Berehat sebentar sambil mata tertumpu pada seorang warga emas lelaki yg sungguh tua, pakaian bersih, raut wajahnya persis bapa-bapa Melayu lain dalam dunia. Masih kuat kudratnya jual CD keagamaan di setiap meja warga anak-anak muda. Dia kepenatan, maka dia duduk bersetentangan meja berhadapan. 

Pelayan restoren bertanya pakcik okey? 
Pakcik nak air suam ke? 
Nampak kebiasaan pakcik tu selalu rupanya berlegar dikawasan restoren tersebut. 

Pakcik mengelengkan kepala berkata takpa nak...tak apa. Keadaan dirinya sedikit membongkok. Aku terasa kerdil. 

Aku tak beli CD tu sbb aku tak nak jd hipokrit, tapi aku sedekah beberapa not duit untuknya sebagai sedekah. Aku sebak...dimana anaknya tika ini...jika ya dia ada anak. Jika tiada anak...dimana keluarga org2 muda dia...

Di biarkan begitu warga emas ini bekerja cari wang saku. Ramai melihat dirinya dari jauh termasuk aku...aku byk kali nak hulur sandwich padanya...tapi terbantut. 

Terasa terfikir, umur sebegitu tak semua makanan org muda dia dpt mkn sebenarnya....aku faham. Maka aku tak sampai hati merenungnya dari jauh...pakcik...saya mendoakan pakcik sentiasa sihat dimana sahaja pakcik berada...

Sebak saya melihat pakcik sebab pakcik nampak lebih tuanya dari abah saya sendiri membanting tulang mencari rezeki...sebak sebab saya anak muda...saya tak kuat lagi usaha mencari rezeki tika muda. 

Dari raut wajah dan pertanyaan pakcik saya tahu pakcik orang Melayu jati kita, cuma saya terkesan sangat dihati ibarat dicucuk jarum peniti dalam-dalam, redup mata pakcik berehat di kerusi penat berjalan menampakkan pakcik kuat berusaha, tak duduk sahaja minta sedekah, tapi pakcik berniaga jual CD Keagamaan jalan dari satu meja ke satu meja.

Hati aku di rejam kesebakkan lagi...sebab pakcik duduk depan meja depan saya, bukan meja kosong lain tapi saya tak henti-henti memandang dan merenung kerutan penuh garisan di dahi pakcik dalam diam, pakcik sungguh-sungguh uzur, batuk dan nampak lelah nafas kepenatan. 

Lama dia berehat tanpa sebarang minuman dan makan. Lepas lelah, dia terus tolak troli dan bertebaran mencari rezeki di tempat lain.

Sebenarnya sepanjang aku merenung pakcik pangkat moyang tu...masa nak masukkan nasi ke dalam mulut pun terasa berat, tak rasa langsung kesedapan nasi tu padahal memang sedap pun, aku tak terkata. Terasa berdosa aku nikmati makanan sedap-sedap di depannya tapi orang yang sepatutnya dihulur makanan sedang kematu didepan persis seperti ayah aku rasakan. 

Kenapa ya aku keraskan diri...mungkin sebab aku respect pada suami yang ke bilik air atau aku respect pada pakcik itu supaya tak ganggu zon dia sedang berehat, sudah pastinya jika aku berada di tempatnya aku tak mahu di layan sebagai peminta sedekah, sebab aku bekerja dan bukan sebagai peminta sedekah...aku amati dia dalam-dalam, dan aku beri ruang itu pada dia, aku nak dia dirasai dia sama seperti yang lain-lain. 

Hati aku belum cukup bugar untuk paksa buat kebaikan walhal membuak-buak aku nak sembang dengan pakcik berumur tahap moyang dah bagi aku.

Ya Allah, bukalah hati aku seluas-luas lautan dalam buat kebajikan...jangan padamkan hati bugar itu...aku sedang bermuhasabah diri...aku diam tanda aku respect dia...tapi bukan bermakna aku berhati batu. 

**********
Datang adik lelaki kecil ke meja ku...comel, kecil molek orangnya. 
'Akak, akak nak beli keropok beku tak?'

Aku tersenyum panjang melihat dia berdiri di sebelah abg Qi, sama tinggi sama besar tapi sekali lagi aku sebak! Allah!

