Ajakan suami dan ipar duai kali ini, tak dapat julia tolak jemputan. Walaupun mood tak berapa cun nak berjalan waktu itu, tapi pujukan suami dan ipar duai akhirnya julia tewas, ada orang nak belanja haha yang itu julia tak dapat nak tolak la kan, rezeki. Dalam masa yang sama ada jemputan kawan sepejabat kahwin, nak buat cam ne tak boleh bawa ramai geng untuk majlis tu, maka nya maafkan saya dahulukan permintaan keluarga terlebih dahulu hehe.
Klik #rangkingke30 
Bila semak, hotel ini jatuh rangking yang ke 30 setakat ini kami menginap...tudiaaa...leh masuk Book Of Record tak ni hahahaha 
Bulan September terlalu banyak cuti umum, julia kumpulkan bekalan cuti rehat tahunan untuk acara sebegini lah...berjalan dekat-dekat pun dah puas hati, orang kata sebelum merantau jauh nikmati di negara sendiri dulu puas-puas, at least kalau orang tanya sini kita dah tau apa nak kongsikan maklumat.
Mak datins sangat plak posing camni hahaha

Hotel Best Western I-City Pilihan Kami...
Bagus suami dan adiknya, mereka kan kerja dunia travel agent, so bila diorang cerita dekat julia nak menginap di I-City julia rasa pelik...perlu ke nak menginap walhal dekat je nak pergi balik je pun....

Tetap diorang tegas bercerita, di sana dah tak macam dulu, makin hebat dan seronok nak bawa anak kecil berjalan...

Hmmm apa yang ada dalam fikiran julia di sana sangat membosankan, hanya lampu i-city je lah yang menarik di mata julia selain permainan best untuk orang dewasa je, untuk kanak-kanak sangat terhad, itu sebab julia jadi mood tak berapa syok nak ke sini pada awalnya...tapiiiiiiiiiiii....bila dah jejak di perkarangan hotel ni, mata julia terbeliak...wah wahh wowwwwwwwww booommm....

Suami cakap tu lah len kali percaya cakap kami, jangan tak percaya lain kali. Hahaha okey, okey percayaaaaaaaaa la hahaha terus berbunga di hati nak stay sini...

Di sekitar hotel ni padat dengan permainan khas untuk kanak-kanak tau, kawasan permainan baru kanak-kanak disini dinamakan Itsy Bitsy I-City, memang syok tengok waktu siang tapi ia hanya berfungsi pada sebelah petang hingga ke lewat malam sahaja. Meriah tau waktu malam best sangat tak terkata...soon julia story part ni.

Bukan setakat itu, ada Trick Art Muzium dan bermacam lagi selain Water World I-City dan Snow Walk...korang rasa, nak main dan luang masa tu semua agak-agak korang boleh rehat tak kat mana-mana? Sure penat kan seharian diperlukan untuk main tu semua tau...serius nak tukar baju bagai, nak solat dan berehat...nah mai sini julia nak cerita pengalaman menginap di sini sehari semalam...dekat sangat nak ulang alik dari tempat permainan terus ke hotel.

Tak sangka, keluar dari rumah nak ke sini dalam 35 minit je hahaha, dekat sangat. Tak payah pening kepala nak bayar tol teruk-teruk, kat sini semua ada nak taman tema air atau outdoor games...meriah.!

Lepas dah parking kereta di basement parking hotel, kami terus ke lobby hotel Best Western, kami sampai awal tika ini dalam jam 10 pagi gitu, kemain kan eksaited memasing...kami bawa luggage dulu dan minta staff lobby hotel simpankan beg kami sementara kami nak jalan-jalan sekitar i-city, yes....ada perkhidmatan simpan luggage sementara kat sini bestnya...Terima kasih tau.

Check in time - diorang cakap jam 2 tengahari baru boleh...tapi nak dijadikan rezeki kami, anak-anak buah dan abam Qi kan suka berlegar kawasan hotel ni, diorang buat hotel ni macam kat rumah hahaha dengan gelak ketawa bising, lagi di larang lagi diorang buat...so masa check in ada moment best...kami dapat check in awal sejam...sebab kes terpilih...faham faham je lah budak2 mana boleh tunggu...diorang lagi eksaited dari kami hahahhaha alhamdulilah.

Harga sebilik - RM170 harga semasa julia booking melalui klik link ----> Booking.Com lah...harga tertakluk tak semestinya sama masa korang survey, maybe lagi murah atau mahal bergantung kepada rezeki memasing.

Julia kan suka booking hotel, so julia booking 2 bilik total RM340 sahaja untuk sehari semalam. 

Murah sebab ada banyak facilities kat sini antaranya:
  1. Parking berbumbung - parking basement yang luas dan sistematik
  2. Pintu masuk - jenis magnetik/swap sahaja
  3. Keselamatan - high security dan ada kamera litar tertutup
  4. WiFi - laju dan syok layan internet sakan
  5. Bilik - bersih, luas dan dekorasi mewah
  6. Kiblat - ada penunjuk kiblat
  7. Bilik air - ada water heater/luas/tema cantik
  8. Peti ais - ada
  9. Kettle - ada
  10. Serika - kena call diorang hantarkan
  11. Almari - banyak slot dan hanger banyak
  12. Aircond - sejuk
  13. TV LCD - astro cerita banyak, layan movie memalam
  14. Cafe - Aras 5 view dia cantik


Tadaaa....cantikkan, bantal merah baldu tu syok buat tido golek-golek hehe katil sangat empuk.





