Paling di tunggu, sudah semestinya jalan-jalan cari makan di Bangkok! Siapa sangka, julia pun tak sangka sebenarnya, bila kami menginap di Citin Pratunam Hotel Bangkok klik SINI rupanya port makanan halal mudah didapati sepanjang jalan depan hotel je pun.

Ya korang, rasa macam bertuah sangat rasa, rasa macam sampai lubok yang julia idam-idamkan dari Malaysia lagi tau. Dari Malaysia lagi julia selalu baca review pasal makanan halal di Bangkok melalui carian internet, tetapi kebanyakkan yang berkongsi di blog kebanyakkan makanan Arab dan restoren-restoren yang julia rasa agak mahal bagi julia.

Nak jimat? 
Nak diskaun 10% semasa tempah hotel? 
Klik pautan 👉 Booking.Com

Street Food Hunter
Julia punya misi untuk Street Food Hunter nak jejak makanan halal tepi jalan dan sedikit hunting di pusat membeli belah Bangkok terpilih sahaja, kalau restoren yang mahal julia tak makan dan tak up review di sini ya. 

Siapa kata makanan yang disediakan oleh peniaga gerai tepi jalan kotor? Serius kalau korang sampai ke Bangkok, sepanjang jalan julia amati, peniaga-peniaga jalanan disini memang menjaga kebersihan.

Tersangat bersih, sama seperti julia melancong ke Hatyai beberapa tahun lepas, depan kedai belakang kedai bersih dan teratur, tiada sampah sarap berbau. Itu sebab jarang jumpa lalat tau tak. Pelik tapi benar!

Sambil menyelam biar minum air sampai kenyang!
Sebab itulah jadi faktor utama julia tak meragui untuk mencuba pelbagai jenis makanan halal di sepanjang jalan Bangkok. Memang mereka berniaga sebelah gerai halal, sebelah gerai tidak halal, itu budaya mereka. 

Terpulang kepada kita menilai bagaimana penyediaan makanan dan minuman, julia perhati dan pilih dan sesekali temu bual tentang makanan halal yang mereka sediakan... sebenarnya kadang-kadang nak korek resepi haha 😆😆😆

SARAPAN - MAKAN TENGAHARI - MAKAN MALAM 
HALAL DI BANGKOK
(Kenderaan: Taxi @ Tuk Tuk dan sekali je naik BTS (MRT) sahaja kami naiki, mudah sebab utama ada anak kecil, taxi kat Bangkok tak mahal la, sila pandai tawar harga dan ikut destinasi, kecuali kalau korang book pakej tour kat sini tak payah dah fikir bab ni, tapi kan kami suka buat tentatif sendiri, lebih puas hati, pilih tempat mana kami nak hunting food hihi, so taxi driver ikut je our plan)

Waktu Pagi : Halal Street Food Bangkok
================================
Selepas selesai sahaja check in di hotel, terus julia keluar di depan lobi hotel, sementara suami jaga anak di lobi, mata tersangkut dengan keunikan air Teh Ais Bangkok & Teh O Ais Bangkok. 

Sila terjah bila sampai depan hotel Citin ya, sebab depan hotel ini memang ada air ini di jual waktu pagi. Sedap sungguh! Pekat dan setiap rasa tak kedekut, susu dengan teh asli Thai memang kaw-kaw terasa kesedapan dia. Rugi kalau tak cuba!

➡Ice thai milk tea (susu dan teh Thai pekat sungguh Ya Allah kenapa kenapaaaa murah!!!) THB20 - RM2 
➡Ice thai tea THB20 - RM2

Jom Green Tea Bangkok !
Bukan gerai yang sama, ia gerai berdekatan. Ini lagi power! Lihatlah bekas airnya nampak kerlas, gaya ala coffee bean tau. Nak minum pun ada gaya tersendiri.

Ada bermacam jenis air dia jual termasuk Teh Ais Bangkok dan Green Tea Bangkok. Korang patut cuba Green Tea Caramel Bangkok. Rasa dia sangat sedap, rasa lemak-lemak gitu. Kalau anak korang kecil lagi boleh order minuman lain macam horlicks dan milo ada disediakan. 

