Hari kedua di Bandar Jakarta. Kami bangun pagi selepas Subuh, hati berdebar-debar. Mana tak berdebar, sebab juju tak sabar dah nak melangkah menjejaki Tugu Monas Jakarta. Selalu tengok rakan yang pergi ke Jakarta bergambar di sana kan, tapi jarang tengok yang jejak sampai ke puncak Monas. Kami cuba realisasikan misi kali ini untuk sampai ke puncak.

Kenapa perlunya melawat Tugu Monas Jakarta? Fahami sedikit sejarah...
Menara Monas setinggi 132m (433 kaki) terletak di pusat Merdeka Square, Jakarta Pusat yang melambangkan perjuangan untuk Indonesia. Ia adalah monumen nasional Republik Indonesia yang dibentuk untuk memperingati perjuangan kemerdekaan Indonesia. Pembinaan bermula pada tahun 1961 di bawah arahan Presiden Soekarno. Monas dibuka kepada orang ramai pada tahun 1975.

Bagaimana kami ke sana?
Bukan menaiki teksi,
Bukan menaiki bajaj (macam tuktuk tapi versi kecil),
Tapi kami nak merasai pengalaman menaiki Bus Way (cara sebutan orang Jakarta 'Bisway') memula juju dengar orang sana cakap naik bisway bisway...alamak bisway tu apa...sekali tengok papan tanda jalan tu ohhh mereka cakap Bus Way tu naik bas. Hahaha. 

Ye dekat Jakarta aku melalui fasa untuk memahami kosa kata bahasa di sini. Menarik tau. Ada aje yang tak faham aku direct je tanya, apa maksudnya. 

Bus Way Transjakarta.

Macet? Macet tu jem, waktu pagi memang macet banyak kenderaan dan motor berpusu nak ke tempat kerja. Kami bercuti waktu orang bekerja, memang nampak fenomena betapa sibuknya di pagi hari. 

Jangan risau, bila menginap di Hotel Ciputra Jalan Grogol, korang hanya perlu jalan kaki je ke stesen bas. Nampak kan bas berwarna biru?

Bus way stesen JELAMBAR 👉 Bus way stesen ASMI 

Kami naik Busway dekat dgn hotel dengan jalan kaki je ke Busway Jelambar ke Busway Asmi terus sampai pintu masuk besar Tugu Monas direct. Jangan turun Busway Harmoni untuk ke Monas, sangat jauh nak jalan kaki tau! Ingat ni jangan turun kat stesen Monas (stesen ini banyak orang turun pergi ke seberang jalan untuk pi pejabat).

Turun di stesen Asmi dekat dan boleh naik kenderaan tramp untuk ke Tugu Monas. Kurang la capek (tak penat). 

Kebanyakkan Bus Way di sana warna biru dan ada stesen serta laluan khas bas tau. Bas mereka tak bercampur dengan laluan kenderaan lain. 

Itu yang tak ada macet, laluan bas mereka efiesien tau, selesa sungguh naik bus way diorang, aircond kuat, bersih dan paling bahaya sikit saat nak melangkah kaki masuk ke bas tu. Korang kena jaga-jaga, lagi satu budaya orang Jakarta naik bas tak menolak orang, ada orang dalam bas yang akan jaga kita masuk. 

Setiap stesen bas berhenti, orang konduktor bas akan sebut nama destinasi kuat-kuat. So kita tak ada lah terleka kan. 



Bila niat nak naik bas dengan keluarga, kena beli kad top up, beli satu dah memadai. Kongsi swap. Salah satu cara ke kedai Indomaret. Kat sini boleh beli kad dan topup. Cukup top up IDR100k - RM28 lebih kurang untuk 3 orang macam kami. 

Indomaret ini pun berdekatan dengan stesen Bus way Jelambar. 



Gambar ini sangat menarik, ada banyak cerita kisah manis. Saat kami melangkah naik ke jejantas untuk menyeberangi jalan untuk ke stesen bas, aku perhatikan suami dan abg Qi laju menaiki anak tangga. 

Berkata dalam hati, mereka adalah si pengembara yang suka kan cabaran, suka perkara baru. Hati aku berkata-kata sepanjang menaiki anak tangga. Rasa meruntun sangat, sebab memang si pengembara perlukan kesabaran untuk mendapat pengalaman.

