Kejadian ini akan aku ingat sampai bila-bila. Tanggal 13 Mac 2017 hari Isnin, macam biasa aku sebagai mak bekerja akan bertugas, ada kala sehingga malam ikut tugasan yang diberi. Sambil buat kerja waktu malam, tetiba suami call bertubi-tubi...masa tu lah kau sibuk sana sini tak perasan hp bunyi sebab silent kan...pelik...terus call kembali. 

Suami cakap Qaiser ilman demam, makan je muntah, minum je muntah...balik awal boleh tak? Umur dia tika ini baru 4 tahun 7 bulan...teruskan membaca sebab entry ini tersangat panjang.

Day 1-2 Fever 13-14 Mac 2017 Isnin-Selasa (Klinik biasa)
Aku cubalah sedaya upaya bagi suami aku cool down...kalau dia boleh handle dlu bawa gi klinik harap sangat dia bawa...sebab aku kena habiskan tugasan dulu...kalau postpone esok apa-apa jadi susah. Nenek Qi dengan suami kejar ke klinik dulu...doktor beri ubat demam macam biasa la kat Qi...alaaa budak-budak demam biasa la kata aku...tapi seingat aku hampir setiap bulan dia demam...start mula sekolah tadika tahun ni baru 3 bulan sekolah...tiap 2 minggu ada je demam dia...itulah inilah...yang paling mendadak dia kurang makan kat sekolah...aduiyaiii kenapa abam Qi x nak makan ni...dengar cikgu citer menu semua sedap-sedap...diorang masak sendiri bagi anak murid makan...terkedu dengar. Baiknya cikgu sekolah Qi.

Malam tu aku siap kerja, balik laju-laju. (Masa aku taip ni anak tengah tidur zass kejap menaip selagi aku ingat). Sampai rumah terus tengok abam Qi melepek macam orang dah demam lama...merengek sepanjang malam tu tok sah cakap la ye...aku bangun pagi nak pi kerja susah hati...terus ajak suami pi klinik lagi tanya...

Doktor bagi antibiotik terus buat tambahan ubatan lain selain ubat demam. Akur! Terus bagi makan kat abam Qi tapi cam biasa tak mau...ubat kena bagi...aku pas pada nenek Qi untuk tengokkan dia. Sebab aku rasa...alaaaa abam Qi manja sangat...sikit-sikit itu ini tak nak...aku ni malas nak layan budak manja sangat...yelah mak garang kan...tu aku cakap kat nenek Qi kalau ada apa-apa mama call julia ye...mujur nenek Qi yang willing nak jaga kan Qi masa aku tengah sibuk dengan kerja...masa ini ntah lah kenapa aku pentingkan kerja. 

Day 3 Fever 15 Mac 2017 Rabu
Masih tak mau makan...minum semua tak nak...nenek Qi bagi tahu abam Qi sakit perut...selsema...batuk...badan panas teruk dari semalam.

Aku masih ditempat kerja, masih fikir hmmm budak-budak demam...nak pandai apa lah gamaknya ni...masih play safe.

Day 4 Fever 16 Mac 2017 Khamis (Klinik Pakar Kanak-kanak)
Suami off day...jaga abam Qi seharian suntuk dari pagi sampai petang. Mujur aku boleh balik awal selesaikan tugas. Balik-balik tengok abam Qi melepekkkkkkkkk dengan suhu badan panas yang amat lagi...aku pelik suami cakap dah bagi hari-hari ubat antibiotik dan semua...punnn masih tak kebah...dah mandi banyak kali pun sama....risau...risau...aku check temperature 38.8 bising penyukat suhu sebab suhu naik...

Petang tu jugak kami bawa abam Qi melilau cari klinik pakar kanak-kanak sekitar rumah...korang tau tak kami ingat kat area belah-belah Kepong tu ada...rupanya dah tutup Klinik tu...apa lagi on Google Maps cari klinik pakar berdekatan...rupanya di jalan Genting Klang KL ada...

