Luasnya! Jom berenang cari barang haha

Warehouse pertama, H Trends Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Warehouse pertama kami terjah adalah di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. H Trends anjur warehouse 80% mark down price. Semua jadi kebetulan sebenarnya terlalu jalan besar kawasan rumah baru kami je pun tiba-tiba suami terpandang banner banyak di laluan utama. Kata dia jom kita survey warehouse dekat sini mana tahu kot dapat harga murah kan. 

Aku ikutkan aje, sampai je dok cari manalah warehouse ni duduk, rupanya di belakang hotel, memang susah sikit bab parking tapi nak jadi rezeki Allah permudahkan jalan, ada orang nak keluar, apa lagi dapat parking dekat warehouse. Syukur!

Nampak gambar di atas? Ye warehouse tapaknya berkhemah selalunya outdoor lah. Kalau pameran dalam bangunan lebih indoor kan, jadi sewaan tapak dan harga sudah tentu berlainan sekali. 

Carian kumpulan harga kawasan kedai dekat rumah
Aku perasan dan hasil survey rambang, kalau nak cari peralatan untuk rumah baru (maksudnya dari zero) aku rasa warehouse paling kena dengan poket kami, nak harga bajet, nak barang brand dan berkualiti. Tidak terlalu mahal tapi masih ada warranty, gitu. 

Tepat sekali tanggapan dan survey kami, memang berbaloi-baloi kalau korang yang nak masuk rumah baru nak beli barang carilah warehouse, nak tahu bila diadakan warehouse? Kadang-kadang melalui FB, tidak semua buat melalui iklan sponsored post di FB, kadang-kadang walk in di jalan raya besar ada banner pun boleh jadi itu rezeki kau. 

Murah berganda, barang yang sama, kualiti sama tapi harga tak masuk akal. Serius! Kami kan suka survey barang peralatan rumah setiap hari Sabtu dan Ahad sekitar Kuala Lumpur, Batu Caves, Sri Gombak, Wangsa Maju dan sekitarnya kami snap gambar dan simpan untuk intaian tempat lain pula. 
Aku kalau cari barang, muka macam nak makan orang haha, bukan aku ni, ni saka aku haha

Taste barang aku suka, bukan ikut orang.
👉 Singki Dapur
Sampai je terus tengok singki, aku punya singki bukan 2 pembahagi tau. Aku dah buat bacaan di internet, selalu bila orang beli 2 bahagian akhirnya akan tukar jadi satu bahagian je sebab renyah nak cuci dua singki bila dah lama-lama. Aku rasa ni taste masing-masing dan kerajinan kot, bagi orang lain okey je. 

Macam aku, aku pilih barang ia PRAKTIKAL bukan hiasan semata. Aku memang tak berapa minat 2 singki, aku suka keluasan singki. Aku suka 1 singki, 1 paip air tapi jenis lebar. Senang nak siang ikan, ayam dan sayur dalam 1 singki lebar sahaja. 

Sebab aku perasan aku banyak kerja bab menyiang dan membersihkan bahan asas, selalu bakul penapis tak muat lah, siang ikan atas top dapur jadi berair-air lah. Jadi aku pilih singki memanjang. Settle beli sini, kualiti dan harga aku rasa okey. 
Masa ini, hujan ribut selebatnya turun, habis berkecah dalam warehouse air masuk haha, mujur masing-masing pakai sport shoes, redah je air lalu melimpah2 macam banjir pun ye. Itu sebabnya warehouse ni aku tengok banyak barang murah mesti aku syak tapak dia tak adalah semahal mcm shopping mall mega tu.

👉 Aksesori rumah
Kalau perasan gambar di bawah tu semua aku beli. Brand Livinox aku perasan dimata aku taste besi dia ala hotel style. Aku pegang tak berat, ringan dan nampak kecantikan bersinar design dia. Jadi kami sepakat borong ke semua aksesori dari segi:
  • 2 x set penyidai tuala
  • 2 x set penyangkut baju/seluar
  • 2 x salur air tandas
  • 1 x paip singki dapur
  • 1 x singki besar memanjang
Semua harga di bawah, bagi aku nak kata murah sangat tak lah tapi berbaloi dan tidak terlalu mahal melampau. Ada tu aku survey kat pameran di shopping mall ternama, kepala paip singki pun dah cecah 1k. Memang mahal lah sebab aku yang survey dari pameran dalam kedai ke luar kedai kan. 