Sebenarnya boleh je kami naik teksi ke Tugu Monas, tapi sampai bila nak ajar anak dan ajar family untuk merasai susah senang, cara bergaul dengan masyarakat di tempat asing, saat inilah kita abadikan diri kita bersama disini. 

Ayuh, panjat tangga. Unik sebab anak tangga ada laluan khas untuk basikal rasanya. 



Permandangan biasa bagi masyarakat Jakarta dan juga kami, sebab di KL pun lebih kurang sama macetnya di waktu pagi. Cuma mereka lebih banyak menunggang motosikal. Banyak Grab termasuk motor pun.

Pastikan anda melihat GoJek, service GoJek paling popular di sini. Naik motorsikal. Ya, mereka pi kerja dan balik kerja memang ramai naik GoJek, pandai mereka cari peluang kan, so banyak cara untuk elak macet.

Antaranya naik Bus way dan GoJek. Kalau family ramai naik Bus way lagi best. 


Inilah stesen Bas Jelambar Jakarta. Kat sini pun boleh top up tau tapi kaunter dia buka lewat sikit. Nampak kan bas ada laluan khas? Itu kelebihan Bus Way. 



Kad top up tu memang serbaguna, bukan setakat boleh naik bas, nak beli air di vending machine pun swap je tau. Lagi advance haha. Siapa cakap Jakarta tak membangun, pesat sungguh adalah. 

Salah satu papan tanda Bus Way Transjakarta. 


Pengalaman salah dengar info...
Ya, kami jadikan teladan. Semasa di stesen bas Jelambar, orang kaunter tu cakap kalau nak ke Tugu Monas naik je Bus way Harmoni sebab banyak. Kalau nak tunggu Bus way Asmi lama nak sampai. So kami ikut lah cakap. 

Sepatutnya kami dengar cakap kakak yang beli barang di Indomaret tu, dari Jelambar naik bas Asmi. Memang ada stesen bas turun Monas, tapi jauh yang amat weh. Kami stranded kat sini. Dok fikir kena seberang jalan ke?


Masa ini dok tunggu traffic light, dapat la lihat moment orang Jakarta berpusu naik bas. Ramai tapi bagus diorang tak menolak. 

Bila dah menyeberangi jalan, kami tak tahu nak ke kiri ke kanan sebab laluan sama je, kami nampak dah Tugu Monas dalam pagar tu tapi nak masuk tak jumpa pintu besar. So kami decide nak ke kiri. 

Fuhhh...nampak tak betapa jauhnya kami mengayuh kaki ke hujung sana....


Aku mula ayat-ayat motivasi kat family aku, aku cakap Qaiser dan walid...you all kuat, you all can do it. Anggap macam kita tengah senaman pagi kat Tasik Titiwangsa hahahhaahaha can you all imagine macam mana aku boleh senyum dan bagi diorang happy sepanjang perjalanan. 

Tiada moment dukung anak ye...kami berjalan jauh masa ini. Dengan tak sarapannya...hmmm memasing susah nak sarapan roti. Memang jenis makan nasi. Ingat nak cari food court lah kan...tak ada maknanya. Memang tak ada kat sekitar sini waktu jam 8 pagi. So puasa sepanjang jalan...

Sepanjang perjalanan, aku lihat banyak pejabat kementerian di luar perkarangan Monas. 


Lebih kurang 20 minit berjalan kaki, sampai dekat pagar besar. Nak ke dalam pun jauh tau, kena jalan kaki dekat 15 minit fuhhhh...memang betul bakar kalori...cair lemak aku hahaha. 

Jauh...bayangkan budak 6 tahun berjalan sama seperti kami. Dia merengek sikit, tapi aku cakap dengan abg Qi, abg dah besar, abg kena kuat, kita rehat dulu sini. Nanti kita naik atas Tugu Monas, adik boleh tengok bestnya bandar Jakarta. Baru dia okey sikit...

Masa ini korang kena motivasi diri dan orang sekitar...kena banyak bersabar...so jom jalan lagi. 

Asal jalan selfie, sana sini aku snap...tak jadi aku padam. Haha...diorang dah jauh ke depan. 

