Hai selamat sejahtera bagi pembaca setia blog julia johari dot com. Aduhh ramai silent readers email dan pm julia di media sosial tanya bila nak update entry bab 4 di Bangkok Thailand. Hahaha terharu sangat tau tak, julia ingat julia karang kat blog syok sendiri je, sendiri taip sendiri la baca rupanya ada silent readers yang julia tak kenali mengikuti perkembangan julia setiap hari. Terima kasih sangat-sangat ya.

Nak jimat? 
Nak diskaun 10% semasa tempah hotel? 
Klik pautan 👉 Booking.Com

Simptom kemalasan sedang melanda berikutan kerja hakiki di pejabat sedang sibuk, maka nya nak update agak merudum sikit. Sebenarnya semua gambar sudah siap di edit 2 minggu lepas, nak dapat kekuatan mengarang itu yang manja-manja sangat. Now julia update belah malam sekarang, yey apa lagi kisah membeli belah di Kota Bangkok la paling di nanti. 

Jangan menyesal baca, sebab panjang dan ada info penting kalau nak jimat belanja !


Julia rasa korang dah tahu kan, trip julia ke Bangkok tanpa guna sebarang ground trip dari mana-mana agensi di sini. Semua dari hasil pembacaan julia 100% melalui blog oversea dan tripodadvisor. Ye, julia suka baca blog mat salleh, mereka kalau story direct to the point, pro dan kontra pun julia dapat bayangan sekali. Itu yang julia suka buat kajian dan reka tentatif sendiri mengikut kesesuaian julia sekeluarga.

Tahukah anda, Bangkok memang terkenal dengan keluaran tekstil yang terbesar di negeri Thailand. Kebanyakkan di sinilah pusat utama tekstil di pasarkan ke semua daerah negeri Thailand tau. Itu sedikit sebanyak pasal sejarah Bangkok korang kena tahu maka bila sembang pasal tekstil maka sah lah kami ke sini nak borong baju dan seluar buat pakai.

TUJUH tempat menarik!
Destinasi yang paling julia sukai ialah Chatuchak Market Bangkok. Fuyooo kat sini memang korang perlu kosongkan 1 hari khas untuk tawaf satu Chatuchak sahaja tau. Tak silap julia chatuchak ini beroperasi waktu cuti sahaja iaitu hari Sabtu dan Ahad. 

Hari Jumaat tak pasti ada ke tidak, tapi kalau korang nak fly pastikan awalan atau pengakhiran korang di Bangkok mesti ada salah satu hari Sabtu atau Ahad. Confirm chatuchak heaven untuk di selongkar secara 360 darjah.


1. Chatuchak Market, Bangkok
Lihat kami terus bergambar dengan signboard ni, wajib la tinggal kenangan dulu sebelum teruskan merayau. Dari hotel ke sini dalam 20 minit je, tak jauh pun dari pekan Pratunam ke Chatuchak, kami naik teksi je mudah terus letak harga dalam THB200 = RM20 lbh maka suka lah driver sana bawa kami berempat.

Ya, selesa la naik teksi, mudah ke mana sahaja naik teksi je, aku tak sarankan korang ke sini naik tuktuk, nanti sakit badan sebab sah-sah korang nak bawa balik hasil yang banyak kan, jangan berkira. Sebab teksi kat sana sangat kondusif dan semuanya serba nampak baru. Hebat Bangkok!

Sedikit sejarah tentang Chatuchak Market anda patut tahu:
Chatuchak, Bangkok is the largest market in Thailand. Also known as JJ Market, it has more than 15,000 stalls, divided into 27 sections. Chatuchak Market sells many different kinds of goods, including plants, antiques, consumer electronics, cosmetics, pets, food and drinks, fresh and dry food, ceramics, furniture and home accessories, clothing, and books. Chatuchak Market has been open since 1942 In 1948, when Prime Minister Jompol Por Pibulsongkraam had a policy in which every province was required to have their own market. Bangkok chose Sanam Luang to be held as the market. After a few months, the government had to move the market to Sanam Chai, but the market moved back to Sanam Luang in 1958. In 1978, the government used Sanam Luang as a recreational area, so the State Railway of Thailand donated the land on the south side of Chatuchak Park to establish as a market. By 1983, all of the merchants had moved to Chatuchak. At that time the market was called Phahonyothin Market. In 1987, its name was changed to Chatuchak Market.



