Semalam jam 10 pagi dah selamat nikah pada 23 Julai, hari ini malam nanti kami sanding dekat Dewan Wisma Sejarah Kuala Lumpur (sebelah Perpustakaan Negara) 24 Julai hahahhaha berangan nak sanding lagi sekali kemahen.

Sudah Kahwin Rupanya Aku!
Teringat masa nak kahwin dulu-dulu, kami dua orang kumpul duit masing-masing sejak 2 tahun sebelum nak kahwin, tarikh pun tak tau nak kahwin bila, jangan berangan nak pilih tarikh lawo2 idokler berangan, motif kumpul duit keringat kerja dulu cukup-cukup.

No sponsor Pa & Ma 
Masing-masing sebab tak nak susahkan dia orang kita yang nak kahwin menyusahkan mak bapak buat apa itu aku rasa, tak pinjam ah long bank, tak pinjam duit adik badik mahupun kawan-kawan, tak cukup jangan kahwin lagi, sabor, dah cukup bayar lumpsump cukup-cukup. Tapi kalau ada orang bagi ikhlas hati AMBIL, jangan sombong gitu, yang penting jangan meminta-minta tak elok.

Nasihat aku. 
Sebab aku dah lalui, peritnya menyimpan sama-sama jgn harapkan belah lelaki je, kita nak kahwin dengan dia, nak majlis cm tu, nak pelamin cam ni kemahen, nak sehidup semati konon ayt keramat dengannya, peh tu time nak kahwin bior lelaki belanja semua, sian sian zaman laa ni dua dua kena proaktif, sama-sama cari duit baru sama-sama rasa nikmatnya buat majlis kahwin diri sendiri)

Kecik ke, besar ke sesuatu majlis tu tak penting.

Janji lepas kahwin ko takde hutang piutang yang perlu ko pikir, sebab nanti ko nak pikir nak makan apa lepas kahwin, duduk mana lepas kahwin, banyak kena pikir tu semua. 

Tapi aku ingat lagi, duit hadiah kahwin yang korang bagi tu lah kami dapat beli peti ais sebiji besar berjenama sampai sekarang dok ada lagi kat rumah, berjasa 4 tahun, bila aku tengok peti ais tu aku tingat korang yang ikhlas beri sumbangan kahwin kat kami dlu.

Dapur gas,
Kawan opis bagi dulu pun dok elok sampai sekarang, banyak lagi kenangan aku nak kongsi

Siapa cakap kahwin tu tak seronok?
Seronok oiii, dulu-dulu cakap nak kahwin nanti lepas cukup duit, tak pernah ye nak cukup, tau sebab apa? Matlamat hanya nak CUKUPKAN DUIT. Memang tak sampailah. Tapi bila kita ada bakal, dari situ sama-sama letak matlamat hidup, aku nak bina hidup dengan dia kan, kena sama-sama kena ada angka $$ untuk realisasikan majlis yang boleh kata semua nak grand, nak gah, sekali seumur hidup mesti nak meriah walaupun sempoi.

Pengalaman Aku Kahwin
Terus terang aku cakap, bukan senang nak urus perkahwinan sendiri, banyak benda yang nak kita uruskan sebab matlamat :
  • Tak nak hire Master Planner - aku ni degil orangnya, memang suka buat apa pun olahan idea aku sendiri (jenis otak tak boleh duduk diam susah sikit), ikut bajet kami dua sendiri, kira semua nak melangkah dengan kaki sendiri baru aku tau rasa macam mana susahnya nak kahwin.
  • Tak nak SUSAHKAN MAK BAPAK - Ya, aku ni dulu diasuh memang sejak kecil susah walaupun aku anak orang berada tu aku tak nafikan, mak bapak aku dengan mak bapak mertua aku memang hebat, tapi tak bermakna aku dan bakal aku kena ambil kesempatan ke atas mereka, aku usaha sendiri beb dengan bakal aku kecuali cuma minta tolong isikan door gift sahaja dari kedua pihak keluarga itu sahaja.
  • Follow up selalu - Ya, aku ni kejam sebenarnya, sebab aku lah si master planner, akulah kuli, akulah menteri kewangan yang tak berapa berduit pun tapi simpanlah dikit-dikit. Ya kita sebagai perempuan, selalulah follow up dengan bakal suami korang tu, lepas ini nak buat apa, minggu ini mesti settle kan item ini, dan seterusnya, tau sebab apa nanti kau tak kelam kabut. Ko dah ada perancangan mantop.
  • Sudah selesai Hutang Lapuk PTPTN - Ya, aku nak pi umrah satu family masa tu, tapi nama aku kena blacklist, pastu aku tekad nak bayar lumpsump masa pi umrah sama-sama satu family sebab abah aku taja, tak kan aku tak ikut kerana blacklist bayar pun tak tetap so aku stuck, dalam masa yang sama ko rancang nak kahwin. Gila aku kejap, nak tak nak angka 21k mulat2 aku simpan tu aku bayar semua, menangisssssssss lah kau tepi bucu bank, tapi aku lega, walaupun aku istihar diri aku ada berapa rat je dlm bank, aku niat dalam hati cuma satu, lepas aku balik kerjakan umrah, aku nak menabung semula untuk 2 tahun.....menabung korang menabung, bertatih aku semula...gila arrrrhhh time tu memang kereta kancil putih je aku bawa, mujur kete tu tak berhutang, kete 2nd, tapi jimat lah rosak sikit2 tu.
Aku tak mau lah cakap banyak, nanti korang baca 3 entry dibawah, ada aku jelaskan bagaimana pengalaman aku dulu nak plan kahwin dan baru-baru ini adik bongsu aku sendiri ikut jejak langkah kakaknya. Aku tau ramai anak-anak muda di luar sana tercari-cari bagaimana tak nak susahkan mak bapak, nak urus majlis gilang gemilang korang meriah dan simple, serta tak ada hutang lapuk lepas kahwin.