Semakin menghampiri. Semakin melihat gahnya Tugu Monas. Terasa aura berlainan sekali disini. 

Nak dekat dah haha...kalau korang suka baca blog travel, orang akan selfie macam ini je lah dari jauh. Jarang yang nak ambil gambar naik sampai puncak...kali ini suami yang kuat semangat nak bawa kami sampai ke atas sana tau.

Fuhhh! Tarik nafas, seronok tau. Susah senang tadi di bayar...kami dapat susah betul tadi, bila dah sampai rasa macam baru dapat pingat gangsa...nak dapat pingat emas cam ne?

Antara moment nak menuju pingat emas hahahaha...selfie dengan stand stick yang juju beli dekat Kedai Daiso KL. Jadilah ambil gambar pelik-pelik hahahaha.

Tugu Monumen Nasional 
Oh Tugu Monas tu adalah singkatan kepada Tugu Monumen Nasional di Jakarta. Korang wajib ambil gambar kat sini. Sini je ada perkataan tu tau haha. Basikal sebelah ni bukan aku punya tapi efek basikal tu macam aku pula yang ride eh...macam serasi plak hahaha. 

Tadi kata nak naik atas Puncak Monas, bagaimana caranya? Selepas bergambar kat sini, lihat kanan. Ada laluan anak tangga ke bawah tanah. 


Inilah acara kemuncaknya, jejak Tugu Monas. Korang kena beli tiket tau. Harga yuran tersangat murah. 


Masa ini aku dah kepenatan, almaklumlah dengan tak fitnya badan, berjalan jauh, capek la weh pastu aku blur dekat kaunter nak bayar guna duit Rupiah hahaha. Tapi kalkulator sentiasa on kat hp sebab nak congak berapa semua dalam RM hahaha yang itu aku tak pernah fail buat sepanjang aku di Jakarta.

Aku tunjuklah pelbagai note Rupiah, malas dah nak fikir. Mujur staf kaunter dia jujur siap cakap duit ini yang betul dan dia pulangkan baki. Fuhhh...nasib la haha. 


Laluan ini sangat sejuk! Aircond dia rapat-rapat. Habis licin peluh dia sedut, lega badan. Macam tau je kat luar panas, masuk sini sejuk je dingin yeyy, terus membuak hati nak teruskan misi pingat emas hahahaha. 

Keluar dari dalam tanah, eh baru sampai kaki Tugu Monas, dari sini korang kena jalan rapat ke tepi bangunan. Ada laluan khas dia. Bukan naik anak tangga tu tau. 

Muzium Sejarah Nasional Jakarta. 
Haa, dah sampai, di bawah Tugu Monas ada muzium, bukan setakat nak ke puncak, korang dapat tengok muzium dia sekali tau. 

Bila merdeka dan bermacam lagi jenis adat. 







Nak naik ke puncak Monas kena naik lif, lif dia kecik je boleh muat dalam 5-6 orang dewasa gitu. So kena beratur. Kami galakkan korang nak ke sini waktu pagi, tak ramai orang dan tak sesak, sebab nanti tengahari atau petang ramai tour luar tau masuk. 

Tak ramai masa ini, nampak ramai warga Jakarta sendiri yang melawati puncak Monas tau.

Yeyyy, Alhamdulilah. Kami semua rasa macam dah terima anugerah pingat emas tau bila dah berjaya sampai ke puncak Monas. Kami kat sini berada setengah jam, boleh melihat satu bandar Jakarta. Nikmat angin masyaAllah, best betul. 

Jom teropong. Free je.
Dari sini korang scroll je ye. 
Kenangan kami di Tugu Monas Jakarta. 




Teropong kawan-kawan juju dari Jakarta terus KL hahaha, korang kerja ke tuuuu😂😂😂


Teropong ini memang boleh zoom jauh dan rapat dengan bangunan, hebat lah, boleh nampak orang berjalan kat jalan raya. Boleh nampak dalam pejabat orang ish, kalau gitu dok sini lah sampai malam hahaha. 


Kenangan 30 minit tu sekejap je rasa, terus ke bawah dan balik menaiki kereta tramp yang berwarna warni. Kali ini tak perlu bersusah payah jalan kaki, tramp ini akan bawa kita sampai ke pintu pagar utama. Alhamdulilah. 




