Julia suka masak, tapi masak pada waktu sabtu dan ahad, kalau hari bekerja tengok masa jadual kerja balik macam mana. Lauk Gulai Ayam dengan Kentang sudah cukup dari pagi sampai ke malam dimakan, tak jemu sebab tiada santan, semata-mata ramuan kari yang dimasak sehingga pecah minyak. Jemu dah nak makan luar selalu, dengan GST bagai sekarang ni every single thing nak masuk pi tandas pun kena berkira-kira dan bajet. Bukan apa, dengan duitlah kita boleh beli barang-barang mentah nak dimasak untuk ahli keluarga. Tahu tak, selama nak masuk 3 tahun ni jadi umi, julia dapat rasakan betapa gembiranya jadi seorang tukang masak di dapur. 


Korang yang jadi ibu pun pasti suka masak bagi anak-anak makan termasuk suami kan. Macam tu la julia rasa, dulu mama julia selalu masak time kami kecik2, kadang2 kami ni adik beradik ada yang degil xnak makanlah, bagi alasan macam2. Now bila jadi ibu, baru kita tahu macam mana rasa kasih nan sayangnya air tangan ibu dalam setiap masakannya, bukan setakat itu, kerja2 hakiki memandikan anak, membasuh baju, melipat baju semua air tangan ibu, bertuah kalau sang bapa turut serta menolongkan...boleh jadikan nama air tangan ibu dan bapa barulah sama2 dihargai.

Mulakan Masakan Ibu
Setiap masakan yang kita masak, mulakan dengan bismilahhrirahmanirrahim, bacalah doa2 yang mudah2, niat dalam hati setiap masakan yang terhasil bukan setakat sesedap rasa tapi akan jadi darah daging yang baik untuk suami dan anak2 nanti. Julia kadang kala alpa, kadang2 teringat baru nak baca doa sebelum masak. Penting tau, sebab dari situlah punca air tangan dan doa seorang isteri dan ibu mengalir terus.

Seronok lihat keletah Qaiser ilman, dia suka makan nasi. Lucunya pagi2 seawal jam 7 pagi dia minta "Nak Nasi Umi, Nakk Nasi" hahhahaha itu sebab julia jarang buat breakfast, terus heavy brunch, so time lunch x perlu masak. 

Cubalah Makan Satu Pinggan
Sekali sekala, jom makan satu pinggan dengan anak, kongsi suapan. Seronok, time julia dan adik beradik masa kecik2, mama julia selalu suap kami sorang2, telur goreng ngan kicap pun dah rasa sedap sangat time tu.

Betullah, air tangan ibu suap tu sedap sangat, ada enzim khas Allah cipta kt ibu-ibu dalam dunia ni MasyaAllah. Lihat berselra Qaiser ilman makan, umi seronok bila dia suruh tambah kentang, terima kasih Allah. Sihatkanlah kami selalu. Bahagia!
Nanti nak suap kt suami lah macam ni hahahahhahahha, baru lah kasih sayang lagi2 mendalam gitu...hahahhahahhahahahahha :*

17 Comments

  1. Sedapnya ju... tringin nk mkn gulai ayam ni dgn pulut kuning...hihi

    ReplyDelete
  2. wahhh abang qi makan pedas...adik ash pun tahan pedas sikit-sikit...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak jue, betul. dah jadi seorang ibu ni baru merasa bahagianya bila tengok anak berselera makan masakan kita. btw gulai kari ayam tu cukup buat sheila telan air liur berkali-kali. ekekekkee... bertuah Qi dapat umi yang rajin masak. hehehehhee

    ReplyDelete
  4. Mcm ain kan kalau makan Raynia kadang2 dia suka makan 1 pinggan dengn ain..lg bertambah selera dia makan bila kongsi..

    ReplyDelete
  5. memang suap anak pun setiap hujung minggu..senang dan cepat pun ye jugak..hihiih..

    ReplyDelete
  6. Anak2 saya sampai sekarang makan masih bersuap..lagi2 si kakak,nak sarapan pi sekolah memang saya kena suap sebab kalau dia suap sendiri sampai pukul 8 pun tak pi sekolah lagi..lambat sangt suap nya..hahahhah...

    tapi ada yang tak paham tau Ju..
    saya kadang2 marah jugak dengan orang yang selalu pertikaikan saya suka suap makan kat anak ni..katanya anak dah besar,tak elok manjakan,anak dah besar suruh dia suap sendiri,berdikari..katanya...

    tapi jujur la saya cakap suapkan anak tu la waktu yang anak2 saya paling suka..nak belai2 anak 24 jam tak boleh,dia sekolah dari pagi sampai petang.malam sibuk belajar lepas tu tidur.jadi waktu makan tu la yang saya ada untuk diaorang berdua.

    ReplyDelete
  7. Juju,
    Nak juju siapkan Kak Nina buleh? Hehehee~

    ReplyDelete
  8. Nanti nak pandai masak kari macam kak julia. Pastu nak suap suami dengan anak anak makan. bestnya lahaiii.. ekekek

    ReplyDelete
  9. Assalam julia,
    iols memang suka masak
    kekadang tu berebut dengan my mom hokeyh
    bila mai idea nak masak mesti sebelum pi kojer sesiap gtau my mom rini mak tak yah masak naaaaaaaa :P
    bila mak, hubby n anak makan
    memang dok perati jaaaaaa
    anak memang selalu puji
    mak kekadang puji
    hubbu pulop selalu kena tanya baru puji :P

    ReplyDelete
  10. Betul ju...mmg nikmat sungguh dapat masakkan utk ank2..bila diaorg dah besar pandai request itu ini lagi seronok...rasa cam kitalah mama yg paling hebat! Haha...kepuasan tu di sini!!!!

    ReplyDelete
  11. Mmg kan ju.kalau masakkan utk anak ni.rasa dia lain mcm sket.hehehe.

    ReplyDelete
  12. betul tu juju.. Walaupon asben yoorin chef hotel, tp memg puas hati kalau dpat masak, lepastu asben tambah 3-4 kali makan..senyumm je kite.. paling dia suka kari ayam kentang ni laa..sebulan sampai 4-5 kali masak kari sebab dia request.. bosan pulak rasa.. huhu..

    ReplyDelete
  13. sedapnyaa kak. berselera qi makan tu. heheh :D

    ReplyDelete
  14. Sama la kita... Emir tue kalau x suap tak makan la dia..hehehe

    ReplyDelete
  15. bestnye dapat masak untuk anak.. untuk suami.. fifi kalau boleh.. hari2 usehe nak masak.. nak bagi suami dan anak bawak bekal.. best..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)