Sewaktu pertama kali Julia melangkah kaki ke restoren 'The Picnic Table by Simply Sandwiches' mata terbuntang melihat papan tanda yang comel ini dihiasi belon berwarna warni cantiknya! Melangguk lihat betulkah picnic dalam bangunan? Tak pernah lagi kita dengar di Malaysia picnic indoor, selalunya outdoor tepi tasik ke, tepi padang ke atau tepi air terjun ke kan, but this is real picnic indoor yang boleh buat korang rasa betul-betul picnic di atas padang rumput yang sangat cantik !

“We Bring The Picnic To You”
Restoren indoor piknik pertama di Malaysia ini yang terletak di The Strand Kota Damansara amat dirasakan selesa, selamat dan bersih untuk dinikmati bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Istimewanya para pelanggan yang berkunjung disini boleh memilih untuk menikmati suasana piknik yang unik ini dengan duduk bersama di atas rumput tiruan dan bersembang serta bertukar-tukar cerita sesama mereka.

Happy 1st Birthday The Picnic Table by Simply Sandwiches!
Guest what ! The Picnic Table sudah menjangkau umurnya 1 tahun pada Ahad lepas 31 Oktober 2015. Tahniah ! Terima kasih jemput kami blogger-blogger Malaysia untuk menyambut, meraikan serta mencuba menu-menu baru yang akan diperkenalkan kepada umum.

Lihat 2 wanita cantik manis ini sedang tekun dan senantiasa tersenyum  menyambut kahadiran julia, selepas confirmkan nama dalam jemputan kehadiran, terus julia diberikan 1 beg doorgift yeyyyy seronok lah kan hehehe. Okey jom kita ke dalam tak sabar nak tengok dekorasi dan makanan dalam ini.

Wowwww, exactly terbuntang mata julia melihat sudut dekorasi di kedai ini. Rasa macam hari-hari ada party picnic ! Nak picnic harus ada kain alas tempat duduk, bakul picnic serta makanan bukan, haaaaaaa disini semua ada termasuk ala-ala duduk di padang rumput yang cantik. 

Siapa sangka dalam bangunan kedai, tuan kedai punya idea yang sangat kreatif deco minimalis picnic style sebegini. KAGUM !

Kelebihan The Picnic Table
Disini boleh diadakan sebarang...
  • office & corporate catering
  • conceptual cafe consultant
  • indoor picnic event
  • food delivery speacialist
  • homemade sanwich developer
  • majlis hari jadi
  • group discusion
  • training, usrah, & workshop
  • majlis pertunangan
  • majlis pernikahan dan banyak lagi.
Keunikannya, anda akan duduk berpicnic sebegini sambil menikmati pelbagai menu yang boleh diorder disini. 

Satu BONUS ! Jika anda bawa anak-anak, mereka bebas berlegar-legar disini sambil golek-golek (baby), (todler) ibu bapa tak payah risau akan masalah jerebu, panas, dan hujan. Sudah pastinya gambar anda pasti menarik sebab tanpa gangguan cuaca. Yes!



Emcee jemputan ialah dari Blogger Innanie Ariffin, mari click video yang julia snap sendiri live dari beliau. Rasa semangat dengar juruacara yang highly confident level ini, jom contohi beliau.

Video


Ucapan Aluan Pengasas
"The Picnic Table Journey" by
General Manager
Cik Sharin Shariff

Executive Director
Cik Shaheera Djafar

Mereka adalah orang kuat belakang tadbir The Picnic Table yang selama ini menguruskan restoren mereka sejak dari mula ditubuhkan, berlatar belakang pendidikan tinggi dari Sydney Australia mereka berani mencuba dan menerokai satu bidang perniagaan di Malaysia dengan konsep PICNIC & FAMILY. 

Terharu mendengar serba sedikit sejarah mereka tempuhi dalam alam bidang perniagaan. 

Video
Jom dengar live speech dari mereka berdua, tahniah !
Click video...

