Bila boss besar belanja, lain macam sedapnya haa hehe 

#Moment 1 - Budaya salam dan kuncup tangan
Petang semalam aku dikejutkan dengan seseorang, yalah kebiasaannya bila aku tak sibuk bekerja memang aku selalu jemput Abg Qi dari sekolah petang. Tapi petang semalam suami buat kejutan dia berada di perkarangan sekolah Abg Qi lagi awal dari ketibaan aku haha, macam biasa aku memang silent hp, konon fokus di jalan raya. 

Sekali suami ada haha, terus happy weh! 

Aku macam biasa tunggulah di ruang lobi sekolahnya, amboi ada lobi haha saje nak sebut ala-ala hotel sebab memang sungguh pun ada lobi menunggu, dekat pondok menunggu ramai pelajar-pelajar letak beg sekolah maka aku tak nak menganggu mereka.

Nampak kelibat Abg Qi sedang beratur di luar kelas, usai bunyi loceng deringgggggg!!!! Setiap pelajar termasuk Abg Qi mencium tangan muallimah (cikgu) sebagai tanda perpisahan. Bagus ada adab di situ di tonjolkan bagi setiap pelajar.

Begitu juga aku, terapkan pada Abg Qi, setiap kali umi atau walid jemput di lobi sekolah perkara pertama sekali jumpa terus kuncup tangan umi dan walid. 💓

Dia buat, automatik setiap kali jumpa dia mesti angkat tangan nak cium telapak tangan kami. Alhamdulilah, walaupun kelihatan sesetengah keliling kami tidak berbuat demikian pun, tapi aku belajar dari ibu bapa lain di depan mata mereka ajar anak mereka kuncup tangan dan mereka iaitu ibu dan bapa mencium ubun-ubun kepala anak mereka. 

Aku masih belum lagi sampai ke arah itu lagi di depan umum...itulah terbit lagi rasa malu sebab aku tak biasa sebenarnya. Mungkin suatu hari nanti sebab bagi aku moment tu indah untuk dipandang oleh mata sendiri cara adab yang ditunjukkan oleh ibu bapa lain di depan mata ku. Indah, sungguh indah. 

#Moment 2 - Antara nak kekal rasa ego, rasa malas atau malu nak buat baik?
Petang semalam juga suami belanja kami makan KFC, lain macam sedap KFC semalam berbanding outlet lain. Ranggup dia fuhh tak cukup lah set 2 ketul, lepas ni kena beli ayam sahaja kot nampaknya boleh makan puas-puas haha. 

Selepas makan, hati aku berdetik, marilah kita bersihkan meja seperti kebiasaan kami lakukan di tempat francais yang lain kecuali kedai makan biasa aku cuma susun pinggan dan ketepikan sisa makanan elok-elok, kalau ada tong kitar semula dekat kedai makan biasa memang aku suka tapi tak semua ada pun. 

Kedai francais kan selalu ada tong sampah dan kawasan khas pekerja asingkan sisa makanan dan pinggan betul tak. 

Aku rela hati tanpa di paksa kemas semua sisa makanan termasuk bekas kertas, cawan kertas termasuk tulang temulang letak dalam dulang bawa ke tempat pembuangan. Rupanya sudah ada pengelasan sisa bahan buangan tau, senang nak kitar semula. 

Aku buat dan aku tunjuk depan Abg Qi, Abg Qi cakap "Tak apa umi, biar Qaiser buatkan".

Nampak tak? 

Aku tak minta dia buat, sebab bagi aku seorang mentor kena buat dulu nanti mentee akan ikut dalam diam. Tak sangka dia nak cakap macam itu semalam.

Memang aku rela hati, sebab dulu aku tak macam ini pun tapi sejak aku baca budaya santun makan di luar macam mana, aku nak buat. Bukan baru aku buat, kira lama dah, cuma masa tu Abg Qi masih kecil dia belum mengerti lagi apa aku buat. 

Tapi dia melihat, dia serap apa kita tunjuk depan dia.

Tak sangka...ada orang perhatikan kami buat. 
Masa aku nak asingkan sisa makanan, kelihatan sepasang lelaki dan wanita melirik-lirik ke arah kami. Memang aku malu sebenarnya tapi aku biarkan. Aku buat bukan sebab nak orang tengok aku buat, aku buat sebab nak pahala Allah dan nak ajar si kecil aku ni dan lagi satu aku hormat kerjaya seorang pekerja kedai makan francais. 

Rupanya selepas kami buat, sepasang lelaki dan wanita berkenaan pun sama meniru aksi kami...BARAKALLAH!!!

Sejuknya hati aku dalam diam...rupanya bila kita buat, ada yang di lembutkan hati untuk mengikuti cara kami. 

Aku tetiba rasa sejuknya dalam hati...Allah je yang tahu. Mungkin mereka pun sudah lama praktikkan, jika tidak sekalipun dan ianya baru pertama kali buat mereka...tidakkah ia beri pahala kepada kami.

Just be kind, be nice and open your heart.
Nampak tak? Terkadang kita kena pupuk minat untuk buat, buang rasa malu orang melihat untuk buat baik, buang ego, buang rasa riak bila sudah buat kebaikan, buang rasa kebiasaan orang biarkan sisa makanan di atas meja makan. 

Kita ambil inisiatif baru, kemaskan dan buang ke semua sisa ke dalam tong kitar semula. Sekarang senang, semua sudah ada tinggal kita nak buat ke tidak buat je kan...pahala di mana-mana. 

Alhamdulilah, ni yang seronok bila kita menonton orang buat baik dan kita meniru kebaikan, kita buat kebaikan orang meniru cara baik. Ish seronok hidup macam ni...

Jom Amal ! 💋
"Good Habit Become Passion - useful to others"

4 Comments

  1. nice sharing juju. Juju memang baik, semoga kebaikan juju buat ini terus memberi inspirasi kepad lebih ramai orang

    ReplyDelete
  2. melentur buluh biar dari rebung. kalau dah jadi rebung nanti dah tak boleh nak lentur dah.. gitu lah pepatah kata orang tua dolu2 hehehe.

    ReplyDelete
  3. perkongsian yang menarik kak juju. saya pun kat kedai makan, kalau ada disediakan tempat letak pinggan, saya akan kemas meja saya dan letak balik pinggan tu. sebab kat rumah dah terbiasa kena kemaskan meja makan, tak suka tinggalkan sampah sarap atas meja.

    ReplyDelete
  4. Betul. Bila kita tunjuk sifat baik, anak-anak akan follow.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)