Aku tahu sekarang tengah 'hot' dengan satu isu panas. 
Aku bukan nak masuk campur hal-hal berkaitan rumah tangga orang lain. Tapi penting kat sini yang aku rasa sesiapa status kita sudah berkahwin, akan berkahwin, atau anak dara sekali pun perlu adanya ruang 'Privacy' untuk berkongsi kisah perihal keluarga. 

Aku nak tanya korang sendiri sebagai pembaca, perlu ke kita luahkan masalah dalaman pergolakan keluarga kepada tontonan umum?

Perlukah? Ya betul untuk meluahkan, kita berhak untuk meluahkan tapi kena bijak untuk meluahkan dengan cara yang selamat dan bijak. 

Suami, baik buruk dia, berulang kali dia lakukan kesalahan besar atau kecil kita berkahwin bukan dengan dia sahaja, kita berkahwin seluruh kaum keluarganya yakni bersaudara dekat dengan mertua dan adik beradik kandungnya.

Caranya:
Gunakan saluran orang tengah untuk cari pendamaian dan solusi kepada permasalahan. Memang betul, kita sendiri dah sampai satu tahap dah tak boleh nak uruskan lagi. Caranya cari orang paling dia rapat selepas kita, mungkin ibunya, bapanya, adik beradiknya...kemudian baru cari kawan rapatnya.

Berbincang secara tertutup.
Tidak dihebahkan dimana-mana.

Tak kah itu beri efek kedamaian dan ketenangan walaupun dipengakhiran mungkin itulah jalan yang kita juga kena pilih. Tiada seorang pun tahu, ya biar Allah je tahu dan ahli keluarganya sahaja yang tahu.

Aku tak backup mana-mana pasal isu ini, baik si isteri dan sang suami kena sama-sama juga berkomunikasi untuk dapatkan solusi sebenar apa makna disebalik mendirikan alam rumah tangga.

Jangan lari.
Jangan lari dari masalah...

Semakin lari kita semakin menunjukkan yang kita buang keluarga, tak ambil peduli, tak ambil berat...itu yang orang lain fikirkan pasal diri anda walhal anda sendiri menidakkan...itu mengundang fitnah jadiah bukan...maka perlu matang dalam aspek sebegini.

Aku?
Ya, aku sendiri selalu berkongsi kisah keluarga aku, ratanya tentang travel dan makan-makan ataupun sekali sekala pasal perihal masak. 

Gaduh?
Haha tipulah cakap tak pernah, aku sendiri mendirikan rumah tangga dah hampir 8 tahun, masih baru, aku rasa bila gaduh makin tambah mesra, makin manja haha, yelah tu cara aku nak merajuk, kadang-kadang benda tu sikit je tapi aku up merajuk sebab nak tengok suami aku pujuk dengan cara macam mana hahaha

Adat resam rumah tangga, kalau gaduh-gaduh tu biasa...tapi melibatkan orang ketiga ni biasalah menjadi kepantangan wanita, tapi ada je aku tengok orang pompuan ni memula je gaduh besar pastu tup tup ehhh elok je bermadu siap kamceng lagi. Opss, kenyataan ni selalu nampak je depan mata.

Rezeki memasing, yang penting doa wanita adalah senjata utama sekali...jangan main-main dengan doa mustajab dari wanita tau, kalau dah bergelar ibu lagi lah kita kena jaga doa kita, doa pun kena ada cara, jangan doa je, berdoa kena ada ilmu baru Allah tengok kesungguhan kita.

Lunakkan perut suami mu dengan air tangan kamu yakni masakan.
Manjakan pandangan suami mu dengan berpakaian yang dia sukai kita untuk pakai.
Patuh arahannya.

Jika dia masih sebaliknya, doalah. 
Ada kala masalah itu datang sebab Allah nak uji diri kita ini sejauh mana nak hadapi masalah dengan cekal, ya bukan senang seperti apa yang dikata. Wanita memang mudah beremosi, termasuk aku sendiri memang aku pun jenis kuat emosi, sampai satu tahap kita akan ada rasa "sudah cukup, cukup sudah, cukup sampai disini saja, dari hati lebih tersiksa, biar aku pergi saja".

Berbincanglah dengan keluarganya...merekalah paling mengenal siapa suami kita. 
Sebab itu jagalah aib suami, pecah aib suami ibarat kita membuka pekung diri kita sendiri. 

Mudah-mudahan kita juga dapat amal seperti apa yang dikata....apa yang penting, saya sayang suami saya sampai syurga. Amin!

5 Comments

  1. Our married our team.Our family our team too.
    Tidak dinafi bila emosi menguasai diri pecah benteng kesabaran manusia itu.bagi PC semua kena main peranan.Terutama ibu bapa..nasihati dan bantu meredakan.Semua juga kena jaga diri..sedar diri status dan tanggungjawab masing-masing.

    Setuju..sebolehnya aib tidak kira sesiapa pun harus dijaga..baik aib isteri,,aib suami..aib ibu bapa dan keluarga juga.

    ReplyDelete
  2. betul tu kak. hal rumah tangga (yang tak best) tak perlulah nak cerita kat sosial media. cukuplah sosial media tu hanya untuk share benda-benda yang best dan indah jer supaya orang yang baca pun tak sakit hati. hihi

    ReplyDelete
  3. Betul la..rumahtangga mana la tak de gaduh dan masam muka.Tapi biarlah orang keliling tak tahu. Sedangkan nak bercerita kat ahli keluarga pun kita takut sebab zaman sekarang banyak gunting dalam lipatan.

    ReplyDelete
  4. sama2 beringat,memang kena jaga aib suami. gaduh macam mana jangan dibawa keluar rumah

    ReplyDelete
  5. Setuju.. slalu dgr jgk trutamanya dkt radio. suami isteri share aib masing2. sgt xssuai..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)