Part 3 | Hatyai Makanan Halal Murah di Hatyai - Sudah masuk channel jalan-jalan cari makan di Hatyai, oleh sebab dapat check in awal pagi kami apa lagi keluar dari hotel terus morning walk dengan buggy Qi, rupanya suasana di Hatyai ni agak jem juga pagi2, sistem jalan di sana adalah konsep one way, so kalau anda membawa kereta sendiri sure kena hati-hati sebab sini banyak betul jalan dalam yang ntah mana-mana boleh buat kita sesat.

Belum baca entry lepas click link bawah ni:

Kedai makanan halal murah dan halal banyak dikawasan Lee Garden Plaza Hatyai (tempat ni sgt femes bagi mereka yang sudah pergi). Jom tanpa buang masa julia nak perkenalkan anda sebuah restoren makan pagi di Hatyai. Nanti julia bagi perbandingan kepuasan macam mana ye dari segi sedap, mahal dan murah. Baca teliti.

Makan Pagi - Hamid Restoren Hatyai
Cari dalam map nak ke Lee Garden Plaza, lagi bagus kalau korang datang menginap terus di Hotel Lee Garden Plaza sebab dekat dengan tempat port makanan halal. Kami jalan kaki dari Hotel V. L Hatyai ke Lee Garden Plaza dalam masa 5 minit je, bagus gak dok jauh sikit leh pecah peluh sebelum dan selepas makan. Jumpa je bangunan Lee Garden Plaza warna biru ni, sila belok kanan ye, kalau julia berdiri depan bangunan ini, kanan julia terus je dan belok kanan lagi.

Kanan kedua tu anda akan dapat lihat Restoren Hamid seberang jalan je, lintas dah sampai yeyyy, sebenarnya restoren ni ada pesaing kedua tau di depan sikit ni nanti ju citer.

Ini buku rasmi menu halal di sini, rata-rata dalam blog julia baca review mmg terkenal la nama restoren hamid hatyai ni tau, ada pro and cons nanti ju citer eh...kita tengok menu dan harga dulu baru korang tau.

Tuan tanah senyum je manjang kan kalau dapat makan hahahhahaha, yelah penat2 melancong makanan la aktiviti utama kan yang pastinya port halal, disini pengambil menu boleh cakap Melayu, so jgn risau, mudah betul nak ke Hatyai majoriti mereka disini pandai berbahasa Melayu. Great!

Kedai Hamid ni bersih, luas dan cantik...cumaanyaaa tentang harga la julia tak puas hati langsung.

Memula terbeliak biji mata ni haa tengok harga Nasi Lemak No. 114 tu 
THB50 - RM5 sepinggan
Bukan kt Malaysia RM1.50 je ke sebungkus, kalau tambah ayam seketul masak apa pun sure RM3 je pun...
Eh dia cakap ada curry chicken include kan haa nanti korang tengok yekeee besar ke ayam tu berbaloi keeee....hmmmmm sabor sabor...korang tengok lagi ye

Tudiaaaaa sarapan pagi mengikut selera anda amboiiii hargaaaaaaaaaaa nak tikam hati pelancong biasa2 cm kami ke haaaaaaa....mahai bedeahhhhh...jus segar pun THB60 - RM6 segelas...apa ke mahai benorrrrrrrrr.....itulah banyak julia baca review kata restoren ni mahai memang terbukti betul, memula suami tak percaya sebab nak makan breakfast je pun kan, sekali haaaaaaaaaa harga mautttttttt....nasib tak bedal je order macam2...haishhhhh pe nak jadi mentang2 ramai orang Islam Malaysia makan sini nak letak harga maut plak...tak leh jadi gini :(

Kami order makan pagi pun ala kadar...sebab nak test je pun kedai ni...pas ni tak pi pun takpe sebab dah masuk kan takkan nak keluar balik, kang orang cakap kedekut plak hahhaha memang pun kami suka port murah je janji x membazir...kalau mahal2 gini baik balik Malaysia.

Ni la rupa nasi lemak RM5 di sana...ayam sambal tu sebesar ibu jari je nokss ko raser sakit hati tak nak makan...menangis aku!

