Saat julia memiliki sekotak telefon mudah alih ZTE Blade A910 dengan harga hanya RM699 julia terus terpukau pandangan, wah besar dan nipis betul telefon bajet ada gaya keluaran ZTE kali ini. Nak memilikinya mudah sekarang, hanya layari webpage LAZADA sudah boleh buat pesanan dan pembelian secara online, mudah dan tak perlu bazirkan masa mencarinya di kedai-kedai cawangan ZTE

ZTE Blade A910
Baru sahaja release pada bulan April 2016, bateri telefon yang berkapasiti 2,540 (mAh) yang bersatu dengan badan telefon dirasakan jangka hayat kemampuan kuasa baterinya sangat tahan lama. 

Sejak 1 minggu lebih kawasan kediaman luar kondo julia blackout, sepanjang 1 minggu itulah julia menggunakan telefon ZTE dengan icon TORCH LIGHT untuk menerangkan susur jalan kaki ke kediaman. Memang cahaya yang dikeluarkan dari telefon ini sangat terang dan memudahkan pencarian barang di kawasan gelap, sangat membantu jika tiba-tiba dalam kediaman sendiri blackout sebagai pembantu setia menemani ketika berlakunya waktu kecemasan.

Resolusi skrin telefon ini 720 x 1280 pixels dan display skrin secara touchscreen 100%, kecekapan dan kepantasan membuka sesuatu aplikasi yang banyak dalam satu-satu masa tidak menyebabkan telefon ini hang secara terus. Itu yang julia uji secara terus ke atas telefon ZTE Blade A910.

 Sistem operasinya menggunakan sistem Android 5.1 dan RAM 2GB serta internal storage 16GB. 

Kelainan warna telefon ZTE Blade A910 menarik minat julia, bila di pegang ia tidak terasa licin dan mudah di sisipkan di celah poket, kadang-kadang tak perasan di poket kita ada telefon...nipis dan slim!

DUAL SIM CARD SLOT 

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel. Telefon pintar ini menyokong rangkaian 4G LTE, dan hadir dengan sokongan dwi-SIM. 


MAGIC FINGERPRINT 
Menariknya, peranti ini juga turut dilengkapi dengan sokongan pengimbas cap jari. Hanya si pemakai sahaja boleh menggunakan telefon ini, jika anda ada anak kecil, tahap keselamatan telefon pintar bajet ini memenuhi kehendak anda kerana ia murah dan mudah digunakan.

Saiz skrin 5.50 inci, besar dan mudah di lihat, tidak terlalu besar dan sesuai untuk digunakan dengan bergaya !

EXOTIC COLOURS | SLIM
Ringan dan utuh, warna kelabu glitter ini pilihan julia, nampak sangat elegan dan sophitikated.

Klik video dibawah untuk melihat Promo ZTE Blade A910
Pembelian boleh dilakukan klik ---> Lazada


Spesifikasi Kelebihan ZTE Blade A910

  1. 1.3GHz Quad-core Processor
  2. Android 6.0 Marshmallow
  3. 5.5” HD Super AMOLED
  4. Oncell (1280 x 720)
  5. 2GB RAM + 16GB ROM
  6. 13MP PDAF Rear Camera With Flash
  7. 8MP Front Camera with Screen Flash
  8. 4G LTE Dual Sim Dual Standby
  9. 3.5mm Earphone Port (CTIA), 5pin Micro USB
  10. 2540 MAh Battery
  11. 6.9mm Ultra-thin


 HD Super AMOLED
Singkatan kepada Active Matrix Organic Emitting Diode, dimana ketajaman dan kecerahan gambar dapat menghasilkan kualiti gambar yang sangat baik. Julia dah uji perbezaan gambar menggunakan telefon ZTE Blade A910 yang mempunyai fungsi super Amoled dengan telefon biasa yang tidak mempunyai fungsi Amoled. 

Boleh lihat dibawah. 

POWERFUL KAMERA
Lihat gambar diatas dan dibawah julia menggunakan telefon bajet ada gaya ini, tanpa guna sebarang aplikasi beauty face atau sebarang pengubahsuaian, telefon ini memberikan impak gambar yang sangat natural.  




Anda boleh lihat video julia rakam sendiri, betapa selesanya julia menggunakan telefon bajet ada gaya ini yang sangat menjimatkan duit poket. Sesuai untuk semua golongan lapisan masyarakat boleh memilikinya dengan bajet bawah 1k.

Servis Center
Ada kawan bertanya, jika telefon ini jangka panjang bermasalah dimana nak buat rujukan? Okey anda boleh klik cawangan servis center di SINI. Boleh semak kawasan mana untuk rujukan.

Warranty Polisi
Ini tersangat penting, setiap bahagian telefon ini ada warranty polisi yang anda kena baca dan ketahui, boleh klik SINI.

Untuk info pembelian boleh klik ZTE Blade A910

14 Comments

  1. wah murah jugak tu . 2 sim . boleh wat hp spare ni ... ZTE dengar cerita btrey thn lama . Kalau rosak... susah tak cari tempat repair ??

    ReplyDelete
  2. Wow kak jujue,cantiknya picture..jeles tgk..hihihi

    ReplyDelete
  3. Gambar lawa. Penting ni bila beli handphone. Masuk wishlist dah ni hehehe

    ReplyDelete
  4. cantik gak eh bila selfie.. menarik!

    ReplyDelete
  5. wow..cantik, menarik zte mmg the boom..:)

    ReplyDelete
  6. weee...menarik nie jue..harga pun mampu milik tu..=D

    ReplyDelete
  7. hp ni yg penting part nak selfie jek..hikhik
    benda lain no.2, tp zte ni gmbar nmpk hidup, cnatik & jelas..auwsome

    ReplyDelete
  8. bestnya tengok hasil gambar ZTE ni... ermm minat lak tgknya..


    yanieyusuf.com

    ReplyDelete
  9. murahnya harga!
    camera pun cantik..

    ReplyDelete
  10. kalau bab telefon ni memang tengok kamera je dengan ram die..hehee..menarik sangat ni

    ReplyDelete
  11. murahnye ju..kamera pun cantikk..

    ReplyDelete
  12. wah cantik gak phone ni sy baru duk usha vivo 5 hihi

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)