Kembali julia sekeluarga dari bumi Bangkok! Alhamdulilah syukur nikmat, assalamualikum semua, apa khabar? Sihat? Harap sihat selalu hendaknya. Pasti korang nak tahu kenapa julia sekeluarga pilih Bangkok sebagai destinasi percutian bajet luar negara untuk tahun 2017... 

Kuasa mata wang, ya ketahui mata wang kita tidak berapa stabil, maka nya nak lihat negara luar kena ukur dulu kemampuan sendiri. Kalau seluruh negara Thailand memang boleh lagi la bagi family kami nak berjalan melancong dengan sepuasnya, walaupun mata wang kita jatuh, kuasa membeli di sana sangat luar biasa.

Bayangkan kualiti dan kuantiti setiap makanan dan barangan itu mereka jaga sekali, itu yang beri pulangan setimpal bila balik dari sana, puas !

Nak jimat? 
Nak diskaun 10% semasa tempah hotel? 
Klik pautan 👉 Booking.Com

Tak dapat gambaran di mana terletaknya BANGKOK?
Lihat gambar dibawah, Bangkok terletak kawasan Utara Thailand, bersebelahan dengan Pattaya. Pada asalnya kami plan nak ke Pattaya hari kedua, tapi memandangkan masa perjalanan menaiki bas atau train ambil masa 2 jam, tak berbaloi untuk family julia. 

Maka nya, tentatif julia ubah kepada 100% melancong Kota Bangkok sahaja, baru berbaloi sebab pertama kali jejak jangan tamak semua tempat nak kaut, ingat anda dan anak anda nak berehat, enjoy santai lebih menyeronokkan.

Pattaya walaupun hampir dengan Bangkok, peruntukkan masa sehari diperlukan, sebaiknya stay di sana semalaman boleh saksikan kecantikan pantai Pattaya di sebut-sebut tu. Next time la kot kan hihi.

Kos penerbangan tambang murah bukan masa promo, tempah pergi hari bekerja.😵😱
Team kami seramai 4 orang. Anak umur 5 tahun bayaran kategori dewasa ya.
Total paid 1351.60 MYR (semua termasuk GST, tempah tempat duduk, tidak termasuk baggage fee). 
Harga tersebut bahagi 4 orang total RM337 harga pergi/balik setiap seorang. Murah kan? Ya tak payah tunggu Air Asia promo baru nak pergi, usya je bebila masa. 
Nak psiko lagi: RM337 tu basic, lepas add on harga 1 x baggage (20 kg) balik  sahaja RM67 bahagi sama adil, lebih kurang RM350 tiket return. 
RM350 bahagi tiket sehala = RM175 sehala (termasuk kos cukai bagai). 
Murah tak? 
Murah ! Sila menangis laju-laju...siapa suruh tunggu masa promo je, sila intai tiket waktu hari bekerja. 
Kami bertolak Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad jam 8.20 pergi balik 11.10 malam. Memang kami pilih masa flight pukul habis tau, baru berlaloi bayar.
T&C 
⇒ No travel agent, No tour guide, hanya ikut tentatif julia sendiri. (Jangan email atau komen minta tentatif, julia nak korang rajin salin sendiri setiap cerita julia, dari situ ANDA BELAJAR...akan banyak part. Harap bersabar, sabar separuh dari iman, jangan nak senang je, pelajari kesusahan dari orang terdahulu, baru manis kemudian hari. TQ sebab faham. ⇐

Sebelum julia nak kongsi pengembaraan santai, marilah ber teaser dahulu, bagi panas dulu enjin nak bercerita lebih lanjut ye dak, mesti korang nak tahu persiapan julia ke Bangkok bagaimana. 