Perghhhh penuh dengan lautan ibu bapa dengan anak-anak kecil berbilang bangsa...terus daftar juga lah...niat nak minta doktor pakar ni buat ujian darah...nombor ke 16...tunggu dalam sejam lebih...tapi masa tu kami tak rasa bosan...sebab ramai anak-anak orang lain comel-comel kat sini...abam Qi gitulah melepek kat walidnya seharian...dengan umi dia kurang sikit manja...walid dia mmg best friend forever.

Lepas umi cakap...walid cakap...tapi walid dia lah banyak cakap dari umi dekat doktor...sampai doktor pun tak tahu nak dengar mana satu...yelah mak bapak mana dalam dunia ni nak tengok anak sakit kan...

Petanda pertama yang muncul pelik dekat badan Abam Qi ialah kedua-dua telinganya MERAH. Ya merah macam kena bakar...aku pelik...doktor pelik...doktor pakar kanak-kanak situ belek habisssss telinga abam Qi...dia cakap tak ada apa-apa. Mungkin panas dalam...lagi satu kulit dia putih, mudah nampak merah. Okey kami lega dengan jawapan tu.

Tapi dalam hati pelik masih menguasai.
Aku bawa semua ubat dari klinik biasa yang dirujuk...katanya antibiotik jangan teruskan...mungkin sebab itu dia ngadu sakit perut...saya gantikan dengan bakteria usus baik untuk abam Qi...alhamdulilah, inilah dia probiotics & prebiotics yang jaga usus besar dan usus kecil abam Qi...malam tu jugak stop antibiotik...terus bagi suplimen yang kena berada dalam suhu sejuk. Perisa strawberi.

Kata nurse dikaunter ambil ubat, ramai parents beli paket ini setiap bulan untuk jaga usus anak mereka...bagus amal dari awal...kalau anak tak mau minum susu jangan paksa ya, itu boleh menyebabkan dia cirit birit.

Huhh lega jumpa doktor pakar kanak-kanak dan nurse yang sangat prihatin...walhal mereka semua Cina...tapi treat anak kita macam anak diorang...harga pun tak mahal...macam bayar klinik harga biasa je...100 lebih gak.

Cara bagi makan anak yang sakit!
Aku el kerja...start mula demam kan dia tak mau makan...aku guna kaedah syringe. Semua makanan bentuk cecair masuk dalam syringe. Simptom 4 hari ni langsung dia x makan apa sangat, asal makan, luak balik yang pejal...nampak sudu dan mangkuk makan pun terpa lari tak mauuu...meraung x nak makan...maka nya...nak suap ubat guna syringe 💉 jugalah guna alat yang sama untuk suap makanan.

Mak dapat akal baru camne nak bagi anak makan tanpa tunjuk sudu dan mangkuk sbb dia reject time sakit...telur setengah masak...racik lumat...guna syringe masukkan dalam mulut abam Qi sambil sebut 'Vitamin KUAT' kuattt ubat ni Qaiser...serius nanti dah makan bertenagaaaaa cam roket hahahaha terus abam Qi nganga mulut...6 kali syringe half boil oil egg settle...huh lega dan tak muntah dah.



Leh guna tips lain:

- aiskrim yang telah dicairkan dalam 4 sudu makan dan 1 kotak air milo.


Nyenyak tido dah. Memang org fikir eeeee geli suap makan anak guna cara cm tu....tapi depa tak tau hati mak mak gembira bukan kepalang bila 1 suapan makanan berjaya dlm perut anak...serius!!! Sebiji telur bernilai dalam perut anak. Macam dapat telur emas haha....Nanti ada rezeki korang jadi title mak baru tau feeling tu camne...



Kalau anak korang todler xmau makan masa sakit...try cara juju dok pikir berbaloi rasa sebiji telur berjaya dalam perut si anak...huhhh gembira!!!!

Tengahari tu nak masak sup ayam ubi kentang...pastu nak racik sup dgn kentang jd halus masukkan dalam syringe. Jgn lupa setiap kali gunakan syringe rendam dgn air suam utk elak infection.