➡Green tea milk / Green tea caramel (macam minum kt coffee bean murah nak arwah, minum sampai lebam) THB250 - RM2.50
Harga (sila buat kiraan tambahan currency, harga Baht ke RM tercatat sebagai harga basic)

Lepas haus, get ready nak ajak makan nasi goreng sedap kat Bangkok jom !


Waktu Pagi hingga Malam : Gerai Have Site (Halal)
=======================================
Depan hotel juga, keluar dari lobi belok belah kiri, pastikan mata korang tengok belah kanan tak jauh pun. Rasa nak lompat bintang bila menginap kat sini, makanan halal depan mata !

Termenung tengok dapur dia, bersih dan berkali-kali tanya halal, daging dan ayam halal? Ya mestilah tanya haha untuk elak rasa was-was. Tapi kami banyak order nasi goreng seafood dan nasi goreng tomyam. Sedap dan pedas best ! Memang kena dengan anak tekak, hari-hari kami makan nasi goreng. 



Kalau nak order menu lain pun ada, cakap je nak daging masak merah + nasi putih pun dia boleh buat, kena bagi idea kat dia leh ikut selera kita cam ne. 

Kami banyak tapau makan kat hotel, kat sini pun ada disediakan kedai makan, siap ada aircond tau kerlas, boleh duduk makan disini. Nikmatnya.

➡Nasi goreng tomyam penuh udang besar dan ada sayuran (sedap sungguh rasa boleh kongsi 2 org mkn dewasa kenyang) THB80 - RM8

Lihat taburan udangnya, kami tak minta udang lebih ya, memang inilah rupa nasi goreng tomyam Bangkok. Meriah dan puas hati makan udang fresh !

Nasi putih + daging masak merah. Sila puji tukang masak ni sebab letak daging dan sayur sama banyak, puas hati.
Kembung perut! 😘

INDRA SQUARE JALAN PRATUNAM

Sarapan pagi + Brunch
Selamat pagi! Freshnya udara waktu pagi di Bangkok sejuk je alhamdulilah family juju semua bersemangat bangun setiap hari kat sini...jam 6 pagi dah cerah macam jam 8 pagi kat KL tau.

Selusuri Pratu Nam market di waktu pagi mata juju tak henti memandang ramai peniaga menjual sayur dan buah tempatan yang sangat fresh dan murah di sepanjang laluan jalan depan hotel kami.

Bersama suami, gaya mutu keunggulan waktu pagi ke pasar hahaha kemain kan !


Lihatlah seorang peniaga sayur ini jual sayur ikat semua barang-barang runcit dia ikat dekat besi. Harga setiap satunya pun murah THB10-20 (1 ke 2 ringgit lebih je, satu plastik penuh nak masak)


Morning view meriah dengan aneka jenis sayuran dan buah-buahan. 

Pisang 3 sikat THB20 bersamaan RM2 lebih tau, kualiti pisang yang dijual tepi jalan waktu pagi kat Bangkok setaraf pisang yang di jual di mall ternama di KL tau. Terbeliak biji mata lihat buah-buah fresh banyak dijual murah kat sini. 


Keletah abg Qi dengan unclenya, kami suka jalan kaki, suka amati setiap suasana disini, kalau ada anak kecil, sebaiknya gunalah tuk tuk sebab murah je pun nak jalan dekat. Mujur uncle dia temankan dia pusing-pusing. 

Kemain spek mata gak dia hahahahhaha mak bapak borek, anak rintik aje !

Tudiaa, nak pi mana tu bang oi hahahahahaha, suasana Bangkok walaupun jalan kecil, meriah sana sini teksi dan tuk tuk, memang tak payah pening kepala bab pengangkutan, memang mudah dan senang sangat dapat. 


Dari jarak hotel jalan kaki ke Indra Square dekat je, dalam 10 minit dah sampai, tu kira lama la tu sebab mata dok sekejap-sekejap berhenti tengok peniaga jalanan menjual waktu pagi.

Nak sarapan sandwich sedap, nasi goreng pun ada jual tau waktu pagi. Nikmat hidup. Kami kan nak berjalan lihat tempat menarik sekitar Bangkok, maka nya kami kena makan menu berat. Bila tengahari tak perlu risau sebab dah kenyang. 

Sila naik tingkat 3 ya. Jom !

Kaedah pembelian setiap makanan kat sini guna kupon, sila tukar duit Baht di kaunter dan dapatkan kupon macam ini. 

