Teringat suatu tika dulu, juju anak sulong, selalu la kena kerah tolong ibu didapur. Alah, tolong kacau masakan didapur je. 

Masa tu Darjah 5 & 6. Darjah 3 dan 4 aku selalu kena potong sayur dengan bawang. Lepas dah buat, kena vaccum satu rumah. 

Kalau vaccum over heat, dia tak nak start mula la kena ambil penyapu lidi sapu atas karpet.

Upah? Ibu aku bawa adik beradik semua upah pergi playground. Tu pun melompat habis hati dah sangat...

Itu sebab, siapa yang bertahun follow juju di FB, IG dan blog pasti ingat saban hari ada je menu-menu masakan aku upload. 

Bukan niat menunjuk jauh sekali aku buang jauh-jauh. 

Niat cuma satu, bila memasak kita niatkan dalam hati Allah utama, kita kongsikan untuk beri idea pada rakan. Mana tahu dari situ ilmu dunia masakan boleh dikembangkan. 

Tak adalah kau tau seorang dan ilmu tu mati disitu. 

Lagi kau memberi, esok kau pergi dari dunia ni ilmu tu tetap berjalan selagi mereka amal, pahala ooo. Jadi sebarkan ilmu baik.

Nah resipinya...

Resipi Nasi Goreng Cili Kering Tumbuk

Bahan-bahannya:

6 tangkai cili kering (rebus, tapis biji)

1 ulas bawang besar 

2 ulas bawang putih

Ikan bilis (1 sudu kecil)

(Tumbuk separa lumat)

1/2  kiub pati ayam

Sayur sawi racik halus

3 biji telur dikacau

Sos tiram 1 sudu kecil

Sos ikan 1 sudu kecil

Kicap manis 1 sudu kecil

Nasi agak² 4-5 pinggan

Garam secukupnya

Caranya:

1. Masukkan minyak didalam kuali setengah senduk. Tumis bahan tumbuk dengan api separa kecil. Jangan api besar nanti hangus. Kalau nampak kering, masukkan 1 sudu besar minyak untuk senang menumis.

2. Bila dah agak garing dan bau terbit, masukkan nasi, dan ke semua bahan diatas kecuali telur.

3. Gaul ke semuanya sampai mesra, kemudian ketepikan nasi sedikit dalam kuali. Masukkan telur. Kacau telur dengan nasi sehingga telur mesra bersama nasi goreng tadi. Rasa cukup tak garam semua.

4. Dah siap! Jom makan dengan keropok keping yey. 

Mudahkan? 

Selamat mencuba! 😘

7 Comments

  1. Rajin nya JuJu menumbuk cili kering..
    Sebenarnya cili bila ditumbuk lagi sedap rasa masak Kan Tu..

    ReplyDelete
  2. nampak simple tpi mesti sedappppp

    ReplyDelete
  3. Wahhhh resepi baru rabia belajar hari ini

    ReplyDelete
  4. bestnya.. suka juga buat untuk anak2 saat un busy nak buat kerja. heheh

    ReplyDelete
  5. Looking at this really whet my appetite. :D I want to have some too.

    ReplyDelete
  6. nasi goren fav. dlu2 kami panggil nasi goreng mak. sbb mak je yang masak sedapp nasi goreng ni

    ReplyDelete
  7. Baca resepi je pun dah kecur liur tau.. esh kena beli cili kering la.. abis la pulak..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)