Kena petir kilat, tu legam jap haha gurau!

Indah belaka tika julia dan family tercinta berada di bangunan tertinggi di The Shore Sky Tower Melaka ! Tak terkata perasaan itu, anda berhak dapat apa yang julia rasakan bersama insan istimewa. Setiap tempat punya keistimewaan yang unik, begitulah di The Shore Sky Tower Melaka. Jangan percaya pada orang cakap negatif, anda kena percaya bila anda sendiri tiba di sana, sebab pengalaman setiap orang rezekinya lain-lain, jangan salahlah cuaca, jangan salahkan tidak ada masa, jangan buat assumption sendiri mengatakan nak ke sini tiketnya mahal, sebenarnya murah sangat, julia sendiri tak jangka semurah itu !

Landmark ke The Shore Sky Melaka.
Nak ke sini, pastikan anda set waze atau google maps 'Melaka River Pirate Park' sebab utamanya bangunan the shore ni bersebelahan dengan pirate park melaka. Hehehe lagi satu kalau tahu ke Kampung Morten Melaka haa ia berhadapan dengan the shore building, sebelah the shore ada hotel baru Swiss Garden, sebenornya nak duduk hotel tu la tapi kau dah datang last minit semua fully book hahahhaha, terjah dari PD ginilah, takpe-takpe dah simpan hasrat nak menginap kt sini nanti sebab tengok dalam Booking.Com kalau booking awal tak sampai 300 pun semalam. Yang penting nak main water park dia dalam tu syokkk haishhhh nanti nanti tahun depan lah. 

Sampai dah, terus parking kat luar The Shore je, depan the shore ni ada Melaka River Cruise (MRC) punya pick point, maksudnya disini kalau korang nak naik (MRC) beli je depan ni ada kaunter jual dan terus tunggu bot sampai, dah tak perlu beli kat depan menara taming sari tu, bestnyaaaaaaaa....cepatlah repeat Melaka lagi, duduk swiss garden semalam, pastu turun waktu malam naik lagi MRC buat kali kedua...gilaaaaaa cantik ! Hahahhahaa jom jom aku kalau dah plan cuti-cuti akan datang memang akan melencong jauhhhhhhhhh dari tajuk asal. 

PASTIKAN THE SHORE LEVEL 2
Masuk terus naik lif, tekan punat 2, cari The Shore Oceanarium Melaka sebelahnya ada lif khas untuk ke Sky Tower. Kat sini ada banyak lif, tapi ada SATU sahaja lif khas hujung sekali belah kanan anda. Kat situ ada pengawal akan jaga lif sehingga orang dah penuh baru boleh naik, selagi tak penuh tunggulah sampai berpeluh fuhhh.

Sudah rasa debaran dah, nak naik kemuncak 42 tingkat, jom.

Inilah lif khas Sky Tower Melaka, seriusly naik lif dah la laju dalam setengah saat je dah sampai beb, sangat smooth je lif ni naik ke atas tanpa kami sedar sebenarnya kami dah sampai puncak 41 tingkat...nak ke tingkat 42 perlu naik lif khas kedua...tudiaaaaaa

Lif khas kedua, mewakili 42 tingkat, nak naik dalam ni tak boleh ramai-ramai macam naik lif tadi, yang ini suku suku orang je boleh naik, pengawal yang pakai baju kuning tu lah jaga, gerak masuk para pelancong. Korang nampak siapa yang lagi tak sabar nak naik???
Qaiser ilman dah melangguk tu tak sabar nak naik dah kata dia, hahahahha macam perangai mak ko sangat ni dik...kita geng !

Inilah satu-satunya kaunter Sky Tower, disini ada pecahan dua bahagian, satu Sky Tower dan satu lagi Sky Deli (makan-makan). Sure korang tak sabar nak tau harganya kan? Aku baca kat website atau FB Sky Tower pun tak tercatat harga, masa aku dok hotel bajet kat Melaka je aku dapat pamplet ke sini menyatakan ia hanya belasan ringgit untuk satu orang Dewasa...tak percaya? Apa korang ingat naik ni 50 hinggit ke atas ke sorang hahahha

Harga Tiket The Shore Sky Melaka Tower
Ini dia bukti...jelas terpampang, The Sky Tower untuk Dewasa hanya RM18 sahaja tau. Manakala untuk kanak-kanak umur 3 tahun ke atas kena bayar. Harga kanak-kanak 3 tahun ke atas RM15 seorang, bawah 3 tahun FREE. 

Jangan risau diorang tak minta tunjuk MyKad pun nak beli tiket, just cakap je berapa dewasa dan kanak-kanak. Murah sangat dah bagi julia, sebab nak beli pengalaman semurah ini kalau pi luar negara pun susah nak dapat tau. Alhamdullilah, terima kasih Melaka sebab jaga hak hak pelancong walaupun ada GST tak beban sangat sebab total RM36 tu dah tertakluk GST...

