Wau layan movie lagi, sebenarnya banyak cerita movie aku tonton baru-baru ini, tapi semua tak sempat nak review dalam blog haha. Kalau nak cerita balik pun tak ingat dah. PASKAL cerita paling panas dan live aku update terus. Hari ini tengok, hari ini aku update terus. Teruja nak cerita sedikit pandangan aku tentang filem PASKAL. 

Keluarga dan Negara adalah sama
Itulah bait kata terakhir yang aku dengar dalam filem Paskal. Watak Paskal setiap satu team memang nampak penuh teliti di atur, derapan bunyi kasut pasukan Paskal pun aku dah rasa satu kebanggaan melihat mereka beraksi. 

Moment bila peluru di hujani tak henti-henti, hunusan senjata tajam dengan bunyi torehan daging perghhhhh memang meremang bagi anda yang baru nak berhajat menonton filem yang penuh tactical action.

Watak antagonis dalam ini Jeb, siapa sangka dia salah seorang ex anggota Paskal berpaling tadah dengan bersikap sangat di luar jangka. Nanti anda tengok sendiri hayati betapa ganasnya Jeb.

Dengki, dengki adalah satu perkara yang sangat berat dalam filem ini. Dengki melihat rakan lain maju dan diberi penghormatan, apa sahaja yang dia hendak tak dapat, buat dengki makin memuncak sampai terlupa tanggungjawab dan melanggar peraturan yang ditetapkan.

Nilai Paskal aku nampak dan boleh di contohi...
Patuh kepada ketua, 
Arahan yang jelas,
Bekerjasama dalam satu pasukan, 

Banyak sangat sebenarnya kita boleh pelajari, nilai kecintaan pada negara dan kecintaan kepada keluarga. 

Aku tersentuh melihat moment bab kekeluargaan, mungkin dalam Paskal pertama ini ia agak tidak memberatkan moment kasih sayang di dalam kekeluargaan (ringan), jika ada Paskal 2 kalau ada lah kan beratkan part kasih sayang kekeluargaan lagi mendalam, baru beri impak kuat erti anak masuk tentera tu. 

Lagi satu aku rasa akan ada Paskal 2 sebab aku rasa part Jeb tu macam dia belum mati lagi hahahha oppsss tak mau cerita banyak. Aku tau korang tak tengok lagi kan haha. 

Kalian, aku rekomen sangat tonton filem Paskal. Bagi sesetengah masyarakat yang pernah terlintas berpandangan rendah akan kerjaya ketenteraan masa inilah pandangan kalian boleh berubah total. 

Aku sudah merasai bagaimana tertumpahnya air mata aku bila tahu besarnya pengorbanan mereka sebenarnya. Serius aku tersentak, mereka pejuang senyap yang tidak disangka bagi aku, permata emas negara.

Banyak aku nak cerita sebenarnya, dari segi teknologi peralatan khas di gunakan scan dinding nampak mangsa dan bom tu sangat hebat haha, aku geleng kepala banyak kali sebab teruja tengok bagaimana anggota Paskal bekerja. Sangat kemas!

4/5 bintang aku beri. 
Nak tertumpah air mata bila watak utama dalam Paskal ini sedang bergelodak jiwa nak pilih teruskan Paskal atau berhenti...bukan senang ooo...hebat cerita ini. Buat penonton pun kena fikir haha. 

Okey itu sahaja review ringkas pasal Paskal, sekarang aku lebih respect kerjaya mereka. Bukan senang nak senang, memang mereka berjuang untuk keluarga dan negara sama sebenarnya. Terbaik Paskal !

9 Comments

  1. hah juju br ckp nk tgk weekend..tup2 arini dh p tgk lunch break td ye...bila part sedih tu mmg nangis juga la..yela pengorbanan kn smp nyawa pn tk dpt diselamatkan

    ReplyDelete
  2. PC dah tengok juga.Ini bukan filem semata.Percayalah realitinya begitu.Ada suka,ada duka,ada dilema,ada rasa-rasa saling mahu membinasa,ada yang teguh setia,ada yang rapuh jiwanya..ada yang mewah rasa berkasih sayang antara sahabat..ada yang diam-diam menjadi gunting dalam lipatan..inilah true colour.

    ReplyDelete
  3. teamwork tu yang best.Adegan paling mendebarkan setakat ni,movie aksi malaysia.

    ReplyDelete
  4. ala.. baca semua review paskal best.. nak kena tengok juga la ni

    ReplyDelete
  5. ala belum berkesempatan nak tengok. tak tahu lah bila nak curi masa tengok. dah la saya cuti ahad isnin hari anak2 sekolah. haha

    ReplyDelete
  6. filem yg wajib tonton. Nunu nk tgk for 2nd time tpi xbkesempatan lgi.hehe

    ReplyDelete
  7. Banyak good review cerita ni. Tapi ai belum berkesempatan nak tengok.

    ReplyDelete
  8. dah tengok.. memag best sampi repeat nak trngok gan anak. hari tu layan sensorang marah anak.. hihii

    ReplyDelete
  9. ok memandangkan dah tonton, boleh la baca entri ni. ehehhe.. i suka ex paskal tu. hahahaha.. sado abeh..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)