Julia amati kawasan sekitar, hanya ada 1 sahaja kedai makan halal disini yang betul-betul menepati kepuasan julia. Kedai lain semua tak halal. Ada satu kedai tulis halal tapi ia berkongsi dapur dengan kedai jual makanan tak halal (macam satu kiosk kongsi dua gerai).

Hati-hati ya, sila lihat dan pantau habis-habis. Ada tulis halal tapi kongsi dapur plak dengan makanan tak halal. Bahaya!


Gerai No.FC13 - Al- Aomdah 
Satu ni je kedai halal dan harga pun berbaloi. Kat sini lah julia dapat makan sandwich bakar yang sangat sedap. Ada hirisan daging didalamnya campur mayonese dan sayuran. Nikmat!

Hari-hari teh ais Bangkok. Haha tak boleh tinggal walaupun sehari kalau dok Bangkok.

Sarapan pagi kami, nasi goreng daging, nasi goreng cina, nugget (abg Qi), dan sandwich julia punya. Yes waktu pagi ada semua makanan macam ini. Kami makan berat awal-awal nak berjalan tak henti-henti nanti hehe. 

Mahboonkrong Shopping Mall (MBK Center)

Tengahari kalau lapar julia cadangkan jemput ke MBK Center. Naik aras food court diorang tau. Ada 2-3 kedai halal yang korang boleh makan termasuk pencuci mulut. Nak kongsi pencuci mulut kat sini sangat menarik jom masuk.



Food Island MBK Center 
Sampai sudah kami berempat, lihat lah suasana dekorasi Food Island MBK Center kat sini, menariknya. Penuh kiri kanan depan belakang peniaga jual makanan. Banyak tak halal dari halal. Yang halal meh juju tunjuk. 

Mini Maccaron 
Pencuci mulut yang sangat unik, THB150 bersamaan RM15 ada 24 biji macam-macam perisa. Julia bawa balik Malaysia tau. Makan dengan rakan sepejabat ramai-ramai. Mereka puji sedap mini maccaron ni. Insaf sebab beli 1 box je haha. 

Gerai A12 Dessert - ABC Bangkok
Bangkok dessert time yihaa! 😂

Dessert Bangkok paling sedap dan murah!
=================================
Serius kalau nak rasa ABC kita boleh pilih 4 jenis menu taburan atas ais dengan harga THB40 - RM4 sahaja duit Malaysia...murah kan..kalau nak lagi aummm sila pengemar durian add on Durian Mun Tong kat sini seulas besar tu atas 4 menu dessert campuran ABC menjadikan THB120 - RM12 sahaja!!! 


Lihatlah lautan abc buffet, menarik sungguh di lambakkan penuh macam ini kan, tiada lalat dan serangga kelihatan julia pantau. Bersih dan ramai yang suka bergambar dengan peniaga kat sini. Mangga tu kemain gemuk-gemuk.


Salah satu dari 4 jenis menu Abc Bangkok julia pilih condiment ini, rasa lemak dia yummy jelly2 penuh. 

Terliur tengok isi durian tu, dari Abc harga THB40 jadi Abc THB120 (RM12 lebih) nikmat weh bila ada tambahan durian terus rasa nak mengaum kat situ gak haha. 


Nak bayar guna kad ini ya, sila tukar duit jadikan bentuk kad digital. Senang nak urus banyak kali buat pembelian makanan. 

Ya boleh kongsi 2 org makan sampai susah nak pulun habiskan...mangkuk dessert sebesar alam u olls 😁😁😁



Durian Mun Tong sini murah baq hang...fresh plak tu...patutla diorg buat kerepek durian asli gituuu je...banyak nau dorian, ujian up entry di Malaysia banyak cubaan tau haha 😁


Pulut mangga dia manis sungguh, lemak santan tu buat mulut tak habis2 ckp SEDAP! Kenapa sedap sgt pastu byk betul mangganya. Harga THB100 - RM10 sahaja...mengunyah sampai lebam.

No. C21 Kedai Curried Chicken with Saffron Rice
Kalau pusing satu food court ada gerai jual makanan Arab juga, tapi kami kurang gemar makanan Arab, kalau ke negara Bangkok harus lah wajib merasai makanan asli mereka. Nasi Saffron dia cantik, ayam goreng dia wowww ranggup. 

