Aku suka kata-kata dekat kotak diterima ini. 

Dah lama aku teringin nak ada pembantu dapur, ya pembantu dapur bukan orang tapi ia sebuah robot yang boleh ganti sesi mengoreng, membakar dan jimat masa serta sudah tentu makanan lebih menyihatkan seisi keluarga. Sudah tentu air fryer dalam wishlist aku, makan tahun kot nak dapatkan. 👍

Kenapa baru sekarang?
Kenapa tidak dulu lagi beli?
Orang dah berzaman pakai, kau baru pakai ke julia? Outdated betul lah ko kan julia.

Arghh! Aku tak peduli apa orang kata, tapi aku peduli apa poket aku kata haha. Bukan tak ada duit nak dahulukan cuma aku tunggu dan lihat apa yang terbaik dengan duit poket aku.

Pernah dengar, wishlist bertukar jadi hadiah?
Ya, betul aku tak tipu.

Kebetulan, aku pi rumah mak aku. Aku kongsilah wishlist aku dekat mak aku, aku cerita kehebatan Air Fryer boleh masak itu dan ini dan beberapa kelebihan lain. Dia memang kenan, dia pun nak juga. 

Sebelum aku cerita pasal kelebihan Air Fryer, mak aku terlebih dulu dah pung pang cerita pasal periuk multipurpose yang dia terpengaruh tengok dekat SINI, aku bagi cadangan kalau duduk berdua je macam tak berbaloi sebab besar sangat, jadi membazir masak banyak, lagi pun mak aku belum tau apa itu air fryer.

Jadi aku kongsi cerita air fryer..
Maka bergabung wishlist aku dengan mak aku, kembar impian.

Aku tunjuk gambar dan video bagi dia tengok, dia teruja. 
Malah aku pernah berkata dekat dia,
"Mama nanti julia cukup duit kita beli sama-sama ya" mak aku angguk tapi wajah dia tak sabar dah macam esok juga nak dapatkan air fryer haha bayangkan aku yang bertahun menahan kehendak wishlist ni macam mana hahaha. Mama oh mama.😂

Ya aku tak nafikan, kehendak ini aku simpan jauh dalam hati...bila ada duit hasil kerja lebih baru aku kumpul nak beli...tapi tak beli lagi haha. Sebab masih fikir perlu atau tidak.

Sampai lah satu hari tu mak aku call, "Julia nanti datang rumah, mama nak julia beli esok, beli dua tau, mama belanja, sebagai hadiah!".

What!😮😮😮😮
Hadiah? HADIAH? 

Aku tanya lagi sekali, "Mama biar betul mama😦? Tak payah lah, kalau mama nak cepat julia beli dulu dekat mama"

Dia masih ulang ayat yang sama, mama nak bagi hadiah dekat anak mama. Alololo comel mak aku ni weh.

Tapi tak semudah itu aku nak terima pelawaan dia, kita ni sebagai anak kalau boleh biar kita lah yang hadiahkan pada dia, duit dia biar dia simpan untuk kegunaan dia betul tak.

Aku tolak pelawaan lebih 10 kali, ye lebih dari itu aku tolak...sebab aku tak nak susahkan dia.

Tapi aku tewas....aku tahu hati mama aku tu baik sangat, dia boleh baca firasat aku, cuma aku hold je dulu...tak sangka dia beri cash dan minta aku belikan di website klik 👉SINI

Sebelum pilih, aku dah berjuta kali survey di website lain pasal air fryer, aku pilih pembelian di situ sebab ia ada jenama, TV kat rumah aku pun Haier tau, aircond bilik kedua pun Haier, maka tak susah aku nak pilih jenama ini sebab aku yang pakai dulu lama dah. 

Alhamdulilah, mendarat elok 2 kembar air fryer bersekali dengan 3 barang free gift setiap satu kotak. Best betul free gift tu, ada set pisau, 3 set bekas letak makanan, dan 2 bekas berserta sudu untuk bawa makanan ke pejabat mahu pun sekolah. 

Syok habis wishlist aku jadi hadiah ni. Rekemen sangat. 

Terima kasih Allah, kerana kurniakan aku dari wishlist bertukar jadi hadiah paling bernilai melalui ibu aku sendiri. Terharu bila mama sendiri tiba-tiba nak hadiahkan dekat aku weh...satu contoh yang baik mak aku kongsikan. 

Nanti Abg Qi dah kahwin, ada kehidupan dia sendiri mesti aku pun nak ikut jejak langkah mak aku. 

Happy kan anak.
Terima kasih mama!
Nak masak menu apa pertama eh, ayam seekor terus lah haha
Happy sungguh ni. 💋💋💋

Esok malam rewang air fryer rumah mama, nak ajar mama guna. Mesti mama happy haha, aku lagi lah juta kali happy, sambil taip senyum tak habis-habis sebab tak sabar nak guna. Haha. 😂

Jangan pening-pening, klik je terus link 👉 Air Fryer

14 Comments

  1. wishlist bertukar jd hadiah ..mmg syok la juju..slamat mengguna air fryer..nanti share la masak apa ye...akak pn guna MIL punya je hehe

    ReplyDelete
  2. syoknya wishlist dah jadi kenyataan. Miza masih menabung untuk air fryer

    ReplyDelete
  3. wah..rezeki tu juju..sekali sekala mak belanja..alhamdulillah...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..rezeki juju sungguh ni. Ehehehe.. tumpang happy untuk juju.Ina pun masih berkira-kira juga nak beli air fryer ni.Tatau jenama pa elok

    ReplyDelete
  5. wow! saya punmasukkan air fryer dalam wishlist saya. hihi

    ReplyDelete
  6. Bestnyaa...kita dulu teringin sangat yg philip pressure cooker tu...masa tu ada offer dekat lazada...gigih la beli duit yg himpun2 tu...kalu ke2 beli pulak kat mak..tapi mak tak berapa reti pakai sangat. Adala kot 2 3 kali pakai..selebihnya kalau kita balik rumah dia baru guna..hahahha...tapi mak kalau nak beli brg2 letrik mcm periuk nasi tu ka kettle ka mesti telefon tanya..yg kt rumah tu ok lagi ke..kalau tak ok..nanti mama beli sekali...mcm tu la mak2 kan..mesti nak beli kt anak2 gak

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. alhamdulillah tahniah rezeki dari mama, nanti share masakan ya

      Delete
  8. Alahai sweetnya mama juju. Moga bertambah rezeki anak beranak aamiin.

    PH pun tengah verangan nak miliki air fryer tapi takat berangan je dulu haha...happy cooking ya :)

    ReplyDelete
  9. waaaa untungnya murah rezeki...masak salmon lahhh sis ..sedap garing2 gitu.....

    ReplyDelete
  10. Seronok yer juju. Wishlist huda jugak ni..tp hold jer..bila ntah nk beli.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)