Lekas sembuh abam Qi, suhu still 37.8 huh...askar askar dalam badan abam Qi tgh berjuang di medan peperangan...kali ni 5 hari askar dok bertarung jiwa raga nak serang virus berlagak diva tu haha...go go go bangkit perangggg virus sampai licin. You can do it la abam Qi tewaskan segera hooyehh, doa semoga anak kalian semua sihat sejahtera

Day 5 Fever 17 Mac 2017 Jumaat  (Hospital)
Pagi tu aku nak bagi dia makan jam 7 pagi gerak nak syringe dia dengan telur. Dah tu je aku rasa dia leh telan...nak suap ubat demam...dia luakkan balik semua makanan tadi atas katil...aku stress...dia melepek balik atas katil hari kelima...aku stress gila! Terus suami cakap dah kita pi hospital terus.

Rujuk Fever Centre. Amik nombor bagai...doktor cakap kena amik darah...berat 20kg...dulu masa sihat 25kg hmmmm cengkung macam rangka berjalan...kalau korang tengok muka dan badan dia masa tu pucat lesi habisssssssss...dia kan putih...lagi putih macam apa ntah.


Muka dia nampak tengah khayal...mata pun tak berapa nak fokus...tangan melepek atas meja...aku tahu anak aku bukan demam panas biasa ada sesuatu aku rasa yang aku nak doktor buat pemeriksaan darah segera...

Aku dah fikir macam-macam...nak kena campak kot...nak kena keracunan makanan kot...nak kena ehhhh apa aku fikir ni...sampai ke talasemia aku fikir...huhhhh sampai aku rasa aku ni mak apa lah...nak tidur pun aku termimpi penyakit...sampai cam tu sekali.


Keputusan hasil darah abam Qi? 
Platlet 131 which is low than 150...esok jam 9 pagi kena ambil lagi ujian darah. Hari pertama amik darah pun sudah ada 2 bekas suntikan. 1 ujian menyeluruh, satu ujian denggi...dua jenis darah berlainan diambil, tak boleh ambil satu suntikan. Kena dua...huh!

Bukan senang nak cari urat abam Qi
Abam Qi, abam Qi hmmm ujian kamu dik... kena blood test lagi, urat malu betul nak muncul kat abam Qi... jenis pesen mak dia gak la kena tepuk2, tenyeh bius pun sakan nak tggu urat timbul lama...part jerit satu hospital dgr tu abam Qi win 😂😂😂 3 org tenaga lelaki 1 mak budak dok pegang dia hari2 semata nak amik darah. Kuat nau budak ni tendang weh hahaha...


Apa itu platlet?
Kekurangan platelet juga dikenali sebagai Thrombocytopenia. Bacaan platlet normal adalah 150 000 - 450 000 per mikroliter. Sekiranya kurang dari 150 000 bermakna pesakit mengalami Trhombocytopenia. Jika bilangannya berkurangan, dikhuatiri akan menyebabkan pendarahan dalaman dan luaran yang tidak berhenti dan menyebabkan kematian terutama apabila bilangan platlet kurang dari 15000. (Sumber Google)




KEMUNCAK

Day 6-7 Fever 18 - 19 Mac 2017 Sabtu-Ahad ( Ulang alik Hospital)

Lihat kondisi platlet abam Qi...menjunam dari angka 131 hingga 94. Terus aku pandang muka doktor...kenapa?


Katanya...inilah DENGGI...denggi memang lambat efeknya...makan masa...habis doktor temuduga kami berdua...anak sekolah mana...tinggal mana...rumah nenek kat mana...paling lama duduk dimana...huhhhhhh semua suami jawab...aku mampu diam...sambil lihat nombor lain-lain dalam rekod...sepatah haram aku tak faham.

Doktor cakap...bila demam dia kebah?
Start semalam doktor nampak dah kebah sikit.
Pukul berapa?
Dalam pukul 3 petang doktor.
Sekarang tak boleh bagi jawapan lagi...kena 24 jam. Demam masa kebah ni lah paling saya tunggu...apa sahaja boleh jadi...

Aku cuak! Apa maksud doktor boleh jadi?
Doktor cakap macam-macam boleh jadi...
Aku?

Ntah...losttttttttttttttttt jauh.

Aku ingat demam dah kebah tu petanda bagus...buat aku lega...buat suami aku lega maybe platlet naik...tapi sebaliknya!