Harga dan menu yang tercatat sangat murah dan berbaloi. Ramai warga muslim yang menetap disini dan pelancong memang beli makanan kat sini. 

Lembut je nasi saffron dia dengan kari ayam. Harga baru RM5 lebih je. Banyak dan sangat murah. 

Kalau tak nak kari ayam, boleh tukar dengan ayam goreng terkenal kat sini. Abg Qi umur 5 tahun pulun habis makan ayam goreng gerai ni, dua kali tambah add on ayam goreng sahaja berebut kami makan haha. 

Sos thai tu pun abg Qi suka cicah makan, pandai dia makan sos thai dengan ayam goreng, siap suh add on lagi sos thai tau tak. 

Mixed Noodle Soup / Vege
Julia malas nak ambil makanan berat, suka makan mee beras sup dia, penuh sayur dan fishball. Nikmat hirup sup panas !


Mangga Muda Bangkok 
Dari pintu masuk dan sudah keluar dari food court jangan lupa borong mangga muda Bangkok ni tau. Sedap colek asli dia, sangat sedap. Berbeza dengan colek yang dijual di Malaysia. Sila borong colek tu banyak-banyak bawa balik Malaysia tau. 


Ada bermacam perisa colek mangga dia, tekak julia sekeluarga kata sweet sauce sedap ! Paling win !

Harga THB80 bersamaan lebih kurang RM8 je sekali dengan semangkuk kuah colek asli Thai...ada 4 versi...pilih mana satu menepati tekak korang ya.

Bila lihat suami dan anak gembira, julia apa tah lagi rasanya. So jom kita jalan-jalan next destinasi. 

Thai Crispy Pancake Bangkok 
Thai Crispy Pancake Bangkok didalam MBK Center korang wajib kena cuba ranggup diluar dan inti dia gemuk2 dengan manisan halus di dalam rasa lemak dan bermacam jenis manisan di dalamnya. Unik betul👍

Harga THB10 bersamaan RM1 ajeeee sekeping thai crispy pancake...haaa makan la dok la situ sampai muak hehe 😄

Berwarna warni inti dia kan, menariknya. Lama julia terpaku melihat dessert unik ni. Bila cuba wah sedapnya, murah betul. Nikmat !



Sejenis manisan unik, macam ada kekacang dalamnya. Boleh pilih berbagai jenis bentuk macam bentuk cili merah, gajus dan sebagainya. 

Pratunam Night Market 
Bangkok night market di Pratunam sangat popular & meriah! Orang tempatan Bangkok sendiri monopoli perniagaan kat sini...jarang nampak warga asing kecuali pergi mall baru terjumpa itu pun boleh di kira sangat sikit... apa istimewa muslim food kt sini? Jom kita jalan-jalan jap lagi julia tunjuk...


Ada air buah jus delima & air buah oren fresh kat sini dia perah tau baru RM1.50 botol besar. Julia suka minum pati delima dia, betul-betul rasa air buah delima dia perah. Memang sedap !

Pratunam - Street Food Hunter 🍲🍜🍛🍝🌯
====================================
Yang bawa anak kecil pasti tak sedih sbb keluar dari hotel ni muslim food yang paling berdekatan dengan hotel kami duduk. 

Tomyam Paa Nga - ya ya keluar je dari lobi hotel pusing kiri jalan beberapa tapak waktu malam setiap hari warung kecil ni beroperasi... ya julia interview pokcik ni tau dah la ramah pandai cakap Melayu sikit-sikit, senyuman tak lekang kat bibir. 

Kami order 3 jenis Tomyam Halal Bangkok (JUMBO SIZE)
🍲Tomyam Seafood (warna merah no milk) - THB150 - RM15 (2 nasi sekali dia bagi)
🍲 Tomyam Mi Thai (with milk) -THB150 - RM15
🍲Tomyam Seafood kuah putih - THB150 - RM15 (1 nasi sekali dia bagi)

Tau kan mangkuk size cedok nasi putih? Haaa polisterin dia ada sebesar itu dan lautan udang, sotong, sayuran mcm cendawan penuh berenang dalam tu setiap satu. Kuah tomyam dia mana pakai ramuan segera, juju ada rakam video peniaga ni masak guna ramuan ori dia buat sendiri. 