👉 Hob & Hood Dapur
Aku minat satu brand ni, nanti dah siap pasang dah guna baru aku review macam mana betul tak. Nak cakap sekarang sebab masih terlalu awal. Aku pun borong hob & hood di sini juga tau. 2 benda tu aku dapat harga ngam 1k. Murah dan kena dengan idaman brand sejak dulu aku nak. 

Husband dah intai brand hob & hood yang aku nak tu di beberapa buah kedai, ke semuanya cecah 1500 ke 2,000 tau. Fuhh! Jadi langkah kanan sangat lah kami ke sini.

Total burn = RM1,454 dapat 10 barang.
Jimat berganda dari pencarian asal. Next warehouse! 
Hari yang sama beli terus loading sendiri barang ke rumah baru. Kami tak ambil khidmat penghantaran sebab kami nak berjimat, memang ada servis tu tapi tu pun dah beratus tau. Baik angkat sendiri dan hantar sendiri, nikmat susah senang tu boleh lah Abg Qi merasai betapa seronoknya kita menabung sejak 3 tahun lepas untuk tuai hasil pada hari ini. 

Satu pembelajaran untuk si kecil juga dan ternyata Abg Qi suka jaga barang, pegang pintu sampaikan dia tanya ada lagi tak barang nak pegang...haha rajin anak umi ni. 😘😍

xxx

Warehouse kedua, kedai One Living, Taman Samudera Batu Caves, Kuala Lumpur. 
Aku berbincang dengan suami dan hasil pandangan kami berdua termasuk wireman pun kami tanya pandangan tau. Sudah jadi trending di media massa ramai orang cakap borong  kipas dan lampu dekat Puchong murah. 

Ye aku tahu lama dah sejak sebelum beli rumah lagi. Ya, kalau rumah kalian berdekatan dengan situ tak apa. Memang bonus! Tapi kena ingat sekiranya berlaku masalah macam mentol tak menyala, wayar terputus, alah benda remeh temeh nak install sesuatu barang faham kan? 

Takkan lah korang nak buang tenaga, minyak, tol dan masa semata-mata nak tukar sebiji mentol tak menyala, kipas tak berjalan dan lain-lain?

Betul juga, baik cari kedai dan warehouse berdekatan rumah terlebih dahulu. Jika mahal dan korang jenis tak kisah merantau jauh ke sana, dipersilakan borong. Macam kami, kami pilih dekat dengan rumah, apa-apa senang je nak claim masalah atau nak beli sesuatu jika terlupa. Betul tak. 
 Suami sampai lepas solat Jumaat, aku sampai warehouse ni tepat jam 12 tengahari dari pejabat untuk survey harga, hari Jumaat kan boleh keluar awal, buat apa pening kepala nak bersesak pergi hari Sabtu Ahad haha. 

👉Led Panel Light (Lampu siling konkrit) - Super Eco 
Pencarian lampu pertama sekali ialah LED Panel Light. Apa tu? Korang tau tak lampu yang orang selalu pasang dekat plaster siling rumah? Itulah lampu ala-ala plaster siling tapi ini yang jenis boleh pasang terus di siling konkrit tau. Serius, percayalah, bila dipasang terasa macam siling tu imbasan seperti dipasang plaster siling tau tak, tapi sebenarnya mana ada plaster siling pun hehe. Aku suka teknologi baru ni canggih! Buat mata rasa macam ehhh macam lampu plaster siling.

👉Harga lampu beli masa warehouse
Kami pilih bulat kesemuanya. Kalau 4 segi nanti kalau wireman pasang tak center, akan nampak senget benget terus jadi tak cantik. Untuk tidak memeningkan kepala semua beli bulat dan paling besar. 