Keluar dari bilik doktor...aku masih lost! Aku masih tahan....tapiiiiii....air mata mak jatuh kat parking kereta, ada beberapa pakcik melihat wajah aku sugul...tapi aku tundukkan wajah...masuk dalam kereta panas-panas...aku tak peduli orang kata apa...huhhh tak tahan beb! Husben pun sama sebak. Hati konon kental...Nangis teresak2 cm budak gak aku rupanya huh...


Day 7 Fever 20 Mac 2017 Isnin (Hospital)
Aku EL lagi rini. Masih mengharapkan platlet naik...kena amik darah macam biasa lagi...hari hari berjanji tipu dekat abam Qi kalau makan esok tak pi hospital amik darah dah...dia makan sup ketam, jus buah jambu batu, air kelapa...semua cecair...doktor cakap selagi boleh minum paksa dia minum...itu yang boleh naikkan platlet.

Maafkan umi dan walid...kena main tipu sikit kalau tak dia tak mau consume semua yang kat bawah.

Tadi pagi bawa di fever centre, doktor cek demam dia dah fully kebah. 36.4 huh lega aku...blood pressure pun elok. Yang masih tak elok dia punya kulit tau...nampak jelas butiran halus bintik-bintik merah mula menonjolkan diri...bintik tu menyorok di sebalik kulit abam Qi tau kena tekannnnnnn kulit tu dalam-dalam memang nampak bintik denggi tu ada.

Alhamdulilah, hari ini naik banding semalam. Lega aku...walaupun masih belum normal 150 ke atas...tapi cukup buat aku yakin, air rebusan ketam, air jus jambu batu dan air kelapa yang bantu platlet ni naik...aku ucap terima kasih kat korang semua sebab ramai pm bagi tips dan dalam FB pun ramai bagi tips...ramai tanya abam Qi mesej personal...korang memang sahabat dan saudara yang dirahmati Allah...terima kasih.

Masih tak boleh happy sangat lagi...tapi esok dah kena kerja balik...petang baru check darah lagi...harap terus naik lah hendaknya. 

Lupa nak mention, semalam juga doktor cakap abam Qi punya kondisi darah masih pekat walaupun naik sikit platlet...hmmm

Hari ke-7 DENGGI nampak dah belang denggi....bintik-bintik merah satu badan mulai menonjol sekali. Demam dah kebah...cuma tu la kan ambil masa sikit nak sembuh sepenuhnya.

Sepanjang aku ni dok ulang alik hospital, semua board aku baca...semua kisah denggi...yelah fever centre apa lagi nak tampal kalau bukan SARS, DENGGI, H5N1 dan bermacam lagi. Rupanya aku syukur, denggi dan bukan kes yang lagi berat macam aku cakap tu...yang tu semua fuhhhhhh lagi cepat efeknya kan...terus koma dan mati dalam masa 24 jam...lagi la seram.

Kenapa abam Qi tak warded?
Ramai komen dan pm julia kenapa anak tak warded sebab serius DENGGI dah. Untuk makluman korang, aku dulu pernah kena DENGGI masa tu umur 18 tahun. Seminggu kena warded...mak aku lah ulang alik hospital bawa makanan...masa tu wad dah penuh...aku dok kelas ketiga...memang ramai kawan...rambut aku kelumumur terukkkkk...habis satu badan naik bintik merah...tulang sakit Allah yang tahu...malam demam seram sejuk...panas...sejuk...panas sejuk...huhh...ubat?

Tak ada pun...cuma minum air masak bergelen-gelen...seminggu gak kena tahan...hari-hari amik darah...pukul 1 pagi nurse gerak amik darah...kira kerap darah diambil...hmmm tu dulu bukan zaman anak aku yang 4 tahun 7 bulan tau.

Kira tuff la zaman sekarang. Laa ni kalau rujuk hospital kerajaan rekod pemantauan pesakit denggi dan panduan diberi untuk kita sendiri sebagai penjaga amal di rumah untuk mereka yang kena denggi.

Lagi kukuh kata-kata sahabat ini pada julia yang merupakan seorang doktor. 


Maka nya sekarang tempoh paling BERHATI-HATI DEMAM KEBAH ---> DENGGI...apa sahaja akan muncul simptom lain....aku doakan tak.

