Ya, pagi tadi baru lepas sarapan di pejabat, mesej masuk. Ting! Sila hadir ke pejabat Sekolah Rendah Al-Amin Gombak untuk sesi temubual ibu bapa dan anak Darjah 1/2019.

Fuh!
Rayuan pertama melepasi, siapa sangka. Niat nak cuba hantar borang rayuan untuk permohonan kemasukan dijemput melalui SMS. Sebulan selepas ketinggalan sesi panggilan temuduga dan exam bulan lepas di hubungi semula. 

Bila di fasa ini, timbul bolak balik rasa di hati. Adakah anak aku layak?
Yelah nak tempuhi ujian temuduga dan exam tu yang kami risau...salah satunya kena pandai membaca.

Tu pun setelah baca di blog dan komen orang lain di alam maya...terus hati rasa macam sesuatu.

Ye, untuk bacaan surah hafazan dan bacaan semua dalam solat, Abg Qi boleh buat itu aku yakin sebab pernah dia baca surah yang lebih susah pun aku terkejut sangat dah.

Cuma yang buat aku runsing sekarang ini, umur 6 tahun dah kena pandai membaca...faham-faham lah kan anak seawal itu perlu pandai membaca. Ke sebab aku terpengaruh dengan komen-komen di blog orang lain. Serius yang ini aku rasa lain sangat.

Ya, benar ramai bisikkan kepada aku, kalau ada rezeki Abg Qi adalah, kalau tak ada aliran biasa pun setara bagus dah, cuma beza disini sesi pembelajaran dia dari pagi sampai lewat petang dan aku tak payah pening fikir day care pasal makan minum dan aktiviti dia di sekolah. Sebab semua disediakan dalam satu tempat.

Memang sekolah ni top, banyak persaingan, ibu bapa pun kena temuduga. Tu buat lagi rasa berderau. Banyak hasil bacaan aku tentang sekolah ini. Bayangan tu sentiasa, tak sangka dapat di panggil temuduga dari banyak calon rayuan. 

Antara isi kandungan ujian tersebut adalah seperti berikut: 
  • Iqra’ - Minimum Iqra’ 4 
  • Bahasa Melayu 
- Membaca sukukata & ayat 
- Menulis abjad & sukukata 
- Menyebut huruf Bahasa Arab 
- Mengenal dan lisan ringkas Bahasa Inggeris 
- Menulis perkataan, membaca serta lisan ringkas Matematik 
- Mengenal & menulis nombor 1 hingga 20 
- Mengira untuk operasi tolak & tambah (dalam B. Melayu) 
  • Jawi 
- Mengenal & menulis huruf hijaiyah 
- Membaca perkataan Hafazan 
- 6 Surah dari Surah Al-Fiil ke bawah termasuk Al-Fatihah Doa 
- Doa-doa harian EQ 
  • Ujian situasi & emosi
Biarlah aku titipkan kenangan di sini, sekurang-kurangnya kalau tak dapat masuk pun dia dapat masuk temuduga. 

Sekarang, aku tak nak push sangat Abg Qi. Biar dia jadi diri sendiri, aku nak dia sekolah happy, bukan pergi sekolah sebab kena paksa pergi sekolah. 

Minggu depan tarikh temuduga, harap aku dan partner dapat menjalani ujian temuduga dengan baik dan jawab secara berhemah, aku tak nak terlalu over confident, biarlah ia lahir dari rasa keperluan sebenar kenapa aku hendak dia belajar di sekolah berkenaan.

Pasti soalan itu top. Tak pun aku mungkin di uji untuk baca surah-surah pendek mana tahu, haishhh...seram plak, setakat surah 3 Qul tu lepas, surah lain bukan tak hafal, takut sangkut-sangkut hahaha, ko ingat aku ni pandai sangat ke...haha. 

Makin fikir, makin rasa stress pula...janji usaha kan...tak dapat lain rezeki Allah tentukan untuk dia. Kalau dapat, insya-Allah, aku uar-uarkan nanti pengalaman kami nanti. Kalau tak dapat pun aku cerita nanti kesinambungan dia nak masuk Darjah 1, pastinya akan ada ujian dia akan lalui nanti.

Kalian kalau ada nasihat atau pandangan di alu-alukan. Mana tahu kalian ada pengalaman dalam soal ini ataupun pernah melalui pengalaman ini dahulu. Dipersilakan komen ye. 

Jumaat dah hari ini. Jom baca surah Yassin. Sejuk sikit hati.

Doakan Abg Qi ye. Terima kasih kalian.

7 Comments

  1. wah dh dpt utk temuduga tu....kwn akak ada juga antar ank die sekolah ni....tk smua bdk bole membaca walaupun umur dh 6thn...jgn risau...perkembangan ank kita n ank org tk sama...tp sbb bila dikelilingi ngan ank2 org yg dh pandai baca nanti kita rs down plak...tkpe..abg qi cuba dlu temuduga tu....ada rezeki insya allah....smoga dipermudahkan utk abg qi.

    ReplyDelete
  2. Biasalah tu juju. Apa2 pun Mak memang nervous dari anak hehe...

    Setahu saya, utk parents tu sekolah nak tgk hala tuju/fikrah kita kemana utk anak ni. Supaya in line dgn hasrat sekolah sbb Al amin ni selain bab akademik, bab agama sgt dititikberatkan. Ada hafazan dsbnya. Sekolah nak support from parents in that area.

    All the best to you & Abg qi. Kalau rezeki tak kemana...apapun keputusannya nanti pasti ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  3. Yang penting jangan rasa down.. Moga urusan dipermudahkanNYA.

    ReplyDelete
  4. semoga abg Qi dipermudahkan.. mama yg baca ni pun debar2

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah semoga dipermudah untuk Abang Qi

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing kak juju. Temuduga parents, apa soalan yang ditanya? Ada kena baca surah hafazan jugak ke?

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)