Dengan muka laparnya masing-masing hahaha, jam 11 pagi baru nak gerak keluar dari sini. Ini baru betul-betul berjalan namanya hehe. 


Di kawasan pagar Monas, ada tapak jualan, ada gerai makanan. Tapi kami tak beli sebarang makanan kat sini. Kami bercadang nak berehat sebentar sambil minum air je dulu. 

Cantikkan lukisan dinding tu. 



Kad top up bas tu, beli la air teh botol kat vending machine. Abg Qi suka betul guna servis swap tu tau, kalau dapat dekat dia kad tu mau seharian dia dok swap Teh Botol je kerjanya. Dia suka air tu, habis licin dia minum. Good boy, awak sangat kuat! Hebat ekspedisi kali ini. 



Penting nak melawat waktu bila !

Sebaiknya, rancang masa dan tarikh perjalanan bukan hari Isnin. Sebab kebanyakkan wisata kat sini TUTUP hari Isnin tau. Sebab itu kami berlepas hari Selasa ke atas. Sampai je boleh melawat dah. Ingat ya. 


Kami balik kali ini nak tunggu teksi Blue Bird plak hahah, sambil tunggu teksi kami terlihat satu kumpulan sedang nyanyi lagu kanak-kanak. Mungkin tunggu pengangkutan nak ke mana-mana agaknya. 

Inilah dia Stesen Bas Asmi. Sepatutnya korang turun sini lah dekat pintu pagar besar Monas hahaha. Kami dok tepi ni je la sambil tahan teksi. Kami nak ke Thamrin City Mall.

Yes, dah dapat teksi. Tak mahal rate meter dari Monas ke Thamrin City Mall. Kat Thamrin korang boleh makan di food court dan shopping. Kualiti kain di sana best...nanti aku cerita next part pasal shopping tau...suami aku borong baju kemeja batik kemainnn banyak kat sana tau...aishhh dah terpecah rahsia sikit...nanti aku citer eh.
Jemput layan video kami jejaki Tugu Monas Jakarta. 
Dari aku bebel nak naik bas, sampai ke atas aku cakap haha...layannnn!
Kami rasa bangga sangat bila dapat melawati Tugu Monas. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Cubalah alami sendiri naik Bus Way, mesti korang seronok dapat lihat macam-macam orang. Mereka baik sangat setiap kali abg Qi masuk mesti mereka bagi tempat duduk untuk abg Qi...bertuah jadi anak kecil, mereka peka hak anak-anak kecil yeyy...i like Jakarta. 

Tunggu part 4, kami terus agenda shopping dari tengahari sampai petang hari, amboi dengar nak shopping hilang PENAT berjalan jauh tadi tau tak hahaha. 

Jejak link Holiday Jakarta & Bandung dibawah: 
Part 2 : Five Star Hotel Ciputra Jakarta 
Part 3 : Jejaki Puncak Tugu Monas Jakarta
Part 4 : Thramrin City shopping baju batik siap (akan datang update)

8 Comments

  1. Bestnyer! Last time Ain pegi tak dapat naik ke puncak pun. Sebab hujan, demam, food poisioning.Rase menyesal pulak. huhuhu. Tatau bile nak pegi lagi.

    ReplyDelete
  2. bestnya..bila nak sampai jakarta gak ni..:)

    ReplyDelete
  3. Tugu Monas ni macam tugu pahlawan kat Malaysia lah yer

    ReplyDelete
  4. TQ share, nanti kalau ada rezeki ke Jakarta bolehlah pergi ke Tugu ni.

    ReplyDelete
  5. wah bestnya
    nanti kalau sampai jakarta boleh lah try pergi tugu monas nih

    ReplyDelete
  6. Seronoknya baca pengalaman Juju bermusafir.. kat ats tugu monas tu yg macam api tu emas tau.. 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tahu kak tati...atas puncak mcm api tu mmg emas kan...tu yg bila sampai penat2 terus rasa mcm dpt anugerah pingat emas...terharu hehee

      Delete
  7. Fuhhh seronoknya jalan2.. suka kakya tgk juju ke sana ke mari.. alhamdulillah syukur kan dapat jejak kaki tempat orang.Doa2kan utk kakya jugak tau juju..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)