Aku ada highlight merah tu tanda yang abam Qi sudah lalui...


Panduan jaga pesakit denggi di rumah
Patutlah bagi antibiotik memula demam tak kebah...rupanya itu petanda awal DENGGI. Memang tak lut sebarang ubat...

Mudah je nak jaga orang kena denggi ni...tak ada ubat...hanya air dan air...dan apa sahaja yang tips kawan bagi kita cubalah ya...tips orang2 tua bagi pun kita try juga mana tahu banyak-banyak tu semua mujarab untuk naikkan platlet.

Klik ↓
Info Lanjut Bahayanya DENGGI
Jika penyakit tidak dirawat dengan baik pada ketika ini, pesakit boleh terenjat dan seterusnya mati.

Panjang kan entry...ini last aku nak story kisah sedih 10 hari DENGGI bersama abam Qi dengan suami...lepas ini nak karang entry ceria dan best-best je...harap abam Qi segera pulih dan terus naikkan platlet. Doakan sama-sama ye korang...terima kasih kerana anda senantiasa ada disisi julia tika julia memerlukan sokongan motivasi...sayang korang semua. Mmmuahh! 

19 Comments

  1. semoga sembuh abg qi. dah nampak agak kurus. orang dlu ckp kalau dengi tu menurun. Macam kakak lisa ada dengi... 2minggu warded. ritu anak dia pula dengi...

    abang qi sado.. kena kuat. kayh...

    ReplyDelete
  2. smoga cpt sembuh qi..ank xsihat..mak pn susah ati kt tmpt kj

    ReplyDelete
  3. Semoga cepat sembuh super hero Qi. :D

    ReplyDelete
  4. semoga Qi cepat sembuh..setiap hari ternanti2 update ju berkenaan Kesihatan Qi...moga ju sekeluarga kuat dengan dugaan nie

    ReplyDelete
  5. Semoga Julia dan husband tabah..insyaallah Qi xde apa2..he is strong boy...get well soon...

    ReplyDelete
  6. Risaunya..... Semoga Abam Qi segera sembuh.
    Aamiin...

    ReplyDelete
  7. Get well soon abam qi. Be strong mama qi.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..qaiser is getting better...akk dh lalui pengalaman yaya warded sbb denggi..mmg takut jgk tp ibu2 sllunya mesti kena kuatkan sis juju...��

    ReplyDelete
  9. ciknaa pulak yang takut sebab takde pengalaman jaga orang denggi. semoga abang QI cepat sihat ye.. ju pun jaga diri.

    ReplyDelete
  10. Nampak susut badan abang Qi tu. Kesiannya tengok dia T_T Semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  11. Menangis saya kak ju. Huhu anak semuda abam qi kena lalui semua nih.
    Tgk suami kena denggi depan mata pon tak tertahan ini kan pula ank kecil..

    Ciksu doakan semoga abam qi cepat sembuh dan baik serta sihat seperti selalu. Aamiin

    Take care kak ju jaga abam qi ye... Semoga ummi qi dan walid qi sabar dan terus diberi kekuatan..

    ReplyDelete
  12. Pernah rasa dan pernah lalui..Syakirah kecik baru setahun setengah dan kene bulan puasa pulak tu..faham sgt dah apa rasa tu..siap warded..bygkan puasa & menyusu dalam wad.

    ReplyDelete
  13. Abam Qi cepat sembuh tau...Aunty tahu abam qi kuat...

    ReplyDelete
  14. semoga QI cepat sembuh ya, sekrang banyak kes denggi, denggi ada mana2, apa yg penting jaga kebersihan di tmpat tinggal masing2 kan, klu Qi warded susuh jugk pada mak apak, kita pantau dari rumah pun ok

    ReplyDelete
  15. Anak demam biasa pun nad dah sedih..inikan pulak kalau demam sebab drnggi..semoga abang qi sentiasa diberikan kesihatan yang baik

    ReplyDelete
  16. Risaunya...Bella saya 2 hari dah demam...risaunya Ya Allah...mudahan demam biasa je lah :'(

    ReplyDelete
  17. Semoga cepat sembuh hero Qi..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)