Gambar Rasmi dari Laman Web KAIO.

Bila sebut KAIO Studio mesti korang tertanya-tanya, inikah photografer dan videografer yang mengikuti sepanjang family day KBBA baru-baru ini di Hulu Langat? Betul, mereka adalah sebuah syarikat berdaftar KAIO NETWORK RESOURCES (SA0257924-M) yang menawarkan perkhidmatan videografer dan photografer bagi pelbagai acara. Smart team KAIO ni tau datang dengan pakaian yang smart dan ada baju korporat mereka sendiri.
Bagaimana Julia Kenal KAIO
Julia mengenali team KAIO Studio melalui aktiviti Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari yang baru-baru ini dilaksanakan di Hulu Langat. Hasil penelitian julia, sepanjang 3 hari 2 malam sakan ber family day, nyata team KAIO sangat-sangat peramah dan sentiasa setia mengambil kenangan terindah setiap acara yang dijalankan. Siapa sangka team KAIO ini juga join acara family day dengan FLYING FOX untuk snap moment video lain dari yang lain. Wowww syabas team KAIO. Saya nampak anda sendiri panjat bukit semata-mata nak snap video dari puncak bukit sehingga ke bawah. Love it!

Videografer dan Photografer KAIO sedang khusyuk mengambil snap yang best!

Pencapaian Kaio Studio
Banyak tau pencapaian KAIO Studio, siapa sangka syarikat ini pernah pergi ke luar negara dan berganding bersama dengan artis-artis tempatan yang sangat hebat, antaranya Anuar Zain, Siti Nurhaliza, Mawar Rashid dan banyak lagi. Ini buktinya:

1. Cover Magazine Photoshoot with Anuar Zain in Paris 
2. Mothers Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza
3. Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka
5. Jubah Eisa by Ezuwan Ismail feat. Ungku Ismail Aziz Videoshoot in Cairo, Egypt.
6. Ceres Jewels Bollywood Gala Night
7. Pure Lens by Mawar Rashid.
8. Official videogreapher for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015
9. Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis.
10. Korporat video ICON OFFSHORE Sdn Bhd

Siapakah KAIO?
Khairul Anwar Abdullah (Kaio)

Kaio adalah Anwar Abdullah atau nama penuh sebenarnya Khairul Anwar Abdullah, lebih dikenali dengan nama Kaio di kalangan rakan-rakannya. Berkelulusan Management & Science University (MSU), Malaysia dalam jurusan hospitaliti dan pelancongan.   
Mula karier sebagai pemandu pelancong berlesen dari Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 2008. Di mana Kaio berpengalaman menguruskan rombongan dari serata negara seluruh dunia seperti Iran, Jepun, Vietnam, China, Thailand, Australia, Poland dan Arab. Kaio juga pernah pernah ke kaca TV, majalah dan akhbar sebagai pemandu pelancong muda yang berjaya dan cemerlang. 
Selain dari itu, Kaio Studio juga telah terlibat dengan acara-acara pertunjukan fesyen, dan persembahan artis-artis tersohor tanah air seperti Dato Siti Nurhaliza. 


Selain dari negara eropah dan timur tengah, Anwar Abdullah juga turut melakukan kerja-kerja photography dan videography di negara asia tenggara seperti jurugambar untuk syarikat Felda Global Venture yang ke Chiang Mai untuk lawatan teknikal ke sana. Selain dari itu Anwar Abdullah juga pernah menghasilkan video korporat untuk tokoh perniagaan berjaya Malaysia iaitu Datuk Maznah Hamid yang dikenali sebagai ‘Iron Lady’.

Hebatkan beliau, julia suka baca pengalaman Kaio menerusi blognya www.kaio.my

KAIO Studio Abadikan Kenangan Terindah Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari
Gambar rasmi ini diambil oleh KAIO Studio, banyak lagi moment gambar yang anda boleh lihat di SINIKaio juga merupakan blogger yang bermula pada tahun 2009 secara suka-suka dan mula aktif pada tahun 2011. Kaio mudah dikenali kerana banyak melibatkan diri kerjasama bersama Harian Islam, Oh Media!, I luv tour dan Hai Blogger dan baru-baru ini Kelab Blogger Ben Ashaari. Inilah hasil video pihak KAIO hasilkan. Yeyyyyyyyyyy suka sangat-sangat, impak yang dimasukkan dalam video ini juga beri kesan yang sangat menyeronokkan untuk di ulang tayang beberapa kali, mungkin beratus kali di lihat oleh julia sendiri.


Video Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari

TOP 5 Most Glam Fashion Videographer 
Baru-baru ini Anwar Abdullah, pengasas Kaio Studio telah memenangi pertandingan Most Glam Fashion Videographer by Glam Magazine Malaysia dan melayakan Kaio Studio untuk tugasan video-video bersama Majalah Glam seperti behind the scene photoshoot dan lain-lain.

Sejajar dengan pencapaian memberangsangkan Kaio tidak lagi boleh bergerak solo selamanya. Kaio telah mula merangka dan menyerap photographer dan videographer sebagai ahli pasukan Kaio Studio.

Julia rekemen kepada anda diluar sana yang sedang mencari perkhidmatan photografer dan videografer yang setia, corak video yang sangat menarik serta gambar yang cantik, pastinya Kaio Studio pilihan terbaik. Anda boleh hubungi mereka melalui link dibawah.


Kaio Studio
Website : www.kaiostudio.com

Personal Founder Kaio Studio Kaio
Blog : www.kaio.my
Instagram : www.instagram.com/kaio_my

6 Comments

  1. untung uolsss familyday dpt photographer & videographer yg best ni...tp ms awal thn aritu, akk & bff ada kenal gk KAIO ni sbb die ada amik video time bff akak ms surprise busday...lps tu ada tgk namanye kt IG, rupanya blogger juga

    http://mamatisya.blogspot.my/2015/01/kejutan-utk-birthday-girl-dari-yg.html

    ReplyDelete
  2. ala dah ada nama ni takut mahal sgt charges nyer...seram nak minta quotation..huhuu...

    ReplyDelete
  3. mcm anas easkey la....mula2 jadi fotografer sambilan je...skang dah femes amos...
    mcm best je kbba ni...:)

    bw dari Pencarian Bloglist Nurfuzie Dot Com #1

    ReplyDelete
  4. wahhh..femes emess dh kaio studio..artis terkenal koooo..hebat!! gambar2 n video2 korg pun terbaikkk

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)