Persediaan paling utama😘
Kalau tak ada persiapan, takkan jadi best sepanjang trip ini. Pokok pangkalnya dari Malaysia lagi kita dah siap-siapkan buat tempahan:
  1. Flight ke Bangkok - add on lah makan minum, baggage jika perlu.
  2. Packing baju dan kelengkapan - kalau short trip macam 4H3M, sebaiknya bawa 3 helai baju nipis dan 2 helai seluar yang nipis serap peluh. Gulung baju dan seluar menjadi kecil, ada dalam you tube cara nak gulung cari ya jangan malas!
  3. Beli ubatan dan sedikit barang kecemasan - beli la panadol, viks untuk anak kecil, plaster jika luka atau melecet, balm, pil chikitaun (sakit perut), Eno (tak lawas) dan sebagainya. Beli dalam medical treatment dalam bentuk kecil senang nak capai. Selalu beli kat Watson je senang.
  4. Kasut - guna kasut sport shoes jika boleh. Bukan apa keselesaan dan keselamatan semasa berjalan jauh kena kita berjaga. Kalau guna selipar di khuatiri habuk, bakteria dan segalanya mudah melekat, malah jadi pembawa kepada penyakit. Sebab itu bagusnya pakai sport shoes dengan stoking ada perlindungan intensif. 
  5. Bag sling - ya kalau anda orang dewasa julia galakkan beli beg sling yang ada banyak zip, boleh sorokkan purse paling berdekatan dengan kulit kita. Pasport pun senang capai bila guna beg sling, praktikal dari letak dalam poket seluar, takut tercicir. 
  6. Backpackers atau beg travel - korang kena fikirkan konsep travel, kalau anak masih kecil atau jenis keluarga besar cara backpackers ada kala tak sesuai sebab banyak benda kena bawa, berlainan cara kalau jenis travel solo, dan travel keluarga kecil macam julia anak dah 5 tahun julia memang ajar bawa beg pack sekolah sendiri dan  semua setuju nak backpack sahaja. Kalau backpack pastikan bawa 2 jenis beg kain besar yang boleh digulung menjadi kecil. Mana tahu tetiba nak borong barang shopping senang. 
  7. Baggage fees -  ya, masa check in julia tak check in baggage sebab kami semua style backpack, masa balik je julia beli baggage. Untuk pengetahuan Air Asia memang kena beli asing-asing, maka nya boleh jimat dari segi baggage pergi sahaja. 
Pertama kali perasan jadi backpackers😍
Gaya pertama kali julia berpakaian dan membawa backpackers style, selesa cara macam ni rupanya. Bukan apa, travel bajet kena kena berkorban dari segi kesenangan sepanjang masa, hangkut beg dan bawa sepanjang airport. 

Lagi pun tak susah la, banyak je troli sana sini...so kenapa nak membazir bayar baggage check in. 


Jam 3 pagi sampai di airport KLIA2👫
Anak julia, Qaiser ilman. Ya saya tak manjakan sangat dia. Julia ajar dia sekarang umur 5 tahun erti tanggungjawab. Seawal umur muda juju galakkan dia bawa pakaian dan barangan sendiri didalam beg tarik sekolah dia. 

Serius beg sekolah dia sangat membantu ke sana ke mari. Mudah dan sangat efisien untuk dia bergaya, lihatlah cara dia bergambar, boleh fengsan orang lalu lalang melayan keletah dia yang mencuit hati.

Julia perasan, dia ada darah suka travel, asal sebut je nak berjalan kelenjar adrenalin dia akan menyuruh dia aktif, siap dah kerja sekolah dia malam tadi sekali buat revision tau, time management kena bijak, dahulukan semua tugasan anak sebelum kejar melancong, itu beri efek kebaikan. 

Akhirnya, gambar kami anak beranak bertiga, orang kata ambil gambar 3 tak elok...x tau la orang tua-tua amal kata cam tu...tapi kami ambil ramai gambar latar belakang ramai orang so tak ada lah cakap-cakap belakang yang tak elok hehe. Tak sabar dah ni memasing 💗

Pasport check in kaunter 👪
Ya boleh check in online, tapi macam biasa malas. Sebab dah tau memang nak lepak awal ke KLIA2 sebab nak arrange parking dekat dengan lif, mujur senang. 