Apa kami borong?
➡ Dinasour T-shirt kids THB150 (RM15)
➡ Baju tidur tema star wars THB200 (RM20)
➡ Baju tema Bangkok (black) THB150 (RM15)
➡Toys Avengers (setaraf Toy r us hokey rege murah gak x ingat berapa uncle dia belanja haha)

Sebenarnya, di sini syurga membeli belah bajet, memang sesuai dengan taste julia sekeluarga yang suka barang berkualiti, murah dan boleh borong banyak. Rambang mata weh nak beli cenderamatalah, nak beli untuk diri lah, paling seronok aku tengok suami dia kaki shopping paling win di sini, kalah aku weh haha.

Okey layan gambar dulu...scroll...scroll...lihat betapa bersih dan teraturnya setiap deretan kedai di sini. 

Korang bersaiz besar? 
Lagi gilaaaa baju kerja kemeja lelaki serendah RM30 sepasang sampai size 5xl pun hadooo memang sana part size mesra alam...tak macam Hatyai asyik2 free size 😂😂😂

Murah dan kualiti kain dia aku terkejut sangat, bukan kain murah-murah, kain dia ada kualiti yang setanding macam jenama tu. Apa lagi sakan la memborong Encik Suami...syukur bijak suami survey kat sini. So aku tinggalkan dia, aku ke kedai berdekatan...jom.

Haaa aku ni peminat hand beg, kepantangan aku nampak sling bag cantik2 kat sini tau. Ya, aku suka buatan tangannya, nampak kemas dan teliti jahitannya. So kami borong la banyak-banyak, Aku tak jual lah, aku kasi pada orang yang aku rasa perlu di kasi balas budi. 

Cantik kan...of course la beli 10 dapat 1 beg percuma. Hooreyy!

Bergambar la ko sorang-sorang, geng lelaki dah kemaruk soping, hahaha

Lewat petang baru sampai hotel naik teksi balik ke hotel, setiap hari pemandu berbeza-beza kami jumpa. Semuanya baik-baik cakap pun sopan santun, jawab pun berhemah. Mereka pandai juga berkomunikasi bahasa Inggeris sikit-skit yang tu dah jadi penyelamat untuk kita bersembang.

Ada hari tu aku terbahak-bahak ketawa tau, pemandu tu nak tunjuk ada jualan tepi jalan raya dia cakap 'Banana Burn' aku ulang balik tanya what? Dia tetap jawab banana burn. Hahahaha korang faham la kan maksud dia pisang goreng la awak...pemandu tu senyum je janji dia jawab confident. Itu yang aku puji tu diorang ni rajin juga nak belajar ilmu bahasa Inggeris. Pecah suasana hening dalam kereta kerana banana burn hahaha layan je lah. 

Pengalaman best menaiki teksi cantik di Bangkok!
Seperkara yang membuka mata korang bila sampai Don Mueng International Airport Bangkok, segerombolan teksi baru berwarna hijau kuning dan pink akan beratur cantik2 ikut laluan teksi khas nak ambil penumpang. Harga naik teksi dari airport ke Pratunam (cth mcm jarak dari KLIA ke Kl Sentral la gitu) tak mahal beb, ko cakap je 400 baht dia angguk suka dah lbh kurang RM40 lebih je okey sgt sbb jem lg kan. 

Tapi masa balik je kami naik teksi ke airport, masa sampai naik bas nak rasa bas diorg cmne...best jugakkk...murahhhh sgt tau tak....best teksi kat sana hari2 naik teksi baru jalan2, macam tak ada langsung teksi buruk2 woww hebat...driver pun tukar2, merasa semua personaliti pemandu baik2 alahaiii bagus sgt la diorg hormat tourist lagi2 dpt mcm juju yg suka bertanya dah mcm kucing ngan  itik bercakap tau. 😂😂😂

Setiap destinasi underground kami set 200 baht (RM20 lbh cikit je) maksudnya dari hotel ke satu destinasi xyah pakai meter...tawar je rege tu...diorg angguk dan jalan...kalau jem pun selamat fulus ko...haha mana la jem sgt...cuma kena pandai plan jgn pi jln dan balik waktu opis hour diorg...jem melampau haha. Mcm KL la sebijik. 🙆