Harga Tiket Gambar Rasmi
Sebab apa aku beli hanya sekeping gambar harganya lebih mahal dari harga tiket??? Sebab aku dapat tengok gambar yang disnap dengan kamera khas sangat cantik permandangannya dan beralaskan hanya sekeping kaca ! Bayangkan korang berdiri diatas sekeping kaca transparent di anjung hujung bangunan...scroll dulu cerita kat bawah...

Ini tiketnya ! Lepas beli nanti dia akan koyak ditengah sebagai tanda korang nak masuk dah.

Yeyyyyy, doakan kami selamat hahahhaa, bukan apa macam-macam feeling dah rasa duk atas ni, dengan deruan angin jam 5.30 petang buat rasa sangat sejuk walaupun peluh betina dah terbit bila lalui jalan ni, korang tau aku pijak ni hanya sekeping nipis je dibina, aku sangsi mampu ke benda ni tampung keringanan berat aku hahahhaa....celah-celah kepingan jalan tu korang boleh nampak terus ke lantai tingkat 41, bayangkan punya tinggi aku menahan gayat, huhhh dak Qi ni aku pegang kuat2, sebab dia punya rileks aku yang takut...dinding ni semua kaca, dilarang sama sekali bersandar ye.

JATUH CINTA !
SubhanaAllah, ini dari kamera cap ayam julia tau snap, kalau diambil dengan kamera gedang DSLR tu alangkah lagi cantik, tapi ini pun dah cukup berkali-kali aku ucap subhanaAllah, cantiknya indah alam terbentang luas tanpa sekelumit jerebu bertandang !

Tak silap julia, bangunan sebelah the shore ni Hotel Swiss Garden, cantiknya view atas top building dia kan.

Tak silap julia, inilah gambar sekelompok Kampung Morten yang sangat terkenal di Melaka, sebelum naik The Shore Sky julia dan family sempat round dengan kereta satu kampung Morten, memang cantik weh, serius seni bina rumah Melaka masih kekal cantik dan utuh diorang jaga, ramai pelancong asing bertandang. 

Arghhhhhhh lawa ! 
Gambar bawah ni je aku ambil satu je dalam FB the shore sky, yang gambar lain original from our hp. Cantik tengok !

Sudut gambar paling win dalam entry ini, bersama anak bujang kesayangan Encik Qaiser ilman menikmati keseronokan melihat kekuasaan Allah, melihat kecerdikan manusia yang Allah beri akal untuk bina seni bina tertinggi dan paling bersejarah di Melaka, kamu sangat beruntung Qaiser ilman, umi dan walid tumpang rezeki kamu je selama ni, alhamdulilah sama-sama travel ada sebab tujuan utama, nak didik diri anak dan suami agar belajar macam-macam di tempat orang, kerana disitu kita belajar banyak nilai positif yang jarang kita temui.

(Puas hati besarkan gambar dalam entry macam ni, puas nak tengok permandangan indah)

Jom naik tangga, nak naik tangga pun julia gayat jugak sebab tinggi, kalau korang ada baby tu pastikan pakai baby carrier ye, susah bawa stroller kt sini.

Sebelah tangga tu, mata julia melirik di atas puncak, wahhhhhhhhhhhhhh ada kolam ikan, cantiknya ikan sedang menari-nari...dengan alunan irama lagu yang romantik dari Sky Deli tu buat julia rasa awwwwwwwwwww jatuh cinta entah juta kali...

VIDEO
Meh click video julia snap, kalau nak sambut besday ke ulang tahun apa apa ke sini pun best, romantik sangat !

Very Exciting Video !

Tingkat 42 The Shore Sky Tower Melaka !
Tadaaaaaa, anak beranak ni naik dulu dari julia tau, diorang lepak lama depan pool ikan ni, sebab Qaiser ilman memang suka tengok ikan, 

Jom layan gambar, korang scroll je k.




SubhanAllah !!!!!
Cantik sangat golongan marhaien macam kami ni dapat berada kat sini lepas tabung cap ayam penuh, best tauuuuuuuuuu, disarankan naik ke sini waktu pagi dan 5.30 petang ke atas sebabnya elak panas melampau, kami kat sini area jam 6 petang just nice cuaca sangat cun ! Kata musim hujan kan so korang doa doa lah banyak2 masa nak pi tu Allah kabulkan doa kalian, Allah kabul doa kami. Yeyyy !

Jom ronda-ronda, kat sini ada teropong tau setiap sudut, so boleh tengok rumah siapa kat Melaka hahahha.



Macam mana suami boleh berada dalam TV ni ek, serius pelik, kamera snap dari mana, serius cantik, tetiba tertangkap gambar ni untunglah asben hehehhe.




Berpeluh-peluh den, hahahahhahah





Acara Kemuncak The Shore Sky Tower !

Kalau ke sini tak best lah kalau korang tak berani pijak lantai kaca ni weh, percayalah aku tengok pun dah naik seram sejuk sampai nak pitam, gigil gigil lutut aku, aku ni tunjuk je kat si Bangla jaga kamera EPS tu berani, walhal aku ye jantung degup kencang siap mengucap kalimah syahadah banyak kali, mana lah tau kan ajal bila...hahhahahhaa sampai cam tu sekali.