Di KLIA2 kan ada mesin self check in, so pergilah check untuk mereka semua. Tapi sampai turn julia tak boleh self check haaa sudah apa pasal?

Rupanya ketua yang beli tiket kena check in kaunter, sebab kat ketua lah akan ada tulis gate mana nak masuk. Nampak tak beza boarding pass tu. Yang check in kaunter la dapat boarding pass cantik. Hahaha untung la juju kehkehkeh 💁


Cayalah my team, mereka ni semua sporting, berangkut beg memasing. Kami masuk Q7 international gate. 

Mujur dekat, kalau kena gate hujung kena beli kasut roller blade kot haha 😅

Kalau international departure, memang kena 2 kali cek imigresen, kalau pakai gelang jenis silver pun kena buka tau letak dalam bekas asing sebab nak lalui sistem scan tu sangat sensitif. Mujur kami semua elok je lepas. Alhamdulilah. 


Yeyy! Gate kami, flight mula jam 8.20 pagi, tapi jam 4 pagi dah settle urusan. Maka nya lepak la sini puas-puas sambil berborak. Abg Qi dia pun tak ngantuk sebab dah ajar tidur awal. 

Flight orang lain...
Abang Qi ingat kapal terbang dia, hahaha bila tengok penumpang lain dah nak berangkat dia gelisah, dia cakap umi kita nak kena pergi dah...jom walid umi...hahhaha nak ketawa juju kat situ, kemain eksaited sangat dia, berkali-kali cakap itu kapal terbang orang lain, kita punya lambat lagi sayang oiii hahaha...umi saje datang awal takut miss flight kekdahnya kahkahkah contohilah umi Qi ye korang 😁😆

Mentang-mentang dekat dengan dunkin donut, dia makan donut sama air la....suka sangat donut pink...nak sikit tak bagi tau...tedekutttttttttttttttttttt hahahhahahaha 


Waktu subuh di airport
Pertama kali merasai solat subuh di KLIA2, nikmat hidup, gate Q7 bersebelahan dengan surau. Julia amati tahap kebersihan dan keselesaan. Memang boleh bagi anugerah cemerlang. Selesa sungguh, siap ada telekung yang bersih. Tapi julia selesa guna telekung travel sendiri. 

Sekejap je masa berlalu bila lepak kat KLIA2, serius! Jam 8 pagi dah kena beratur check pasport dan boarding pass...alhamdulilah semua selesai dengan baik. Gembira tak terkata bila dapat naik kapal terbang buat kali ke berapa...kira setiap tahun mesti 1 kali naik, kalau tak jadi tak keruan hidup haha.


Awan biru, sayup je. Julia duduk tepi tingkap masa ni, dekat dengan sayap. 


Jom sarapan, makan pagi julia belanja 4 orang secara percuma. Makan dalam flight murah je beli, satu makanan dan satu air cuma berharga RM10 je pun. Julia dah add on siap2 dalam website. 

Dok fikir lepas Bangkok nak ke mana plak tahun depan punya travel hahaha...

Sedap menunya, lega perut masing-masing.




Siapa ada anak kecil bertuah lah hari tu, Abang Qi dapat 2 hadiah percuma dari Air Asia dalam flight, untunglah dia. Terima kasih Air Asia, sangat hargai ! 💪

Permandangan pertama kali lihat BANGKOK !
Wah ini ke Bangkok ! Jam hampir menunjukkan 10.20 pagi. Cantiknya permandangan, kapal terbang kami semakin rendah menuruni, itu tandanya nak landing dah, jom siap pakai tali pinggang keselamatan. 



