Pin!!! Pin!!!!
Parcel sampai lagi ehhh kat rumah juju hahaha. 😂
Bukan barang pos laju, ini kali rider drive hantar pesanan juju menu berbuka puasa tau musim PKP ni. Cantik tak gambar kuih tradisional kat atas? Juju potong dan hias sendiri atas pinggan. Warna warni. 

Sepuluh hari memasak non stop, ini kali kasi chance juju rehat. 

Kita berbuka menu puasa delivery terus dari Bangi Golf Resort (BGR) guna aplikasi online Lazada yeyy. 👌

Jam 3 petang dah sampai ke Gombak, Kuala Lumpur. Lajuuunya...siap kirim pamplet cara nak reheat makanan berbuka. Syabas! Nak tahu bagaimana pek vakum ni di panaskan teruskan membaca ya. 

Juju gantung kuali dan pressure cooker naa...
Kita order online rancakkan lagi ekonomi perniagaan dalam Malaysia. 
Lauk utama....
✅ Gulai kawah 🌶🌶
✅ Ikan tenggiri lemak cili api 🐟🐟
✅ Rendang Ayam 🍗🍗🐓🐓
✅ Kari Kambing 🥘🥘🐐🐐
✅ Nasi beriani 🍛🍛🌾🌾

Barakallah!!!
Inilah antara menu² iftar yang ada dalam box BGR delivery petang tadi. Dari pencuci mulut sehingga menu utama, sampai ke menu moreh ada dalam set. 

Set ni boleh makan sehingga 5 org tau, saje order lebih boleh kirim ke jiran sebelah sekali. 😘
Kongsi rezeki iftar. 😍
Abg Qi suka sangat lah makan rendang ayam sama kuih lapis tu, dua kali menambah makan. Dia dah pandai komen, rendang ayam, gulai kawah sama kuih sangat sedap umi. 

Alahai anak....
Husband berbuka tak nampak dah bini kt sebelah 🤣

Dua kali menambah Nasi Briani sama lauk pauk. Haishhh berbaloi² buffet ramadan BGR dalam rumah. 

Puas hati. 😉
Cara nak panaskan pek vakum makanan sangatlah mudah. Ke semua pek makanan direbus dengan air panas dengan masa tertentu. 

Jemput tonton video juju klik: https://youtu.be/EVugklJMrZo
Sebagai panduan untuk memanaskan pek vakum, sila rujuk link yang berikut:-
BGR Iftar On Demand 
BGR Iftar-on-Demand merupakan pakej istimewa pada harga RM99.90 satu set. 
Hidangan makan malam termasuk 4 makanan pek vakum untuk 3 hingga 5 orang. 

BGR juga menyediakan pelbagai seleksi hidangan antaranya Kambing Bakar, Indian Chicken Varuval, Kurma Daging, Ikan Tenggiri Asam Pedas, Nasi Minyak Basmati.

Western food juga ada tau. Antaranya Spaghetti Bolognese, Spaghetti Carbonara, Chicken Satay with Peanut Sauce, Assorted Kuih Muih, Assorted House Desserts, Milo Agar-Agar dan minuman Mocha. 


Kepuasan? Melebihi dari sangkaan. Semua sedap dan kami sangat berpuas hati. 

Nak order? Meh juju kasi link #Lazada. Kita kasi surprise satu famili buffet iftar kt rumah masa PKP ni. 

✅ Order je, bayar online...tadaaa klik ajomm... https://www.lazada.com.my/shop/bgr-foodservice/

Tempahan & Pertanyaan: 1700 81 8557 
Email: sales@bgrrest.com 
Laman Web: http://www.bgrrest.com 
Facebook: https://www.facebook.com/bangigolfresort/  
Instagram: www.instagram.com/bangigolfresortofficial 

14 Comments

  1. Menariknyaaa! Kalau macam ni tiap hari nak order haha.
    Sedap pulak tengok lauk dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq. Hehe sila² order Syed. Ada link order di atas.

      Delete
  2. mostly reheat pkai microwave ke kak juju? teringin nak order jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reheat guna air panas je. Kak juju suka la sbb cara panaskan ada link Youtube diatas, terperinci chef jelaskan. Nanti baca balik tau. Sis punya set C.

      Delete
  3. Menarik! Nanti nak order bila sampai Sepang.. Haha.. Kat Kelantan takda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha wokeh ben...
      Mesti isteri dgn anak² ben suka.

      Delete
  4. Sedapnya semua.. Nak usha la.. Rindu makann bgr.. Hehee

    ReplyDelete
  5. Ya Allah, menduga betul lahai,

    ada delivery ke shah alam, postagenya 12rengget jer, tpi order hri brkenaan, trus dpt hri brkenaan ke kak juju? sbb tgk kat lazada tulis 4 days postage

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul, 4 days. Order awal senang. Diorg nak susun jadual htr. Sebab org BGR sendiri yg delivery. Mcm sis, jam 3 petang sharp sampai. Boleh siap² reheat menu berbuka.

      Delete
  6. Cantik,tertarik kuih kalerful tu..lauk2 pun sgt mendera tekak akak juju

    ReplyDelete
    Replies
    1. Talam caca, talam keladi dan bingka ubi gula merah tu semua sedap sgt sis. X manis sgt, semua just nice rasa. Nak mkn baru celup dalam air panas mendidih agak² 10 minit. Boleh terus potong dan makan. Plastik yg digunakan sgt selamat.

      Delete
  7. tiap2 thn berbuka kt BGR tp thn ni tkdpt kn..tp ada BGR speedmart ni bole la order

    ReplyDelete
  8. sedapnya semua..rindu makanan bgr..nak order la

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)