Nah ko...resit...
THB235 - RM23.50
Bedeahhhhhhh mahai benor weh, takkan ko nak aku angin kt situ...
Kami makan ni je pun:
2 x nasi lemak sambal ayam secoet 
1 x nasi lemak kosong Qi punya telur rebus je pun
2 x teh tarik
1 x teo ais

Korang rasa berbaloi tak harga tu? Takkkkkkkkkkkkkkk! Dah la xmo mai makan sini, cantik ye kedai pun kalau dah mahai hmmmmmmmmm x koser la nak repeat. Terpulang pada korang la banyak duit nak makan sini pi je lah tak de sapa nak marah pun, cuma aku review jujur beb tak nak orang Melayu kita pi sana terkena je.
*sakithatisebabpaksadirimakansini
Alamat:
Restoren Hamid Hatyai
73-75 Prachatipat Rd.,
Hattyai,
Songkhla.

Makan Tengahari - Salma Restoren Hatyai
Julia puas hati makan sini, depan restoren Hamid seberang jalan korang jalan depan sikit je akan nampak signboard Salma Restoren. Restoren Hamid dengan Restoren Salma sangat dekat, so better korang breakfast dan makan pagi di Salma Restoren sebab berbaloiiiiii kot kalau tengok menu makanan dia, harga nasi lemak ayam di Salma wpun THB50 - RM5 tapi ayam dia besar dan banyak menu sampingan tau....grrrrrrrrrrr panas hati kalau pk balik.

Angka 50, 55 tu korang kena letak titik perpuluhan baru korang faham duit Thai kiraan cm ne...senang je pun...so nampak takkkk harga sama tapi kuantiti di Salma lagi banyak berbanding Hamid...puas hati makan sini tau...kami makan tengahari macam2 pun tak cecah RM100 pun weeeeeeeeee

Restoren Salma pun agar lebar tapi tak seluas macam Hamid Restoren, so ada kerusi baby jangan risau hehhehe, walid dan Qi dok sibuk main sama2...Qi sonok la ada toys murah di Hatyai, psttttttttt mainan budak di Hatyai sangat murah, kereta mainan besar2 tu leh kurang lagi tau...

Kami suka order air plain je...xmo manis2 sangat sbb wpun berjalan kena jaga kesihatan gakkan.

Jom lihat menu speacial kami order kt sini...puas hatiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii :D

Tomyam Campur 
Jika sebut Thai, wajib pilih menu original Tomyam, memang sedap sungguh (ada isi ikan merah dan macam2 lagi dalam ni) yummmmyyy

 Kangkung Goreng Belacan

Nasi Goreng Ayam

Sotong Celup Tepung

Nasi Putih Telur Dadar (Qi)

Suami Julia tak sabar dah nak makan lapar weh bila jalan kaki soping sana sini ni memang perut mudah keroncong hahhahaha bismilahirrahmanirahim. (Doa Makan).

Alamak, kemain haaa tayang makan sotong celup tepung tu ranggup sangat pastu cicah dengan sos original Thai fuhhhhhhhhhhhhh meresap sampai ke otak, nikmatnya...adehhhhhh menjejes air liuq!

Nampak tak signboard halal luar Restoren Salma ni? Sudah semestinya halalllll...syukur!

Disebabkan i kasi 5 bintang restoren ni, nah no telefon hahahahha kot2 nak order ke atau nak tanya cm ne nak ke sini korang beli sim kad di 7-eleven Hatyai korang call tau kot2 nak book table besar dan banyak senang, tak de la sampai nanti kempunan nak makan sebab full house kan, time ni kami datang awal jam 11 pagi makan tengahari sebab takmo full house kikiki.
Total makan tengahari di Salma Restoren:
THB678 - RM67.80
Murahhhhhhhhh! Nak apa lagi? hihi

Alamat:
SALMA RESTAURANT
85/3 Prachatipat Rd., Hatyai, Songkhla 90110
Tel: 074-225-181
Contact Person: Ms.Uma Niyomdacha (085-894-2543)

