Pernah dulu adik aku request suruh aku makeupkan dia masa nikah tau tahun lepas, awal pagi aku bangun semata-mata nak realisasikan niat adik aku tu nak nikah makeup soft looks. 

Dia nak aku makeup macam wajah kulit kakak dia. Nak tak nak aku sponsor lah makeup apa yang ada. Awal pagi bangun, berdebar pun ada sebab entah kenapa, sebab nak makeup adik sendiri kot haha.

Pengalaman sebenar...
Aku suruh adik aku tu bersihkan wajah dia, terus aku mulakan langkah pertama. Sapu pelembab dan primer. Lepastu sapu la foundation kat wajah dia, sekali aku dab dab dab lah dengan span. Naik hantu aku pagi tu tau.

Bercapuk habis sebelah muka wajah adik aku tu huh! Adik aku tak perasan masa tu lagi sebab dia tak pandang cermin kan. Bukan aku tak reti nak blend, cuma foundation yang aku guna tu tak sesuai dengan kulit wajah dia yang memang jenis kering. 

Walhal dah sapu primer yang jenis tak kering pun masih aku tak boleh hilang kesan capuk yang ketara sangat tu.

Parah sangat rasa, nak tak nak aku berat hati cakap, ita please pergi bilik air basuh muka sekali lagi boleh...

Kesian adik aku...ikut je cakap kak long dia.
Aku ingat foundation yang agak ternama tu sesuai dengan kulit keringnya, rupanya tak, makin teruk lagi adalah...berbeza dengan aku, kulit jenis berminyak hmmm...

Aku stopkan foundation tu ke atas wajahnya, mujur ada foundation stick tu pun penyelamat sementara, tak nampak sangat foundationnya, tempek lah bedak compact powder tebal-tebal. 

Okeylah dari bercapuk dan berkuping merekah di atas pelamin nikah sudahlah kan...aku sayang adik aku tau.
All in one! 
Bukan sekadar foundation biasa, tapi ia melindungi kulit wajah. 

Jadikan sempadan kisah lalu...
Pengalaman makeup adik aku dengan foundation berkenaan buat aku muhasabah diri. Kalau aku pakai okey, tak semestinya wanita di luar sana okey pakai. 

Mungkin kena guna sejenis minyak untuk blend kan foundation berkenaan...terus aku tak pakai dah...ada sebab yang buat kulit aku gatal kalau berpeluh lama. Hmmm bosan.

Aku kan pengguna setia Ephyra Skin Care Series, kebetulan masa aku scroll dalam IG, ephyracosmetics ada uar-uarkan Ephyra Matte Glow Foundation. Terus aku scroll lagi baca kelebihan dan kebaikannya.

Rupanya ia bukan sekadar foundation biasa, ia luar biasa. Menariknya, ia boleh merawat dan melindungi kulit sekaligus dengan bantuan SPF30 dari sinaran yang merbahaya. 

Tak buang masa dah, terus nak milikinya cepat, nak rasai sendiri sebab tengok testimonial awal ramai yang sukakannya, sapu dengan jari je ! 😁

Ini dia kelebihannya, mari baca pengalaman julia guna baru-baru ini. 

Kelebihan Ephyra Matte Glow Foundation

1. Tesktur tidak berminyak - bila dipakai tidak rasa melekit pada muka.

2. Ringan (lightweight & comfortable feel) - tekstur yang sangat lembut dan mudah di sapu.

3. Tidak membuat liang pori tersumbat - dekat seminggu lebih guna, nak cuci senang.

4. Memberi kesan glowing pada solekan - makin berpeluh nampak glowing je tau.

5. SPF 30 - Melindungi kulit dari sinaran UVA & UVB.

6. Full coverage - menutup parut dan cela di muka (Beri efek kulit licin / smooth).

7. 12 jam oil control - mengawal pengeluaran minyak berlebihan di muka.

8. Tahan sehingga 12 jam - kalau datang bulan boleh test kesannya, julia pernah pakai sampai 5 jam, kekal elok je foundation ephyra jenis matte di wajah, tak gatal pun.

9. Mudah disapu pada seluruh muka - senang di blend hanya dengan guna jari (tak bercapuk).

10. Mencerahkan kulit wajah - pudarkan parut dan jeragat secara perlahan-lahan.

11. Membantu melembapkan kulit wajah sepanjang hari - ini betul, tak rasa kering malah rasa lembab dan selesa.

12. 1 tona warna saja - berubah mengikut tona kulit masing-masing dan buatkan ia blend secara natural.



Lihat tekstur matte glow foundation di atas, hanya picit sedikit sahaja, ada 3 jenis line yang julia sapu, sapuan pertama sehingga sapuan ketiga. Nampak full coverage dan pekat, guna sikit sahaja sudah memadai untuk keseluruhan wajah. 
15 ml tahan sebulan sehingga tiga bulan.

Apa yang anda perlu tahu selain tahu kelebihannya !
👉Faedah lain yang kita perlu ketahui, foundation ephyra ini di perkaya dengan Vitamin E yang akan beri kesan melembabkan, mencerahkan dan melembutkan kulit wajah dan seterusnya memudarkan kesan bintik-bintik hitam dan parut degil. Wah menariknya!

👉Glowing! Natural glowing yang beri kilauan sinar semulajari pada kulit wajah, siapa tak suka kan, julia suka natural makeup yang tak keterlaluan, tak heavy sangat dan tak merekah dalam tempoh yang lama. 

👉Tidak berminyak. Kan tadi julia ada jelaskan dekat 5 jam guna tidak berminyak wajah selepas lama memakai foundation di luar cahaya yang panas. Kalau sapu peluh di wajah ia tidak tinggal kesan cela dan tak payah nak touchup lagi. 

