Malam tadi berderau darah suami isteri dengar dari customer cakap bas yang ditunggu tak kunjung tiba untuk pick up dia orang balik, kalau korang yang selalu ikuti perihal perniagaan suami julia fahamlah kami punya perniagaan bas persiaran. 

Dijadualkan pada masa pick up jam 8 malam, jam pukul 9 customer call bertubi2, menyatakan bas tak ada. Suami call pemandu yang dipertanggungjawabkan, (baru masuk kerja kelmarin, semalam buat hal dah) langsung tak pick up call.

Meluru lah suami dan biz partnernya adik kepada suami pergi ke tempat kejadian untuk pick up trip yang mungkin ambil masa 1 jam perjalanan. Aku sebenarnya malas nak cerita lagi apa itu amanah & tanggungjawab, masing-masing dah tua kot, dah faham lebih apa yang dimaksudkan.

Setengah jalan, driver tu call cakap dia yer motor masalah, tu lambat ke tempat kejadian, suami tak puas hati, tanya driver kedua di tempat kejadian, katanya kawan dia tu cakap dia tertidur......apaaaa TERTIDUR!

Hmmmm pekerja baru, tapi bukan pengalaman baru, tu sebab aku suka suami ambil pemandu yang freshie, muda dan kurang pengalaman. Tak banyak akal, dan tak pandai nak buat salah. Malah mereka siap bantu rewang lagi kalau ada event besar yang perlu mereka bawa, kami pula yang bangga sebab pemandu-pemandu orang2 muda ni kata dok saja bosan, tolong kupas bawang pun seronok dah.

See....faktor usia ada atau faktor buat-buat tak endah pada tanggungjawab. Cukup baik dah mereka dapat majikan yang jenis makan semeja dengan korang, borak tanpa perlu cakap bos, hanya hormat yang kau kerja dengan siapa itu sahaja.

Hari ni aku dah cool, malam tadi je aku rasa nak tumbuk dinding, tu sebab aku tak boleh kerja 1 bumbung dengan suami, sebab aku jenis particular dan disiplin bab masa dan jadual kerja! 

Jenis macam aku lebih elok kerja yang orang kurang mengarah aku, kerja rutin tapi semua buat sendiri. Sebab aku panasssss hati kalau orang pandang lekeh tentang buat kerja asal siap. Huhhhhhh.

Suami jenis cool sangat2, eloklah kawan dengan isteri yang kontra macam aku, kalau dua2 cool, aku rasa banyak lagi orang nak amik kesempatan dengan bos korang yang cool tu, harap Qi besar nanti dapat kemudi empayar kecil perniagaan walidnya, kalau boleh aku tak mau dengar kes remeh temeh ni....memalukan orang Melayu je. Serius cakap, macam mana nak maju kalau terima pekerja yang kita fikir dia berpengalaman tapi hal sekecil ini pun tak dapat pikul dengan baik. Tak kisah lah siapa pun kau, jaga kreadibiliti kita sebagai seorang manusia. Ada masalah macam mana sekali pun, cuba-cubalah fikir jika anda duduk ditempat kami.

Ohhh, bukan duit yang dikejar, tapi kepercayaan orang terhadap perniagaan itu yang susah nak jaga, nak kekal, bila-bila masa orang boleh rasa tak suka oleh kerana hal yang kecil macam semut ni. Semut tak salah.

Pagi ni suami gerak ke Taman Negara Pahang untuk pantau job jauh sikit, macam manalah dia ada hati yang sabar bak malaikat, aku susah nak hadap kes semalam, rasa nak tumbuk orang je masa tu.

Aku dah bincang dengan suami, harap hari ni task dia yang terakhir, ada masa cakap elok2 carilah kerja lain. Lain kali nak ambil pekerja memang kena ada reference kenalan dari orang lain, baru boleh dipercayai...

Jangan cakap aku tak payung, katak pun tahu nak payung inikan manusia!


12 Comments

  1. Sejam tggu tuu.. mana hati x panas.. if sy ni cust tggu 15 minit pun dah ngamuk.. huhu.. dugaan betul mcm tu.. sian juju n husband.. pasni dah boleh alert ngan pekerja jenis panjang akal mcm tu..

    ReplyDelete
  2. mau customer tu tk cal bertubi2 tgu lama bas tk smp kn..lpstu customer ok ke lps explain ...ke customer pn dh marah222??

    ReplyDelete
  3. Huhu...susah jugak kan klu dpt pekerja mcm ni..xpe..pasti ada hikmah tu julia..mgkn Allah nk duga kita spy lbh berhati2 lagi cr pekerja lps ni kan..

    ReplyDelete
  4. hmm sabar je la kan..dah la zaman skrg ni susah nak dpt keje dah dpt buat perangai pulak ;)

    ReplyDelete
  5. kikiki..tajukkkkk tuuu..
    kussss..semangatttt..klu jd kat den laaaa..den pecat terus org tuu..kuangjaw betui..sebab nila yg 1 tu kang abis merosakkan yg lain..org dh bg kepercayaan, tggjwb la sket..alasan bdk skolah tu! apepun..semoga bisnes julia n hsbnd terus maju n maju dan terus dilimpahkan dgn rezeki..amennn..

    ReplyDelete
  6. lelaki ni mmg sabar kan.. dlm segala hal. hehehehhe

    ReplyDelete
  7. Tak patutlah bohong mcm tu.. isk3.. customer cmne kak ju? Dorg ok x?

    ReplyDelete
  8. Allah, nani pun jenis tak suka orang yang tak punctual macam tu. Kesian customer tu lama menunggu

    ReplyDelete
  9. Kalau ena pun ena panad kak.. Tak suka jenis yang suka ambil sambil lewa ni cuma ena ni tak reti nak marah secara bijak.. Sobsss...

    ReplyDelete
  10. ju.. kita sama.. jenis tak suka orang mengarah je.. cukup sekali arahan.. tak paham aku tanya.. kalau asyik berulang alik tanya itu ini.. rimas..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)