Makan Malam - Gerai Nasi Lemak Depan Lee Garden Plaza Hatyai
Dinner plak kami masih lagi di kawasan Lee Garden Plaza, sebenarnya banyak port makan halal start petang hingga ke malam hari disini, so untung la korang leh jamu mata dan anak tekak rasai macam2 makanan, nanti julia cerita next entry ye kisah makanan di Night Market Hatyai okey. Sekarang nak makan malam sure nak cari yang kenyang dan sedap, mestilah nasi kan, haaaaaaaa nasi lemak depan Lee Garden Plaza ni penuh orang, sampai nak order pun kena beratur, semua kaum disini makan nasi lemak sini tau, tengok la ayam goreng tu kemain besar tapak tangan...harga THB50 - RM5 je...kalau macam ni punya ayam besar sanggup beli sebab berbaloi puas makan. :D

Nak order air pun murah2 je sini semua dalam linkungan THB20 - RM2 je...alahaiiiii murah bebenor ni, leh makan kt sini ada disediakan meja tp tak banyak la...kami tapau je makan kt hotel senang, lagi selesa.

Selesai 3 review julia bersama family tercinta sesi makan pagi, tengahari dan malam di Bandar Hatyai, senang untuk rujukan anda nanti nak ke Hatyai tau, next entry julia nak upload gambar makanan gak tapi makanan yang berada di gerai2 night market hatyai...tungggguuuuuuuuuu :D

Nak jimat diskaun 10% tempah hotel klik 👉 Booking.Com

Bahasa Thai:
You are so beautiful - Khun suay maak

40 Comments

  1. Nak tunggu gambo makanan pula. HAHAHA...dulu jejalan kat sini x merasa nak explore macam ni sebab semua dah siap in order tinggal ikut tentetif je. HIHIHI, maybe boleh diguna pakai in future kan =)

    ReplyDelete
  2. Makanan je dah berpuluh-puluh. Sekali sekala makan angin, hehe

    http://adarain.com/

    ReplyDelete
  3. Hamid Restaurant ain dah penah pegi dulu..start belajar makan ayam pandan kat situ la dlu..hehe

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak ju, wahh kena cari betul2 kedai yang sedap dan berbaloi dengan rege dia. thanks for share review yang berguna ni.. boleh take note kalau nak ke sini nanti ~~~

    ReplyDelete
  5. uish sedapnya.. ni yang rasa nak repeat hatyai ni.. hihihiih

    ReplyDelete
  6. ya allahhhhhh besar tu je ayam sambal tu?????kecol gilerrrr...

    ReplyDelete
  7. Alahai Qi sayang... jalan jauh-jauh hidangan punya banyak dan sedap lori juga yg Qi hadap tu kenapa sayang? Tak teringin nak merasa ke? Auntie ni dah terliur bukan main tau:)

    ReplyDelete
  8. wah menarik..yang mahai tu tak tahan

    ReplyDelete
  9. ohoii mahalnya bekpes! haa ju sama cam asben yana..dia kalau jmpe mahal² tu mula nk duk bebel pot pet pot pet..haha mmg ada setgh tpt suka nk cekik darah...tmbh² dgn pelancong..hehh

    tomyam and sotong goreng tepung tu alahaiii...tak baik ju review sedap..ai is ngidam niiii T__T

    ReplyDelete
  10. salam...


    macam best je.. teingin gak one fine day..

    ReplyDelete
  11. Kedai yg 1st tu xnmpk pun ayam dia ju..kecik sgt kot ek..rm5 ns lemak aje??hamboi mahalnya...huhu

    ReplyDelete
  12. uishhh mahal betul..cekik betul la... tomyam tu xtahn tgk...sodap

    ReplyDelete
  13. cekik darah betul restoran hamid tu.. mahal sangat..

    ReplyDelete
  14. Assalam julia,
    waaaaaaaaa
    best3
    iols pun ada plan nak ke hatyai he3

    ReplyDelete
  15. Menyelerakan.
    Disebabkan hatyai terletak di sempadan dengan Mlaysia so senang untuk berkomunikasi kan..

    Nanti kena pergi jalan-jalan jugak nie kat Hatyai..