Jom julia sendiri dah tak sabar nak shoot aksi-aksi disini, saksikan kemeriahan menu makanan yang disajikan antaranya menu wajib adalah koleksi-koleksi sandwich yang selalu dijual disini. 

Keistimewaan The Picnic Table...
Roti yang digunakan untuk pembuatan sandwich disini adalah dibuat sendiri oleh pihak mereka, tanpa menggunakan sebarang roti di pasaran, formula enzim khas pembuatan roti Simply Sandwiches ini sangat sedap dimakan dan tidak menjemukan. Paling penting bersih dan mutu rasa sandwich yang boleh kata sangat A ! Jom saksikan !

Menu SIHAT !
Simply Sandwiches...
Julia dah testing rasa ke semua sandwich disini, semua sedap-sedap dan portion setiap satu roti sandwich sangat besar, mewah dengan rasa, katakan ambil BBQ Chicken tu kepingan ayam lembut dengan adunan rasa mayonis, salad dan lain-lain buat perut tetiba jadi kenyang hahahha, ambil pula Garlic Buttter Prawn wowwww nikmat rasa udang yang fresh. Siapa sangka dalam sandwich pun boleh letak udang tau ini rare!


Sandwiches packed with fibre and nutrient goodness available in 6 different fillings:



1. Egg - Velvety smooth eggs with a little mayo and black pepper. RM 6.00

2. Tuna - Not your average tuna with a hint of lime and curry. RM 7.50

3. Chicken salami - Sexy salami loaded with our special spicy sauce. RM 7.50

4. Mushroom - Sauteed to perfection with caramelized onions and herbs. RM 8.00

5. Beef salami - Sexy salami loaded with our special spicy sauce. RM 8.00

6. BBQ Chicken - Spiced chicken chunks with a hint of our special sauce. Slightly sweet and     slightly smoky. RM 10.00

7. Garlic butter prawn - Chunky XXL succulent prawns coated with butter and garlic.                 RM10.00 

8. Smoked Salmon - Delicate smoked salmon in between bread spread with chives infused       cream cheese. Rich and tasty at the same time. RM 12.00 (only available for bulk orders)
9.   Tapau Roll-up - chunky succulent chicken, marinated with our secret recipe, wrapped in       fresh lettuce and soft tortilla bread. RM 8.00
10. Grilled Chicken & Cheese - chunky succulent chicken, marinated with our secret recipe,       topped with cheese. RM 10.00 

Tetamu dah tak sabar nak serbu hihi jom sama-sama makan lagi...


Spagetthi...
Setiap satu ada keunikan tersendiri, tengoklah cara menu ini disediakan nampak menarik dan menyihatkan. Penuh sayuran, adunan daging, ketam, dan ayam yang betul-betul segar. 

Menu baru diperkenalkan sempena ulang tahun pertama iaitu....
1.     Aglio Olio Soft Shell Crab Pasta
2.     Aglio Olio Soft Shell Crab Sandwich 
3.     Barbeque Lamb Sausage

Teruskan scroll, inilah kelebihan minuman dan makanan yang ada disini.

Aiskrim POP MALAYA !
Haaa pernah masuk dalam rancangan TV3 tau, popular aiskrim homemade ni, ada perisa manggo, tembikai, coconut shake hahahha paling syok perisa manggo beb, makan tak ingat orang dah, jangan lupa kalau ke sini pastikan anda belanja anak2 anda makan aiskrim sihat ni tau




ZOOM ! ZOOM !
Haaaaaaaaa ini paling julia suka nak makan, serius ini memang sedap, rasa masam manis, cili padi dan herbs tu buat rasa tak tenang jiwa, sure nak datang kembali nak order yang ini.



My starter menu, haruslah ambil kudapan yang ringan dahulu, if anda berminat nak ambil pakej picnic disini berbaloi sangat lah, semuanya sedap-sedap sebab mereka menekankan Asian Fusion style dalam setiap sajian picnic ! Barulah kena dengan tekak masyarakat 1Malaysia....

