Weekend lepas penuh dengan aktiviti, alhamdulilah dari event rezeki anak The Parenthood di Sunway Putra Mall pada hari Sabtu 28 Nov ye sehari suntuk (nanti julia review esok nak edit gambar berpuluh fuhh) terhibur anak-anak dapat rasmikan family themepark yang baru ni. Will story about it soon as possible ramai sangat kawan-kawan dok tanya kat mana-kat mana walhal dah tag kat situ di Sunway Putra hehehe, saje tau saje.


Okey, semalam hari Ahad, luangkan masa emas bersama suami tercinta plak, alhamklumlah hari Sabtu tu beliau tak boleh bersama-sama temani untuk event sebab atas urusan kerjanya terlebih dulu. Agenda nak berjalan semalam sebenarnya banyak, kadang-kadang idea merapu keluar hahaha suami cakap jom pi short vacay ke Colmar Tropika, dulu kita dah pi tapi Qaiser ilman tak lagi masa tu sebab baru kahwin, amboiiii jangan suka-suka buat wife dia fengsan buat mengejut ngejut, hahhaha nonono tak sesuai masa tu. 

Terpikat dengan TAMAY SHOES & ACCESSORIES !
Terus pi Berjaya Times Square, saje lama tak lepak sini, dalam masa yang sama nak beli seluar jeans si Qaiser ilman, banyak dah tak muat, makin besar makin singkat, okey dah dapat seluar jeans murah dak bertuah tu kat sana tu pun puas maknya keliling kedai nak test seluar jeans...suara pun cover line hahhaha kalau kat rumah mak ko ijo wehhhh....kikiki 

History

Established in 2011, Tamay Shoes was first launched in the heart of Istanbul, Turkey.
TAMAY SHOES & ACCESSORIES are essential fashion staples that help to define the style and attitude of the dresser. Our collection of shoes & accessories showcases a wide array of classic and contemporary styles. Men and woman, we at TAMAY caters for your needs!

Melalut banyak ni, haaaa masa turun escalator kat Tingkat 3 tak silap julia la, suami tegur julia dulu, dia cakap, eh lawanya handbeg tu, murahnya, nak tak ma? Apa? Apa??? Betulkah suami aku tanya ni weh....jap nak tampo muka jap...bukan ritu dah beli kt kat Sogo...eh abang ritu dah beli kat Sogo dah cukup lah...tapiiiiiiii mata haku terpaku kat design beg tu beb...suami aku pun sama dah tau taste beg yang aku minat acaner....

Pehtu terus lah dua orang yang niatnya pada mula hanya nak window shopping je ter terrrrrr pikat dan suami ter terrrbelii bila sampai depan kedai ni hahahhaha! Hailaa tak boleh pasang niat je nak window shopping terkadang harga yang terpampang murah tu tak setanding dengan kualiti yang julia tengok dengan mata sendiri. Material handbeg tu julia dah tengok, belek dan try depan cermin besor kedai tu, memang nampak stylo sangat ! Maka adegan pening nak pilih warna beg mana bermula, suami tanya nak warna apa? Sales girl situ peramah-peramah sangat dibantunya julia macam-macam dan diorang semua cakap julia sesuai dengan Warna KHAKI...spesis warna coklat atau orang melayu cakap warna tanah hehehe. 
Ko dah boleh hagak betapa murahnya harga beg-beg ni kan, serius murah dari aku usya kat Zalora tu harga ratus-ratus sebuah beg jenama TAMAY, perghhhh hantu dah rasukkk!

Haaaaaa, lawa kan design dari TAMAY ni, julia tak boleh ronda lama pun dalam kedai ni sebab my Qi dah buat sujud syukur kat kaki omaknya nak aiskrim, nak aiskrim, perghhhhh geram tol aku hahahha, tapi cam biasa, mak kan baik, terus bawa pi sebelah Watson tu nak beli tak mahuuuunya ko...pandai budak ni, time maknya datang hantu nak terjah kedai tu dia buka langkah hahahhaha. Ini sajo gambar yang aku leh snap sambil muka tebal gila anak sok keliling kaki jerit nak aiskrim, nak aiskrim wakakkakaka....sales girl dalam tu semua bagi gula-gula kat Qi, alaaa baiknya korangggg...baik hati tau, tapi tak hado maknanya Qi tu nak...mujur anak!

Aku terus keluar kedai, suami bagi signal pi cari aiskirm dulu, bagi tau warna apa nanti suami nak belikan sementara dia dok sakan mencuba macam-macam kasut, aku? Huwaaaaaa menangis sendu dalam hati, syoklah suami aku tu weh leh ar dia sakan pilih. Takpe-takpe demi ko anak ku Qaiser ilman, mak ko terus bawa naik escalator pi tingkat 5, apo pun tak ado, Qi dok ceramah lah kat aku aiskrim ada kt atas hahahahaha cam mana la dik ko tau aiskrim kat atas pernah datang ke dating sini hahahhaha lawak ini budak.

