaillll

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah... Memang cantik sangat dapur juju. Combination warna pon cantik sangat. Memang tak puas mata memandang bila tengok dapur cantik macam ni.

    ReplyDelete
  21. Jarang tengok orang ada kc kaler turquoise. Cantik sangat!!

    ReplyDelete
  22. Cantek KC dia, seronoknya kita yang membaca ni. semoga ada rezeki buat KC juga lepas ni

    ReplyDelete
  23. Alhamduiillah syukur Ya Allah. Akhirnya siap dah KC juju. Cantik benor kaler dio dik juju weyhh.. kakya pom suka. Blh bayang dah gembiranya hati bila yg diidamkan duk depan mata. Happy cooking nahhh ngan abang qi ensem ..

    ReplyDelete
  24. Cantik juju! Rumah kt Ipoh nanti nak buat tiles ala ala tu lah thanks for the inspiration

    ReplyDelete
  25. Comelnya kitchen juju...
    Yg penting ikut taste n keselesaan kita kan

    ReplyDelete
  26. cantiknye kc u. Boleh share x which company yg buatkan KC tu?

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)