Ada bermacam jenis resipi Laksa Johor dalam Youtube mahupun di Google. Banyak hari dah juju baca dan perhatikan. Ada yang pior guna rempah ratus yang bermacam jenis tau.

Tapi resipi juju hari ini, juju gubah. Tak guna segala macam jenis herba dan rempah yang jarang sekali juju pakai. Tapi, rasa dia memang rasa Laksa Johor kalau bijak buat, hatta walau asam keping sudah kehabisan pun teringin nak makan Laksa Johor pasti jadi punya.

Hasil bacaan dan beberapa resipi, juju gabungkan dan adun supaya menjadi sama rata dan tolak rempah-rempah yang tak guna. Kita pakai apa yang ada didapur sudah.

Bahan-bahan Laksa Johor

Ikan sardin - 5 ekor (3-5 org makan)

2 sudu besar cili kering blend *

1 inci halia, lengkuas, kunyit hidup *

1  biji bawang besar *

4 biji bawang putih *

1 batang serai *

2 sudu besar rempah daging

1 sudu besar rempah ikan

1  kotak santan segera

4 sudu besar kerisik

1 sudu besar asam jawa  (kalau tak ada asam keping)        

Bahan hiasan   

1 paket spagetti - rebus / lumur olive oil

Timun, tauge, bawang holland, kacang panjang, limau kasturi, cili padi kampung (hiris mayang)

Cara memasak:

1. Blend ikan sardin rebus dan tapis sehingga tiada tulang.

2. Bahan bertanda * sila blend sehingga hancur guna sedikit air.

3. Satu senduk minyak masak, masukkan bahan blend * sehingga sedikit garing, masukkan rempah ikan dan daging. Kacau sehingga pecah minyak. Jika kering tambah sedikit air. 

4. Masukkan kerisik, asam jawa dan ikan sardin rebus yang telah di kisar halus serta air agak-agak tak terlalu banyak.

5. Masukkan santan, garam dan sedikit gula.

6. Masak sehingga kuah kurang berbuih lebih kurang 40 minit. 

7. Kuah akan bertukar warna sedikit kemerahan dan minyak naik elok. Tutup api dan boleh sediakan dalam mangkuk.

Senang rupanya nak buat sendiri. Ini pertama kali juju masak Laksa Johor. Juju ni selain minat Laksa Utara, juju memang suka sangat makan Laksa Johor. 

Suka betul Abg Qi makan Laksa Johor, 2 kali dia menambah hehe.

Pekat, masam limau kasturi & asam keping, manis isi ikan sardin segar dan keranggupan gigitan hirisan kacang panjang, timun dan bawang holland. Fuhhhh puas hati, percubaan pertama juju berjaya yey! 

Oleh kerana PKPB di KL lanjut lagi, nak makan ulang-ulang apa kata kita masak sendiri. Lagi puas hati dan semua bahan dijamin segar dan berkhasiat. 

Selamat mencuba resipi Laksa Johor olahan ringkas dari juju. ❤

12 Comments

  1. eeee boleh gile nengok laksa johpr tu oiii...sedapnyaaa..
    Nanti nak buatlah ikut resepi ko Jue...nampak sonang ajo...

    ReplyDelete
  2. sedapnya laksa johor..lama tk mkn

    ReplyDelete
  3. laksa johor ni syok bila makan guna jari jemari :)
    spageti, kuah, ulaman dan sambal belacan nyer, Ju, gaul gaul and ngap.
    akak suka sgt laksa johor. anak johor le katakan :)
    tq for sharing the recipe ye. much appreciated.

    ReplyDelete
  4. sedapnya JUJU kak ana belum pernah try masak tapi makan selalu gak kalau ada ope house, nanti nak try resepi Juju ni , thanks for sharing naa :)

    ReplyDelete
  5. mmg nampak senang dari cra & bhn yg kak juju guna.cam nak try juga je ☺️
    smoga yaya rjin utk mcuba huhu😆

    ReplyDelete
  6. Juju ni kan kan kan nak mena babap ni ngan KakYa ni. Masak laksa johor tak hajakkk makan sekali ni hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha sajeee nak kaco kakya, meh buat meh resipi juju dah up kt atas tu...mudah je, lepas ni kakya boleh buat selalu hehe

      Delete
  7. nampak senang je...saya pernah tengok resepi laksa johir yang bahan2 nya punya la banyak.sampai rasa putus asa nak buat.hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyer diana, juju ni study dan perhatikan bermacam jenis resipi, jadi juju gabungkan yg susah dan resipi mudah, bukan apa ada anak kecil ni tak boleh sgt ikut pakai rempah ratus berlebihan, risau nanti dia punya perut belum matang. Jadi juju buat jadi tau!

      Delete
  8. aduhhhhh, terliur dakros tengokkan

    ReplyDelete
  9. Kita pernah rasa sekali ja laksa johor ni.. Tu pun masa review lama dulu... Lpas tu tak pernah makan dah.. Boleh la cuba buat sendiri nnt

    ReplyDelete
  10. Tak payah telur rebus pun dah sedap laksa johor ni.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)