    ReplyDelete
  16. Saya suka makanan siam.. lagi best tu klu dpt makanan siam yg halal di siam... original.. :)

    ReplyDelete
  17. tq julia for the review.. yan siap buat note..hahahha..perginya tak tau bila.. takpe lah ambik pengajaran.. bagus jugak.. nanti kita ban restoran hamid tu k..xyah pegi

    ReplyDelete
  18. Ikan bilis nasik lemak kat restoran hamid tu boleh kira dengan jari je..hahaha..sabar je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum .. pihak kami akan menambah baik selepas ini ye^^

      Delete
    2. Hamid restoran mmg mahal rasa pun kureng. .salma lg sedap. .Kalau pandaicr tempat mkn dlt kimyong market pun ada

      Delete
  19. X Leh tahan tgok Tomyam campur tu...SA memang akan pi sini untuk menikmati semua ni....xx sabar nak pi dah...

    ReplyDelete
  20. kat sana kebanyakan semua sedap2 huhu

    ReplyDelete
  21. Alahiiiii.. sedapnyeeeeeeeeeeee rasa nak jilat skrin je. hahaha

    ReplyDelete
  22. dapnyeeee..family ktorg pun klu cari mkn bio ler tmpt yg murahhh..klu mahal+xsedap+sikit mmg skali tu je la try..tq ju utk review kali ni..kot la 1 ari nnt blh spi sana plak..doakan plisss...hikhikhik

    ReplyDelete
  23. wahh mknan dia sedap2 belaka ya tomyam tu xleh tinggai nohh hahha kalau p mesti kn rasa tomyam dia kan..nice sharing

    ReplyDelete
  24. suka ayam goreng thailand. sedap gegile

    ReplyDelete
  25. Selalu tomyam yang kaler lutsinar ni pedas.. nampak je macam biasa.. hehe betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh request pedas ke kurang pedas....depends pada citarasa, kat sana ramai boleh berbahasa Melayu

      Delete
    2. Boleh request pedas ke kurang pedas....depends pada citarasa, kat sana ramai boleh berbahasa Melayu

      Delete
  26. Assalamualaikum .. terima kasih puan Julia atas review^^ .. Sye bru nmpk pd tahun ni N sye cuba kirakan harga makan t/hari puan di restoran salma, bezanya hanya 22baht(RM 2.20) dgn restoran Hamid ^^.. N pasal ayam nasi lemak dan ikan bilis,pihak kami akan menambah baik selepas ini��,. Terima kasih����

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus Tasneem...mcm inilah yg kita mahu, tindakan positif...kalau mahal berbaloi dgn portion makanan yg besar saya tak kisah tau...tp harga tu mcm tak berbaloi...ayam kecik sgt...upgrade sikit ayam tu jadi besar mcm food street tu, baru saya kata berbaloi...good job nanti saya dtg hatyai lagi saya nak test makan menu yang sama ada perubahan ke tak ye...xpun nanti saya jumpa tasneem terus lah borak kan...sama-sama

      Delete
  27. Okey.. in sya allah kita bleh jumpa lg ye^^.. N ni page kami kt fb Hamid Restaurant Hatyai .. terima kasih ye puan

    ReplyDelete
  28. Saya baru pi 10/3/2017, kadar tukaran duit 1000baht = RM78.... Pity malaysians. Sebab brg2 di thailand murah dan berkualiti. Saya borong brg stainless steel zebra, harga di mesia 50 peratus lebih tinggi...

    ReplyDelete
  29. Hatyai dan Songkhla jauh ker?
    Boleh share tak kedai/restaurant makan yg halal di Songkhla and Hatyai selain dari yg diinform dalam blog di atas. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hatyai dengan Songkla dalam setengah jam atau 45 juga la rasanya...kami naik kereta sewa sebab ada anak kecil, untuk keselesaan si kecil better naik kete sewa di sana ada...kalau semua dewasa boleh naik ramai2 tuk tuk tp tu la agak sakit punggung dan cuaca sangat panas.

      Kedai halal street food byk halal bawah hotel lee garden...cubalah.

      Delete
  30. assalamualaikum nak tanya sepanjang perjalanan kt hatyai naik ape?? sewa kereta ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumsalam wbt...saya ada kongsikan secara part by part di entry hatyai yang lain di pages Travelogue, cuba click diatas sekali pages travelogue dan boleh baca satu2 ya...saya guna kete sewa, tuk tuk.

      Delete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)