Nak terkeluar bijik mata makan SEDAP SEDAP SEDAP!!!! Puas hati makan udang besar, sotong tak muat masuk mulut hahaha 😂 


Udang jumbo + Udang LAGI BAPAK JUMBO hahaha gila kan. Juju punya mengira depan uncle tu berapa udang 1 lidi buloh, tau berapa? Ada 6 ekor udang sebesar 2 ibu jari bila digabungkan haha 😂
🍤 Udang bakar jumbo - THB100 - RM10 
🍤Udang bakar BAPAK JUMBO - THB200 - RM20
🐙Sotong bakar (camtu la harga sama ada jumbo dan bapak jumbo haha)

Kalau makan dalam keadaan sejuk, sotong dan udang semua tak kejung, tak liat, lembut dan rasanya walllaaaa...kami anak beranak makan bersila dalam bilik hotel tau nikmat.

Murah kan? Ya murah...duit pun macam tak luak sgt 1st day.


Jom jalan-jalan sekitarnya, scroll je ye, memang havoc kat Pratunam Night Market. 

Suka abg Qi naik tuk tuk, hahaha kali ini tuk tuk unik siap ada lampu comel setiap kali break menyala hehe. 

Berani ke nak cuba? Hahaha saju julia snap gambar ini ada peniaga jual ulat dan bermacam jenis serangga. Kami pulun la tengok, hehehehe nak cuba tak la kan hahaha larikkk !

Pulut Mangga Ninee
Depan gerai Tomyam Pa Nga je korang boleh beli pulut mangga Ninee ni, sedap ya ampun sedap ! Mangga kat sini manis-manis belaka. Harga pun murah. 


Percayalah, kami order setiap sorang makan. Tak kongsi ya, berani nak kongsi gaduh kang hahaha. Di sebalik mangga tu ada pulut lembut je, santan dia packing plastik asing siap-siap, so bila tapau tak la basi kan. Bijak !

Steamed Chicken With Rice
Semua gerai ini dekat hotel kami je, banyak kali julia pesan semua dekat-dekat hotel kami dan berdekatan dengan hotel bajet sekitarnya. Kena duduk lorong ini memang syurga hidup holiday di kota Bangkok hehe. 

Waktu malam je operasi. Gerai ni sebelah gerai pulut mangga ninee hahaha 3 gerai halal berdekatan antara satu sama lain. Apa lagi nak? 

Ayam goreng dia kami tapau, tak tapau nasi sebab dan bermacam jenis kami beli tak termakan. Ayam goreng dia ranggup, tepung apa la dia pakai haha. 


Mi Thai Salad 

Kalau dah biasa makan mi thai salad di Malaysia, sila cuba yang ori di sini, meriah sungguh seafoodnya dengan gabungan mi rasa masam manis dan sedikit pedas. Besar sungguh portion dia, harga pun murah je RM5 lebih. 

Boleh pengsan makan haha.


Ikan Bakar Pratunam Bangkok
Ikan bakar kat sini sangat unik, resepi ikan bakar tu julia dah cedok dengan tauke ni hahaha. Well kalau nak ilmu jangan segan bertanya. Ikan ini dibakar guna salutan garam kasar di luar, bila di hiris buang kulitnya isinya sangat wangi. Apa yang dia letak di tengah ikan tu korang kena mai sini makan, julia nak bagi surprise...ada daun herba itu yang terbit bau mengancam !

Sos thai hijau tu sedap sangat, rasa masam manis dan pedas sikit je. Bila cicah dengan ikan bakar ni haaa terduduk membisu memasing. Tebal isi ikan dia. Harga dalam linkungan THB100 - RM10 lebih. 

Bersusun makanan, hahaha, buah-buahan potong pun banyak di jual waktu malam, bermacam jenis, beli lah jangan tak beli. Kalau tak habis simpan dalam peti ais hotel. Esok pagi boleh makan buah dia manis. 




Pengsan ! Ratah lauk je banyak hehe. Kat Bangkok tang seafood memang meriah dan murah.


