Hatyai, memang terkenal dengan pusat beli belah yang sangat murah. Maps kt atas itu julia ambil dari web khas nanti korang boleh download julia bagi link kt bawah entry. Nak ke sana kena rajin buat tentatif sendiri kalau pi sendirilah, kalau secara pakej korang goyang kaki je ikut tour guide. Tapi kami lagi suka redah sendiri rasai bagaimana rasa sesat, rasa seronok dapat jumpa tempat dituju wal hal cakap macam ayam dengan itik hahaha, serius tak semua orang Hatyai pandai cakap Melayu atau English, ada yang pandai okeylah, yang tak pandai kita kena redah juga tanya orang lain kiki.

PREVIOUS LINK KLIK:

Macam biasa, pengangkutan utama di Hatyai sangat mudah, Tut Tut senantiasa akan hon korang kalau keluar dari hotel, mudah gila. Tak payah booking la, berlambak betul Tut Tut. Korang cakap nak pi PLAZA SHOPPING CENTER HATYAI, cakap nak beli baju, kalau driver Tut Tut tak faham tunjuk baju korang tu nak beli kt mana haaa gitu.

Terus driver angguk cakap THB60 - RM6, kira sorang RM2 la kan, ok la one way, masa balik harga lain, tapi kami balik jalan kaki je hahahahhaha nanti julia cerita sebab apa.

Okey dah sampai, kawasan ini memang top jual pakaian sahaja. Tiada MAKANAN. Memang deretan kedai di PLAZA SHOPPING CENTER HATYAI banyak jual seluar jeans. Korang faham ke tulisan board merah tu hahahhahahhahha pening!


Wars Jeans
Tujuan utama kami memang nak borong seluar jeans. Sebelum bertolak ke Hatyai, kami singgah kedai kt KL jalan Tar tu, satu seluar RM100 untuk size besar. Kat sini nama kedai ni Wars Jeans haa memang kami berperang la fitting seluar jeans bermacam2 jenis, dari size kecik sehingga sebesar-besar size semua ada, dah tu kami melekat kt sini dalam sejam hanya untuk pilih seluar jeans idaman hati.

Mek Siam ni la setia melayan kerenah, lawa gak dia hehehehhe pandai cakap Melayu cara mek siam cakap, kt sini size besar cuma berharga 
THB550 bersamaan 63.2937 MYR sahaja sehelai, gila murahhhhhhhh! Ini kami beli size plus size tau, lagi besar lagi naik harga. 

Korang kalau jenis size kecik2 tu harga dia lagi murah haish berapa la agaknya kan...berbaloi la dengan kualiti dia.

Sementara menunggu suami dok fitting seluar jeans banyak2, kami selfie kt luar hahahhaha cari port baik punya, cermin panjang jadi mangsa hahahhahhahhaha


Siap dah beli, sama warna dan corak jeans, senang nak sedondon pi mana2, lega weh. Suami julia kan jenis kerja outstation memang banyak lah seluar jeans dia, setahun tak yah beli seluar hahahha. 


Jalan Complex Zone / Thanon Chaiyakul
Balik kami jalan kaki je, tak naik Tut Tut, sebab kami nak lihat permandangan indah sekitar bandar Hatyai. Memang bersih bandar Hatyai, lihatlah gambar ni bersihkan, mendung je walaupun hakikatnya panas huhuhu, jalan punya jalan rupanya dari kawasan Hotel V.L Hatyai yang kami menginap tu tak jauh dari market yang kami beli seluar jeans, adalah dalam 1 kilometer, jalan perlahan-lahan tak rasa dah sampai, macam mana kami redah balik pun tak tau, ikut anak kaki je hihi. Jom lihat suasana bandar Hatyai.






Hasil shopping, murah betul, rasa nak repeat balik pi Hatyai, sebab julia beli blouse pink tu THB100 - RM10 je, ingat beli 1 nak test muat ke tak kt hotel, sekali pakai lawa plak, pastu lupa kt kedai mana beli tak jumpa dah, nangissssssssss, korang kalau pi beli belah kt Hatyai, jangan kedekut, beli je selagi namanya masih murah, bukan nak cakap KL tak ada port murah, ada, cuma coraknya pasti lain dari yang lain, itulah keistimewaannya.
Tunggu Part 12, episod terakhir sarapan di hotel dan berlepas balik KL.

Wars Jeans
1'st Floor Plaza Shopping Center, Hatyai
Tel: 074-246304
Open: 7.00 - 18.00

LINK:
MAP Percuma Hatyai Download:

13 Comments

  1. bestnye shopping
    sediakn duit je
    hehehe

    ReplyDelete
  2. Assalam julia,
    menjejes ayor lior iols nengok kekacang2 itu semuaaaaaaaaaaaaaaa
    waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  3. amboi sampai ke hatyai pulak, bestnya travelling je :)

    ReplyDelete
  4. hatyai dah masuk dalam list nak pegi tahun ni. Ewahhh :!

    ReplyDelete
  5. sakan betul dia shopping tau..jeles akk tgok

    ReplyDelete
  6. Yer btl..hatyai mmg syurga shopping.. Semua murah2 jer kan jue..;)

    ReplyDelete
  7. klu bli banyak, blik custom malaysia tax?

    ReplyDelete
  8. hai tpt borong produk2 kecantikan thai kat mana ya?kalau tau bole info dak..tia

    ReplyDelete
  9. hai tpt borong produk2 kecantikan thai kat area mana ya..kalau tau bole info dak..tia ☺

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)