Tabiat berjimat “tahap dewa” kekalkan hidup tenang walaupun bergaji rendah sehingga sederhana....tips kejar #duniahartanah cam mana juju apply

#1: Buang perangai “berlagak mampu” - faham-faham sendiri la

#2: Tak kisah buat 2, 3 kerja. Asalkan boleh simpan duit lebih banyak daripada biasa. - wujudkan akaun bank kedua dan ketiga (akaun pertama gaji --> simpan RM20% gaji tetap ke akaun kedua (RM20% gaji + duit kerja extra) (usik kalau nak pi travel kalau tak terus) --> simpan tetap RM10% akaun ketiga (usik masa emergency teruk)

#3: Tetapkan bajet barang runcit yang nak dibeli (dan ikut bajet tu rapat-rapat) - bajet reward (adakan 1 atau 2 sahaja tak boleh lebih cth macam beli baju atau brg elektrik)

#4: Latih diri hidup macam orang tak berduit - guna #periukdoraemon memang leh jimat byk sekali sekala bawa bekal atau masak. (Sebenarnya saya jimat banyak duit melalui segmen ini, serius!)

#5: Beli apa yang perlu saja. Tak perlu berlebih setiap masa. - sebab itu julia banyak window shopping cuci mata dan beli apa yang betul-betul rosak untuk diganti macam kasut.



Hasil pembacaan dan kajian julia di Google...umur muda ni sebaiknya kejar #simpanbanyak #cubabelajarbelihartanah #cubabelihartanah #rumah#asettetap dan belajar #duniahartanah.
(Sekarang di fasa ini, doakan saya)

Zero to Hero soon insyaAllah...kekalkan momentum simpan banyak...senang kemudian hari. Biar lambat asal selamat, jangan bandingkan orang dapat dulu kita terlambat...kita papa kedana...kita tak pandai...kita tak reti....semua bermula dari Zero to Hero.

Banyak-banyak menyimpan mulai sekarang...kalau anda berumur 25 sekarang, ada kerja, simpan 500 sebulan (angka simpanan untuk orang bujang) --> 5 tahun akan datang ada cashflow 30k stabil untuk plan apa sahaja. Contoh. Kalau lebih 500...lg banyak, lagi bagus...1k lagi bagus (angka simpanan utk pasangan berkahwin 500 + 500)...setahun 12k. 5 tahun 60k (Sakit tapi manis 5 tahun ke depan) (lepas byr duit muka rumah) 



Ingat tau...ini base pengalaman bacaan saya tentang #gilahartanah dan saya sudah apply 6 tahun lepas. Memang tak perlu buat personal loan. PTPTN tak perlu ambil dari KWSP pun. Tipsnya semua diatas, KWSP tetap running untuk hari emas kita dan standby untuk belajar beli aset tetap. Amalkan hobi sedekah sambil menyimpan... lagi bertambah rezeki.


Assalamualikum wbt. 

Jumpa lagi.

7 Comments

  1. setuju Ju..hidup jangan asyik nak nampak kaya je..Orang suka belagak kaya ni susah nak hidup sebab satgi kawan mai intak pinjam la, orang pecah rumah la..heheheh..bahaya..hidup ala kadar sudah..

    Suami saya kata kerja jangan niat nak jadi kaya tapi niat dengan ikhlas nak bantu orang..Bantu mak ke, bantu adik ke, bantu saudara susah ke..InsyaAllah..sentiasa murah rezeki..setiap bulan wajib kan diri untuk bersedekah walaupun sikit.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Julia,

    Bagus konsep ni.. Kalau timbul kesedaran dari awal, in shaa Allah senang di kemudian hari..
    Selain itu, rancang perbelanjaan kita jadi takde la berlaku overspend..
    Nice sharing.. :-)

    ReplyDelete
  3. btul tu juju...akak pn simpan skit2...alhamdulillah bila tgk simpanan mcm tk percaya juga...smoga kita smua dimurahkan rezeki ..rmi muda2 dh bli hartanah..bgs utk investment

    ReplyDelete
  4. Thank you kak Juju kongsikan tentang ni. Insha Allah pelan pelan nak kumpul dari sekarang. Walaupun tak banyak mana dapat kumpul sebab still lagi belajar, sekurang kurangnya ada lah jugak. Time time terdesak boleh jugak guna :)

    ReplyDelete
  5. Tq for this entry kak. Nanie nk try buat la. Sekarang ni dah la suke travel. Menabung utk masa depan. Yeayy

    ReplyDelete
  6. Akak masa zaman kerja dulu, memang dah mula menyimpan sebab memang dah niat dari awal. Tapi tak dapat la nak simpan banyak sebab gaji akakpun sangatlah ciput.

    Akakpun sama macam Ju jugak. Beli mana yang perlu je. Kasut dah rosak baru la terhegeh-hegeh beli yang baru tapi selipar jepun ada untuk stenbai. Hahaha.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)