Menu terbaru...
Aglio Olio Soft Shell Crab...nantikan video dibawah kami makan dengan penuh nikmat, tak terkata !


Infused water pun ada disajikan, makanan dan sihat, air pula sangat sihat, lepas ni jangan risau nak makan banyak pun, semua detox cara natural, memang bijak tauke kedai ni ye mementingkan kesihatan pelanggan-pelanggannya

Bloggers Sizzling Suzai, Shakiddo, Mahamahu, dan Innanie Ariffin 
teruja menikmati menu makanan di sini, bertambah-tambah kami makan hahaha takpe semua menu sihat tak risau sangat hahhaa....

Haaa meriah satu picnic table kami kerjakan, tangan-tangan blogger in action hahhaha kopi gambar ala bear tu real okeh, kalau nak pi cepat2...sedap !


LIVE VIDEO BY BLOGGERS
 Anda pasti tak sabar nak ke sini setelah menonton aksi spontan blogger menikmati menu baru 
Aglio Olio Soft Shell Crab, satu portion ini boleh dimakan dalam 5 orang dewasa bayangkan betapa banyaknya dalam satu pinggan harganya lebih kurang RM23 sahaja. Jimat !

 Click now!

Happy face, happy tummy !
Rekemen sangat anda bawa keluarga dan kawan-kawan ke sini puas hati dengan servis, dekorasi dan menu menu yang disediakan, muahhhh!

The Picnic Table by Simply Sandwiches

62A-G, Jalan PJU 5/21,
The Strand Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor

Tempahan:

017-6862076 / 017-2070407

Dibuka:

Selasa – Jumaat : 8.30am-8pm
Sabtu & Ahad : 9am – 8pm 
Isnin : Tutup 


 Follow them on social media:

17 Comments

  1. makanan kat sana nampak sedap semuanya.. relax giler kalau boleh makan bersila cam ni. boleh la mikhail guling2 kat sana..

    ReplyDelete
  2. pernh tgk psl tmpt ni..mkn style picnic kn...lapar tgk smua menu..wah ada eskrem pops malaya yg masuk majalah 3 tu

    ReplyDelete
  3. Bestnya! Teringin nak rasa aiskrim pop tu. Hee tapi mmg menarik la style picnic ni

    ReplyDelete
  4. huwaaaaa..kejamnye ju ni!!!
    td tgk video kt fb..terbaekk la..dh mcm maria tengku sabri acara jjcm..hebakk

    ReplyDelete
  5. Tengok gambar je dah tau sedap kak juju... teringinnye nak kesana... memang tak berhenti mkn laa kalau g sane. hehehehe

    ReplyDelete
  6. wahhh..bestnye Julia...menu pun sedap2 semuanya..terliur haihhhh

    ReplyDelete
  7. sedapnya! baru lepas makan pun jadi lapar balik !

    ReplyDelete
  8. menarik gak tempat ni kalau nak santai2 sambil makan sandwich & pasta..

    ReplyDelete
  9. Sempoiii...lain dari yang lain..menarik sungguh konsep diaorang ni..makanan pon nampak hebat.

    ReplyDelete
  10. mesti anak² seronok kalau dpt buat birthday party kat tempat camni..

    ReplyDelete
  11. Best nya Ju tempat ni..kalau masuk kena buka kasut la ye?kalau anak2 saya masuk nimesti dibuat macam rumah sendiri..heheh

    ReplyDelete
  12. menarik tempat ni...seronok tgk makin bnyk cafe2 dilopori oleh org melayu :)

    ReplyDelete
  13. bestnya tengok abang tu makan... nyum nyum nyum...

    ReplyDelete
  14. bestnye tmpt ni.. da slalu tgk kt tb semua tpi xsmpi lgi.. ayyan msti ske mkn.!

    ReplyDelete
  15. santai nampak nyer.
    selesa...
    makanan pun orait.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)