Tapi aku suka cara pemandu2 tu semua berusaha nak hantar kami2 ikut tentatif aku karang sbb mmg aku suka susahkan diri puas hati bila sampai satu2 tempat ikut tapisan bajet (tak pakai ground agent). Lagi best teksi masuk terus depan pintu besar hotel kami menginap wpun sekali imbas mcm jalan tikus je ke hotel kami tu diorg tetap masuk. 👌

2. MBK Center Bangkok (Ma Boon Khrong Center)
Dari Pratunam ke MBK Center dekat juga, hanya menaiki teksi sekejap je dah sampai. Suasana kat sini memang selesa. Di sini memang boleh shopping tapi ada some barang yang mahal sikit berbanding di Chatuchak Market. 

Dua kali kami ulang alik ke MBK Center tau, sebab kami tahu kat sini je kami boleh dapatkan makanan halal dan sekaligus window shopping macam cenderamata seperti kerepek durian dan sebagainya. 

Semua pasal baju anak, ye kat sini kalau nak cari baju T-shirt anak boleh sangat banyak ada. Selesa sebab semua fully aricond. 

Inilah dia MBK Center, ada train BTS (MRT mcm kat Malaysia). Kami naik train sekali je dari Sukhumvit ke Pratunam. Kami selesa naik teksi sebab ada anak kecil kan senang tak penat sangat dan anak pun tak cranky sepanjang jalan. 

Kalau nak naik tuk tuk pun boleh, murah sikit. Ikut korang lang nak keselesaan macam mana. Kalau pergi tiada anak-anak kecil mungkin cara ini lebih menjimatkan duit korang. Menarik tuk tuk kat sini. 

Memang luas kat sini, puas hati berjalan dari satu tingkat ke satu tingkat. Setiap tingkat ada bermacam jenis jualan. Lif dan escalator pun selesa. 

Masa julia tengah sibuk cari cenderamata untuk dibawa pulang ke Malaysia, one lady di sebelah julia ni bertanya pasal ulat kering tu hahaha...apa yang aku boleh jawab aku ketawa je lah. Kami cakap la kami pun tak makan ulat tu, kalau berani beli lah bawa balik cuba makan. 

Nama dia Julie, haa kebetulan nama i pula Julia...dah jadi kawan bersembang sakan plak kat situ sembang pasal tempat pelancongan di negara masing-masing. Dia dari Australia dan pernah melancong ke Malaysia, nice to meet you Julie. 

Pertama kali jejakkan kaki ke MBK Center, di level G kalau tak silap la, mata aku terpaku dekat kedai ini, dua kali datang terpaku kat sini, tapi aku tak beli aku tahan perasaan dulu. Rupa-rupanya ada lagi murah tau dari yang ini...nanti korang baca kat bawah aku cerita. 

Lihatlah hasilnya, baru sampai Bangkok terus beranak hasil tuaian shopping. Haruslah penat-penat datang sini tak membeli rugi la kan. 

From head to toe (dari hujung rambut sampai hujung kaki). Semua barangan yang di pakai oleh abang Qi adalah dari MBK Center. 

Apa kami borong?
➡Aladdin pants THB99 (ada poket) (RM9.90) 
➡T-shirt Bangkok THB99 (RM9.90)
➡ Selipar Superman (kualiti mcm mahal) THB50 (RM5)
➡ Cap THB50 (warna dan kain menarik) (RM5)

Puas hati bila hari kedua anak pakai semua di beli di Bangkok, murah plak tu. Itu sebab kami tak bawa baju banyak dari Malaysia, kami bawa setakat nak pakai sikit-sikit je, yang lain beli dan pakai dari sini. 

Semua abg Qi shopping koleksi baju dan koleksi kanak2 kt sana, mujur bawa baju selai dua dari KL dah agak dah sana syurga shopping baju kanak2 murah yang amat dan kualiti sangat tip top! 

Bukan kain jenis jarang, bukan jenis memeri dan percayalah kain dia setaraf dok kat Hard Rock gituuu...paham kan kain mahal cmne? Berbaloi holiday sana tak rugi 💪

3.  Indra Square Pratunam

Shopping mall seterusnya sangat berdekatan dengan hotel kami menginap, hanya perlu jalan kaki lebih kurang 10 minit di waktu pagi sahaja. Melihat suasana waktu pagi di luar kawasan Pratunam sangat digalakkan sebab ada bermacam jenis jualan waktu pagi perlu korang saksikan tau. 

