Masa lapang julia suka abadikan diri masuk ruangan intai-intai deko dan kumpul tips di Google, dalam masa yang sama julia suka serap ilmu melalui video-video deko. Julia bukan nak share apa yang julia deko, tapi julia nak share apa yang julia serap, mana tahu anda pun sukakan GAYA MINIMALIS dalam sudut atur.

Apa itu Gaya Minimalis?
Apa yang julia faham ia adalah sebuah konsep perabot yang simple, mudah diatur, tak sarat, atau jenis kata mudah lebih kepada instant deko boleh jadi tapi tak cacamarba. Itu yang julia suka, deko yang bukan cacamarba dan sedap mata di pandang, less is sweet. Macam diatas, faktor pencahayaan ruang pun main peranan sangat penting, julia suka belajar ilmu ni mana tahu ada kerajinan boleh bermula dari sudut paling kecil dulu kan. Buat masa sekarang hanya pakai perabot yang sedia ada dan murah sahaja dulu. Macam sofa tu tak terfikir masa sebelum kahwin beli ia tahan lama, rupanya dah mula dirasakan punggung cecah ke papan sofa hehehehe. 

Tak apa lah, janji anak beranak selesa duduk, lagi pun buat masa sekarang baik tambah ilmu dan menabung suka-suka. Julia suka la tengok coffee table dan ilusi cermin besar, pernah visit kawasan perabot dan harga fuhhh...cita-cita anak beranak nak miliki perabot hotel yang second hand murah-murah. Biar nampak lama tapi suka lah variasi dari perabot hotel, memang anak beranak suka dok hotel itu sebab kalau boleh nak angan-angan miliki perabot second cap hotel tapi masih dalam keadaan baik ~ kalaulah kan hehehe.

Okeylah jom belajar tips dan tricks deko terbaru ni dari sumber yang dipercayai, julia saje park sini dulu nanti nak usya akan datang senang info dah ada.




Suka tips ini, set tone utama di ruangan pintu utama, kalau duduk di kondo, apartment atau flat sekalipun boleh gayakan dengan warna cat yang sekali sekala nampak welcoming....suka tgk warna merah ni.

Betul tu, bila dapat bilik kecil mulalah merajuk, padahal dengan ilusi perabot besar boleh menampakkan ilusi bilik tu besar sebenarnya...


Suka tips ni, pillow kecil ni memang buat sesuatu rumah naik seri, lagi-lagi macam-macam abstrak, yes julia suka corak abstrak dari corak bunga nampak moden disitu.





 Apa sebab suka perabot cari hotel terpakai? 
Kerana gaya yang disampaikan cukup senang di hati, memang cantik kan gaya-gaya perabot ni....dapat pair ni beli coffee table perghhh



Sumber Bacaan Tips: KPS Signature

Banyak tips kan nak deko minimalis, jika sekarang kita tiada apa-apa, jom menabung sikit-sikit. Jom :D

8 Comments

  1. suka tgk dekoration yg simple tp klasik...suka juga english style...tp akak tkde umh lg nk deco2..sbb stay ngan inlaw

    ReplyDelete
  2. kalau ada masa lapang teringin juga nak deco rumah...tq share tips ni..

    ReplyDelete
  3. Macam kakak ni mampu berangan ajelah Ju
    Tengok memang suka tapi bila tengok harga mak ai memang tak termampulah.

    ReplyDelete
  4. Saya suka yg simple dan moden gitu....tp tulah nak apply kat rumah, tak menjadi menjadi dari dulu haha ....
    Pokok pangkalnya fulus kena ada, barulah menjadi....ye dak?

    ReplyDelete
  5. Cik nad mmg suka konsep minimalis..senang nak maintain..

    ReplyDelete
  6. Cik nad mmg suka konsep minimalis..senang nak maintain..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)