Ahad lepas bawa family makan di Heaven's Park Fried Chicken yang terletak di belakang Pasaraya Ong Tai Kim Gombak. Lepas baca review dari blogger Ciknad tempoh hari, teringin nak cuba ayam goreng baru ini dekat sangat dengan area rumah mak. Not bad lah ayam dia, tapi fish and chips dia sedap, rekemen! Cuma servis tu lembab sikit tu kurang best tu sebab orang tak ramai mana, mungkin kena tambah staff lagi okey. 

Nampak tak, cubaan Qaiser ilman memujuk sepenuh hati minta walidnya belikan Kid's Meal, ada toys minion, lagi lah dia tak leh duk senyap2 hahhahaha....

Ayam ada, wedges ada, air pepsi. 
Ayam goreng spicy ni sedap, tak adalah rasa pedas sgt macam Mcd punya tu, anak2 boleh makan, wedges dia agak kureng sikit, sedap lagi ar Mcd hahahhahhaha

Ko tengok muka slumber budak ni, orang suruh pandang kamera dia buat muka cenggitu hahhahaha ini baru 3 tahun tapi perangai Allah macam-macam! Hahahahhaha

Video Qi Panas-panaslahhh...haaaa tu lah umi cakap sabar, tunggu dulu bagi sejuk sikit baru makan, tak ada maknanya nak tunggu, hahhahahhahha dia memang peminat sos cili, bagilah lauk masakan pedas pun dia makan, memang geng sangat dengan umi!

Kids Meal tu bestlah, ada burger, ada 2 nugget, 1 air oren dan mainan.
Dapat minion tu terus dok elok2 atas kerusi, kalau tak maunya satu cafe dia nak pujuk walid dia...tau sebab apa dia kejar walid dia je...walid dia ada duit...umi cakap duit umi masuk dalam bank, nak kumpul banyak2 senang bagi Qaiser ilman belajar pandai-pandai...hahahhaha sampai sekarang tak pernah minta kat umi..........#selamatduitumi hahahha


Walid kata umi kedekut sangat dengan anak....hahhahahahha memang pun julia tak minat belikan mainan...tapi kalau minta belikan buku...umi tak berkira wang ringgit!

p/s hari ini bz sikit ada meeting, nanti i reply satu-satu ye mmmuahh!