Qayla imani genap 20 hari berada di rumah selepas discharge dari hospital. Alhamdulilah. Throwback entry lepas klik link👉 SINI

#1 Kenapa kena bedung bayi baru lahir?
Bayi sifat dia sukakan belaian dan pelukan. Bila di bedung, akan beri efek ketenangan dan aman. 

Jadi mereka boleh tidur dengan nyenyak sekali, pastikan keperluan bayi di penuhi seperti menyusukan dan memantau hasil pembuangan bayi secara kerap. 

Seperti contoh gambar diatas, bayi Qayla imani yang merupakan bayi kelahiran pramatang juga selesa bila di bedung. Kalau kelahiran pramatang (belum cukup 40 minggu), mereka akan tinggal dalam full incubator untuk tumbesaran harian. 

Kelihatan tak di bedung sebab dalam incubator ada suhu sesuai seperti dialam rahim.

Bila Qayla semakin berat dan membesar, full incubator di tukar kepada babycot yang terdedah dengan suhu persekitaran (suhu bilik). Jadi pihak nurse akan pakaikan bedung secara rapi. 

Ikut pemahaman julia suatu tika dahulu, bedung bayi perlu ketat dari bahu ke kaki bayi kena diluruskan dan di balut rapat-rapat. Jika boleh elakkan tangan dan kaki bayi bergerak-gerak dalam kain bedung. 

Macam balut bungkusan barang sekali tengok macam itulah caranya, orang dulu kala cakap kalau tak buat macam itu nanti bayi bila besar akan jalan kengkang atau tak cantiklah. Itu kata orang tua-tua. Tak apa kita hormati budaya dan tips orang dulu kala, mereka di zaman mereka, kini kajian demi kajian oleh para tauliah telah lebar luaskan. 

Hormat datang dulu
Jadi kita sebagai generasi baru kita timba ilmu, tak apa tips orang tua kita dengar dan iyakan sebagai tanda hormat penuh kasih sayang. Jangan bangkang ya kawan-kawan, kita nak jadi mak ayah kena banyak mengalah, tapi tak bererti kita tak penuhkan ilmu di dada dengan membaca tips parenting. 

Sekarang, ada kajian terkini oleh para cendikiawan. 
Belajar cara bedung dulu, kalau ada anak patung besar di rumah cuba latih diri bedung anak patung dulu sekemas yang mungkin. 

Julia latih dengan cara macam inilah sebelum melahirkan anak. Jadi tak adalah bila beranak tu terlupa nak bedung macam mana kan, warming up bedung itu perlu. 
Dulu julia bedung anak sulong Abg Qi yang belah kiri tu tau, sebab yelah kita berpantang dengan orang tua, jadi ilmu pun tak ada. Ikut jelahkan. Bila ada rezeki anak kedua, julia banyak buat pembacaan, gambar kanan itulah cara yang betul. 

#2 Risiko salah ilmu bedung - Hip Dysplasia
Tahukah anda, kajian pakar secara teliti mengatakan jika pinggul bayi dan kaki bayi tidak bebas bergerak, ia akan meningkatkan risiko bayi terkena hip dysplasia iaitu kemungkinan akan berlaku gangguan pembentukan sendi pinggul bahagian atas tulang peha tidak berada tepat di soketnya. 

Jadi bagi jangka masa panjang, ia dapat menyebabkan masalah perkembangan pada persendian kaki dan pinggul bayi. 

Contoh yang sebenar (correct 👍) ialah longgarkan kain bedung dibahagian belah bawah, kemaskan kain bedung di bahagian bahu si bayi dan baru lipat kemas. 

Risau betul bila dapat tahu. Jadi mari praktik bedung bayi seperti gambar rajah yang julia kongsikan di atas okey.

#3 Tips bedung cara hospital amalkan sepanjang melawat anak pramatang di NICU
Julia nak kongsikan sedikit pengalaman cara jaga anak di rumah seperti gaya penjagaan di hospital ya. Pengalaman 4 bulan ini diharapkan dapat membantu ibu ayah yang sedang mengumpul ilmu penjagaan bayi baru lahir.

Bukan apa, jika kita dapat praktikkannya selalu, insya-Allah bila bedung anak, dia selesa dan membesar dengan baik setiap hari serta kurang merengek. 