Pehtu aku tak tau nak pi mana aku wasaup kat suami kata stay kt tingkat 5 je depan escalator, tup tup tak sampai 3 minit sampai dah suami bawa 2 bungkusan. Orang lelaki kalau menyoping memang laju gila, orang pompuan? Sah la nak gelebek puas-puas dulu, banding2 harga dulu, nak try2 dulu, sampai salesgirl lebam tengok korang beli ke tak beli ke baru ko keluar kedai, itu mujur beli, kalau tak beli maunya sales girl tu menyumpah hahhahahha...

Muka? Tak usah nak cakap, terpancar nur kasih sayang hahhahahhaha, amboiiii ingat beli handbeg je kat kita rupanya beli kasut dia jugak, kerlasss ko bang, nanti kena beli wardrobe barulah kita simpan koleksi sama-sama, minat pun sama syok ni. Pehtu terus pi cari McD Times Square lepak layan budak tu nak aiskrim sangat, hihihi berjaya ko dik patahkan semangat umi hehhee.

Suami cakap ini kasut kulit katanya, entah lah aku tak pandai menilai sangat material macam mana sebab aku ni belasah je kalau cantik dengan mata aku. 

Serius, aku perhatikan material kasut lelaki dari TAMAY ni tapak dia memang grip, getah jenis tahan kawasan licin, lembut je dalam dia. Berbaloi beli, harga aku tak ingat, tapi suami bagi tau memang sale gila-gila. Kalau tak bukan senang nak tengok dia menyoping, susah!

Pilihan beg sling dan boleh dijadikan Tote Beg.......
Warna pelbagai, pink, blue, beige, black tak ada, kata stylo kena mainan warna hehhehe, aku suka design bentuk beg gini, memang jiwa aku sangat, kalau beg empat segi petak aku tak minat, sesetengah orang minat.

Rupa belakangnya macam ni, stylo gila, handbeg ni ada bucu kaki besi tau di bawahnya, so bila letak beg tak ada lah kotor atau habuk direct kena beg kan.

Zip didalam, memang besar bukaan zip dia, ada zip lagi didalam kot2 nak simpan ubat ke apa kan....

Terus jatuh cinta, kebetulan suami pun pilih warna seakan sama dengan warna beg julia, aduyaiii sehati sejiwa betul memasing walhal aku masa tu terawang-awang dok cari aiskrim budak bertuah tu tak berjumpa hahahhahaha....orang kata, kalau rezeki jangan ditolak, musuh lantak pi lah kat diorang kan, nanti nak cari wardrobe baru kat Giant lah nak simpan koleksi handbeg, bukan membazir tapi mungkin ia hobi baru muncul bila hantu murah menjelma wakakakaka.

Beg sekolah baru, muka suci je waktu lepas Subuh nak pi keje dengan tak bermakeup nyer syok la pakai beg ni besttt hahahaha.
Satu tempat, lelaki dan wanita pun boleh beli, menarik!
Sale tu ada lagi, aku rasa lah kan mesti lama sale tu, kata je kot 3 hari entah-entah hari ni sampai next week dok sale lagi, mana tau rezeki korang yang dok cari handbeg atau kasut design terkini khas untuk hantaran kahwin, hadiah birthday, atau apa sahaja pemberian, masa inilah korang kena grab laju-laju, nanti dah mahal jangan salahkan aku plak tak bagi tau hehhehe. Bubye!!!!

Berjaya Times Square

UNIT 03-17, LEVEL 3, BERJAYA TIMES SQUARE, NO. 1, JALAN IMBI,55100, KUALA LUMPUR


Website: tamayshoes.com

Facebook: TamayShoes

Instagram: tamay_shoes

11 Comments

  1. Sirius kasut lelaki tu cantik okehhhhh

    ReplyDelete
  2. Matching gtu hbag n kasut..color hbag tu senang no match ngan pelbagai bj..design mcm designer hbag celine lebihkurang..cantik

    ReplyDelete
  3. bestnya sale! cantik handbag n kasut, matching gitu...

    ReplyDelete
  4. Wah wah wah. Shopping aje ye. Cantik kaler tu.

    ReplyDelete
  5. Berkenan kasut cik abe ju...lawa sgt

    ReplyDelete
  6. dah lama saya tak beli handbag tau Ju..sebab sekarang ni suka beli beg galas kat belakag tu.senang nak kejar anak..tunggu dia pandai kawal perangai dia nanti saya nak beli handbag macam ni la..

    ReplyDelete
  7. eh eh sedondon pulak warna beg dengan kasut yer... sengaja atau kebetulan?... hehe..apa pun warnanya memang cantek..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)