Hilaian gelak ketawa, menangis teresak-esak akibat meja kaca jatuh mujur tak berderai buat aku belajar dunia alam kanak-kanak. Bukannya julia tak pernah alami dunia seperti mereka, tapi amarah kena simpan ketat-ketat, walhal kadang kala terpancul apabila penat menguasai diri.

Raya haji kali ini julia tak mau lah cerita tentang seronoknya beraya, jerebu dimana-mana, moyang Qaiser ilman Tok Haji Kadir masih tenat, mujur wife-wifenya ada menjaga, aah wife-wife, lebih dari satu, itulah kelebihan dan keunikan keluarga kami. Ada 4 nenek, dan 1 nenek sudah meninggal lama, yang sebenarnya ada keinginan nak lihat daku sebelum dia pergi, tak sangka tak sempat nak berjumpa, Allah, sayu hati dengar dari mulut ibu saudara suami. 


Sudah berlalu ~
Inilah anak-anak saudara julia, kalau dicampur lagi 3 orang ni lagi meriah, jadilah dari tiada langsung kenangan buat Qaiser ilman bila besar nanti. Julia nak print gambar ni dan pos ke neneknya di Balok Kuantan, nanti besar kita ramai-ramai buka album lihat gambar ini dan semua anak saudara julia akan bergambar di tempat yang sama macam ni nanti. Janji kalau umur auntie ju panjang ye. Mereka semua panggil auntie ju alahaiiiiiii sweeettttttttt mcm gula kapas hahahha
Dari Kanan: Abg long Danial sudah habis exam UPSR nya, besar dah, cucu tok kadir paling tua, Qaiser ilman dengan keletah jari di pipi hehe, dan 4 orang adik beradik perempuan abg long danial. Ramai adik perempuan hehehe.


Comel lihat mereka, rindu semakin menjelma, anak-anak yang dahagakan kasih sayang auntie ju. Auntie ju layan je, comel lihat mereka ni kan.


Tak dapat nak berkata apa, lihat moyang mereka ini hanya baring sahaja, berapa kali masuk icu tak dpt di bilang dah, lewat hujung 80an umurnya, raya haji setakat raya, lihat moyangnya terfikir, bagaimana bahagian ku bila tua nanti?

5 Comments

  1. ala kenapa comel sangat qi posing nie..hehehe..tgn tetap peace tekap pipi gebus gebas dia tuh!comel!

    ReplyDelete
  2. memang baka comel2 pipi diaorang ni Ju..hahahah..

    ReplyDelete
  3. ju, opah aku pun dah umur 90 tahun dah..memang tak larat sangat dah..kuar masuk spital je..huhu

    ReplyDelete
  4. amboiii..geramnye tgk qi posing cmtu..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)