Chatuchak Weekend Market
Happy sangat juju kat sini sejak pagi tadi sampai jam 8 pagi sampai lah sekarang hunting halal street food in Bangkok! Banyak tau halal food ya Allah senang sangat jumpa dalam Pasar Chatuchak! Rezeki julia sekeluarga kot Allah permudahkan. 👏👏👏

Kedai Saman Islam  
=======================
Nak tahu juju menjamu selera menu halal Bangkok kat Chatuchak weekend market?
✔Pad Thai - No.1 sedap. Wajib order!
✔Somtam - sayur fresh masam manis cukup
✔ Nasi ayam pulut kuning - ayam dia ranggup diluar juicy didalam arggggh
✔ Sup ekor - why sup dia buat juju ketagih😂
✔ Mi kari - kuah cair tp fuhh cukup rasa






Kuah mi kari, seperiuk haa, kat sini istilah makan pagi dan tengahari sama je, sejak awal pagi dah ada semua apa nak order je. 

Sup daging lembu, ekor lembu pun ada. Pagi pun leh makan sup tau. 

Pad Thai 
Tersangat win rasanya ! Ada ketam, ada hirisan sayur dan mi beras yang agak lebar di masak dengan penuh kasih sayang. Memang carta number 1. Korang wajib order pad thai bila singgah kat sini ya. 

Somtam 
Penuh sayuran dan mi beras sebagai pengkap rasa. Masam manis dan kalau korang tak nak makan berat boleh order somtam sini. Ringan perut makan. 

Meriah my orang kuat makan, hehe alhamdulilah. Nampak belakang mereka orang Islam tengah sibuk order. Masa ni kami sampai waktu pagi tak ramai orang tau. Bila kami tengah makan mula dah ramai kedai ni. Memang korang kena pi awal pagi untuk elak kesesakan dan beri keselesaan semaksima untuk family anda. Rancang masa. 


Menu yang dijual kat sini, macam-macam ada. Sila order dan nikmati puas-puas. Kalau shopping kat sini tak perlu risau lah cari gerai halal. 

Ya Allah melampau sedap gila...juju x tipu tau kedai Saman Islam ni paling best sebab pekerja dia termasuk bos dia nenek Fatimah berumur 76 tahun sangat peramah! 

Siap nenek Fatimah ni bagi juju mcm2 diskaun, naik malu dibuatnya haha sebab apa dapat layanan sebegitu baik? 

Sebab juju kan kaki sembang hahaha nenek Fatimah ni baik hati buat juju mcm cucu dia tau i love u Grandma cantik!...nak buat nenek angkat la leh balik kampung Bangkok raya sini nanti haha! 😄

Madenah Halal Noddle 
Boleh cuba gerai makanan halal lain disini. Disebabkan kami masing-masing sudah kenyang maka julia snap gambar gerai ini sahaja untuk korang boleh cuba makan jika singgah ke Bangkok. 


Berantu sungguh enjoy food street kat sini mcm2 ada. I really love ❤Bangkok❤Sekarang nak rehat jap sebab dah kenyang breakfast plus kira lunch la haha...sat lagi tarik nafas nak melewaq satu pasar Chatuchak! Gilaaaaa arghhhh sini ada lebih 1,000 kedai kecik2 jual barang murah2, gila! Next part julia cerita lanjut sabar naa 😂😘👍

Permandangan menarik waktu petang di kawasan Pratunam. Banyak hotel bajet sekitar Pratunam. Sila buat kajian ya. Lihat jalan raya kecilnya, bersih betul. Macam kena vakum je kan, kadang-kadang julia suka perhati jalan raya mereka, susah nak jumpa sampah sarap. Kena contohi mereka dari segi ini. 

Aiskrim Kelapa Ori Bangkok 
Pssttt waktu pagi dah nampak kakak ni bawa mini troli ice cream kelapa. Sedapnya! Paling best banyak scoop dia letak dalam 1 cawan siap free topping choc dan kacang hanya berharga THB20 bersamaan RM2 aje...

Sangat murah! Kat Malaysia satu scoop pun pepaham la ya...kat sini makan sampai fengsan 😂

7 Eleven Bangkok banyak !
Bila jalan-jalan sekitar daerah Pratunam, memang banyak kedai 7E. Jangan lupa singgah beli air kolagen halal dan air susu halal kat sini. Meriah sungguh dia jual. 

Sila belek label cop halal ya. Memang unik kat 7E mereka rajin jual air kolagen bersepah-sepah sini. Patutlah kulit wanita kat sini cantik2 tegang2 hehe. 

Airport Don Mueang Bangkok
Kalau nak balik tu, jangan lupa beli belah dalam airport Bangkok. Kat dalam ni boleh borong air kotak buah sedap macam julia pegang ni. Ada tanda halal di belakang kotak. Julia paling suka minum air red berry punch, nikmat yang amat rasa gabungan buah tu hehe. 

