Kebetulan cuti panjang bulan Mac 2015 yang lepas, husband julia hendak ke Kelantan dan Terengganu oustation perihal partner perniagaannya click website Bas Persiaran Tazben Travel Sdn. Bhd. disana. Julia dan Qaiser ilman sejak dari awal lagi dah bersiap siaga dengan pelbagai beg dan barang keperluan untuk berlepas menaiki Trooper sahaja. Ketahui entry lepas  SINI julia dah cerita penginapan di Kuantan yang murah dan selesa, so kali ini julia nak review satu hotel bajet super murah dan selesa juga di daerah Kuala Besut Terengganu.

Kuantan ke Besut menaiki jalan darat ambil masa lebih kurang sejam lebih nak sampai, fuhh nasib baik menginap dulu di Kuantan semalam. Kalau tak berdouble2 penat tau. Berlepas waktu pagi dalam jam 10 pagi...lebih kurang pukul 1 tengahari sampai dah Besut. Pertama kali juga julia dan Qi menjejakkan kaki disini. Ternampak Jeti Pelancongan Kuala Besut terpampang.


Oh disinilah kalau nak ke Pulau Perhentian naik bot...dalam hati meronta-ronta dah nak pi tapiiiiiiii....tujuan utama ke sini bukan melancong, tapi urusan kerja....mata julia tak kelip2 tengok jeti ni. Impian nak ke Pulau Perhentian masih tersekat. Ohhhhhhhhh tidakkkkkkk! I hate sungguh kalau dah sampai tapi x dapat pergi...fulus tak mengizinkan. Kehkehkehkeh...tapi tak mengapa, at least tapak kaki julia dan Qi penuh dah kt jeti ni. Saje ambil angin laut dulu.

Qaiser ilman berangan lah tu nak scuba diving kt Perhentian island 
hahahha...ohhhhh bilakah nak pi sini kan Qi...rasanya tak sanggup tempuh jalan darat nak ke sini, kena naik flight dari KL- Kelantan dekat sikit nak ke jeti besut. Penat tau berjam-jam naik kereta kalau nak ke sini...panas montot hahahhaha...Qi doakan mak ko dpt kumpul duit...dapat pi sehari semalam kt Pulau Perhentian jadi lah kan hahahha :p

Husband julia dah tau, julia tak suka dia bazirkan duit tidur hotel mahal2, baik duit tu bagi bini dia pi soping lagi nikmat dan barakah gitu hahaha...memula kawan partner hubby nak suruh try tidur kt area jeti besut punya hotel yang baru je buat....tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii bila masuk macam hati tak tenteram...aku tak nak mention nama hotel yg baru buat tu...ada sebab kena jaga. Hmmm aku turun balik, aku cakap dengan asben papa tak mau lah hotel tu...takutttttttt hahahha...

Pastu pusing depan sikit nampak papan tanda tulis kt luar besar-besar!
T'Lodge 
T'Lodge hotel ni betul-betul bersebelahan dengan Jeti Kuala Besut dan bus stop utama, sebelah hotel ni ada pasar malam waktu petang, haishhh ini sudah bagus. Bila masuk tanya harga not badlah RM138 semalam. Tapi hubby julia kenal tauke hotel ni dapat RM99 je semalam. Gilaa murah sebab 2 queen bed...weeeeeee boleh tidur puas-puas golek-golek heehhe

Selesa sangat lah sini, memang tak de lif sebab setingkat je naik tangga, kawasan bersih. Bilik besar, aircon, TV Astro, bilik air besar bersih, peti ais ada WiFi gitu....murah kan?

Qaiser ilman tengah review peti ais sejuk ke tak sejuk hahahhahahha sokmo review kalah umi dia tau tak.

Bilik air dia ada water heater...besttt sebab ada paip asing boleh mandikan anak kecil macam Qi...tuala pun bersih tak berbau.

WiFi dia laju..........hubby sibuk dekat luar jumpa kawan partner bas dia...so isteri dia bz update blog, fb, dan instagram dalam bilik aje sambil makan-makanan dari pasar malam sebelah hahhahahhaha 

Lantai dia bersih, almari luas...port Qi bermain hahha

Kawasan bilik luas sungguh, kalau ada anak ramai bawa toto tidur kt sebelah ni. 
Ada beranda kat luar.

Malam-malam buat hot coklat minum kt luar ni santai2 borak...best!

Rekemen!
Kalau nak ke Pulau Perhentian tapi dah sampai lewat petang kt Jeti Kuala Besut, rekemen kt korang menginap semalaman je kat T'Lodge Hotel kt sini, esok pagi2 berlepas naik kt Jeti jalan kaki je dekat sangat2. 1 minit jalan pun tak sampai. Sekarang nak dreaming nak ke Pulau Perhentian...nak usya tiket murah ke Kelantan hahahha, kawan asben ramai kt sana leh pick up ke Jeti...weeeeeeeeeeeeeeeeeeee mission will be possible...haraplah kan hahahhahaa :p

Nak jimat? 
Nak diskaun 10% semasa tempah hotel? 
Klik pautan 👉 Booking.Com

14 Comments

  1. wahhh macam best jer ni... he he he...

    ReplyDelete
  2. Pnh nmpk t lodge ni ms blk besut hr tu..nx time nk tdo sini.mak akk pun dh pnh tdo sni mmg best...

    ReplyDelete
  3. ala.. kalau sis pergi mesti tak dapat harga RM99 tu kann.. tapi RM138 pn dah kira murah gak tu.. thx for the review Juju :)

    ReplyDelete
  4. untung ni dapat specel price...
    tgk dari luar mmg cntik bangat hotel nie.
    berbaloi2.
    hati tenteram jiwa selamat :)

    ReplyDelete
  5. Bestnye bole dapat harga murah....bilik pun best...berbaloi2..

    ReplyDelete
  6. Bestnye bole dapat harga murah....bilik pun best...berbaloi2..

    ReplyDelete
  7. Dekat kg hubs cik mah...slalu g minum2 area situ..

    ReplyDelete
  8. ehemmm..terangnye mata umah ju dh cat baru..hihi
    klu pegi cni sebut nama julia blh x?blh dpt murah..hihi..
    nice review ju..

    ReplyDelete
  9. TQ ju...kena save entry ni lepas ni kot2 nak cuti2 malaysia blh rujuk balik

    ReplyDelete
  10. Syiok tu... jimat wow =)
    Nice gak walaupon budget katanya. HIKHIKHIK

    ReplyDelete
  11. Assalam julia,
    samaaaaaa ja qi & my boboboy
    tang mana kita nak tangkap gambor tang tu la deme nak buat inspection yer dop he3 P

    ReplyDelete

  12. salam
    ada no phone hotel to x? Nak tempah ni. if ada mohon tolong saya ya. email saya lokmanamran@hotmail.com

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)