DAY 14 : TWO WEEKS ALREADY! 

# Sometimes when 'J ' say ' I'm okay '
J want someone to look me in the eyes , hug me tight and say, " No you're not " 😢

# Nobody is every "too busy". If they're interested, they'll make time. 😒

# "Life doesn't get easier, you just get stronger." All the hard stuff you go through in life is helping you mentally and emotionally. 🤕

# Just breathe. You are strong enough to handle your challenges, wise enough to find solutions to your problems, and capable enough to do whatever needs to be done.😨

# No matter what challenges you're facing at this point, its only making you stronger and preparing you for whats next. 😔
(Infections area, kain hijau ini didatangkan khas dari bungkusan kertas. Kata doktor ia telah dinyahkan bakteria dan bagus digunakan terutama infections area. Hebatkan, pertama kali kain khas duduk dalam beg kertas khas.)

Siapa sangka, pejam celik, murung ceria, gembira sedih, terkejut marah semua emosi dan didikan sepanjang 2 minggu di wad HKL ini mengajar banyak erti apa itu 3 - Redha, Sabar, Tawakal.

Menuju ke proses sembuh, sangat panjang. Kalau sakit dalaman tidak mudah dilihat mata kasar. Sakit luaran lebih padu sebab dalaman serta luaran bergaduh sesama sendiri nak tonjolkan siapa terbaik. 

Life is crazy tapi setiap apa ujian terjadi pasti ada hikmah tersembunyi yang kita perlu hadapi.

My partner, dia langsung tak tunjukkan dia stress handle situasi i right now. Tapi selalu juju tanya, "Are you okay?" Apa perasaan sekarang? Your mood, your health and your spirit. Orang sakit tanya orang sihat hahaha, ya lah kita rasa mcm kita byk menyusahkan. 

Cuba fikir, satu organisasi keluarga kecil, jikalau salah seorang stop fungsi dia terlalu lama, apa akan jadi the whole organisasi?

Byk juju fikir pasal ini, rupanya the chairman lagi bijak. Dia susun atur life dia seolah2 mcm organisasi chart dia langsung tak tumbang. Dia inject spirit org kanan dia, pump emosi positive day by day. 

I taught i rasa menyusahkan, tapi the chairman build more confidence level yang dia boleh bawa the whole body family mcm biasa malah lebih bersemangat. Wow!

See, dari situ kita kena letak kepercayaan, bersangka baik dengan semua orang dan diri sendiri. Life get easier! 
Beautiful friends, hadir dengan kejutan, memang tetiba je diorg datang hebatnya kehadiran mereka. Bila sakit juju memang tak nak susahkan visitors. Tapi Allah jentik hati suci mereka, hadir bawa sejuta rahmat dan bahagia. Tumpang bahu dan tangisan, lega dpt sharing. Happy diorg suntik semangat yg belum pernah aku tahu selama ini. Hebat hati diorg...juju pun tak seutuh itu. Lets learn. Thank you so much!

One more sharing, Juju paling otai berbisa la dalam bilik 2 bed ni sebab dah terima 4 kali roomate baru dan mereka sudah discaj tau. Setiap kali itulah roomate check in akan tanya juju sakit apa, berapa lama warded? Favourite question dah tu...jwb la aku mcm pita rakaman 😁

Geng nurse, doktor semua dh kenal sgt. Senang nak berurusan sbb mereka sgt ramah tamah dan sememangnya aku jatuh cinta dgn servis HKL. Wad kelas pertama hospital kerajaan kat sini mmg setanding mcm servis di private. 
Hari-hari tukarkan cadar, makanan ada pilihan, rawatan khas, nak apa2 tekan je bell tapi aku jenis tak berapa suka sgt panggil melainkan emergency betul aku tak boleh bergerak. 13 hari yang selesa, kadang kala yg buat aku tak berapa stabil adalah emosi. 

