Banyak kali julia fikirkan, apakah cara pendekatan paling halus untuk kita kita ini yang belum pernah menghadapi situasi anak AUTISM, anak saudara AUTISM, anak kawan AUTISM, ya bila kita dengar AUTISM terus dalam fikiran...arghhh perlu ke aku ambil tahu sedangkan aku tak ada masalah pun, anak aku normal, biarkan mereka jelah yang ada masalah pergi tengok!

Tepuk Bahu Sendiri...
Aduhai kawan dan masyarakat sekalian...tidakkah kita ingat kita ini serumpun...satu masyarakat adalah family kita sendiri, rasa tahu tapi macam buat-buat tak tahuuuu, ya ramai yang tahu apa itu anak AUTISM, tapi banyak mendiamkan diri seolah-olah tak mahu ambil tahu...sebab tak kena pada diri sendiri...itulah kebanyakkan atau segelintir manusia bersikap sedemikian....hanya mahu jaga diri dan keluarga sendiri...tak mahu ambil tahu apa jadi dengan keadaan sekeliling...

Ter Google...jumpa dalam intrend.com.my...julia share disini ye sedikit pengalaman ibu dan bapa yang punya anak istimewa ini, rasa sangat sedih segelintir masyarakat mengherdik anak2 ini...

  • “Saya pernah rasa, anak saya merajuk... sekelip mata dia hilang. Ada yang nampak dia bawak beg, dia lari dari rumah. Ya Allah, hanya Tuhan saja yang tau macam nak luruh jantung…” -@Norlaila Dlaila Dlaila   

  • “Memang anak-anak ni minum air orang lain, kan? Anak saya pun macam tu. Saya kalau tak betul-betul, memang tak pi makan kat kedai. Tak mau mood down disebabkan masyarakat yang tak tahu apa itu autisme. Anak saya memang tak dok diam. Bila leka, dia akan pergi ke meja orang lain dan tarik air orang lain. Tak sanggup dengar orang tu herdik anak kita. Biarlah dia maki saya dari herdik anak saya…” -@Murnie Binti Ithnain 
  • “Sama, anak saya pernah makan makanan orang lain tanpa dipelawa, dan pernah main game orang lain. Lalu orang sound anak saya kurang ajar…” -@Siti Rohaya Mohd Shukor


Tapi julia tahu...ANDA YANG TENGAH BACA INI SANGAT PEKA DAN PRIHATIN untuk ambil tahu akan info anak AUTISM...TEPUK BAHU SENDIRI, TAHNIAH SEBAB ANDA AMBIL BERAT! 

REDHA - kisah sebuah cerita benar yang dilakonkan semula, babak yang julia sendiri saksikan menerusi trailer filem REDHA ini bukan sahaja terus padu menusuk ke hati hingga terbit air mata tak henti-henti...malah julia nak tonton filem ini hari Jumaat ini jika berkesempatan...memang nak sangat...dah rasa macam tak habis lagi menangis...itu baru scene trailer...

Mengenal Tanda AUTISM - KLIK SINI


Kagum julia sendiri melihat di online hasil tangan anak istimewa ni warna dan lukis hidupan di laut, ini cerdik namanya, memang kagum beliau dapat hasilkan lukisan yang sangat indah dimata kita semua....
HASIL SENI ANAK AUTISME
- From Yusra Haziq (8 Tahun). Hobi dia. 
[Sumber: Kelab Anak Autisme]

Usaha julia sedikit cuma uar-uarkan di Group Autisme Malaysia, alhamdulilah terkini sudah 28 orang shares, tujuan cuma satu, nak kita semua sama-sama ambil iktibar dan motivasi dari jalan cerita Filem REDHA ini di pawagam terdekat anda...

Baru tengok Trailer REDHA...dah berjujuran air mata pagi ini. "Anak kita ni tak normal! Tak sempurna lagu tu!" inspirasi dari kisah benar, redha bukan sahaja mengenai kisah autisme, tetapi mengenai kisah kekeluargaan... berderai air mata julia lagi sekali...


Jom tonton filem REDHA di GSC terdekat anda, hasil sebahagian dari kutipan itu akan disalurkan kepada pusat-pusat autism dan sebagai sokongan serta memberi semangat buat mereka. Moga tontonan sambil bersedekah ini dapat  memberi sokongan dan memberi semangat untuk teruskan lagi perjuangan dlm membesarkan insan istimewa.