Apa kami borong?
➡ Kids Sling Bag THB100 (RM10)
➡ Purse wanita THB100 (RM10)
➡ Purse lelaki THB100 (RM10)
➡ Tali pinggang wanita THB150 (RM15)


Kat sini entry sebelum ini julia ada cerita pasal makanan halal kan, ada satu je port kedai makanan halal. Yang lain semua non halal. Nanti rujuk balik entry lepas ya. 

4.  Pratunam Market

➡ Seluar jeans anak tiga suku 3 helai THB300 (RM30)
➡ Baju t shirt anak 3 helai THB300 (RM30)
Banyak yang lain aku borong, tapi harga dan barang apa aku rahsiakan ya, haha tak boleh lah semua nak cerita sini. Pandai-pandai la korang survey eh. 

Apa yang aku pelajari pasal Bangkok Thailand. 

Paling best bila kau gi holiday dan ko aim something ko dapat! Ini lah hajat aku selain holiday ke mana saje aku suka perati sgt  masyarakat apa yang aku dan sefamily boleh belajar bawa balik Malaysia...cth mcm Bangkok aku lihat dan cuba memahami adat budaya resam disini yang sangat patuh pada pemerintahnya, mereka sgt sygkan raja mereka tau disana sini jalan bersepah tugu2 pemerintah diorg cantik2 plak tugu tu, masyarakat yang peramah dan suka membantu. 

Semangat betul nak tolong...
Ya ada satu owner kedai terkenal (aku rasa dia owner atau penyelia disitu kot sebab beria-ria sangat) dia sanggup bangun dan ulang banyak kali tunjuk arah jalan ke hotel kami tau, berkali-kali dia ulang dengan wajah yang bersungguh, hebatnya 1st learn aku di sana. 

Walaupun bahasa kami cakap rojak thai rojak english haha akhirnya sampai gak, ya macam cari treasure hunt tau...aku 1st sampai sini aku suka cabaran...tak semua aku naik taxi...aku pilih naik bas awam...sebab aku nak rasa beza di negara aku...konduktor bas pakai baju suit kod, driver kemas, bas selesa, highway diorg sama hebat cm Malaysia, ternyata menyeronokkan wpun jem tu aku rasa tak la teruk sgt..banyak benda ko boleh lihat 👏👏

Laluan utama dan lorong menuju ke hotel kami menginap, nampak sibuk kan? Tapi percayalah tepi jalan tu semua bersih dan teratur je, sesak macam mana sekali pun jarang nak dengar mereka tekan hon, pemandu pun bawa slow dan pandai cari penumpang. Kami nak ke mana sahaja kami hanya perlu keluar ke sini je dan tunggu. Ramai yang tawar pengangkutan kat kami, hahaha agaknya di dahi kami ni ada cop pelancong kot mudah sangat lahai. 


Ya bandar Bangkok sgt bersih..sebijik macam pi negara Singapura. Sama je kebersihan tu. Walaupun wayar letrik berselirat...tang kebersihan mereka sama tahap dengan kebersihan di negara Singapura.

Budaya bagi tempat duduk kepada anak kecil tu aku suka...mereka tgk ko bawak anak kecik pun diorg bagi tempat utk duduk mak bapak ngan anak sepakej dlm train laju dan bas bandar diorg tau...aku respect!!! Tiru la wahai anak2 bangsaku. Jgn buat2 tgk telefon je...haha!

Meriah, seawal jam 7 malam sehingga pukul 1 pagi, meriah jualan di sekitar kawasan Pratunam Night Market. Di sini tak payah naik teksi dari hotel kami, kami turun jalan kaki je tau, berlegar sekitar kawasan night market yang sungguh luas. 


Kedai Mama Ma'AM ini aku suka sebab berdekatan dengan hotel kami menginap, 
bermacam jugak kami borong.
Aku aim nak beli 3 jenis Thai Tea...green thai tea (plastik hijau), original thai tea (plastik merah), gold thai tea (plastik emas) aku borong semua yang size besar. Bangkok terkenal dgn kerepek durian, aku cadangkan cari kepingan durian yg dikeringkan lagi sedap dari yg di proses.

Kat kedai ni jalan 2 ke 3 langkah sebelah hotel aku menginap je senang dapat. Hooreyyy...so borong untuk my mama sekali. Aku hadiahkan gold thai tea. Sedap! Puas hati beli paket paling besar. 😍


Tawar menawar harga cara julia. 

