“Susu ibu adalah manisan syurga kurniaan Allah SWT pada ibu-ibu untuk diberikan kepada anak mereka. Ia mengandungi kolostrum bermanfaat yang bertindak sebagai imunisasi bagi bayi dalam masa satu jam pertama selepas dilahirkan,” kata Marjinah.
Malah dalam surah al-Baqarah ayat 233, Allah SWT berfirman bahawa, “Para ibu hendaklah menyusukan anak- anak mereka selama dua tahun penuh iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.”

Polisi Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu turut menggalakkan semua ibu menyusukan anak dengan susu ibu selama enam bulan dan meneruskannya sehingga dua tahun.
Menurut Marjinah, susu ibu adalah makanan istimewa yang menjadi penyambung silaturahim antara bayi dan ibu, membuatkan bayi berasa selamat dalam dakapan ibu dan mengesahkan bahawa itulah ibu yang melahirkannya.

“Pertama kali menyentuh puting payudara, mulut bayi akan menolak ke kanan ke kiri lalu meluahkan semula. Tapi ibu jangan berputus asa, teruskan memberi penyusuan dan selepas itu bayi akan menerima, ketika itulah kasih sayang antara ibu dan bayi terjalin,” katanya.
Keistimewaan susu ibu, kata Marjinah memanglah tidak ternilai. Ia jauh lebih baik dan selamat berbanding susu formula yang boleh mengundang pelbagai masalah kepada bayi. Pelbagai khasiat yang diperlukan oleh bayi sepanjang tumbesaran terdapat dalam susu ibu. Menurut penyelidikan yang dijalankan, anak-anak yang diberi susu ibu secara eksklusif dan meneruskannya sehingga dua tahun mempunyai tahap IQ yang tinggi serta mempunyai antibodi melawan penyakit yang kuat.

Berbanding susu formula yang penyediaannya merumitkan, susu ibu sedia diberi tidak kira masa memandangkan suhunya yang terkawal dan kebersihannya yang terjamin.
Selain manfaat kesihatan untuk bayi, penyusuan badan juga berupaya mengecutkan rahim ibu sekali gus membantu mereka menguruskan badan dengan berkesan.
Dari segi ekonomi pula kata Marjinah, dalam keadaan semasa yang memaksa kebanyakan keperluan harian meningkat, harga susu formula yang terdapat di pasaran juga turut melambung.

“Bayangkan satu tin susu formula dengan berat satu kilogram berharga sekitar RM50. Setiap bulan sekurang-kurangnya empat tin diperlukan, itu sekiranya mempunyai seorang bayi, bagaimana jika lebih?” soal beliau.

Bagi ibu bekerja yang ingin menyusukan anak mereka, Marjinah menasihatkan agar pertama sekali memasang niat yang betul dan perlu yakin dengan kemampuan diri.
“Dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar dalam bidang ini dan perlu jaga pemakanan. Sekarang ini bukan lagi zaman ibu berpantang makan ikan masin salai dengan nasi bersama lada hitam. Ibu perlu pemakanan seimbang untuk menyusukan bayi,” katanya.


Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my


5 Comments

  1. Pastikan ibu tak makan benda2 berangin.. Sian nanti perut baby kembung.. huhuhu...

    ReplyDelete
  2. InsyaALLAH akan cuba bf baby selagi boleh.. :)

    ReplyDelete
  3. saye menyokong penuh penyusuan susu ibu..:) chaiyuk dear..:)

    ReplyDelete
  4. Saya nak share sedikit pendapat saya di sini. Saya menyokong penuh penyusuan susu ibu. Namun bagi ibu-ibu yang mengalami masalah susu merundum, di saat bayi anda masih menyusu badan, jangan risau. Setiap apa yang berlaku pasti ada ikhtiarnya. Pernahkah anda mendengar pengambilan supplemen shaklee dapat membantu meningkatkan kuantiti susu ibu, malahan ia memenuhi nutrisi keperluan bayi di dalam susu ibu? layari http://kebaikanvitamin.blogspot.com

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)