Touch down Don Mueang International Airport, Bangkok.
Alhamdulilah, selamat landing. Inilah airport Don Mueang International. Kalau Air Asia turun sini lah sebab penerbangan pakej murah. Kalau penerbangan lain ke Suvarnabhumi Airport.

Terus selesaikan urusan imigresen, ada kertas putih yang anda kena isi di dalam penerbangan lagi ya, jaga kertas tu jangan hilangkan. 


Bila dah sampai airport Don Mueang International, kalau berhajat nak rasai pengangkutan awam pertama di Bangkok menaiki bas shuttle boleh ikut cara julia. Kalau nak naik taxi ada laluan lain, ringan mulut bertanya bila sampai sini ya.

Shuttle Bas Gate 6 - Pratunam Lumphini. 💪
Senang sangat, turun je dari escalator imigresen, terus keluar cari gate 6, belok kanan tunggu tepi airport ada tempat duduk. Kat sini selesa, waktu julia pergi waktu hari bekerja, so memang tak ramai orang. 


Hotel kami di kawasan daerah PRATUNAM. Jika hotel anda dikawasan itu juga, boleh naik bas nombor A3. Sebenarnya hotel daerah Pratunam ni banyak hotel bertaraf dunia sehingga ke hotel taraf bajet tau, kebanyakkan yang duduk di Pratunam beruntung sebab setiap malam ada night market boleh jalan kaki je keluar dari hotel. 

Sebab itu kena study dulu kawasan dan daerah yang menyumbang aktiviti mudah seperti diatas, boleh kurang kos perjalanan setiap kali nak cari makanan halal. 

Duduk tak sampai 15 min, bas terus sampai. Selesa sungguh, bersih dan pemandu serta konduktor sangat efisien. 

Pengalaman naik Bas Bangkok. 
Bayaran setiap seorang ke Pratunam tak mahal, anggarap THB50 - RM5 lebih kurang. Perjalanan ambil masa 30 minit dari airport. Tak apa lah, memang niat mula nak naik bas, nak review tahap pengangkutan diorang macam mana kan. 

Mereka ada jalan highway yang sangat kondusif, selesa lah, orang ramai kata Bangkok ni destinasi jem...bandar mana dalam dunia ni tak jem kan...Bangkok jem macam KL gak la...tapi tak semua tempat. Pemandu cekap bawa tak terasa jem tu jadi membosankan. Banyak tempat boleh lihat sepanjang duduk dalam bas yang selesa. Tak panas dan sejuk. Hehe. 

Jalan Thanonphayathai, Ratchathewi, Pathumwan, 10400 Bangkok, Thailand
Tips, nama jalan kat atas adalah jalan yang waktu malamnya banyak night market. Lepas dah sampai kawasan Pratunam, sila naik tuk tuk atau taxi, bayaran dah tak mahal, sebelum naik cakap dulu terang-terang nama hotel korang menginap tu, pemandu tu tau tak nak bawa terus ke hotel. 

Bila dah deal setuju dengan harga bayaran apa lagi naik lah. Hotel kami dah tak jauh dari kawasan ini tau, tapi disebabkan kami kali pertama sampai, maka nya naik lah taxi untuk elak sesat. 

Jimat sikit belanja kalau gerak dari airport betul tak...inilah travel bajet...susah senang dapat rasai macam2 pengangkutan kat sini. Cubalah...bila lagi nak ajar anak erti susah senang. Kat Malaysia semua senang je kan...kat sini kita belajar cabaran nak hidup. 

