Assalamualikum, selamat pagi. ๐Ÿ’ƒ❤

Hari kedua sekolah online, dari meja makan masuk bilik tidur bujang. Cari line tenet, rupanya dalam bilik bujang ni line tenet laju hmmm tersadai atas katil Abg Qi demi line clear ๐Ÿ˜‚

Juju intai disebalik pintu, dia x perasan. 

Terbongkok² dia ngadap tab dgn kelas online. Aduhhh! Tak elok utk posture tubuh si kecil ni. 

Terus mak bukak Ikea website, klik meja, klik pegboard, klik wall shelf, ehhh byk kliknya punnn๐Ÿ˜‚

Bukan apa, ritu nak beli meja semua sold out, lama kot aku tunggu sebab nak beli yang panjang sikit senang nak buh printer sekali. Ada meja... kaki meja sold out, ada kaki meja... meja dia plak sold out, ceraian kan. Dapat lampu meja dan brg dapur juju je. 

Time PKP 2.0 dok rumah banyak plak stock dia, haishhhh. Dah tuuuu isi² sampai alamat nak klik next 'We're sorry, an internal error occurred.' ๐Ÿ˜ช

Berapa kali nak isi daaaaa... ada kang mak dia pi Ikea sorang² ni kang jap gi ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Sian Abg Qi, terbongkok² atas katil tgk tab kelas... Tahun 3 dah dia. Merata² belajar dalam rumah ni usung tab dia. Line kt meja makan xleh restu dah, dalam bilik Abg Qi gak cun...

Jadi mak kena realisasikan 'Mini Study Room Ohsem 2021' khas buatnya. 

***tengah malam tadi ukur pakai pita tape, sambung ukur lepas Subuh sampai sekarang. Mata tak boleh lelap, sampai bawa dalam mimpi Abg Qi. Dok sketch kat kertas, make over bilik Abg Qi. Allah, semangat aku! ๐Ÿ˜‰

Doakan impian mak Abg Qi tercapai... mak mana tak nak tgk anak² diorg selesa belajar kan. Semua wanita dalam dunia kalau ada rezeki nak buat yang terbaik utk anak diorg. Srrooottt... sebak plak haih! Only woman knows this feeling. ๐Ÿ˜ฅ

Okey sambung sketch... dah lap air mata. Pray for juju. ๐Ÿฅบ Lets make it happen juju, go!!! ๐Ÿคฒ

Mak Orang ๐Ÿ’Ÿ

www.juliajohari.com

#wishliststudyroom #kbba9

7 Comments

  1. Niat baik Allah bantu dan permudahkan.

    ReplyDelete
  2. memang sebagai mak kita fikir yang terbaik je untuk anak anak...kadang kadang macam over juga. tapi tu lah mak mak...

    ReplyDelete
  3. smoga dipermudahkan ank2 kita smua study online musim pkp ni kan

    ReplyDelete
  4. That's right. All parents want the best for their children right?

    ReplyDelete
  5. moga di murahkan rezki abam qi dapat bilik study owsem hehehhe

    ReplyDelete
  6. Semoga dipermudahkan anak kak study online

    ReplyDelete
  7. Terus ke IKEA je la juju. Susah sangat hihi...

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)