👉Kalau perasan, warna foundation ephyra ini di keluarkan dalam satu tone sahaja dan sesuai untuk semua jenis kulit wajah. 

👉Pertama kali julia tengok foundation unik sebegini tau. Macam julia kulit sawo matang, bila sapu ingat rasa ia akan gelapkan wajah, rupanya tidak sama sekali. Ia akan blend ikut warna kulit asal kitadan ia sangat full coverage. 

💓Pakai sikit je tapi macam pakai ala-ala MUA makeupkan kan. Jimat !


Nampakkan betapa comel dan kecil je ephyra matte glow foundation dengan ephyra lipmatte, boleh sisip dalam handbeg je. Kalau ada tiba-tiba acara rasmi mahupun tidak rasmi yang memerlukan kita hadir, pasti tak pening dah nak bawa alat makeup banyak-banyak. Cukup sekadar ini sahaja untuk tatarias ringkas! I love it ! 

Nak tengok tutorial cara julia pakai Ephyra Matte Glow Foundation bersama Ephyra Lips yang terbaru di pasaran boleh klik video di bawah. 


Ephyralips - liquid lipstick. 
Perkenalkan warna ephyralips yang terbaru di pasaran iaitu Ruby Chic dan Katy Cherry. Bila sapu di bibir, ia tidak mengeringkan, tahan lama dan tidak meninggalkan kesan lipstick dekat cawan (matte).

Nampak jenis liquid stick yang julia tunjukkan, senang di gunakan tau. Hanya pusing, tarik dan terus sapu di bibir. Seakan tidak rasa memakai lipstick tau. 

Wajah sebelum 👩
Tiada langsung pakai apa pun ye, ini wajah selepas ambil wudhuk. 

Wajah selepas 💋
Selepas solat, tadaaaa! Tak nampak putih sangat kan, ikut warna asal kulit julia sendiri. Bezanya nampak enhance sikit berbanding sebelum guna. Selesa dan lembut betul guna, guna jari je tau, tak payah brush bagai, mudah kerja sungguhlah, lagi-lagi julia jenis semua benda nak kena cepat dan tangkas. 
Ephyra Matte Glow Foundation + Ephyralips (Katy Cherry)




 Ephyra Matte Glow Foundation + Ephyralips (Ruby Chic)

Guna lagi hari Sabtu lepas, pakai Ruby Chic pula. Perghhh! Rasa macam sesuai betul warna ini digandingkan dengan tudung dan baju julia. Terus rasa feeling nak raya dah haha. 

Gambar di bawah waktu di luar cuaca terik, baru balik jalan-jalan. Panasnya siap berpeluh sakan tau tak. Nampak tak masih terletak elok je matte glow foundation by ephyra ni. Langsung tak cair walhal peluh macam banjir semuka dah. Sebenarnya julia memang jenis kuat berpeluh tau. Foundation ini tidak sumbatkan liang pori di wajah, maka kulit boleh bernafas dengan baik seperti biasa. 

Ramai sudah mula beri maklumbalas positif tau, bukan julia seorang je yang suka, tapi ramai wanita di luar sana dah mencuba. Testimonial hebat ini julia kongsikan kepada anda yang sedang tercari-cari foundation matte glow macam ephyra ni. 

Ephyra Matte Glow Foundation
 RM58 (sm) / RM64 (ss)
Free Postage

Ephyralips
RM30
Exclude Postage

Rating kepuasan: Sebagai pengguna yang cerewet dengan makeup, nak cepat, nak ringkas, nak nampak glowing dan tak terlalu makeup tebal, pilihan Ephyra sudah semestinya buat julia rasa sangat mudah mengayakannya pada bila-bila masa dan dimana jua tanpa risau lagi. Sangat rekemen kepada anda, memang jimat habis. 

Info lanjut layari:
Tel & WhatApps order : 03-41417889 / 013-6327 333 

Boleh dapatkan ephyra melalui para pengedar iaitu julia sendiri, kedai-kedai jamu dan farmasi terpilih seluruh Negara.

19 Comments

  1. Kali pertama dan terakhir pakai foundation masa buat show bertahun² dulu, cantik kak juju...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah razi pun pernah pakai ye, utk buat show mesti kena pakai sikit kan bg nampak enhance looking sikit...awwwwwwwwww razi puji, tq dik yeyy hehehe

      Delete
  2. Wahhh bestnya set makeup ephyra

    ReplyDelete
  3. Wahhh Ephyra dah ada foundation, best ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye baru je launching ephyra dah ada matte glow foundation, bukan sebarang foundation ni kak mas...foundation jenis jaga kulit sekaligus.

      Delete
  4. Wahh.... Ada foundation ngan lipstik. Teruja nya nak cuba! Produk Ephyra semua best best dan berkualiti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak nina kan pernah guna produk ephyra. Sekarang dh ada set foundation ephyra...mudah betul nak guna...pakai jari je siap, tak capuk!

      Delete
  5. Dah terjatuh sukalah pula dekat foundation ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus kak eiza kena dpt satu...baru tau jatuh golek2 hehe

      Delete
  6. Boleh ler try pakai raya nanti😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dura memang nak guna masa raya nanti, senang berpeluh sakan pun tetap maintain anggun gitu yeyyyy

      Delete
  7. Hi kakak juju.. Zaza pun mmg suka dgn ephyra sejak mula2 dia muncul.. Lips dia mmg best.. Puas ht guna.. Foundation pun ringan dan tak melekit.. Sbb paling zaza suka sng dibersihkan..

    ReplyDelete
  8. kecil kecil cili padi ni. nampak je kecil gitu,khasiat banyak.Memang lain dari Fd kat luar sana.

    ReplyDelete
  9. tertarik la k.sal nak try...mudahan ade yang sudi nak hadiahkan...aamiin

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)