'Adik umur berapa tahun, sekolah mana?'
'8 tahun, sekolah dekat sini-sini je'

Aku terpanah lagi...8 tahun? Dimana ibu bapanya...tak apa aku masih rasa perlu fikir positif.

'Adik dengan siapa berniaga ni?'
'Dengan abang'

Mata dia malu-malu...dari gerak geri macam nak beredar.

Kami hulurkan beberapa not duit sedekah untuk di adik itu...bukan tak nak beli, sebab aku tak nak lagi sekali hipokrit beli barang yang akhirnya aku sendiri susah nak makan apatah lagi masing-masing pun balik kerja lewat jarang menjamah. 

Adik tu berlalu pergi, lari-lari anak.
Umur muda, tolong ibu dan ayah barang kali cuti sekolah ini. Aku bangga lihat si kecil itu sanggup bakar masa muda dia dari bermain, tengok hp, tengok tab kartun dan perkara-perkara yang selalu kita lihat anak-anak kecil gemar buat...dia bakar dengan mematangkan diri dia menolong ibu dan bapa...

Kelihatan abangnya dari jauh...tinggi. Lega, ada penjaganya.

Aku kongsikan di sini, ada kala rezeki yang Allah bagi, rupanya ada rezeki untuk mereka dalam rezeki kita. Aku sayu...aku jelaskan pada Abg Qi, kenapa kita beri duit sedekah. Dia angguk, tanda faham. 

Harap doa ku moga anak kami ikut jejak langkah kami sebagai ibu bapanya...suka bersedekah, paling win sedekah ialah walid Qi...dia sedekah buat aku bersaing dengan dia...nampak kemurahan rezeki Allah beri padanya. SubhanaAllah.

Coretan malam semalam...hangat di hati kisah pakcik dan anak kecil, usaha tanpa jemu, usia adalah angka, selagi hidup, kita perlu usaha. Tanpa jemu, tanpa susahkan orang, kudrat 4 kerat banting sehingga kita merasa puas cari halal di sisi Allah...

Hebatnya jadi MANUSIA berakal !

9 Comments

  1. Akk dah baca... Bg akk, akk x kirala org tu tgh jual ke apa ke, selagi akk ada sedikit not, akk niatkan utk sedekah, biarpun x membeli... Kuasa sedekah ni amat2 x ternilai bila Allah mahu gantikan... Akk dpt perangai mcm ni sbb akk selalu perhatikan perangau arwah mak akk... Wpun not tu hanya rm1... Dia sgt2 murah hati... X kirala pd cucu atau jiran tetangga... Klu adik beradik dia apatah lagi...

    ReplyDelete
  2. biasanya kalau lisa makan kat kedai makan ternampak pakcik2 jual buku etc duduk dan bererhat... lisa akan orderkan makanan tuk dia dan bayar n . pastu lisa pergi sebelum dia terima maknaan tu. budak kecik.. dlu pernah juga kt tempat keje lama ... budak2 umur 9/10 thn jual karipap dan kuih keliling lepas balik sekolah. sempat IV sikit.tanya sekolah tak.. mak ayah mana.. dan dijawapnya dia tolng mak jual kuih. mak dirumah yang buat kuih2 semua ni .... allahu .... teringat nanti lisa tua nanti .

    ReplyDelete
  3. kesian kan bila nampak orang yg susah kita yg asyik mengeluh susah takde duit ni lagilah terasa mcm org x bersyukur pula

    ReplyDelete
  4. Juju, kadang mulut terkunci. Tgn kaki dirantai. Hanya ada simpati dan kasih dlm hati T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lynda terima kasih kerana tahu itulah sebenar-benarnya isi hati juju...terima kasih kerana bantu terbitkan disini...saya sangat terharu anda faham isi hati saya. Love u lynda!

      Delete
  5. Bagus abam Qi sebab ada ibu yg hebat hehe

    ReplyDelete
  6. Anak2 kekya kan juju kalau tgk je orang tua kat tepi jalan yang kerja kuat diaorang akan tanya laa.. ala mana anak2 pak cik tu umi sian dia kije.. pemat tu Umi.. nak2 kalau diaorang nampak org tua kerja masa bulan poser.. lagi la macam2 diaorang tanya. Betul juju kata...bila tgk keadaan camni kat depa mata kita makanan yang sedap pon dah tak terasa.. Ada jiwa di situ.. Semoga kita sama2 dapat muhasabah diri kita ke arah yang lebih baik di masa2 akan datang.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)