Semua orang punya impian nak jadi bos...nak jadi founder produk...nak jadi itu dan ini.
Tapi tanya hati korang sebenarnya kuat tak dilambung ombak ujian dan panahan demi panahan kataan, cacian dan haters sana sini...tahan tak?

Kalau tanya julia sendiri, oh aku jenis cepat gak melenting...nak cool pun esok hari haaaa dah caner nak tahan jadi bos, jadi founder? 

Kena belajar....kena hayati dan selami diri sendiri dulu. Jika ada group bagaimana nak jadi founder contoh kepada group.

Aku pernah join beberapa group blogger sebelum ini...satu pengalaman lama yang aku rasakan...bila ada satu kepuakan wujud, pasti group itu tak bertahan lama, berkecai, roboh dan masing-masing mulai menyalahi tanpa bukti yang nyata...kisah lama. 

Tapi sejak sertai group Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA), julia rasakan kelainan sungguh! Kami bergerak secara 1 team, banyak yang aku belajar melalui team ni tau. Semangat kerja berpasukan! 


Aku masuk group blogger KBBA atas restu suami, sebab bila sertai group kadang-kadang ada anjuran family day, dan bermacam event. Terkadang suami dan anak perlu hadir bersama untuk menyokong julia dalam arena blogger bersama blogger-blogger lain. 

Sebenarnya jauh dirasakan diri tidak layak untuk berada sebaris dengan mereka, blogger-blogger yang disegani, rata-rata mereka 100% jana pendapatan melalui blog tau. Tapi mereka jadikan blog itu sebagai satu passion, kepuasan berblogging membuatkan mereka jauh menapak dan kekal lama...dengan adanya satu standard "Keep & Maintain" dengan apa yang mereka sudah mulakan.

Kan...betul tak...kadang2 kita pandai merancang itu dan ini...tapi nak maintain dalam baris berkenaan bukannya senang...kena rasa badai ombak...kena rasa halangan...semua-semua itu dirangkumi dalam satu kata KERAJINAN, PENGORBANAN di situ ada JALAN.

Lagi satu aku nampak founder KBBA ini, tak sombong dan tak lokek ilmu, tak lokek untuk beri peluang kepada orang baru yang jadi blogger join team blogger KBBA. Serius! Aku bukan puji bersebab...tapi cara dia suami aku pun respect. Dia pun lihat.



Almost dah 2 tahun lebih dengan team ini, alhamdulilah. Belajar dan terus belajar untuk faham nilai erti satu pasukan.

Nak tahu bagaimana team ini bergerak sehingga pencapaian mana...sila baca ramai-ramai entry ini → Rezeki Dunia Blogging

13 Comments

  1. Tak dinafikan.. founder mmg bnyk dugaan. Slagi founder act cool.. inshaa Allah smua akan smooth.. happy sgt dpertemukan dengan geng KBBA. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. tak aci.... azni tak de masa nih..... dengki dengki

    ReplyDelete
  3. Yup betul, bkn senang! Tapi dengan sokongan ahli founder pasti bersemangat nak kekalkan group tu.

    ReplyDelete
  4. Hnak jadi founder memang kene kental..lagi best founder yang memg peramah dan tak lokek ilmu

    ReplyDelete
  5. Memang respek ngan founder KBBA - Abg Ben Ashaari
    Juju... seronok sangat dapat kenal semua dalam KBBA. Dapat bersama dalam team KBBA pun rezeki juga. Kannn....

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah saya sekarang ni rasa syukur sbb jadi pembantu kepada founder of syarikat kami skrg ni.. alhamdulillah.. maintain saja walaupun tak maju mana...

    ReplyDelete
  7. Saya sebagai ahli baru setuju! Eh tiba2 kan.. tp betul bkn sng jd founder

    ReplyDelete
  8. Jadi founder produk..high risk.
    Siapa yg jd founder nih, memang hati kental sekental emas..

    Saya baru sehari join KBBA.... hehehe

    ReplyDelete
  9. Kalau boleh saya pun nak jadi founder one day nanti

    ReplyDelete
  10. Thank you to founder dan kbba9

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)