Paling best, bila nak tawar harga dengan diorg tak susah sebab kalau boleh nego diorg kasi...tak boleh aku tak pijak diorg sebab aku tau kalau pi jalan sebab niat nak pijak harga sgt2 kt peniaga baik tak yah holiday. 

Sian diorang nak cari makan...standard aku tawar sgt sempoi. Aku tanya harga, aku diam aku tak suka aku belah, diorg sendiri panggil suh tawar berapa nak bayar hahaha see! Psiko sikit 😂


Korang...kalau pandai cari port menginap, pasti tak nyesal. Tak yah dok hotel berbintang sangat kat sana...sarapan lom tentu halal...nak keluar pun kena naik taxi always...dok area Pratunam tiap2 malam ada Night Market bersepah...pagi ke malam niaga. Syok!

Tahu tak berapa harga beg biru aku pegang tu? Lebih kurang 10-15 lebih je duit Malaysia. Cantik sangat buatan tangan mereka hasilkan. Kemas dan padu. 




Cover Passport Termurah di Bangkok 
THB60 = RM6 lebih je tau ! Inilah yang julia nak cerita sangat-sangat. Kan julia ada cakap di MBK Center THB100=RM10 lebih mahal sikit, kat pratunam night market hanya RM6 lebih sahaja. Free charms dan free 1 label nama sendiri. Murah sangat !

Kualiti aku lihat memang kat sini paling win! Sebab apa aku lihat di deretan kedai jalanan mereka punya hasil tangan sangat lah rapi, kemas dan cover pasport ada bermacam jenis design tau.

Kami pilih jenis metallic cover, nampak ada shinning sikit dan exclusive. Siapa sangka kedai tepi jalan area Pratunam ini pun setanding macam jual kat kedai mahal tau, lama kami lepak kat sini melihat ramai yang tempah kulit pasport. 


Tadaaa, terus cantik tau tak! Puas hati kami masing-masing ada cover yang sangat lawa. Terus membuak hati nak melancong lagi hahahahha. Lihatlah nama kami masing-masing. Lepas ini senang dah nak belek passport yang mana sebab ada warna tertentu dan nama. 

Abang Qi memang suka naik tuk tuk setiap malam di Pratunam Night Market tau, harga memang sangat murah dalam 4 ringgit ke 2 ringgit rasanya, puas la pusing-pusing satu pasar malam kat Pratunam hehe. 

Pratunam waktu siang
Di kawasan Pratunam juga, waktu siangnya kami berjalan-jalan lagi. Julia nampak ada orang jual gelang tangan yang di buat sendiri. Wah terus julia beli 2 set gelang pakai situ juga haha. Satu gelang THB50 = RM5 lebih je. Murah dan sangat unik, sampai kat Malaysia pun julia ulang-ulang pakai. Tahan lasak gak gelang ini aku lenjan pakai. 


Farmasi luar negara.
Korang pernah jejak farmasi luar negara tak? Aku suka farmasi luar negara. Apa yang aku nak cari adalah produk natural mereka cadangkan. Aku suka losyen tangan dan cream tumit kaki kat sini. 

Sebelum aku beli, aku tanya habis-habis ahli farmasi kat sini, produk mana yang betul-betul mesra alam yang tiada kandungan bahan terlarang. Dia tunjuk kat aku dua produk ini. 

Cantik kan bangunan Siam Discovery tu kan, tapi aku tak masuk pun haha aku snap dari dalam teksi je. Nanti korang pergilah ya. Shopping mall tahap mahal-mahal sangat aku tak berapa gemar sangat nak berjalan. Kalau lama duduk sini mesti aku jejak kot window shopping je. 

Daerah Pratunam di waktu pagi. Lihatlah suami julia, posing di tepi jalan kawasan yang sangat sesak dengan tumpuan jualan di waktu pagi. Lihat jalan raya yang sempit dan bersih, hebat mereka menjaga kebersihan. 

Wajib la bergambar dengan suami tersayang, masing-masing bergaya sakan dengan spek mata aviator style ahahaha, kat luar negara bergaya macam ini aku tak malu tau. Kalau kat Malaysia certain tempat je aku pakai hahaha. 