Lihat baju abang Qi dengan tagline 'BEST NEVER REST'. Kata-kata motivasi tu tau

Lihatlah, wayar berselirat tu...pergilah mana-mana negara Thai, itulah keunikan kita pelajari.
Nak tahu kami sampai hotel mana di Bangkok?
Tunggu part 2 ya. 
Mesti korang tak sabar nak baca hehe 

Nak jimat? 
Nak diskaun 10% semasa tempah hotel? 
Klik pautan 👉 Booking.Com

Jejak rujukan pautan link ke Bangkok:
  1. Parking KLIA2 - SINI
  2. Part 1: Percutian Murah ke Bangkok Menjanjikan Keseronokkan Berganda ! - SINI
  3. Part 2 : Citin Pratunam Hotel Bangkok - SINI
  4. Part 3 : JJCM Makanan Halal Bangkok - SINI
  5. Part 4 : Port Shopping Bajet di Kota Bangkok (Dalam proses)

24 Comments

  1. Bangkok tak pernah pii lagi moga boleh jadi panduan

    ReplyDelete
  2. excited qi nk naik flight kn walaupun kena bgn awal pg..bdk2 mmg excited...tk sbr tgu next entry

    ReplyDelete
  3. Wahhhh. Boleh simpan dulu tips ni. Senang nak gi nanti. Hahaha

    ReplyDelete
  4. Wahhh seronoknya satu family jalan2 bangkok..

    ReplyDelete
  5. Detail..terbaik..abam qi ceria btl dia😀

    ReplyDelete
  6. wargh....berbaloi gak ya...K.Sal ingat mahal...nanti nak skodeng gak la AA

    ReplyDelete
  7. Wahh..bestnyee...tingin jgk nk bwk abg zaryth...xpe2..nnti kite nabung..kita follow cara juju plak

    ReplyDelete
  8. bestnya kak , fuh tak berani lagi nak g obesea sendiri2 hihi

    ReplyDelete
  9. Wahhh bestnya kak Juju jalan jalan Bangkok.

    ReplyDelete
  10. can't wait next chapter.. bestnyeeee.. leh refer sini nnt utk travel..

    ReplyDelete
  11. wah, bestnya..xtau la bila boleh sampai ke bangkok nie, asyik berjalan tempat2 dekat aje hihi

    ReplyDelete
  12. wah insya Allah soon . Seronok tengok Juju food hunting kat situ. Teringin Cici nak bawak family jugak.

    Cici kena belajar travel lite ni. Sedangkan staycation di KL pun, Cici nak bawak 1 bag besau. hahaha mcm ada rasa was was baju TER kotor ke , tak matching ke apa ke. kahkah retis sangat nak matching.

    kalau bebudak lagilah, mmg selalu kena ada baju spare. Plus anak ank Cici pakai diapers lagi. Masuk pulak Atok Nanny, sampai kain buruk pun dia nak bawak -.-'' tu lah pegi Langkawi sampai 40kg. >,<

    ReplyDelete
  13. Seronoknya berjalan. Entah bila dapat travel. Semoga ada rezeki. Untglah abg qi dpt rezeki awal dlm flight.

    ReplyDelete
  14. Wah kemain detail.. x sbr nak tunggu catatta yg byk tpt mkn2 tu

    ReplyDelete
  15. dah 2x g bangkok..tp pegi atas tntutan kerja..xsmpt nk rasa keseronokan mcm juju pegi..inshaAllah blh repeat lagi la nanti...

    ReplyDelete
  16. Ada juga plan ke sini. Seronok baca blog juju.

    Dah terasa mcm bersama-sama travel hehe

    ReplyDelete
  17. wow! murahnya.. sapa kata kalau duit ciput tak leh gi bercuti kan... asalkan kena pada budget, boleh aje bercuti di mana-mana hatta dalam negara sekalipun kan..

    ReplyDelete
  18. Wah, teringin nak pergi Bangkok.

    ReplyDelete
  19. Hope one day dapat pergi luar negara naik kapal terbang

    ReplyDelete
  20. tq sharing yang..
    gigih baca setiap baris
    memang menarik
    akan jadi rujukan utk ke bangkok nnt

    ReplyDelete
  21. Nk try pakai tips yg u bg tu la.lama x gi bangkok tp kali ni nk gi berdua aje(honeymoon).😉😃

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)