1. Hadapi trimester kedua dengan gembira kerana waktu ini keadaan ibu sudah semakin stabil dan bebas daripada alahan serta saiz badan masih belum membesar dengan ketara lagi. (happy sbb alahan ngada2 dh semakin pulih, yahooo)

2. Rasa sakit pada payu dara juga semakin berkurangan kerana hormon sudah stabil. (Rasa kadang2 sakit pun ada, kadang2 x ermmm)

3. Ibu digalakkan melakukan senaman sebab ia boleh membantu mengekalkan kesihatan sepanjang hamil dan memberikan stamina semasa bersalin. Contoh senaman terbaik adalah berenang, berjalan dan yoga (mengekalkan fleksibiliti otot). (Setakat nih amalkan senaman jln kaki masa pi window shopping, suka tawaf kt OU wpun tanpa beli apa2...senaman kaki gak kan? ehehhe)
4. Ibu berkemungkinan besar akan selalu rasa sakit pinggang/belakang badan sebab ada kaitan dengan postur badan. Oleh itu pastikan ibu duduk dengan tulang belakang sentiasa tegak agar dapat mengurangkan sakit belakang. Ibu perlu tahu tentang postur-postur yang betul untuk mengelakkan sakit belakang. (Memang selalu gak sakit belakang, sebab tuh tepat je lunch our mesti rest baringkan badan dalam sejam, baru lega...cannot duduk lama2 dah macam dulu2, kena kuat jalan baru x sakit, ke baby pun kaki jalan2 gak neh ehehhe ;P)


5. Ibu juga akan mudah mengalami sembelit. Pastikan banyak minum air, makan buah-buahan dan sayur-sayuran. (Oh! No! Baru rasa cm ner sakit yer kena sembelit if terlupa mkn buah2han or sayuran...sekarang dh x buleh skip amik buah, kalo x sejam lah duk kt toilet, azabbbb yeeee ;(( )


6. Pilih baju yang longgar dan selesa dipakai sepanjang hari. Ketika ini rahim ibu mula keluar sebab perut semakin besar jadi tidak selesa apabila memakai pakaian yang ketat. (Hokey...about baju neh wpun dah masuk 4 bulan pregnant satu baju pun x beli lagi ntah arr still buleh lagi muat baju kurung pi ofis...myb masuk 5 month baru nak cari jubah moden and blouse cumel2, yahoooo)


7. Emosi ibu semakin stabil. Bagi ibu yang beragama Islam, banyakkan solat, berzikir dan membaca Al-Quran. (Masih amalkan Al-Quran online time free kt ofis..dgr surah2 maryam, yusuf dan lain2...sejuk je hati, tenang sgt2, nanti nak beli earphone yg leh letak kt pewot nk bg baby ngaji lak :)


8. Ibu digalakkan makan buah kurma, kekacang seperti badam dan susu untuk pembentukan otak bayi yang sihat. (Setakat neh sukakan kacang almond, penuh kt umah balang2 ngan almond yummmyyyyy, susu HL mmg stok sentiasa ada cedap tgt favourate baby juju tuh, kurma kadang2 ingat mamam, ehehe kena tempek kt fridge selalu baru ingat mamam ;>)


9. Jika anda ibu yang ada penyakit seperti darah tinggi, buah pinggang, pastikan tahap kesihatan di tahap optimum ketika hamil sebab ada risiko kelahiran pramatang atau pembesaran bayi terganggu. (Oppps...harap dijauhkan lah penyakit2 cm neh...aminnnnnnn wpun kadang2 sakit kepala dtg teruk harap Allah dpt bantu sembuh segera)


10. Komplikasi ketika kehamilan seperti penyakit diabetis, darah tinggi boleh berlaku selepas tempoh 20 minggu kehamilan. (Uwaaaaaaaaa, takut arr nak test penyakit2 neh time mengandung...kang naik darah kot...huhuhuhu harap nanti sudah smpi masa nak minum air gula dari doktor tuh catat paras yg normal...aminnn)


11. Penyakit anemia iaitu kekurangan zat besi boleh berlaku pada mana-mana trimester. Jika paras hemoglobin rendah, ibu dinasihatkan makan suplemen zat besi dan jika teruk, ibu akan perlu tranfusi darah. (Ok, kekadang parent and friends tgk muka mama juju neh kan pucat, myb sbb penat or pening kepala...dua tuh je yg jd cm neh...kalo lmbt mamam pun leh jd gak...tp dua pil dari doktor mmg x lupa amam iaitu Iberet folic and pil calciummm...so so so good! )


12. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan masalah seperti kekejangan otot, gigi reput, berlubang dan osteoporosis kerana bayi mengambil semua kalsium yang diperlukan dari badan ibu. Jika ibu tidak boleh minum susu, ambil suplemen kalsium kerana keperluan kalsium ibu hamil adalah sebanyak 1200mg setiap hari. (Yey! Pil calcium setiap hari amal, susu HL yg tinggi calcium pun amal, so rasa best je xd masalah cm kt atas tuh, harap sgt dpt maintain sampai hari deliver, insyaAllah :>

<<<Suka dgn musim 2nd Trimester neh, rasa leh tahan lah badan dari dulu asyik penat je memanjang kan...harap dapat lalui yer dgn gembira dan dilindungi oleh Nya...kawan2 doakan ye, tq :) >>>

2 Comments

  1. Alhamdulillah...

    Semakin besar kandungan, semakin sakit belakang sbb menampung berat kandungan tu..

    Mudah2an Ju dan baby sihat selalu.. Insyaallah...

    ReplyDelete
  2. Cik Azz: Tq so much kak azz...itulah byk cabaran ye...huhuhu moga dipermudahkan :)

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)