Satu cahaya putih sahaja = RM17.50 satu set paling besar adalah harga yang aku rasa susah nak dapat di tempat lain tau. (tak ada warranty)

Tiga bentuk cahaya = RM39 (ada warranty)

Kami borong banyak dekat sini sebab dah lama cari lampu pasang siling konkrit:
  1. murah
  2. berkualiti
  3. energy saving 80% 
  4. brightness & soft 
  5. elegant appearance 
  6. low light decay
  7. Buatan Malaysia. 

 Aku beli lampu harga RM18 tapi bukan design tu, chandeliar pun aku beli di sini sebab harga terlajak murah dan kena taste aku nak, nampak moden dan elegen sikit bila pasang dua jenis lampu ni tau. 

Gambar di bawah adalah cawangan kedainya yang lain, ini adalah harga asal dalam kedai. Bayangkan harga satu lampu putih dan satu lampu 3 cahaya di warehouse baru RM17.50 & RM39, harga asal kedai cecah RM20-55 ke atas untuk satu sahaja. 

Bayangkan berapa banyak bajet kami dapat berjimat bila pergi ke warehouse? Sudah semestinya yes borong haha!
Nampak lampu asal harganya macam mana, fuh, berbaloi pi warehouse dia, jimat terlentang di buatnya tau. Seronoklah aku haha. 

👉Mesin basuh (washer + dryer)
Korang mesti cakap, amboi rumah baru semua benda juju nak borong baru. Kebetulan, mesin basuh aku tu masih okey, cuma dah lebih 10 tahun guna. Mertua bagi mesin tu sebab dia nak pindah balik kampung, tak nak duduk bandar maka aku gunalah sejak Abg Qi umur 2 tahun sehingga sekarang. 

Masih okey, cuma bila dah nak pindah dari duduk bawah ke atas, ruang dan kepraktikalan sesuatu produk aku kena fikir berjuta kali. Sebab bila dah pindah aku kena sisih dan fikir banyak untuk kaedah dia akan berguna untuk jangka masa lama tak lagi?

Ingat senang?
Mesin 2 in 1 memang harga sangat bersaing sihat. Rumah atas langit, alang-alang kau dah bertahun kumpul duit apa salahnya cuba beli 1 kan. Kalau ia menyenangkan seisi keluarga aku rasa patut beli. Tapi aku masih lagi survey. Aku simpan harga dulu. Sebab mesin basuh 2 in 1 memang lah paling mahal hahaha serius mahal ooo. 
 Aku aim LG lah, yang lain bukan tak nak sebab hati memang nak LG. Itu aku kena kuat survey lagi. Harga kat sini masih belum restu sangat haha. 

 Rubine (warna gun metal) cantik kan awak?
Kami pilih yang ini setelah hampir 1 jam buat keputusan adehhh haha

👉Kipas siling
Paling lama nak pilih adalah kipas! Ya kipas paling lama sebab apa? Sebab aku pun tak tahu kenapa lah kami pilih ini paling lama hahahaha😂😂masing-masing ada taste, masing-masing ada hujah, masing-masing tak nak mahal, masing-masing nak juga nampak ada fresh look design hahaha. 

Bila nak pilih pening, kepala asyik mendongak ke atas langit kedai...bertambah pening semua cantik, semua bagus, semua cantik argghhhhh tolong haha. 

Rubine salah satu wishlist juju, sebab baca kat FB selain cantik Rubine juga kategori tahan lama. 

Kami beli : 
  • 3 biji x kipas brand Rubine (Harga warehouse RM300 lebih kan, kami dapat RM200 lebih sebuah ehhhh suka lah sebab jadi murah lagi)
  • 2 biji x kipas brand Panasonic (RM131 sebuah)

Khind masa ni harga terpaling murah, RM99 ada warranty 3 tahun. Tapi kami tak setuju nak beli sebab entah lah, ikut balik taste dan kemahuan masing-masing. Macam Panasonic tu geng seangkatan KDK tau, memang aku tau Panasonic tahan lama bertahun guna pun masih elok. 

