Dia ingatkan juju, jangan buka surat ni selagi belum sampai hari jadi umi. Okey, umi janji. Mujur drawer ni jarang nak dibuka kecuali kalau nak pergi travel baru mencari barang dalam ni. 

Dari tahun lepas dia suka karang surat hari jadi. Birthday walid dia pun dia lukis sendiri.

Budak-budakkan, layankan aje. Cuba tengok tulisan diatas. 'Surat'.

Ringkas je, surat apalah tahun 2021 dia karang tu sampai kena buka waktu hari jadi umi je nanti. 

Haihh kalau ikutkan hati boleh je nak buka time dia tidur, tapi tak eloklah kan, dah janji. 

Hari ini dia kelas online satu subjek je, oleh kerana dia punya kerja sekolah dalam Google Classroom dia menimbun, aku suruh dia siapkan. 

Masuk satu subjek Bahasa Arab, dia kena hafal perbualan, nanti cikgu nak soal next kelas online, gituuu.

Situ pun dah makan masa dekat 2 jam. Haihh belum subjek lain lg. So aku suruh dia solat Asar, kemudian masuk tidur petang dalam sejam.

Bagi otak dan badan dia relax. Mengaji dah selesai sebelum mula kelas online tadi. Macam inilah rutin hari-hari, selagi belum mula sekolah 8 Mac 2021, kelas online berjalan seperti biasa.

Bila dia tidur lena dalam bilik dia sendiri, aku nak kemaslah buku-buku conteng dan lukisan dia, saje selak, satu-satu lukisan comel dia buat. Alahai... sampai satu muka surat ni mata aku berkaca...🥲

Dia rancang nak bawa umi dia bercuti ke resort Johor wak...siap pakej nak bagi gelang tangan, kek coklat, sekali ada topi & belon... 😭😭

Baru berusia 9 tahun, dah ada ciri-ciri planner party untuk umi dia. Allah! 

Patut lah ritu dia tanya, umi suka makan kek jenis apa? Tu aku pelik, aku jawablah kek coklat. Dia catat diam-diam rupanya...

Lately aku suka scroll pasal harga emas, usya gelang lah, usya rantailah. 

Jadi dia ternampak aku usya, dia pun nak hadiah gelang dekat aku wehhh...budak 9 tahun dah bercita-cita nak beri hadiah gelang kat mak dia...alalalalalala haha adoiii lawak Abg Qi ni. 

26 Mac, lambat lagi tarikh ni. Tapi tulah, rahsia dia dah terbongkar dek umi terselak buku conteng dia yang lain. Maafkan umi, umi dah tahu rahsia Abg Qi.

Buat anakku, umi tak mahu apa-apa pun hadiah. Cukuplah Abg Qi jaga waktu solat dan mendoakan umi diampunkan dosa-dosa umi ye nak. 

Tersenyum manis aku baca satu persatu, perlahan-lahan aku simpan kembali nota catatan manis di rak buku Abg Qi.

Terima kasih Abg Qi. 💋
Umi love you until jannah! 💟
***surat asal dalam laci tu aku tak baca tau. Aku pegang pada janji. Cuma terjumpa buku conteng dia je ni... tu pun dah cukup buat aku happy. Alhamdulilah, anak seorang penyejuk mata dan hati. Syukur!

0 Comments