Julia jarang beli barang Cosway, selalu nampak banyak outlet Cosway tumbuh bak cendawan, kalau lalu Tesco ada, lalu AEON ada, lalu mana-mana lah mesti ada kat shopping mall atau pasaraya besar terpilih.  Kebetulan nak cari pencuci pinggan yang paling mesra alam dan tak memedihkan kulit, kebetulan julia tahun ini kulit jari tangan jadi sangat sensitif. Nak guna pencuci pinggan yang biasa guna pun dah tak boleh, nanti hakis tangan lagi teruk.

Korang ada tangan cantik rezeki korang jaga lah elok-elok, tapi kalau dah nasib tetiba jadi kulit sensitif maka redha dan cari penyelesaian elok-elok. Semua aku google sendiri, cari rujukan sendiri. Kadang-kadang orang offer itu ini bukan aku tak mau ikut, sebab kondisi badan lain-lain so aku tak mau amik risiko. Biar aku cari solusi sendiri sebab aku tau sejauh mana aku hadapi...

Kebetulan masa pi Jusco AEON tu aku terlalu kedai Cosway, aku masuklah tengok banyak betul botol-botol pencuci. Aku belek setiap satu, pastu aku amik satu letak kat cashier Cosway. Aku tanya pencuci ini sesuai tak untuk kulit very sensitif?

Oh katanya aku tersalah ambil yang itu sangat kuat dia punya kesan atas kulit, aku kena ambil botol putih kat atas tu. Yang itu bukan setakat boleh cuci pinggan, sayur dan buah-buahan pun boleh tau awak...wahhh 1 botol boleh cuci banyak bahan ini yang aku suka sangat ni. 

Lihat bukti telur ayam 30 biji aku cuci, tak payah gosok sangat pun. Aku just rendam dalam 3 minit dan bilas semua telur tu ada rasa macam geli-geli yang luar kulit tu aku lama sikit cuci dengan air bersih. Tadaaaa...sihat dah telur semua, baru boleh simpan dalam peti ais. Baru lah betul-betul bersih bebas dari pencemaran. Nak masak je zasss ambil dan masak.

Kalau sayur aku basuh pun terus nampak macam kilat dan jadi segar. Pastu aku jadi rajin aku basuh semua sayur berdaun atau kekacang guna pembasuh tu dan simpan dalam bekas bertutup. Bila nak masak terus campak dalam kuali. Kualiti sayur pun nampak tahan lama tau. Bestnya!

Buah epal, kalau aku basuh pun aku guna pencuci ini. Memang terasa lah bersihnya. Kalau tak dulu basuh dengan air paip je gosok-gosok terus ngap hahaha...sekarang tidak lagi sebab julia ada pencuci kuasa mesra alam. Yeyyy!
Harga bukan ahli julia beli dalam RM15 lebih rasanya...tak ingat tapi lebih kurang lah, walaupun mahal sedikit tapi berbaloi bagi mereka yang memerlukan. Seisi keluarga bebas bahan toksik guna yang ini sebab boleh cuci tangan sekali sebelum makan.

Kesan dekat sebulan aku mencuba pencuci ini kat jari tak ada lah sakit atau luka melampau, nampak kelembutan dia. So lepas ini aku nak beli lagi. Walaupun aku beli bukan harga ahli tapi aku puas hati ia membantu kerja seharian julia di dapur. Terima kasih Cosway. 

9 Comments

  1. wah bagusnya..tu la selalu cuci dengan air paip je

    ReplyDelete
  2. zie pun kalu beli telo mesti basuh dulu..elok ehh bolh la beli nanti

    ReplyDelete
  3. Baguslah kan untuk mereka yang ada kulit sensitif ni.

    ReplyDelete
  4. bagus juga ya, sabun mesra kulit gitu

    ReplyDelete
  5. Barang2 kat cosway sume best2 , dulu pernah keje situ heheh

    ReplyDelete
  6. Cosway mmg dipercayai sejak dulu barang2 nya ...kekya pon ada jugak guna barang Cosway untuk tandas dan bilik air serta dapur..

    ReplyDelete
  7. wahh bgus juga brg cosway ni kan..hehe

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)