Apa kata romantiskan malam anda setahun sekali ataupun seumur hidup sekali bawa keluarga tersayang makan malam di hotel. Rezeki suami lebih, salurkan sedekah pada keluarga, mohon panjat kesyukuran pada ilahi, alhamdulilah. Malam ambang Merdeka 2015 baru-baru ini, julia dan Qaiser ilman dijemput khas oleh orang tersayang siapa lagi kalau bukan Encik Habibullah Radzali. Katanya,"Jom makan malam kat sini, dah tempah awal dah, harap julia dan Qaiser ilman suka, cepat bersiap, leh pi awal sikit lepas Maghrib" yeyyyy, nak tolak? Ehhhhh rugiii, walhal penat balik dari outstation Kuala Terengganu masih berbisa, jom.

Gambar diatas julia ambil dari website Renaissance Kuala Lumpur Hotel. Memang popular hotel taraf 5 bintang ni, rates 1 malam menginap tu baik fikir balik juta-juta kali. Boleh bayar sewa rumah korang tuk sebulan hahahaha, bagi yang tetiba dapat promo ke, dapat jemputan review ke tu nasiblah kan. Tang makan sini pun leh tahan gak, hmmmm takpe lah hubby niat ikhlas, kita ikut je ye dok.

Sewaktu bertugas 5 tahun lepas di Kota Bharu Kelantan, pernah menginap Renaissance Kota Baru Hotel memang wa cakap sama lu memang kerlas, pintu masuk pun ko leh cangak depan tu, acaner nak masuk bilik hahaha, tu pun dapat peluang masa hadiri seminar dan jadi urusetia program kerja lama dulu. So bila jejakkan kaki disini boleh lihat pesona deco hotel ni mewah tapi simple.


Here we are!
Malam ambang merdeka tu kami sampai, tak ramai orang pun.

Ternampak tangga panjang ni, mata tak henti melihat, cantiknya siapa yang kahwin kat sini, ada ballroom khas ko, perghhhhhhh pastu ambil gambar kat sini memang terbaik punya port.

Vogue Cafe
Sampai sudah, apa lagi selfie dulu lah sambut makan malam dengan keluarga tercinta, sambut birthday Qaiser ilman yang akan genap 3 tahun. Untung, panjangkan rezeki sedekah pada kami, semoga murah lagi rezeki Tazben Travel Sdn. Bhd. 

Wowww port yang ditempah oleh hubby betul-betul mengadap KL Tower tau, kerlas, just 3 of us, gather sampai puas-puas hehe.

Qaiser ilman dah lapar lah tu hahahha 

Nak makan apa?
Jom intai jap

Buffet Dinner
Paling syok ronda satu buffet sambil ambil gambar hahahha, malu? Kalau jadi blogger malu tu sila tolak ke tepi, rugi lah korang tak abadikan segala moemnt kat sini, bukan senang dapat peluang makan mewah macam ni, aummm. Telan ailio tengok part western, nampak tak udang gemuk tu bersusun elok, siap dia hahaha. 

Candy Buffet
Haaa terkejut tengok ada candy bufet celup coklat tu weh, sedap sungguh rasa, macam-macam rasa ada buah, marshmallow pastu celup coklat alahaiii memang kena konsep sambut advanced birthday Qi kat sini wehuuu

Black Mussel tu sedap okey, kalau korang nak rasa pi sini, memang tip top.

Dessert Corner
Tu diaaa, hat ni yang nak makan memula sekali, dessert kat sini dari hujung meja sampai hujung meja sana, kelip kelip mata tengok mcm2 jenis kek huwarghhhhhhhh.

Salad Cream, Corn Soup, dan lauk isi udang yang telah siap dikopek, tinggal nak makan je, perghhh ratah lauk je lah

Our Dinner Plate?


Nak habaq, tang udang tu memang sedap!
Aku rasa dia steam udang tu, rasa juicy sangat, yang penting memang betul2 dah masak, so bila cicah dengan sos cili wallaaaaaaaa....nak tambah lagi malu hahahhaha 

Makan syahdu sangat, hahahhahhaha


Lupa nama, tapiiiiiiii memang sedap, pertama kali rasa, huwaaaaaaa kongsi dengan suami, memang cream dia habis sedap dah, kembung perut hahaha

Tudia, coklat celup dengan gula-gula sedap aummmmmmm, denga buah pun ada.