Tapi aku nak puji suami dan anak aku, sebabnya mereka ni bukan senang nak diajak bergambar, mereka suka jalan, suka bergambar tapi bukan bergambar dikawasan seram macam ni, tapi aku tak tau entah macam mana mereka berdua ni relaks je jalan atas lantai kaca tu dan depakan tangan luas-luas, aku sampai sekarang tak percaya, aku tak percaya diorang boleh gayakan aksi macam-macam diatas tu hahahhaaha tu sebab aku tak berkira beli sekeping gambar RM45 sekali dengan soft copy ambil dari We Chat. Advance nak mampus haaa...kat sini korang tak boleh bergopro ke berselfie ke, hanya kamera EPS ni je lah korang boleh snap memacam, akan dikawal oleh seorang mat Bangla hahahha.

Saksikanlah, kaki aku tu pijak pertama kali lantai kaca ni, gigil mak enon oiiiiii, sekeping je nak, mampu ke kaca ni menampung berat kami bertiga yang sangat ringan ni nak oiiiiiiiiiiiii...doa doa hahahha tu Sungai Melaka, aku dah pijak dah ha hehe

Komen-komen dari follower julia di FB heheheh semua pakat seram acaner kami bertiga ni berani bergambar kt sini sambil mendepakan tangan ala
'We all flying without wings !'


Antara sebab utama kenapa aku beli gambar sekeping mahal diatas ni sebab gambar yang diambil oleh EPS camera ni ohsem gilaaaaaaaaaaaa view dia....nak set kat gambar wallpaper kt pc opis hehe....mana mungkin korang takkan beli kalau satu family tercinta bergambar lawa cam ni, rugi sangat kalau tak beli, cantik view dan kualiti gambar ni siap boleh download softcopy lagi tau hehehe, Qaiser ilman dan suami sporting sangat, serius diorang tak takut bersama-sama julia titip kenangan disini, proud of u mmmuahhhhh!


Korang datang Melaka WAJIB datang sini WAJIBBBBBBB
Dengar pesanan hadik comel ni ye hehe bye!

The Shore Sky Tower Sdn Bhd
Tower 1, 42 & 43F, The Shore Shopping Gallery,
193, Pinggiran @ Sungai Melaka,
Jalan Persisiran Bunga Raya,
75100 Melaka Tengah, Malaysia

Telephone: +06 - 288 3833
FAX: +06 - 288 3533



20 Comments

  1. oh ada lif khas...akak dlu kj level 31 kalo p sini up lg 11 level hehe....nmpk gayat juga tgi atas tu..syok la dpt gmbr kt lantai berkaca tu....

    ReplyDelete
  2. seram tgk gmbr kat platform tu..huhu..

    ReplyDelete
  3. hish! kalau bunda gayat laaahai.....

    ReplyDelete
  4. Kene masuk wishlist ni! Dah la tempat nyer cantik :) best best best!

    ReplyDelete
  5. uwa.. knp xpnh tau ade tmpt cntik mcm ni kt melaka? bile la dpt smpi cni ni..

    ReplyDelete
  6. ingat cecah harga tiket puluhan ringgit.. tapi nampak cantik la bahagian atas tu..

    ReplyDelete
  7. memang cantik la Ju tempat ni..tapi kalau saya memang tak naik la Ju..saya ni takut gayat..kalau naik tinggi siit mula la, vertigo la, mual la, sengguut bagai semua ada..hhahah...Kolam ikan tu pun atas dia cermin jugak ke ju?nampak macam ada cermin..

    ReplyDelete
  8. Blh pergi tp aish xbehave..so klu pegi kena mtk kakak2 dia jga kt bwh la...huhu..tgok mcm takut sgt nk bwk aish...

    ReplyDelete
  9. Boleh dikatakan tiap2 minggu sis pergi melaka. kampung pun kat Melaka. kenapa tak perasan benda baru ni? mesti mau ajak Bang Nizam pergi nanti

    ReplyDelete
  10. seronoknya... tarikan baru dekat melaka.. okey ! knea pi, kalau pi sana...

    ReplyDelete
  11. Hushhhhh bestnyaaaaaaaaaaa...!! Sha memang suka sangat tempat2 tinggi cenggini tapi husband pulak jenis gayat.... hahahah.. tapi sungguh... cantiknya pemandangan... Maha Suci Tuhan ~

    ReplyDelete
  12. new attraction ni julia!...nice.......boleh singgah sini.

    ReplyDelete
  13. waaaa..ngeri ju..ku gayat tmpt2 tinggi..seremmmmmm..tgk gmbr dh cuak..xleh bayang klu gi sendiri..mau menangis..

    ReplyDelete
  14. Rasa gayat plak tengok. Tapi view cantik. Bley terjah klo gi melaka nih.

    ReplyDelete
  15. Camera phone x blh guna ke kak dkt tingkat 42 tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh...tp kalau nak bergambar dkt lantai kaca tu tak boleh kamera hp...kena pakai kamera diorang.

      Delete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)