Nak rasa live di Bangkok? Jemput tonton video vlog julia cerita pasal makanan sahaja. Video pasal shopping untuk part akan datang ya.

Apa perasaan korang setelah puas baca blog julia kali ini pasal syurga makanan di Kota Bangkok? Menarik kan ! Sampai sekarang julia tak rasa puas lagi holiday kat sana. Homesick nak balik Bangkok hahahaha.


Sila tunggu part 4 ya, syurga shopping bajet di Bangkok. Banyak benda membuka mata julia sebab mereka kalau buat sesuatu barang semua ada kualiti dan mutu tersendiri. Sangat suka lihat material nampak mahal tapi harga murah weh. Tungguuuuuu next part korang...terima kasih ikuti cerita juju. 

Nak jimat? 
Nak diskaun 10% semasa tempah hotel? 
Klik pautan 👉 Booking.Com

Jejak rujukan pautan link ke Bangkok:
  1. Parking KLIA2 - SINI
  2. Part 1: Percutian Murah ke Bangkok Menjanjikan Keseronokkan Berganda ! - SINI
  3. Part 2 : Citin Pratunam Hotel Bangkok - SINI
  4. Part 3 : JJCM Makanan Halal Bangkok - SINI
  5. Part 4 : Port Shopping Bajet di Kota Bangkok (Dalam proses)

23 Comments

  1. Meriahnyaaa macam macam makanan ada. Heheh. Portion pun besar. Puas hati kalau macam ni ;)

    ReplyDelete
  2. Alaaaaa meriahnya makanan hahah mmg kena lupakan diet kalo ke sana

    ReplyDelete
  3. baru hari ni berpeluang nak BW... btw, thank you kak juju for the info.. nanti saya nak ke bangkok, boleh lah saya rujuk entry akak ni

    ReplyDelete
  4. simpan entry nie utk trip bangkok

    ReplyDelete
  5. wah banyak nya makanan... i am food hunter hihi.. boleh jadikan rujukan ntri ni kalu ke bangkok :-)

    ReplyDelete
  6. Ya Allah..bedebor kita tengok gambar2 entry kali ni..semua nampak sedap

    ReplyDelete
  7. bestnya jujue.. jue pernah pergi bangkok masa company trip.. shopping sakan gak la

    ReplyDelete
  8. Ya Allah Juju... menggodanya semua. Cici tak berani nak tenung gambar lama-lama. Baca and scroll ke bawah. hahaha.

    Tak pernah terfikir nak pegi Bangkok. tapi baca entry Juju teringin pulak nak kesana. Nanti bolehlah jadikan entry ni sebagai reference. Thanks for sharing dear.

    *telan ailio dengan ABC buffet tu. semua murah murah pulak tu

    ReplyDelete
  9. Mak aihh ..tengok semua makanan tu..memang buat terasa lapar..diaorg susun rapat2..bnyak2..meriah

    ReplyDelete
  10. Mmg menyesal buka blog juju.. part mangga muda tu yarabbi..

    ReplyDelete
  11. entry yg ditunggu..sbb byk giler gmbr food....lapar juju ...sedap2 belaka tu...teh ais, pulut mangga, dessert, somtam,eskrem kelapa, nasi goreng udang byk tu...tomyam,,,,kerabu aduhai sedap smuanya juju yummmmmm....blk umh tgk lg sbb video tu opis blok....meriah btul ngan color makanan yg berwarna warni tu...

    ReplyDelete
  12. SAMBIL BACA SAMBIL KESAT AILIYO.. ALAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

    ReplyDelete
  13. Tu diaa... abis baca. Terus kenyang! Banyakknya. Mana paling sedap kak?

    ReplyDelete
  14. Wow very helping u pnya blog i likeeeee. Btw bila sis update next post; shopping tuuuuu eksaited dh sy

    ReplyDelete
  15. Sangat menarik hati utk k bangkok lepas baca blog cik kak!

    ReplyDelete
  16. Salam,

    Nak tanya yg kedai makan breakfast sebelah HOtel Citin Pratunam ke?

    ReplyDelete
  17. Breakfast tu, agak kedai2 buka pukul berapa ye?

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)