Jangan risau, ada lauk ayam masak kari, lembut je, kerja julia makan lauk je beb, salmon masak putih tu lupa nama, kenyal isinya.

Cara diaorang masak Black Mussel ni memang kerlas, julia pun tak leh nak agak macam mana diorang adun resepi, anggap je lah masak cili hahaha

Qaiser ilman treat!

Alalalalla, baiknya hati anak umi dan walid, moment ni paksaan dari Qi untuk suap kami berdua, napa sweet sangat ni Qi. Nangis umi tau hahahha

Aiskrim pun ada tau, pastu dia punya topping kemain, ni semua ambil sendiri tau, kalau nak lagi sila lah makan sampai korang sejuk beku dalam tu hahahha banyak kot!

Makan lah puas, puas, esok kita tengok gambar makanan sambil nangis tau hahahha

Puas hatilah!
Ke semua sedap, tak tau dah nak cakap mana paling sedap, semua sedap-sedap, berbaloi lah hubby belanja, kami makan tak henti-henti, pastu dok ke hulu ke hilir dengan plate, time tu kalau malu rugi sgt, hahahhaha



Terima kasih kepada anda semua yang beri tanda ucapan ingatan Selamat Hari Jadi kepada anakanda Julia dan Suami tersayang. Julia doakan kalian semua senantiasa sihat dan dimurahkan rezeki hari-hari. Ya Allah perkenankan doaku kepada mereka semua dibawah. Mmmuahhh! Siapa nak wish leh wish Part 1 SINI.


18 Comments

  1. Salam kak julia, wahh meghiah ye makanan.. kita pun suka mkan k bolehh gangg! :D
    Happy birthday my dear qaiser. jadi anak yang baik n bijak k! qaiser untung org lain dpt rasa satu kek jaa, dia mcm2 kek adaa.. hihi.

    brp pakej satu org ni kak?

    ReplyDelete
  2. wah. menarik nyer julia...
    kalau aida gi ni, beramai-ramai sgt.
    tak jadik la tajuk nyer candle light dinner :) ha ha ha...

    ReplyDelete
  3. best nya ju..makan2 kat situ tetiba dia buat suprise..ada bunga api meletop2 gitu..terus keluar bunga api yang love2 tu..wah..cam citer katun sudah saya berangan..heheh..

    ReplyDelete
  4. Seronoknya juuuuuuuuu. Vah vah vahhhh. Hehehe

    ReplyDelete
  5. Huishhhh grandnyaaa hotel niii.. Makanan dia pun, superbbb

    ReplyDelete
  6. Bestnya..cuma mcm akk kena spare banyak kot utk makan kat sini...sbb handbagnya dh beso2..hahahaha...kalau nk jugak kena pergi dating berdua jela dgn mr hubs..kan

    ReplyDelete
  7. tertelan2 air liur tgk mknn sedap sangat

    ReplyDelete
  8. wahhh bestnya.. makanan pun sedap!

    ReplyDelete
  9. siyokkkkknyeee..suke bile tgk muke qi tu..mesti hepi die..

    ReplyDelete
  10. sronok dpt mkn kt hotel...byk pilihan , akak pn pernah stay kt renaissance yg kt klate

    ReplyDelete
  11. Tak ada benda nak komen, just... HUYOOOOOOO!!!!! Kelas kau maria.. hehe..

    ReplyDelete
  12. uuuuu best hotell.. kelassss.
    tapi food dia memang yummehhhh


    Soya antara Fakta dan Auta

    ReplyDelete
  13. heheh takpa skali skala =) kalo selalu tu yang koyak poket.. hehehe..

    ReplyDelete
  14. Assalam julia,
    aloloooooooooooo
    happy belated birthday qi :)
    moga sentiasa dalam rahmat & lindungan Allah
    AMIN

    ppssstt : kek qi bertingkek3 he3

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)