Pernah dengar Hotel Bangi-Putrajaya? Kalau belum pernah, untuk makluman anda hotel ini terletak di Bandar Baru Bangi dan jarak dari KL ke sini hanya mengambil masa 30 minit sahaja. Pertama kali julia jejakkan kaki ke hotel ini tau, terus terpukau dan terpanah betapa cantiknya lanskap permandangan di luar hotel. Terus menampakkan ciri kemewahan dan kelainan bagi sesiapa sahaja yang baru menatap hotel Bangi-Putrajaya.

Bufet Ramadhan 2018 di Funtasia,  Hotel Bangi-Putrajaya tahun ini telah mempamerkan lebih kurang 200 jenis menu iftar yang terdiri daripada street food cuisines antaranya Malaysian satay, Mongolian BBQ dan banyak lagi. 

Tak sabar nak lihat seleksi hidangan yang menarik, jom julia tunjukkan bukti gambar yang membuatkan anda semua tak sabar untuk berbuka puasa di sini nanti.


Sambil buffet sambil sedekah !
Ya, sambil anda buffet, Hotel Bangi-Putrajaya dan Funtasia terus menyokong kempen "Care for Hunger" dengan menyumbang RM3.50 dari setiap harga Dewasa bagi sepanjang Ramadhan 2018. 


Tahun ini, hotel menyasarkan untuk menyumbang sekurang-kurangnya RM25,000 pada tahun ke-10 ulang tahun dengan Islamic Relief Malaysia. Islam Relief Malaysia juga akan membuka gerainya di sepanjang bulan Ramadhan yang terletak di tingkat 1.


Peta ke Hotel Bangi-Putrajaya



JAKIM/ Surau dan Parking.

Dapur Funtasia, adalah halal yang disahkan oleh JAKIM. Tempat letak kenderaan adalah percuma untuk semua tetamu dan kemudahan surau terletak di tingkat 2 hotel. Senang sampai awal boleh tunai solat Maghrib dan boleh terus sambung buffet tanpa sebarang masalah.

Ruang makan yang luas dan elegan !
Ya, nampak menarikkan, lihat gambar yang julia snap. Betapa kreatifnya cara susun atur di sini, bermula dari lampu, kerusi, meja dan tata rias atas meja pun julia perhatikan. Selesa dan sungguh ekslusif. 

Sambil menunggu waktu berbuka puasa, anda boleh berjalan sekitar hotel kerana di luar hotel ini mempunyai taman yang sungguh cantik dan menenangkan fikiran. 

Serawa Durian bersama Pulut Kukus - Inilah menu pertama sekali yang julia ambil dan makan bersama suami serta anak. Terus membuka mata, sedap, sedap...sedapnyaaaaa! Berebut dengan suami pada mulanya sebab sedap betul rasa serawa durian tu tau, lepas tu sambung tambah lagi makan sampai puas hati. 

1st menu yang paling ohsem, ehhh ada lagi lebih kurang 199 menu kena cuba ni tau, pastikan rasa semua tau.






Rojak Pasembor - Fuhh, kuah kacangnya pekat dan kasar. Nikmat makan bersama dengan hiasan pasembor seperti mi atau lain-lain. Julia dapati setiap hidangan disini di sediakan dengan cukup rasanya, cukup bahannya dan tidak kedekut dari segi persembahan, asal lalu je pasti nak rasa.




Kambing Bakar - Garing dan juicy, rasa tidak kering dan sedap di makan dengan beberapa jenis kuah tau. Ada pilihan kuah yang boleh kita rasa dan bagi julia memang rekemen sangat anda cuba kambing bakar ni tau, di potong dengan besar dan disertakan sekali nasi khas untuk di makan bersama daging kambing bakar. 






Satay / Murtabak Mini - Satay di masak garing dan murtabak mini boleh makan bersama kuah dhalca dan kuah kari. Satu menu ada banyak pilihan kuah, ini yang julia nampak kelainan utama bagi hotel Bangi-Putrajaya. 




Pengemar sup tulang? Siapa suka sup urat keting kat sini ada disediakan tau. Tapi kena cepat-cepat ambil sebab ia paling laris cepat habis. Selain itu ada disediakan sup perut, sup ekor dan sup daging. Kuah supnya wowwwwwwwww, cukup rasa garam dan rempahnya, bila lalu kat anak tekak seakan tak puas makan. Lagi dan algi makan...segar tubuh badan.


Limpahan pencuci mulut !
Siapa suka dessert, kat sini disediakan berpuluh jenis dessert termasuk kuih tradisional seperti badak berendam. Pertama kali julia merasai kuih badak berendam, sedap sungguh! Isinya lembut, kuahnya lemak manis, sambil menaip sambil teringat kesedapan kuih badak berendam hehe.

Kek, buah, biskut, agar-agar dan bermacam jenis dessert boleh didapati disini.




Setiap kuih yang di persembahkan cukup unik, bila di jamu mata dengan persembahan yang cantik dan tersusun, beri tarikan istimewa untuk jamu selera kan. 