Bangkok memang suka 7-eleven kot, mana-mana kami pergi 7-eleven ada saje. Mudah betul kalau nak beli air atau korang nak beli simkad kat sini kan. Tapi kami tak beli simkad pun sebab kami guna WiFi hotel sepenuhnya kalau nak update apa-apa. 

Julia suka amati hasil kraf tangan masyarakat Bangkok, memang kreatif sangat mereka ini gubah macam-macam, dari stoking sampai ke tabung buluh julia lihat. 

5.  Emporium Mall [Daerah Sukhumvit]
Kami ke sini kebetulan baru lepas menyelongkar Dinasour Planet, nanti aku cerita entry lain pasal kisah dinasour kat sini tau memang menarik sesuai hiburan dengan anak dan seisi keluarga.

Lepas korang habis pi Dinasour Planet, terus je ke kanan jalan besar tu jalan kaki perlahan-lahan. Nanti korang akan sampai ke Emporium Shopping Mall. Mulanya tak nak masuk sebab tahu dah aku memang tak boleh beli apa pun dalam tu mahal-mahal kan. Tapi dah geng-geng family aku ajak suh usya je maka masuklah aku.


Saat menjejakkan kaki ke dalam Emporium, wahhhh bauan harum dari pintu masuk besar dirasakan, nyaman yer, bauan aicond menusuk dalam aircond, semangat plak rasa tadi berpeluh-peluh berjalan dapat plak aircond dan mata dijamu dengan suasana cantik bunga-bungaan lagi apa lagi la kan selfie la hahaha.

Saje usya sekeliling, memang elit betul shopping mall ni tau, sama seperti pusat membeli belah terkenal di KL, tapi disini kalau amati betul-betul korang boleh survey perbezaan harga dari segi minyak wangi. 

6. Benchasiri Park, Sukhumvit
Eh lajak sikit, sebelum sampai emporium, kami sampai kawasan ini dulu tau, apa yang ada di taman ini ialah seperti macam persis Taman Tasik Titiwangsa la. Kat sini abang Qi bermain, ada playground dan tempat orang berjogging.

Kawasan taman ini nampak sangat berbeza sekali, dari segi masyarakatnya yang pelbagai. Ramai foreigner bawa anak-anak bersantai kat sini tau. Siap ada bawa pembantu (maid) lagi jaga anak-anak masing-masing wah gituuu. 

Aku jumpa kura-kura melintas dekat taman ini tau, apa lagi aku tangkap la hahaha saje nak bergambar dengan kura-kura asal Bangkok. 


Mercu tanda di taman ini. Aku suka amati lama-lama gambar mercu tanda di sekitar bandar Bangkok. Mereka memang meyanjungi sungguh pemimpin merekalah. Dimana sahaja ada gambar-gambar yang di bangunkan secara besar-besaran. 



Penat tunggu Abang Qaiser ilman main play ground, so kami nak bertolak balik ke Pratunam, kat daerah Sukhumvit memang banyak ada BTS (Bangkok Skytrain). Di mana jua korang berada, kalau teringin nak naik BTS, sila kanlah naik sekali rasa pengalaman bagaimana.



Kami sebut je dekat kaunter nak ke Pratunam, ada nama stesen tu aku lupa dah, menyeronokkan naik BTS tau. Sama moden macam di Malaysia.




Upacara sembahyang Buddha, ada tarian dan ramai orang hadir. Kami dah sampai stesen berdekatan Pratunam, kami saje jalan-jalan pusing dekat laluan SkyTrain, nak tengok sekitarnya. 

7. Sabay Sabay Massage
Massage time at Bangkok (Pratunam Town) Sabay Sabay Massage paling win kat sini, selesa yang amat. Kedai bersih, harga murah 200 baht = RM20 lbh sejam tu pun melentok2 peha aku ko kejekan hahaha belum full massage lagi kalau tak lemah gemalai hadik ko ni berjalan hahahaha 


Tapi sedap la massage dia orang, siap ada free WiFi...laju plak tu...rasa nak repeat kali ke dua jam tau tak haha...last sebelum nak chow diorang bagi hot green tea minum sorang satu arghhh lega sgt2...i miss Bangkok already ayoyoyoyoooo


Hasil shopping dari Bangkok, dari 3 backpack yang ringan datang Bangkok beranak jadi 5 beg sendat dan ketat zip nak tutup tau hahaha. Beg pack hitam merah penuh baju dan seluar yang julia lipat sekecil-kecilnya, julia belajar teknik lipat pakaian dari dalam Youtube memang menjadilah ruang kecil boleh muat banyak. Julia beli baggage flight masa balik sahaja tau. So jimat sangat-sangat travel cara backpackers. 

