Hari Jumaat yang tenang, Julia terfikir idea ni menerusi kawan2 yang update mengenai pendidikan anak-anak yang akan memasuki alaf baru pada tahun hadapan melalui blog mahupun FB, kisah bagaimana mereka merancang belanjawan dan pelbagai persiapan, Qaiser ilman baru je 2 tahun 3 bulan, tapi semangat tau julia nak rancang pendidikan dia, semua pendidikan di sekolah adalah berkualiti, tapi sejauh mana ya kita fikirkan pendidikan mereka yang boleh menjaga kita sehingga hari tua kita nanti? Terbaca di FB melalui kisah pengalaman ramai ibu bapa mengeluh ttg yuran taska/tadikan yang sangat mahal, ish julia pasti takkan terlepas dari melaluinya suatu hari nanti. 

Kronologi Rancangan Pendidikan Sejak Qaiser Ilman Lahir.
2012 - Qaiser ilman lahir
2016 - Tadika           - 4 tahun
2019 - Darjah 1        - 7 thn
2025 - Ting    1        - 13 tahun
2030 - Ting    6        - 18 tahun
2032 - Universiti      - 20 tahun (degree)
2035 - Kerjaya         - 23 tahun 
2040 - Kahwin         - 28 tahun

Umur Julia pada tahun 2040 ---------->>>>>>>>>> 56 tahun, cun lagi kan hahahhaha, tahun 2041 timang cucu ehhh? Hahahhahaha sampai ke cucu di plannya ye, sebenarnya kronologi tu sebagai satu garis panduan sahaja, terpulang kepada Qi untuk mencorak minat dan arah masa depannya, yang penting ilmu dunia akhirat harus selari. 

Julia terbaca satu paparan di muka FB td melalui Dr. Len, memang ada benarnya apa yang dikatakan, jom kita muhasabah diri.

Pendidikan jadi semakin mahal ... parents berlumba-lumba nak masukkan anak-anak ke sekolah terbaik ... dari TASKA lagi nak yang terbaik .... nak acuan yang sempurna ... sekolah yg mampu jadikan si kecik fasih berbahasa inggeris ... ada yg mahukan si kecil jadi hafiz quran seawal usia 6 tahun.

Maka macam-macam perkara di lakukan ... perebutan untuk masukkan anak ke sekolah yg bagus jadi semakin tinggi. Guna surat JKKK ... Guna surat YB ... Pendidikan jadi semakin mahal dan parents jadi semakin "gila" dan sensitif dengan kejayaan / pencapaian anak-anak masing. Mereka sanggup buat apa saja.
 Oppssss ... !!

Kadang-kadang terlupa ... mereka hanya anak kecik yang perlukan kasih sayang, belaian, perhatian dan mereka juga perlu bermain dan enjoy zaman kanak-kanak mereka.
 Oppssss ... !!

Tidak semua anak dilahirkan untuk berjaya dalam akademik. Malah kita semua boleh berjaya dalam apa saja bidang lain berdasarkan minat dan kebolehan anugerah Tuhan.
Dan ... kejayaan sebenar ibubapa adalah bila anak mereka ada disisi sewaktu mereka sakit, mendoakan mereka sepanjang masa , bacakan ayat-ayat quran untuk mereka, mandikan jenazah dan imamkan solat jenazah mereka bila mereka meninggal dunia ... 

Itulah ibubapa yang berjaya! Sumber: Raja Shamri (FB)
Sungguh! Semua ibu bapa pasti nak beri pendidikan yg terbaik buat anak-anak mereka, termasuk julia, tapi untuk menempa kejayaan sebenar anak2 sewaktu kita ditimpa musibah sakit dan sebagainya tidak banyak ke arah itu, ya Allah tersentuh hati julia baca, benar apa yang dikatakan oleh Raja Shamri tu.

Anak Berjaya:
Berada di sisi kita sewaktu sakit,
Bacakan ayat Al-Quran untuk kita,
Mandikan jenazah untuk kita,
Imamkan solat jenazah untuk kita,
Kapankan kita,
Berdoa hari2 lepaskan kita dari seksaan kubur.

Termenung sekejap julia.............contoh ini julia akan praktikkan bila tiba mama dan abah diuji oleh Allah....julia nak Qi nampak contoh dari kami, bukan mengajar, tapi contohi teladan baru mereka fahami, mereka tanam didalam hati kasih nan sayang pada kami, dan tika kita sakit, pandailah mereka jaga kita pula seperti mana mereka lihat kita dulu jaga ibu bapa kita sendiri. What you give, you will get back from your children. InsyaAllah, permudahkan kami semua dan pembaca yang membaca bingkisan ini. AMIN.

13 Comments

  1. ada bc jugak yg ju share ni. yt pn sejujurnya ad jg plan pendidikan utk anak. tp tak seadvance ju. haha. yt dh pilih tadika utk arissa. maintain; PASTI. :)

    ReplyDelete
  2. risau gak kalu pikir. sbb time tu kita tak tau cemana keadaan dunia yg canggih ni

    ReplyDelete
  3. itu yang merisaukan. persaingan semakin sengit. kecik2 dah pandai macam2. mak2 kena +ve. tak perlu tekan anak sangat.

    ReplyDelete
  4. btul sgt apa yg dikata Raja Shamri tu, true definition of anak yg berjaya. Kalau pandai akademik je, tp bab lain tak pandai, tak bermakna akan jd insan berguna jugak kan. Moga moga anak anak kita akan jadi anak anak yang berjaya, Aminn

    ReplyDelete
  5. selalunya bila sebut tentang kejayaan anak2 mesti bab2 kademik saja yang kita pandang walhal ada banyak lagi benda lain yang boleh kita kata sebagai anak2 yang berjaya..

    ReplyDelete
  6. julia.. sebab tu ksadangkadang fifi terase macam nak hantar ufairah pergi tahfih je.. biar dari kecik da di didik dengan agama..

    ReplyDelete
  7. informasi yg terbaik. nanti nanie da ada anak nak review n baca balik blog akak ni.

    best :)

    ReplyDelete
  8. Nice sharing jue.. betul tue ramai kita tak sedar kuasa sebenar kejayaan anak2 terletak pada doa, kasih sayang dan perhatian dari kita dan bukannya sekolah/taksa yg mahal..=D

    ReplyDelete
  9. amboii..jauhnye ju pikir spi ke cucu..kikiki
    tp siyess..takut kan memikirkan hal anak..tp biar la ilmu agama n dunia tu jln selari..semahal mana kite antar ank belajar pun bkn bole menjamin 100%..lgpun kite xtau lg akan dtg zaman ank2 kite nnt cmane cara pembelajaran die..sob sob sob

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)