Luas tau, selesa dan nyaman

Ada cermin besar dekat sebelah pintu bilik air...ada kemudahan peti besi, kot-kot bawak byk sangat duit haa simpan dalam peti tu...ingat nombor korang.

Cermin dan julia tak dapat dipisahkan hahahaha...banyak nau cermin dalam bilik ni, asal jalan je nampak badan...haha

Nak tau bersih ke tak sesebuah hotel...pi pantau bilik air dulu...nyata dari start tuala mandi yang sangat empuk, fresh dan tebal sehingga ke shower dan dekorasi hitam merah putih tu julia tersenyum puas...cantik weh...lama tau husband duduk dalam bilik air ni sebab besar dan selesa...


Jom kita turun lif, dari aras 11 ke aras 5, di sini ada The View Cafe...keluar je dari lif pandang kanan wah lawanya sudut deko simple dia...cun !

Kami tak ambil breakfast pakej, kami boleh tapau makanan yang berdekatan dari hotel ni, tak jauh pun jalan kaki je dah sampai ada kedai makan melayu kat sini...murah pun murah.

Jom kita tengok view cafe ni...


Cantik kan, angin sepoi-sepoi bahasa, lega dapat luruskan pinggang kat sini sambil menikmati secawan teh dan kopi 

Anyone, free tak nak teman abang Qaiser ilman disini hehe

Aras 5 ni luas, korang boleh main gym yang disedikan, toilet pun banyak, dan jalan ke depan sikit ada kawasan istirehat dan boleh tengok view ni dari atas hotel...cantik kan!
Puas kami keliling hotel...jom turun walid and the geng dan pm nak beli tiket yeyy


Tudiaaa, beli 2 jenis tiket terus senang, suami dan adik ipar pakat-pakat tong tong duit beli dekat kaunter Snow Walk I-City terus dua tiket ni tau, mudah dan efiesien, harga?

Tak mahal pun, dalam 20 lebih sorang termasuk kanak-kanak, sangat berbaloi beli terus macam ni tak payah nak beratur banyak kali. Bijak diorang!


Belah malam kami nak terjah ini semua...belah siang kami sakan main di Snowalk dan Waterworld...kalau korang ada duit lebih masuk lah trick art museum leh tahan gak harga dia...
Nampak bulatan merah besar? 
Itulah hotel best western, sangat dekat dengan water theme park (Fun World)

Sebut i-City korang kena hafal ada 3 jenis taman tema kat sini...pertama City Digital Lights, Kedua Snow Walk dan ketiga Fun World. Semua best...jangan berjalan jauh kalau kat sini pun korang tak pernah sampai dan tak khatam...jangan malukan orang Selangor tau kalau orang luar tanya hehe

Berbaloi menginap disini...dapat anak-anak merehatkan badan sambil bermain permainan yang sungguh banyak buat mereka secara berfasa, kalau tak menginap rasanya tak boleh peruntukkan masa satu hari untuk bermain semua diatas tau...kita yang dewasa pun tau penat, apatah lagi kanak-kanak...

Rating
Julia bagi rating 9/10 bintang untuk hotel ni, walaupun tak ada kolam renang, tapi ia sangat dekat dengan taman tema i-city, jalan kaki je beb...syok!

One more thing, nak ingatkan korang, ini pengalaman julia tika berada disana, jika anda merasakan sebaliknya mungkin itu nasib anda dan rezeki anda dan bukannya julia, so sila be positive dan hormat pengalaman saya tika membaca cerita ini, lagi best kalau korang tekan button share kat bawah tu share lah mana-mana medium korang nak, at least berjalan pahala sedekah tu pada korang dan kawan-kawan korang, amin. TQ.

Best Western i-City Shah Alam

A-GF-01, 
No. 6, Persiaran Multimedia, 
CityPark, i-City,
40000 Shah Alam, Malaysia

11 Comments

  1. aritu kwn akak pn ada stay best western ni..akak pn blum smp lg icity..skarang dh ada mcm2..bila ntah nk pegi hehe...cantik la view utk bfast tu..mcm garden

    ReplyDelete
  2. ala..bestnya..hubs akk selalu bawak org dtg sini..akk je dia blm pnh bawak..ikiki..dulu zaman takde taman tema pnh la pegi..ms tu msk byr rm10 je tak silap

    ReplyDelete
  3. lepasni kalau ada apa apa event di shah alam n tak larat nak balik seremban boleh la check in hotel ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pilihan bijak ! Belah malam boleh jalan-jalan free sekitar i-city

      Delete
  4. betul tu juju,pengalaman masing2 tak sama,time kita pergi best giler, ada org tak.
    so,masing2 punya pendapat, pe2 pun hotel nmpk best utk relax..

    ReplyDelete
  5. Woww menarik hotel ni, semua kemudahan lengkap..

    ReplyDelete
  6. Woww menarik hotel ni, semua kemudahan lengkap..

    ReplyDelete
  7. pernah pergi sekali... tapi dah byk berubah ni...

    ReplyDelete
  8. rumah mak ayah dekat klang..jimat duk umah mak ayah je..hhehe..tapi tengok hotel menarik

    ReplyDelete
  9. Bestnyaaa tp sbb mmg duk shah alam tu smpi sudah pun x hbs explore icity.. maybe family dtg leh bawa

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)