 Sekarang jangan pelik, beli 5 biji kipas dapat 3 kotak sahaja tau. Serius masa ni aku tanya sales girl yang selalu ikut aku ke sana ke mari, Cik Yien namanya. Dia memang bagus sebab bijak kongsi info setiap barang, macam kipas sekarang 1 kotak ada 2 kipas tau. Jadi bila nak simpan dalam kereta jimat ruang. Bijak lah. Mudah kami nak angkut kan.  

Hasilnya, tadaaa....5 biji kipas, lampu LED berlapis-lapis, muat untuk belakang kereta biasa. Tak payah pun letak kat tempat penumpang. Selesai ! Lega tau tak haha. 

Total burn warehouse kedua = RM1,505 dapat berpuluh barang haha. 
Master bedroom terang benderang view tersangatlah cantik serius ni, kat master kami pasang lampu 3 jenis cahaya tiga kali tekan (warna putih, off white, soft oren), 1 kipas Rubine 5 bilah. Terus nampak macam hotel ishhhh gerammmmmmm uii rasa nak duduk sini cepat haha! 

Solat isyak, bacaan yasin, surah rukyah dan baring, best beb baring bilik sendiri walaupun dekat tikar solat je pun boleh lena dibuatnya haha. 

Beli barang warehouse kedua ini pada 4 Oktober 2019, hari Jumaat lepas. Aku apa lagi selepas selesai hunting terus balik pejabat haha. Rupanya suami buat kejutan tau, aku ingatkan nak jadikan tukun dulu ke semua lampu dan kipas tu, sekali dia cakap jom tengok rumah waktu malam. 

Tadaaaaa...bergemerlapan cerah terang benderang rumah kami terus. Allah, laju betul husband ni urus. Rupa-rupanya, petang Jumaat tu juga lah suami call wireman pasang terus kipas dan lampu. 

Kadang-kadang lucu sebab nampak macam dia yang tak sabar dengan rumah baru. Alhamdulilah, ke semua barang yang kami beli semua dalam keadaan baik dan sudah test hari-hari on kan semua, kipas dan lampu beroperasi dengan baik sekali. Syukur!

👉 Next mini reno rumah, macam tak mini rasa major kot haha 👈
  • Grill satu rumah (👍sudah tempah dalam progress ukur dan pasang)
  • Tambah plug point (👍sudah tempah dalam progress ukur dan pasang)
  • Kitchen top konkrit (👍sudah tempah dalam proses beli barang)
  • Plaster siling hall + dining + dapur (🙆masih dalam survey)
  • Dinding extension (🙆masih dalam survey)
Yang ini kami dah deal, cuma kami nak tengok hasil kitchen top konkrit dulu. Kalau okey dan cantik, orang yang sama kami nak tempah buat plaster siling. Doakan juju tau. Ishh rasa macam laju pula bab-bab ini, masa nak tunggu rumah siap kemain 3 tahun tu bertatih simpan duit...sekarang laju je duit keluar haha. 

Entry ambil kunci rumah belum up lagi...aku kongsikan ini dulu sebab takut aku tak ingat harga beli barang hahaha. Tunggu tau. 

8 Comments

  1. ambooii shoping sakan juju utk rumah baru..kalau akak pun teruja

    ReplyDelete
  2. dlu time nak masuk rumah baru samalah servey barangan elektrik paling lama. sbb nak dapatkan brg yg murah dan berkualiti fuhh bkn senang

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. .. Dh nk dekat boleh masuk rumah dh tu. ...
    Semoga dupermudahkan urusan kak julia...

    ReplyDelete
  4. Seronok shopping barang-barang baru untuk rumah baru :)

    ReplyDelete
  5. Tumpang happy utk juju sekeluarga. Tetiba rasa excited nak masuk rumah baru juga. Tapi rumahnya belum ada lagi haha...

    H Trend tu mmg port cari barang rumah yg best. Hari tu PH beli brg utk reno bilik air kat situ juga.

    ReplyDelete
  6. seronok bli brg time warehouse sale ni..byk jimat..rezeki juju nk msk umh baru

    ReplyDelete
  7. kami dulu masuk rumah secondhand pun bukan main seronok lagi, even just sekadar g shopping kipas je. happy bukan main lagi. bagus saving sikit2, ada duit buleh terus g beli barang

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)