Sempat merasai kuih lepat, cendol, dan bermacam lagi, ternyata setiap satu kuih dan dessert disediakan dengan penuh teliti dan mempunyai rasa tersendiri. Tiada istilah rasa satu kuih, seakan sama dengan kuih yang lain. Amat berbeza sekali dan puas hati bila disini turut menyediakan kuih tradisi masyarakat Melayu. 




Anak kecil yang sukakan aiskrim, gelato aiskrim disediakan. Kalau kat luar 1 scoop pun dah mahal, alang-alang makan puas-puas kat sini ye. 


Macam pesta buah-buahan kan? Di Funtasia Hotel Bangi-Putrajaya amat menekankan corak pemakanan seimbang, ada buah naga tau. Sedap dan persembahan buahan yang anda nampak di bawah boleh di ambil makan terus. 


Sambil ulang alik ambil makanan, mata tak jemu melihat kawasan sekitar Funtasia, menarik betul di sini. Banyak tempat duduk disediakan, Pencahayaan pun sangat romantik, sambil makan tak sangka kita berada di dalam hotel 5 bintang.




Untungnya anda dapat makan nasi goreng 1 minit yang disediakan melalui mesin khas. Untuk pengetahuan kalian semua, inilah hotel pertama dalam Malaysia yang menyediakan nasi goreng dengan cara mesin khas yang mengoreng. Tukang masak hanya letak bahan dan mesin tersebut yang mengaul sehingga masak. 

Nak tengok bagaimana ia nasi goreng 1 minit disediakan, tunggu di akhir entry ini julia sertakan video yang julia shoot. 


Bosan nak makan nasi, boleh ratah lauk, boleh makan pelbagai jenis mi. Antara yang memikat hati ialah udang butter milk, sotong masak kunyit, dan pelbagai lagi. Jangan lupa pusing satu Funtasia Restoren dalam Hotel Bangi-Putrajaya tau, kat sini ada banyak sudut yang perlu di terokai satu-satu. 


Nasi ayam dan itik ! Wah ada lauk itik, lembut dan sedap isi itik di makan bersama nasi ayam. Anak julia suka makan set hidangan ini sebab nasi ayam tu lembut dan senang dimakan bersama sambal dan sup. Menu ini pastinya buat anak-anak anda tersenyum nanti. 


Inilah dia antara makanan yang kami jamu selera disini, bermacam jenis kami cuba dan ternyata kepuasan di wajah suami dan anak terpancar sungguh. Hampir 2 jam kami makan tanpa stop bayangkanlah, itu maknanya sedap sangat  ! 


Pusing punya pusing pilih lauk, ehhhhhh nampak petai, ehhh nampak sambal belacan, sambal totok wahhhhhhh lagi lama lah julia duduk sini makan sebab ada menu kegemaran iaitu PETAI ! 

Segar betul petai ni tau, bila makan krup krap krup krap, rasa rapuh dan di ganding bersama deretan sambal lagi menarik rasa untuk di makan dengan sajian yang lain. Terbaik!




Pizza pun di masak sendiri didalam Funtasia tau, hebat ! Kulitnya nipis dan ada kepelbagaian menu pizza yang boleh kita ambil. Sedapnya...sampai ke hari ini terasa panas-panas pizza masuk dalam mulut. So wow!


Nak lagi wow, mai tonton video yang julia rakam sepanjang menikmati preview menu buffet ramadhan 2018 di sini. KLIK !


Rating kepuasan: Julia boleh bagi markah 5/5 ! Ternyata bukan julia sahaja berpuas hati, julia tanya suami dan anak, mereka memberi respon yang lebih dari apa julia sangkakan. Makanan seimbang paling ditekankan, dari segi deretan buah-buahan, ulam-ulaman dan sayuran yang banyak pilihan dirasakan hotel ini layak mendapat 5 bintang.

Terutama sepanjang bulan Ramadan kita perlu banyak mengambil makanan jenis fiber seperti sayur dan buah-buahan. Kata suami, dia nak menginap semalam kat sini dan berbuka puasa di sini lagi nanti. Yeyyy!

Nak tahu harga buffet?
Harga asal ialah RM120 nett untuk seorang dewasa manakala kanak-kanak RM60 nett. Tempah awal mulai tarikh 17 Mei hingga 14 Jun 2018 anda layak mendapat harga istimewa iaitu:
  • Dewasa RM90 nett 
  • Kanak-kanak RM45 nett (4 - 12 tahun) 
(Pre-payment only!)

6 Comments

  1. mak aii..tiba2 prut berkroncong baca entry ni.. delete plis..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahhahahhahaha memang suruh buat orang marah, suruh datang nanti senyum sampai ke telinga tau ciknor hahaha

      Delete
  2. wahmenu menu yang boleh tahan dan menyelerakan ni. rasa nk cuba jugaa

    ReplyDelete
  3. fuhhh banyaknya makanan kat sini

    ReplyDelete
  4. Banyak pilihan makanan, memang setimpal dengan harga.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)