Korang kalau julia tunjuk beg bukan bermakna cerita pasal Bangkok dah tamat belum lagi tau...sabar-sabar ada lagi 2 part lagi hehe.

Akhirnya, selesai jua Part 4 kisah shopping dan jalan-jalan santai di Bangkok Thailand. Kami sekeluarga berjalan ikut kesesuaian masa dan bajet, kalau korang ada masa lebih dan bajet lebih pergilah kawasan tarikan lain di sekitar Bangkok, banyak ada lagi. 

Aku suka holiday santai, tak berapa padat jadual dan waktu kami nak berjalan ada waktu rehat dan ada waktu betul-betul berjalan, free and easy lah orang kata. Paling lucu, tau tak abg Qi dok ulang-ulang bila nak pi Bangkok lagi hahaha aduyaiii rinduuu dua puluh empat jam Bangkok budak bertuah tu! 😍

Next entry part 5 julia nak cerita tentang Chau Phraya River - naik bot pelancong tengok suasana sungai besar yang menjadi nadi Bangkok. Best oooo amati sungai Bangkok, besar betul...tunggu tau. 

Nak tempah hotel layari sini klik -> Booking.Com

Jejak rujukan pautan link ke Bangkok:
  1. Parking KLIA2 - SINI
  2. Part 1: Percutian Murah ke Bangkok Menjanjikan Keseronokkan Berganda ! - SINI
  3. Part 2 : Citin Pratunam Hotel Bangkok - SINI
  4. Part 3 : JJCM Makanan Halal Bangkok - SINI
  5. Part 4 : Port Shopping Bajet dan Jalan Santai di Kota Bangkok - SINI
  6. Part 5 : Jalan-jalan di Kota Bangkok (Naik Bot di Chau Phraya River) - entry akan datang

Layan video Julia kemaruk shopping bajet klik !

15 Comments

  1. Hrp nanti dpt smpai gak Bangkok. Rujuk blog ni lah. Hehehe

    ReplyDelete
  2. Seronoknya Julia...SA lom pernah sampai lagi..nanti plan nak pi sini la...Julia jadi tourist guide la..please...

    ReplyDelete
  3. wah..syok nya..nak pg sana jugak NANTI..nak crik partner travel dlu..

    ReplyDelete
  4. Fuh rambang mata juju kalo dh byk tmpt shopping ni.. Banana burn hehe klakar... Yg serbuk teh thai adik ipar ada bli juga die blk dr songkla aritu ..ada tgk yg tempt passport tu kwn tempah

    ReplyDelete
  5. BESNYA SHOPPING DI BANGKOK..MST MURAH

    ReplyDelete
  6. Wahh bestnya! Harap nanti dapat pergi Bangkok jugak

    ReplyDelete
  7. menariknya kak juju! seronok bab shopping tu, murahnyaaaaa

    ReplyDelete
  8. Bestnya juju. Teringin gi sana terus bila baca post juju ni.

    ReplyDelete
  9. bestnya.. jue pernah g sekali bangkok.. tp time tu chatuchak tak buka.. kami pergi weekend kan.. sebab tempat tu weekday jer.. so MBK jer lah jue pergi shopping.. heheheh

    ReplyDelete
  10. best la Ju..makna kata kalau pi sana tak payah kalut nak bawaj kain baju banyak2 la..kan??sampai sana beli je.Lagi best..

    ReplyDelete
  11. pergh memang rambang mata kalau murah2 macam ni..terbaikla..bnyk juga tempat shoping ye..fuh

    ReplyDelete
  12. Kalau dpt shopping tempat murah2 macam tu, macam2 rasa nak beli bawa balik kan?😁

    ReplyDelete
  13. juju,anak ina yg 3 tahun tu kata...wahh,seronoknyer.Hihihihi..happening betul lah juju destinasi kali ni

    ReplyDelete
  14. Ju, akak singgah sini.
    Da beli tiket plane ke bangkok januari nanti.
    Kena le survey. Nak adjust bag hi hi hi...
    Akak gi trip dgn bff. Bukan dgn famili.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)