Kata Tunku Mona Riza pada Julia melalui FB Chat: 
"Sayang sekali, masyarakat umum Tak Mahu ambil peduli mengenai autism , hanya segelintir Saja Yang nak Tonton. Kebanyakkan Yang pergi support adalah keluarga yg punya Anak autism sendiri .. Itu Tak mencukupi."
Redha akan berhenti tayangan pada Isnin akan datang...jom semua. Sokong filem ini !


Lihat cerita ini sambil teringat anak sendiri...Qaiser ilman


22 Comments

  1. Sebak tengok trailer cerita ni ... harap dengan filem sebegini, masyarakat kita akan jadi lebih celik dan prihatin terhadap anak-anak autisme kan :)

    ReplyDelete
  2. Kakak masa menonton majalah 3 sempena hari autisam sedunia yg jatuh 2 April tiap tahu baru-baru ini pun luruh airmata kakak ni Julia. Kakak perhatikan Irin Puteri yg jadi penyampai pun nampak ada bergenang airmata. Sungguh mereka insan mulia tak OKU tapi ramai sudah yg cemerlang yg dipaparkan masa itu. Kagum kan. Memang tersentuh hati.

    Kalau dah ada VCD selepas ditayangkah Redha ini kakak pun nak tonton juga.

    ReplyDelete
  3. Zaza mengajar student autism sbb tu die nak sgt tgk citer ni...

    ReplyDelete
  4. Lin tak iklan je, air mata dah bergenang juju... Tgk kat wayang nangis terus nnt. Kita hati tisu klu bab anak. Wpun anak org lain

    ReplyDelete
  5. Lin tak iklan je, air mata dah bergenang juju... Tgk kat wayang nangis terus nnt. Kita hati tisu klu bab anak. Wpun anak org lain

    ReplyDelete
  6. 2 orang anak kawan saya, autism. Yer mereka bukan OKU. Tapi mereka seorang yang sangat unik. menginginkan belaian manja dan kasih sayang sepenuh-nya.

    ReplyDelete
  7. Teringinnya nak tengok. Nani pun tengah buat research tentang autism ni

    ReplyDelete
  8. patutnya yang tak de anak autisme ni yang kena tonton supaya lebih faham mereka ni macam mana..Ibu ayah yang ada anak autisme depa memang dah cukup2 faham dah anak mereka macam mana...

    ReplyDelete
  9. skrang kes autisme dah telalu banyak....kementerian kesihatan sendiri penah buat bicara antara menteri dgn ngo2..ibu bapa yg berkaitan pasal kes nieh..... sampaikan lambakan kes appointment kat hospital.... moga2 ade sinar utk mereka ini.....ade budak2 autisme yg bijak2...cume kite kene pandai intai dan cungkil kelebihan mereka....

    ReplyDelete
  10. citer ni mcm best..teringin nk tgk..slalu jgk tgk ig zarina zainuddin..die sbr sgttt dlm layan karenah ank die yg autism tu..salute sgtt..

    ReplyDelete
  11. Terbaik la review Juju..Salute la..Sebab support parents yang ada anak autisme.Terima kasih banyak2 sebab support Eirna dan parents lain yang ada anak autisme.Harap masih ramai lagi yang nampak wujudnya anak autisme ni di kalangan kita semua.

    ReplyDelete
  12. Salam singgah & salam jumaat, maaf lama x jenguk,.. jalan cerita mmg menarik, lain dari kebiasaannya, msti best kan !

    ReplyDelete
  13. Thanks Julia. From mom of autistic son

    ReplyDelete
  14. Saya tertarik dengan tulisan anda mengenai Psikologi. Perkembangan psikologi manusia sekarang ini harus sangat diperhatikan agar mereka tidak berkembang dengan mental yang salah. Saya memiliki beberapa tulisan sejenis mengenai psikologi yang dapat dilihat di www.ejournal.gunadarma.ac.id

    ReplyDelete
  15. berkongsian info: https://www.lookp.com/malaysia/special-care-school

    Khas buat yang memiliki anak2 istimewa/autisme

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)