Rupanya cabaran kat sini adalah diri aku, serius. Bila rakan-rakan nasihatkan yang kita sakit ini hak Tuhan, dia menentukan kita sihat dan sakit, dia tentukan bila kita akan benar2 sembuh. Ya aku dalam perjalanan ke sembuh aku paksa otak aku kerja keras untuk sembuh melalui sesuatu tarikh aku nak? Gila kan!
Mungkin sbb dh biasakan diri buat apa pun kena ada target, kena ada timeline, aku lupa sihat dan sakit tu hak mutlak Tuhan. Semacam tak tak redha atau tak bersedia nak hadap tu aku paksa diri aku nk cpt sihat at the end, AKU DEPRESSION!

One day, juju akan sharing apa sebenarnya yang aku lalui. Ambil masa ke situ...sebab sakit ini aku jumpa kt Google tak banyak kongsikan, ada memang ada tapi tak berapa detail. Info luar negara banyak, tapi mana fhm sgt international punya medication and effect dia huh. Tu satu cabaran nak kenali sakit sendiri yang belum pernah terlintas aku sendiri lalui...semuanya dari demam mengigil sahaja.
Treatment sudah bertukar ke plan B, plan A sudah karam sbb drip antibiotik ke lengan semua fail, jarum semua tak dpt jumpa urat, aku tgk doktor bermacam2 jenis dtg semua stress, seriusly aku tahu diorg berusaha nak rodok jarum aku cari tahap terbaik, tapi bukan rezeki aku di hari ke 13. 

Oral antibiotik diberi, rawatan kedua aku kena sakit dan rengat yang amat sgt, tp nampak berkesan. Sampai tak tahan aku minta nurse bagi ubat tahan sakit, kalau tak mmg aku meraung.

Julia Keep Fighting ❤
www.juliajohari.com 

11 Comments

  1. juju sgt positive.. dalam pada duka, sedih, juju still menenunjukan happy. speedy recover!

    akhirnya dapat jugak jarum tu menusuk ke lengan.. hope antibiotik tu melawan kuman2 yg ada..
    gws yunk

    ReplyDelete
  2. juju kat HKL rupanya.. nanti ita pm ya

    ReplyDelete
  3. Moga Allah permudahkan segala urusan Ju dalam menuju kesembuhan. Aamiin.

    Sabar ya Ju.

    ReplyDelete
  4. allhuakbar...moga juju tabh...cik nor doakan juju cpat sembuh..aamiin

    ReplyDelete
  5. GWS sis..sama la kita...baru jer keluar hosp last mth..selama seminggu dok ward & sebulan MC tu rasa cam nyusahkan hubby jer walaupun dia xde ckp pape pun..kesian tgk dia penat balik keje, pastu gi hosp..pastu blk umah uruskan baby lagi... byk sangat pengorbanan dia..tp bila fikir balik, xpe la kita yg sakit..asalkan bukan dia...

    ReplyDelete
  6. saya dulu pun masuk HKL pun 2 minggu. Tapi last2 keluar ward doc kata awak cuma viral fever. hehe. Sabarlah kak juju, semoga akak cepat sembuh k. Stay strong sis

    ReplyDelete
  7. allah! Tak sabar nak tunggu juju sihat.. cepat sihat yea

    ReplyDelete
  8. terus kuat ye juju,sabar dan positive selalu,nasihat cliche tapi hanya itu yg cik sue mampu,sebab cik sue tahu juju memang kuat,selama ini pun terinspirasi dengan sharing2 positive juju,jadi cik sue doakan dalam senyap dan jauh utk kesejahteraan fizikal dan emosi juju ye....semoga Allah makbulkan doa cik sue ni.

    ReplyDelete
  9. syafakillah juju semoga tabah ye

    ReplyDelete
  10. Kita rasa, dia tempang tanpa kita. Hakikatnya, Ju, our asben akan jd lebih baik dari biasa tanpa kita, terutama dgn hal2 anak. Life aida, byk da berlaku. Sometimes better than kita...

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)