  1. Guna kain bedung bersih setiap hari - selepas mandikan anak atau selepas tukar pampers anak pastikan kain bedung terdahulu bersih dari segala kotoran najis dan air kencing ya, terkadang ibu ayah tak perasan hal ini. 
  2. Beli banyak kain bedung untuk tukar secara harian - lagi bagus sehari 2 kali tukar kain bedung. Ia bertujuan mencegah segala habuk dan virus yang hinggap melekat diatas permukaan kain bedung. 
  3. Simpan kain bedung yang telah di basuh didalam almari bertutup - jika tak ada almari, beli plastik zip lock dan simpan.Tak digalakkan simpan almari open wardrobe. 
  4. Pastikan sentiasa tutup tingkap rumah - terutama rumah jenis bertingkat (dikhuatiri habuk dan debu mudah masuk). Di hospital, tingkap sentiasa di tutup rapat, langsir di tukar seminggu ke dua minggu sekali lebih kurang. Tujuannya tak lain dan tak bukan ialah elak segala pencemaran udara dari luar masuk ke dalam rumah. 
  5. Bedung tak perlu 24 jam (selang selikan aktiviti) - pastikan bayi pun ada waktu rehat dari bedung, contoh selepas mandi atau selepas menyusukan, buka sekejap kain bedung bagi badan bayi relaks dalam setengah jam. Buat urutan lembut, agar darah si bayi comel anda berjalan dengan lancar. 
  6. Elak guna kain bedung untuk lap tumpahan susu atau lap jeluak susu anak - paling ramai buat, bila panik capai apa yang ada depan mata iaitu guna kain bedung anak untuk lap susu di mulut anak. No! Guna kain lap asing yang bersih bukan kain bedung ya, dikhuatiri kain bedung telah terdedah dengan bermacam hama dan habuk. Timbul iritasi dan sebab kesihatan lain nanti. 
  7. Basuh kain bedung berkala dan kerap dengan cucian khas bayi - Lagi bagus steam atau basuh dengan cucian air panas (jika rajin). Elak simpan kain bedung terpakai terlalu lama di dalam bakul pakaian dikhuatiri nanti merebak bauan yang tidak enak didalam rumah dan elak tersebarnya risiko jangkitan kuman. Seeloknya setiap 2 hari sekali basuh dan keringkan. Simpan rapi. 
Gunakan kain bedung yang bersih, 
size yang sesuai dengan fizikal bayi serta kemas.

Tahniah ! Anda ke sini sebab nak menuntut ilmu, saya kongsi di sini hasil bacaan & pengalaman sendiri tika menguruskan anak pramatang. 
Semoga dengan membaca tips cara betul bedung bayi ini dapat memudahkan para ibu dan ayah baru menimang cahaya mata atau yang sedang menambah bilangan cahaya mata mengurus penjagaan harian di comel anda di rumah nanti dengan selesa serta tenang sekali. 

Jadilah ibu ayah berilmu, kelak ilmu ini nanti dihebahkan kepada keluarga dan rakan taulan anda yang lain pula. Semoga membesar dengan sihat anak-anak anda saya doakan. Amin. 

Nak baca lagi? Jejak tajuk entry lepas di bawah:
  • Akhirnya perjuangan baby extreme premature DISCHARGE DAY 113👉SINI
  • Beli penapis udara khas untuk bayi dirumah (air purifier) tanpa kontrak👉 SINI 
  • Keputusan ujian pulse oxymetry oksigen bayi pramatang👉 SINI
  • Pindah masuk wad pantauan rapi untuk elak dari terberanak awal sudahnya...👉SINI
  • Air ketuban pecah tiba-tiba fasa 27 minggu mengandung, Allahuakbar!👉 SINI
  • Kolustrum Susu Ibu Pertama. Tahu teknik pasti dapat.#MamaNICUfighter 👉SINI
  • EMERGENCY spontaneous breech assissted delivery 👉SINI 
  • Suntikan Vaksin Kancing Gigi (ATT) ibu mengandung nak terima atau tolak?👉SINI
  • WAJIB Buat Detail Scan Baby Masa Kandungan Trimester Ke-2 👉 SINI

2 Comments

  1. halah comelnya baby !! geram bau baby. baby kita da 1 thn 6 bln hehe.. da nk ilang bau bby tu

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)