Click 3 link rahsia 




Nak Wish? 
Click SINI

Terima kasih sudi ucapkan selamat hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke 4 tahun, doa dan ucapan anda semua julia dan suami dah baca, kami doakan semula kepada Allah supaya panjangkan rezeki kepada anda semua. Aminnnnn yarabbalalamin.

Terima kasih sudi mengkritik membina, pujian membina dan kata-kata semangat, kerana Anda sangat-sangat BERHARGA!

21 Comments

  1. Happy anniversary Juju...uik lain plak ghuper paras juju masa tu eh...

    ReplyDelete
  2. happy anniversary buat julia dan suami..
    banyk kisah tersurat dan tersirat nih..bab ptptn dah setel tu cam bahagianya hidup

    ReplyDelete
  3. Cantikk kak kahwin dulu... Apapun happy anniversary buat akk dan hubby.. Semoga bhgia hingga ke syurga

    ReplyDelete
  4. happy 4th anniversary julia & husband...smoga berbahagia hingga hujung nyawa disamping ank tercinta

    ReplyDelete
  5. Happy anniversary kak :) Baca tips pengalaman orang dah kawen boleh guna untuk majlis snediri nanti :)

    ReplyDelete
  6. Selamat ulang tahun anakandaku Julia sayang...semoga kalian berdua kekal bahgia hingga hujung nyawa...dan dikurniakan zuriat2 yang soleh dan solehah.....aamiin..

    Bunda sendiri kekal bahgia hingga 26 tahun, se hingga lah kehujung nyawa arwah suami bunda.. kami berpisah buat selamannya...kini sudah 7 tahun bunda dan anak2 hidup tanpa arwah...

    Anak sulung bunda pun dah berusia 33 tahun kini......raya tahun ni dah raya ke lapan kami beraya tanpa arwah disisi..... sejauh mana kami sayangkan arwah tetapi Allah lebih menyayangi nya...
    kami redha... Al-Fatihah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bonda, bagilah petua bahagia until 26y, saya baru nak bertatih nak masuk tahun ke 14 Dec ni... Semoga saya pon dapat follow bonda, bahagia hingga hujung nyawa di antara kami. Amin!!

      Delete
  7. Happy Anniversary Julia, moga bertambah ahli lepas ni ye.
    yup2...saya sokong ulus Julia, Saya dulu pon macma Ju gak, himpun sikit walaupon ikat perut xper asal mak abah x susah. HEHEHE, manisnya terasa sampai sekarang...beli barang hantaran setahun sebelum bernikah, gila haper ken..tapi yer arr nak beli selambak nangis wow...nampak duit x lekat langsung, but alhamdulillah... rezeki nak kawin, dapat tolong mak sikit besarkan rumah, tambak laman rumah, besarkan bilik air dan tandas, dapat bagi mak duit utk kenduri, dapat tolong mertua beli seko lembu utk tumbang di hari bahagia kami...dan, i pon mcam Julia gak...duit orang sedekah during kahwin kat tangan ku as hadiah kawin selamat ku belikan peti ais yang sampai sekarang boleh guna lagi tapi dah bagi pada my mum dan dapat beli mesin basuh front loading...pon dah bagi pada mak juga, still working lagi, dapur gas hadiah dah jahanam... ape pon...manis je, half year sebelum nikah start bayar ansuran set bilik tidor...weehooo, 3bulan before nikah start bayar ansuran barang kemas buat batal air sembahyang. cukup time...1m before nikah semua barang dah ready... before that, mak dok bising2 bilik pengantin xde perabut ape..kosong. HAHAHA, owh indahnya pengalaman itu..

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Raya sis julia, thanks for the tips & sharing :)

    ReplyDelete
  9. selamat ulangtahun perkahwinan Ju...

    saya rasa saya punya bajet majlis perkahwinan antara yang terendah la kot sebab tak buat kenduri besar pun sebab buat kat kampung..kampung pulak tak de kawan2 ..saya tak de kawan sekampung jadi jemput pun kawan2 mak kat kampung tu..tak de pelamin gah2,..ringkas..Betul kata ju...majlis kecil ke besar tak penting pun..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. Kami kahwin pun sederhana je... Takde meriah-meriahnya pun... Tapi meriah la juga... Tapi duit memang kumpul sendiri dan pakat-pakat dengan suami masa tu... Hehe...

    ReplyDelete
  11. Happy anniversary. Za mmg kwin pa ma yg handle sbb pilihan dorang, plus za br hbs bljr. Sedih plak.

    ReplyDelete
  12. Salam anniversary.. moga membawa ke syorga!

    ReplyDelete
  13. happy anniversary..
    Moga bahagia hingga ke syurga..

    Suka baca kisah akak. :)

    ReplyDelete
  14. happy anniversary ju..semoga berkekalan hingga ke jannah..
    salute tgk cara ju menyimpan utk kawin..xsusahkan parents lnsg..hebat sgt..

    ReplyDelete
  15. lambat pulak baca post ni.
    Happy Anniversary Julia semoga jodoh kalian berkekalan sehingga ke akhir hayat

    Petua Sempoi hilangkan batuk

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)