Qaiser ilman 2 tahun 7 bulan sekarang suka aktiviti flash kad dan bermain di playground. Peringkat ini nampak Qi baru nak belajar perkataan demi perkataan, go Qaiser ilman go. Dia paling suka buku, tapi tak boleh bagi dia simpan, akhirnya nanti akan jadi bubur hahahhaha...tu sebab julia banyak simpan atas peti ais la, atas almarilah, di tempat yang tinggi, ingat nak beli rak buku tapi jenis berkunci baru semua buku terpelihara cantik. 


Paling diminatinya flash kad jenis transport, suka sangat, semua gambar dia tanya julia, apa ni? apa ni? apa ni? Siapa yang cikgu siapa yang jadi anak murid hahahhaha, tapi sesi ni hanya 15 min je julia bagi Qi belajar, tak nak terlalu tertekan dengan flash kad, pastu julia bagi la dia bebas main dalam rumah (indoor games) macam basikal ke, bola ke and periuk belanga pun jadi permainan dia hehhehehe.

Indoor Games
Flash Kad

Lucu video ni, mula2 dia tanyalah macam-macam gambar ini apa, itu apa, last sekali tanya kapal terbang...nak naik hahahahhahahhaha...mengidam naik kapal terbang rupanya...kena menabung la Qaiser ilman baru leh naik hihi.


Outdoor Games
Playground
Qaiser ilman memang suka berlari, itu julia tak larat kejar, so kena cari port outdoor aktiviti yang jenis tak terlalu open, nanti julia yang pancit nak kejar kuat2 hahhahaha paling best bawa dia ke playground. Memang melompat la dia berjalan nak pi main. Aktiviti macam ni akan buat anak kita semua berpeluh, ceria dan akan berkenalan dengan rakan yang baru, dari situ kita boleh lihat dan nilai sejauh mana tahap keyakinan dia bergaul dengan rakan lebih kurang sebaya kan. 

Julia suka perhatikan Qi dari jauh, melihat dia bermain bersama rakan-rakan yang lebih tua darinya buat hati julia berdetik, Qi memang suka orang senior...dia suka berkawan dengan abang2 dan kakak2...bila dia bercakap laju je. Bagus! Tapi Qi kena juga berkawan dengan rakan yang lebih kecil dari Qi juga ye hihi.

Jom ikut Qi pi taman permainan. Lincah betul!

  

Tak terkata melihat keceriaan anak bermain. Kalau kita nak seronok, bermainlah sama2 dengan anak. Memang kita pun sekali dalam masa yang sama akan kurang tekanan kerja dan bertambah sihat.


Bahagia tak terucap. 

10 Comments

  1. Tetiba rasa nak ada anak sendiri.. tengok anak dah besar macam ni.. layan karenah mereka.. comel!

    ReplyDelete
  2. hehe sy paling malas nak bwk arfan p main taman sebab risau dia jenis susah kalo dh main, xnak balik.tgu dh besar sikit lg baru ajar dia main taman ptg2..

    p/s : penah la bwk dia main taman 2,3x tu...kdg elok je bile ajak blk..kdg tu mengamuk..time mengamuk tu yg jd mls da ajk dia main tmn hehe

    ReplyDelete
  3. QI sama cam anak saya la..suka benda2 yang berkaitan kereta je..flash card pun nak yang kenderaan je..kalau buah ke,benda lain ke tak mau..hahahh...

    ReplyDelete
  4. Enjoy ur motherhood ju...seronokkan time ank2 tengah membesar ni...kena hayati setiap saat

    ReplyDelete
  5. hihi at this age kasi dan ikutkan saja anak nak buat ape.. kasi kembang minat tu..
    boys mmg ske la transport2 ni semua hihi..

    ReplyDelete
  6. dah besar dah menantu!

    rinduuuuu qi..lama nye tak jumpe....

    ReplyDelete
  7. dh besar dh rasanya...
    mcm ank buah saya la.. belikn buku last habis terkoyak kalau xpantau

    ReplyDelete
  8. Assalam julia,
    saaaaaamaaaaaaaalaa
    my boboboy pun tiap kali nampak aeroplane mesti ata 'abg nak naek'
    sob3 sedih ibu dengor hokeyh
    tapi tahun ni tak boleh
    sebab opah & ayah boboboy dok fobia lagik :P

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)